Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Aduan Kepada Jabatan Tenaga Kerja

by Ismail N   ·  12 years ago  
thumbnail

Akta Kerja Kemaskini 2023

Dalam banyak hal, saya sering menasihatkan pekerja yang menghadapi masalah di tempat kerja agar berjumpa dengan kaunselor di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau dulunya Jabatan Buruh bagi mendapatkan nasihat. Dalam entri sebelum ini, ada saya tunjukkan contoh bagaimana sulitnya sesuatu peruntukan untuk ditafsirkan dan memberi nasihat melalui kotak komen di blog ini mungkin tidak memadai untuk anda semua.

  • Sebaiknya jika anda serius, rujuk kes anda seberapa segera dengan JTK.
  • Dapatkan nasihat dan pendapat mereka dan kemudian terpulang kepada anda untuk menentukan apa bentuk tindakan yang ingin anda lakukan.

Aduan Kepada Jabatan Tenaga Kerja

Cara-cara membuat aduan ada dinyatakan di laman web Jabatan Tenaga Kerja. Pilih mana yang sesuai dengan anda. Mungkin ada yang mahu sembunyi-sembunyi untuk mengelakkan perselisihan faham dengan majikan sementara menyiasat hak-hak dan opsyen yang ada pada anda. Oleh itu, cari cara yang sesuai dan berbincang dengan mereka (JTK).

Sebagaimana yang dinyatakan dalam laman web JTK, jika aduan dibuat oleh pekerja terhadap majikannya, maka ianya HENDAKLAH  kerana majikan tidak mematuhi peruntukan undang-undang buruh yang mengakibatkan pekerja kehilangan sesuatu faedah kewangan (monetary benefit) atau faedah bukan kewangan (non-monetary benefit).

Contoh ketidakpatuhan itu adalah seperti berikut :

Ia berkait-rapat dengan faedah minima yang disebut dalam Akta Kerja 1955 mahupun Ordinan Buruh Sabah & Sarawak.

faedah minima akta kerja

arrow down

Jika FAEDAH MINIMA ini tidak dipatuhi, secara automatik anda boleh membuat aduan.

Prosedur Aduan

Pertamanya anda hendaklah membuat aduan dengan menyertakan maklumat anda dan bukti-bukti sebagai sokongan. Bukti-bukti ini termasuklah dokumen seperti IC, kontrak kerja bertulis  (jika ada), slip gaji dan saksi.

Pihak JTK akan membuat siasatan dan memanggil majikan untuk memberi penjelasan.

Jika majikan enggan mengaku salah, maka kedua-dua pihak akan dipanggil dan kes akan didengar di Mahkamah Buruh.

Mahkamah Buruh

Mahkamah Buruh bukanlah suatu mahkamah yang diwujudkan oleh Akta seperti Mahkamah Perusahaan. Ia lebih kepada suatu sesi mendengar kes yang dijalankan di bawah Seksyen 69B (rujuk di bawah) yang memberi kuasa kepada Pengarah JTK untuk menyiasat dan membuat keputusan.

Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Buruh ini boleh merayu di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari selepas keputusan dibuat.

Bagaimana Jika Perkerja Tidak DiLindungi Oleh Akta/Ordinan?

Ramai juga yang keliru dengan gaji minima RM2,000 yang di sebut dalam Jadual Pertama pada Seksyen 2 (1) Akta Kerja 1955.

Yang sudah lupa mengenai hal ini, boleh rujuk kembali artikel:

Akta Kerja 1955: Samada Pekerja Di Lindungi Oleh Akta Atau Tidak

Ingat?

Jika gaji anda melebihi RM2,000 tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan bantuan Jabatan Tenaga Kerja dan majikan anda boleh berbuat sesuka hati terhadap anda.

Pindaan pada Akta Pekerjaan 1955 ada memasukkan Seksyen 69B yang berbunyi:

69B. Additional powers of Director-General to inquire into complaints.
(1) Notwithstanding the provision of this Act, the powers of the Director-General under section 69(1)(a) shall extend to employees whose wages per month exceed 2,000.00 ringgit but does not exceed 5000.00 ringgit.

(2) For the purposes of this section, the term “wages” means wages as defined in section 2 but does not include any payment by way of commission, subsistence allowance or overtime payment.

(3) Save for Parts XV and XVI which shall apply with the necessary modifications, the other provisions of this Act shall not apply to the employees referred to in section (1). “

arrow down big

Seksyen ini memberikan kuasa kepada JTK untuk menyiasat dan mengambil tindakan di bawah Akta Kerja 1955. Pekerja yang bergaji lebih RM2,000 (tetapi tidak melebihi RM5,000) walaubagaimanapun cuma boleh menuntut berasaskan terma kontrak dan bukannya Akta.

Contoh:

Jika kontrak ada menyatakan tentang bayaran kerja lebih masa, maka majikan perlu membayar bagi kerja lebih masa mengikut terma-terma kontrak.

Namun, pekerja tidak boleh menuntut hak-hak minima yang tercatat dalam Akta Kerja kecuali ada dinyatakan dalam kontrak pekerjaan mereka.

head scratch

 

Aduan Penamatan Kontrak Secara Tidak SAH.

Bagi mereka yang ditamatkan kontrak secara tidak sah pula, aduan perlu dilakukan segera kepada Jabatan Perhubungan Perindustrian (JPP) bagi tujuan pampasan atau dikembalikan ke jawatan asal mereka.

dismissal

Akta Perhubungan Perusahaan (Industrial Relations Act) 1967 menggariskan keperluan menulis kepada pengarah JPP dalam tempoh 60 hari selepas dibuang kerja bagi mendapat semula jawatan.

 

UNTUK MAKLUMAT lanjut anda boleh rujuk dalam artikel: Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Kilang

Kuasa Pengarah JTK

Secara amnya kuasa Pengarah JTK (Director General) termasuklah:-

  • menyiasat dan membuat keputusan mengenai pertikaian antara majikan dan pekerja
  • menyiasat akan aduan yang dibuat mengenai soal-soal pekerjaan seperti gaji tidak berbayar, faedah atas penamatan kontrak dan sebagainya
  • menyiasat lain-lain hal seperti pedaftaran majikan dan dokumen-dokumen berkaitan pekerjaan
  • memanggil mana-mana pihak yang boleh memberi keterangan bagi tujuan siasatan
  • dsb.

Sebaiknya mana-mana pertikaian wajar diselesaikan oleh majikan dan pekerja tanpa campurtangan pihak ketiga.

Namun, jika perbincangan mencapai jalan buntu, anda sentiasa boleh mendapatkan nasihat JTK bagi tindakan lanjut.

Peruntukan-peruntukan berkaitan dengan aduan ini disebut dalam Akta Pekerjaan 1955: Bahagian XV (Seksyen 69 hingga 81)

410 Comments

  1. ES

    sy bekerja di HQ pasaraya terkemuka di KL, terlalu banyak diskriminasi antara pekerja melayu & cina. Salah satunya bonus tahunan kaum cina diberi 1 bulan penuh manakala kaum melayu setengah bulan shj. Selain itu, cuti tahunan (AL) kaum melayu kena habiskan, manakala kaum cina kalau tak habis akan dibayar pada tahun berikutnya. Dan sy ada bertanya mengenai akta pindaan kerja (2022) tetapi hanya dipandang sepi tanpa jawapan. Jika sy buat aduan di JTK adakah pihak syarikat akan tahu siapa yg membuat aduan ?

    1. Kena inform JTK la untuk simpan benda-benda yang rahsia sebelum buat siasatan. Mohon nasihat mereka dahulu ya. Terima kasih

  2. Zulkifli

    Kilang tidak beroperasi Selama tiga hari.bolehkah majikan mengambil cuti tahunan pekerja

  3. zulaikha

    hai, kawan saya bekerja di satu outlet di JPO. Dia bekerja tetapi dijadikan seperti kuli batak manager dia. Any kind of stock dieorang biarkan dia buat seorang diri even staff ada ramai kat depan. Apabila dia lewat sedikit walaupun 4 minit, dia tetap ditolak gaji walhal pekerja baru which is kawan baru dia lewat satu jam still tidak kene tolak gajinya. And today manager dia ugut nak tolak semua alaunce if dia tak resign harini. What should he do? ada sesiapa boleh response asap? and benda ni boleh ke buat report di pejabat buruh?

    1. Rujuk artikel https://dululainsekaranglain.com/employment-laws-and-human-resources/pindaan-kepada-akta-kerja-1955 . Di bawah Pindaan Akta Kerja 2022 yang berkuatkuasa 1hb Januari 2023, ada sebut mengenai buruh paksa dan diskripsinya. MUNGKIN kes kawan anda terjatuh di bawah seksyen baru ini. Cuba dapatkan bantuan Jabatan Tenaga Kerja berdekatan untuk siasatan dan tindakan.

  4. Atiqah

    Saya berkerja sebagai fulltime tiba2 majikan suruh saya buat partime..atas alasan sale kurang sedangkan yang lain2 masih fulltime..

    1. Sebaiknya rujuk ke Jabatan Tenaga Kerja berdekatan ya. Kami pemilik blog sahaja. Tiada kuasa untuk menyiasat majikan anda. Amnya, tak boleh lah buat begitu tanpa persetujuan anda. TQ

  5. Bambang

    Saye pekerja asing kerja d Syarikat mangku bumi KMU
    Saya punya permit dah dua tahun mati syarikat tak mau ambik tahu ramai yg dah mati syarikat masih berdiam

    1. Susah kalau macam tu. Mungkin anda boleh cuba dapatkan bantuan kedutaan atau konsulat negara anda jika ada. TQ

  6. Yusof

    Adakah terdapat undang perkerja yg disuruh melakukan kerja2 dluar skop kerja dan kerja di ank syarikat yg lain,adakah dibenarkan dan dibolehkan,contoh berkerja anak syarikat A tetapi disuruh buat kerja di anak syarikat B juga atas alasan company group boss yg sama.

    1. Tiada yang spesifik. Itu semua seharusnya dibincangkan sebelum penerimaan tawaran kerja dan adalah sebahagian dalam terma kontrak kerja.

  7. naz

    assalamualaikum sy bekerja di bahagian sektor perladagan skrg musim hujan,boleh ke majikan sy tidak mahu membayar gaji sy?dan diarahkan untuk megambil cuti tahunan,dan mbuat bayaran kpd mane2 pekerja yg layak sahaja?

    1. Tak boleh. Cuma, sebaiknya dalam kes pembayaran gaji, rujuk dengan JTK berdekatan ya untuk nasihat lanjut dan siasatan. Terima kasih.

  8. Mohd Hafizi Bin Nordin

    Bolehkah majikan membayar gaji pekerja secara lamsam (26hari × 12jam = Rm2000) tanpa ikut gaji basic minimum Rm1500 yang dilaksanakan oleh kerajaan?

    1. Jika ada peruntukkan undang-undang, perlu patuh biarpun kedua-kedua pihak bersetuju.

  9. Hafizi Aziz

    Saya bekerja di Management Parking dan beroperasi 24jam , buat masa sekarang hanya ada 5 pekerja (3 shift pagi & 2 shift malam) dan kami bekerja setiap hari takda cuti atas alasan staff tak mencukupi . Dalam 25hb Nov sorang staff diberhentikan atas sebab tertentu & berbaki 4 org sahaja (2 shift pagi & 2 shift malam) . Saya merancang untuk ‘berhenti kerja’ tapi disebabkan jika berhenti , hanya tinggal 3 org staff saja dan saya faham bahawa itu pasti merumitkan rakan² saya utk bekerja dan saya fikir pihak pengurus pasti tidak bagi saya utk berhenti dalam keadaan mcm tu . Saya berfikir utk hantar “Surat Berhenti Kerja” apabila dapat mencari lagi 1 org staff ganti , dan akan hantar surat tersebut serta merta . Pada 5hb Dec saya diberikan “Notis Berhenti Kerja” bukan format rasmi secara mengejut walau dalam keadaan staff tak mencukupi & tanpa diberitahu , dibincang , dan dipesan oleh pihak pengurus . Rupanya (6hb Dec) pengurus saya memanggil balik staff yg diberhentikan utk kerja semula semata mata utk berhenti kan saya atas alasan tak berpuas hati . Saya kemukakan surat berhenti kerja kepada pengurus dan tidak diterima dengan alasan pihak pengurus telah mengeluarkan notis tersebut terlebih dahulu . Soalan saya boleh ke surat yg dari pihak saya diguna pakai walaupun sudah mendapat notis terlebih dulu sebab tidak tau bahawa ada staff yg bakal diganti dgn saya ?

    1. Notis dalam kontrak perlu disampaikan untuk ia berkuatkuasa. Selagi ia disimpan dan tidak diberikan kepada pihak satu lagi, maka notis itu tidak akan berkuatkuasa. Ia kekal sebagai satu niat sahaja.
      Jika majikan telah mengeluarkan surat penamatan kerja , maka ia dianggap sebagai penamatan kerja. Apa-apa surat yang dikeluarkan selepas itu dikira sebagai ‘counter’ sahaja dan tertakluk pada penerimaan dipihak majikan anda. Terima kasih.

Comments are closed.