Google AdSense

Google AdSense

Aduan Kepada Jabatan Tenaga Kerja

aduan

Dalam banyak hal, saya sering menasihatkan pekerja yang menghadapi masaalah di tempat kerja agar berjumpa dengan kaunselor di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau dulunya Jabatan Buruh bagi mendapatkan nasihat. Dalam entri sebelum ini, ada saya tunjukkan contoh bagaimana sulitnya sesuatu peruntukkan untuk di tafsirkan dan memberi nasihat melalui kotak komen di blog ini mungkin tidak memadai untuk anda semua. Sebaiknya jika anda serius, rujuk kes anda seberapa segera dengan JTK. Dapatkan nasihat dan pendapat mereka dan kemudian terpulang kepada anda untuk menentukan apa bentuk tindakan yang ingin anda lakukan. Cara-cara membuat aduan ada dinyatakan di website Jabatan Tenaga Kerja. Pilih mana yang sesuai dengan anda. Mungkin ada yang mahu sembunyi-sembunyi untuk mengelakkan perselisihan faham dengan majikan sementara menyiasat hak-hak dan opsyen yang ada pada anda. Oleh itu, cari cara yang sesuai dan berbincang dengan mereka (JTK).

aduan-kepada-JTK

Lihat juga panduan yang diberikan oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sabah berkaitan aduan ini. Klik di SINI.

Ramai juga yang keliru dengan gaji minima RM 1,500 yang di sebut dalam Jadual Pertama pada Seksyen 2 (1) Akta Pekerjaan 1955. Jika gaji anda melebihi RM 1,500 tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan bantuan Jabatan Tenaga Kerja dan majikan anda boleh berbuat sesuka hati terhadap anda. Pindaan pada Akta Pekerjaan 1955 ada memasukkan Seksyen 69B yang berbunyi:

69B. Additional powers of Director-General to inquire into complaints.
(1) Notwithstanding the provision of this Act, the powers of the Director-General under section 69(1)(a) shall extend to employees whose wages per month exceed 1,500.00 ringgit but does not exceed 5000.00 ringgit.

(2) For the purposes of this section, the term “wages” means wages as defined in section 2 but does not include any payment by way of commission, subsistence allowance or overtime payment.

(3) Save for Parts XV and XVI which shall apply with the necessary modifications, the other provisions of this Act shall not apply to the employees referred to in section (1). “

Seksyen ini memberikan kuasa kepada JTK untuk menyiasat dan mengambil tindakan di bawah Akta Pekerjaan 1955. Pekerja yang bergaji lebih RM 1,500 walaubagaimanapun cuma boleh menuntut berasaskan kontrak dan bukannya Akta. Contoh, jika kontrak ada menyatakan tentang bayaran kerja lebih masa, maka majikan perlu membayar bagi kerja lebih masa mengikut terma-terma kontrak. Namun, pekerja tidak boleh menuntut hak-hak minima yang tercatat dalam Akta Pekerjaan kecuali ada di nyatakan dalam kontrak pekerjaan mereka.

UPDATED:

Jadual Pertama telah dipinda oleh perintah menteri P.U. (A) 88/2012 bertarikh 27hb Mac 2012 [Rujuk DISINI]. Manakala Seksyen 69 (B) telah pinda menerusi akta pindaan (Akta 1419). Kedua-duanya menukarkan gaji minima RM 1,500 kepada RM 2,000.

aduan-kepada-JTKNOTA: Akta Pekerjaan 1955 juga TERPAKAI kepada semua pekerja-pekerja asing yang DI AMBIL KERJA SECARA SAH di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sabah dan Sarawak mempunyai Ordinan Buruh masing-masing.

Bagi mereka yang ditamatkan kontrak secara tidak sah pula, aduan perlu di lakukan segera kepada JTK bagi tujuan pampasan atau dikembalikan jawatan mereka. Akta Perhubungan Industri (Industrial Relation Act) 1967 mengariskan keperluan menulis kepada pengarah JTK dalam tempoh 60 hari selepas dibuang kerja bagi mendapat semula jawatan. Manakala mereka yang tidak mahukan kembali jawatan tetapi mahukan pampasan dsb, perlu membuat rayuan di pejabat JTK dalam tempoh 60 hari juga. Hal-hal ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam di bawah topik penamatan kontrak pekerjaan nanti, insya-allah.

Peruntukan-peruntukan berkaitan dengan aduan ini disebut dalam Akta Pekerjaan 1955: Bahagian XV (Seksyen 69 hingga 81)

Secara amnya kuasa Pengarah JTK (Director General) termasuklah:-

  • menyiasat dan membuat keputusan mengenai pertikaian antara majikan dan pekerja
  • menyiasat akan komplain yang dibuat mengenai soal-soal pekerjaan seperti gaji tidak berbayar, faedah atas penamatan kontrak dan sebagainya
  • menyiasat lain-lain hal seperti pedaftaran majikan dan dokumen-dokumen berkaitan pekerjaan
  • memanggil mana-mana pihak yang boleh memberi keterangan bagi tujuan siasatan
  • dsb.

Sebaiknya mana-mana pertikaian wajar diselesaikan oleh majikan dan pekerja tanpa campurtangan pihak ketiga. Namun, jika perbincangan mencapai jalan buntu, anda boleh sentiasa mendapatkan nasihat JTK bagi tindakan lanjut.

- Aduan Kepada Jabatan Tenaga Kerja

 

dulu lain sekarang lain

  • Published @ Dulu Lain Sekarang Lain on: March 9, 2012 @ 14:50
  • www.dululainsekaranglain.com

152 Comments

  1. saya nak tahu,kawan saya disuruh sain potong gaji,

  2. Basir Che Omar says:

    Assalamualaikum.

    Saya ada masaalah ditempat kerja dimana syarikat telah diambilalih oleh
    majikan dari Hong Kong dimana syarikat tempat saya bekerja adalah listed company di Bursa Malaysia. Sekarang dia mula membuang pekerja dimana
    ada yang mendapat pampasan hanya seminggu, sebulan dan ada dua bulan
    yang mana telah bekerja lebih 20 tahun. Ada anak syarikat ditutup dimana pekerjanya tidak dibayar pampasan. Hari ini sahaja ada 8 orang diberhentikan. Mengikut maklumat minggu ini sahaja pekerja akan
    di buang seramai 20 orang untuk fasa pertama dan kemungkinan minggu berikutnya fasa kedua sehingga
    kemungkinan sehingga lebih 50 peratus akan dibuang tampa pampasan atau tidak setimpal dengan tempoh
    khidmat kita. Pekerja yang dibuang dipaksa menandatangani surat berhenti dan jika tidak setuju kemungkinan dibiarkan bekerja tampa gaji. Disini saya ingin meminta penjelasan dari pihak tuan apakah yang perlu saya lakukan bersama sama kawan saya. Minta beri penjelasan secepat mungkin.

    Sekian, wassalam.

  3. wan muhamad fais bin wan abdul rani says:

    ingin bertanya dalam masalah pertukaran dalam syarikat pengawal keselamatan,saya di tukarkan ke JKR PERLIS. tetapi semasa saya berkerja pada 30/04/2013 itu mendapat surat pertukaran dari pegawai ronda saya,dan saya kena laporkan tugas di sana pada 01/05/2013.bagi saya masa itu terlalu singkat dengan keadaan saya yang susah dan dah berkeluarga,kalau empoh masa selama tiga hari boleh lagi untuk membuat persediaan itu.saya harap pihak tuan/puan dapat memberi pendapat untuk saya…sekian terima kasih,

  4. adakah hari pengundian 5/5/2013 cuti umum di malaysia? Terima kasih

  5. Pekerja says:

    As Salam Encik,

    Terdapat ‘typo error’ didalam kontrak pekerjaan saya..iaitu, dalam ‘termination of contract’ telah ditulis :

    The Employee’s employment hereunder may be terminated at any time by the Company upon the service of ONE (3) month’s written notice to the Employee or upon payment of ONE (3) month’s salary in lieu of notice to the Employee.

    Saya telah merujuk hal ini kepada Jabatan sumber manusia di syarikat saya, mereka tidak memberikan jawapan bertulis, dan baru-baru ini saya telah mendapat pekerjaan ditempat lain, yang mahukan saya memulakan pekerjaan didalam tempoh sebulan, dan apabila saya mengemukakan notis berhenti kerja kepada majikan saya, mereka mengatakan bahawa notis saya adalah 3 bulan. Soalan saya ialah bolehkan saya menganggap notis berhenti kerja untuk saya kepada majikan adalah satu bulan sahaja memandangkan mereka telah menulis notis saya sebanyak SATU tetapi didalam kurungan (3) tiga bulan…dan memandangkan gaji saya sudah melebihi RM2000 ringgit adakah saya dilindungi dibawah akta pekerja? soalan seterusnya ialah memandangkan kontrak saya adalah selama 2 tahun, tetapi saya baru sahaja bekerja untuk satu tahun 3 bulan dengan syarikat ini, bolehkah saya menamatkan kontrak saya dalam masa 4 minggu seperti yang tertera dalam akta kontrak kerja? minta tuan tolong berikan pandangan mengenai perkara ini secepat mungkin..

  6. hamsa says:

    selamat petang tuwan maaf kalau saya menggangguh pekerjaan tuwan saya mau tanya tentang kenaikan gajini …..?

  7. faidzul says:

    salam. saya pernah mengadu pasal overtime dipotong separuh oleh majikan pada jabatan buruh. sememangnya diaorang ada buat tindakan. akhirnya majikan saya ditukar dgn serta merta ketempat lain. masalahnya sekarang tuntutan overtime yang dipotong itu burn mcm tu saja. ingatkan dapat balik tuntutan tersebut.

  8. lern says:

    saya sebelum kerja dengan company bata..tapi manager bata tempat saya bekerja itu bersikap “racist”..walaupun begitu saya cuba untuk bertahan semampu yang boleh..tapi disebabkan masalah family saya terpaksa balik ke kampung dengan segera, dan saya telah beri surat kepada manager mengenai emergency berhenti kerja..dan saya cuma dapat bekerja selama 2 minggu..tapi gaji dan komisen saya tidak di beri hingga la hari gaji..

  9. glc says:

    Sy kejer separuh kerajaanpun gaji kena main mainjer bayar..anak syarikat TPM sdn bhd bawah Misting(Ministry of finance) …tolong siasat

  10. Fatimah Siswanto says:

    hai sy nak buat aduan tentang majikan sy..sy sekarang baru sahaje diberhentikan kerja secara tiba2..sy minta cuti dgn suprvisor sebab ade hal family yg tidak boleh dielakkan, mereka tak bagi cuti and then keesokkannye supervisor sy call bagi tahu bos sudah tak mahu sy bekerja sane lg..sy tnye mahu surat resign atau tak mereka cakap tak mau…so sekarang nie tak kan pasal hal family yg sangat penting mereka sanggup berhenti kan sy,, sy seorang jer staff melayu yg bekerja di situ yg lain cina.. sy pun da hampir 2 tahun kerja di sana…sy sangt terkejut bila bos sy suruh tak payah dtg kerja lg…kalau macam nie jika ade sebarang hal kematian famili pun sy still lg tak boleh minta cuti..