Google AdSense

Google AdSense

Akibat Ponteng Kerja

Undang-Undang

Satu topik yang ingin saya cuba perbanyakkan di blog ini ialah berkenaan dengan undang-undang. Sebabnya: 1. Ramai yang baca (lihat screenshot di atas) 2. Berguna untuk rujukan ramai. Namun, bukan mudah hendak menaip tulisan ilmiah sebegini. Selain dari perlu merujuk kepada apa yang terkini, memberi penerangan pun bukan mudah dan kadang-kala boleh mengelirukan pembaca. Selain dari itu, entri berkaitan dengan undang-undang boleh jadi berbelit-belit dan jika anda tidak berhati-hati membaca, anda mungkin akan tersilap memahamainya. Lihat contoh di bawah:

awol

Peruntukan Berkaitan Ponteng Kerja

Soalan di atas (lihat screenshot) adalah berkaitan dengan AWOL (Absent without leave) atau dalam bahasa mudah ialah PONTENG KERJA. Sesetengah pembaca akan menafsirkan ponteng kerja akan secara AUTOMATIK mengakibatkan pemberhentian kerja. Oleh itu, bagi mereka yang ingin mengelakkan diri dari memberi notis berhenti kerja, mereka mengharapkan peruntukkan seksyen ini akan melepaskan mereka dengan mudah dari majikan mereka. Tafsiran ini adalah SALAH dan boleh membawa padah jika majikan mahu bertindak balas terhadap mereka.

Dalam pada itu, ada juga majikan yang cuba menggunakan peruntukan ini bagi membuang pekerja-pekerja yang mereka tidak suka tanpa perlu memberi notis secukupnya kepada pekerja mereka. Pekerja-pekerja ini di “monitor” dan ditekan sehingga mereka jadi stress dan ponteng kerja. Akibat ketidak fasihan dalam undang-undang, mereka akan buat kesilapan dengan ponteng kerja berturut-turut, lalu majikan mengambil tindakan terhadap mereka.

Peruntukan berkaitan dengan “Ponteng Kerja” ini boleh dilihat pada seksyen 15(2) Akta Pekerjaan 1955 yang berbunyi:

An employee shall deemed to have broken his contract of service with the employer if he has been continuously absent from work  for more than two consecutives working days without prior leave  from his employer, unless he has a reasonable excuse for such absence and has informed or attempted to inform his employer of such excuse prior to or the earliest oppurtunity during such absence.

Pertamanya cuba perhatikan perkataan yang digunakan di atas “deemed to have broken his contract“. Ponteng boleh menyebabkan pemecahan kontrak (breach of contract). Tetapi ia tidak secara automatik menyebabkan penamatan kontrak (termination of contract). Perbezaan ini perlu difahami dan diingati.

“A breach of contract is different from termination of contract. A breach of contract of service may or may not lead to termination of employment. Section 15 of the ordinance is only a deeming provision” – (Industrial Court Award 55/82)

Oleh itu bila berlaku kes sebegini, majikan perlu menyiasat dan memastikan bahawa syarat-syarat di bawah seksyen ini dipenuhi sebelum mengambil tindakan selanjutnya terhadap pekerja yang ponteng itu. Penamatan kontrak cuma berlaku mengikut Seksyen 13 (2) Akta Pekerjaan 1955 yang menyatakan:

“Either party to a contract of service may terminate such contract of service without notice in the event of any wilful breach by the other party of a conditon of the contract of service”.

Situasi yang mana breach of contract ini berlaku boleh dilihat dalam Seksyen 15 (1), 15 (2), dan 16(2).

Lihat perkataan yang digunakan MAY terminate such contract memperlihatkan bahawa jika terdapat breach, pihak yang tidak memecahkan kontrak itu masih ada budi bicara samada hendak menamatkan kontrak (tanpa notis) atau tidak. Jika pihak itu ialah majikan, ia mungkin boleh sekadar mengambil tindakan disiplin sahaja tanpa memecat pekerjanya.

AWOL

Gambar kredit kepada motifake.com

Seksyen 15 (2) Akta Pekerjaan 1955

Sekarang kita kembali semula ke Seksyen 15(2) yang berkaitan kes ponteng kerja. Di bawah seksyen ini kita boleh bahagikan kepada beberapa bahagian:-

  1. Deemed to have broken his contract
  2. Continously absent from work
  3. More than two days
  4. Consecutives working days
  5. Without prior leave
  6. Reasonable excuse
  7. Informed or attempted to inform
  8. Inform his employer of such excuse prior to or the earliest oppurtunity

Deemed To Have Broken His Contract

Pekerja deemed to have broken his contract (dianggap telah memecahkan kontrak). Seperti yang dinyatakan di atas Seksyen 15 (2) tidak secara automatik menyebabkan pekerja ditamatkan perkerjaan. Perkataan DEEMED to have.. menunjukkan bahawa majikan perlu menyiasat terlebih dahulu samada pekerja telah tidak hadir mengikut keperluan seksyen ini (Rujuk 2 hingga 8 di atas)

Continously Absent From Work

Ketidakhadiran hendaklah berterusan. Rujuk 3 dan 4 pula bagi maksud berterusan.

More Than Two Days

Ketidakhadiran perlu LEBIH dari 2 hari iaitu 3 atau lebih hari.

Consecutives Working Days

Ia juga perlu berturut-turut. Misalnya jika tidak hadir pada hari Isnin, Selasa dan Khamis tetapi hadir pada hari Rabu adalah tidak berturut-turut dan tidak mencapai maksud di bawah Seksyen ini.

Without Prior Leave

Ketidakhadiran berlaku tanpa pekerja memohon cuti dan dibenarkan oleh pihak pengurusan.

Reasonable Excuse

Jika #5 (Without prior leave) terjadi, perlu ditunjukkan pula ia terjadi secara sengaja dan tanpa alasan yang munasabah. Untuk membuktikan dia tidak bersalah, pekerja perlu berikan sebab munasabah untuk tidak hadir tanpa prior leave dan majikan ada hak untuk menuntut pekerja memberikan bukti-bukti yang boleh menyokongnya.

Informed Or Attempted To Inform

Pekerja juga perlu buktikan bahawa dia telah hubungi atau cuba hubungi pihak pengurusan akan ketidakhadiran, namun atas sebab tertentu mesej itu tidak dapat diterima pengurusan dsb.

Inform His Employer Of Such Excuse Prior To Or The Earliest Oppurtunity

Cubaan itu menghubungi majikan telah dibuat pekerja seawal mungkin yang mampu dilakukan.

Siasatan Dan Tindakan

Majikan perlulah memanggil pekerja terlebih dahuliu dalam situasi begini dan kemudiannya menyiasat secara terperinci berdasarkan peruntukan undang-undang di atas. Bukti-bukti dan saksi-saksi (jika ada) perlu dikemukakan sebelum keputusan dibuat. Jika majikan berpuas hati bahawa syarat-syarat di bawah seksyen 15(2) telah dipuaskan dan pekerja adalah bersalah, maka ia boleh mengambil tindakan disiplin terhadap pekerja atau menamatkan sahaja kontrak pekerjaan pekerja atas alasan pemecahan kontrak di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pekerjaan 1955.

Kes Mahkamah Perusahaan

Industrial Court Award No. 213/82:

Fakta Kes: Pekerja tidak datang kerja selepas 20hb Februari 1982 kerana beliau ditahan polis sehingga 25hb Februari 1982. Oleh itu, beliau telah tidak hadir berkerja melebihi 3 hari secara berterusan dan berturut-turut. Pegawai Kelamatan mengetahui akan hal pekerja ditahan polis dan fakta ini disampaikan kepada Pengurus pada hari yang sama (20hb). Fakta bahawa pekerja ditahan polis dan majikan tahu beliau ditahan di sampaikan sendiri oleh pekerja dan tidak dibangkang oleh majikan di Mahkamah Perusahaan. Selepas dibebaskan, pekerja terus berjumpa majikan dan melapurkan diri untuk berkerja. Namun dia ditamatkan pekerjaan atas alasan di bawah Seksyen 15 (2) – tidak hadir lebih 3 hari berturut-turut secara berterusan.

Mahkamah: Memutuskan seksyen 15 (2) tidak dipuaskan bila majikan tahun pekerja ditahan polis dan ditahan untuk siasatan dan secara munasabah tidak boleh memaklumkan ketidakhadirannya itu.

Nota

Seksyen 15 (2) adalah pendek dan cuma berkaitan Ponteng Kerja, namun banyak isu-isu yang perlu dikupas dan dikaji. Malahan setiap, bahagian pada seksyen ini (1 hingga 8) boleh dikaji satu persatu dengan melihat kepada situasi dan tempat kerja yang berbeza. Semoga anda semua boleh memahami penerangan yang diberi. Feel free untuk memberikan komen di blog ini.

- Akibat Ponteng Kerja

29 Comments

  1. Miss ANN says:

    what is the terms and conditions of termination for the employee which have problems with their attendence?

  2. siti says:

    PEKERJA YANG BELUM HABIS TEMPOH PERCUBAAN ADA BOLEH MENGGUNAKAN MC

  3. saya ingin menanya soalan, bahawasanye saya tidah hadir bekerja lebih dari 2 hari. secara serta merta saya diutus kan sepucuk surat dari majikan saya di buang kerja serta merta dan didalam surat itu menyatakan saya harus membayar sejumlah wang dan berbunyi ( 28days salary being in lieu of short notice). adakah saya perlu membayar dan apakah risiko yang akan saya terima sekiranya tidak membuat bayaran.

  4. Needanswer says:

    My company encounters a problem as one new worker absent from work without notice for 2 days after starting the job just a week ago. My company only been informed by the worker’s father that she has ‘lost her mind’ and is treated at the hospital. Her father came to ask for her one week salary,shall my company pay her?

  5. corpen says:

    saya telah memecat isteri dan sudah menyediakan surat memberhentian kepada dia pada hari kedua.Bayaran ganti notis 28 hari sedia dibayar kepada dia.Tetapi suaminya tidak puas dan mahu berhenti tanpa memberi surat/notis,dan dia tidak menghadir kerja seterusnya, apa tindakan perlu saya diambil?

    1. terpulang kepada anda untuk mengambil tindakan terhadapnya. Jika dia ponteng melebihi dua hari, maka anda boleh menghentikannya pula tanpa notis tertakluk syarat2 yg dinyatakan dalam artikel ini. Alternatifnya, anda boleh ambil tindakan disiplin terhadapnya.