Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966

Pagi tadi semasa saya minum teh tarik dan roti telur bersama anak perempuan saya, saya dihidangkan hidangan tersebut oleh seorang pekerja yang agak muda…sangat muda. Rasanya masih belasan tahun atau mungkin baru sekitar 13 – 14 tahun. Teringat pula saya di zaman kanak-kanak dahulu saya juga sibuk mencari wang ketika kanak-kanak lain sibuk belajar. Selalu saya ikut pakcik saya ke kampung-kampung mencari buah kelapa dan daging lembu untuk kantin beliau. Ada masa pula saya duduk di dapur kantin mencuci pinggan mangkuk dan mengemop lantai dewan makan. Saya buat bukan free tetapi ada sedikit upah dari pakcik saya.

roti telur 540x405 Akta Kanak Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966

Gambar kredit kepada www.flickr.com

Masa itu umur saya dalam lingkungan  10 – 12 tahun begitu. Masih sekolah rendah lagi. Saya bekerja pula bukan sebab keluarga saya tidak mampu tanggung saya, cuma suka mencari duit lebih.

Bila dah biasa dapat duit, maka saya mulalah kerja di tempat-tempat lain seperti di gerai makan, tapak semaian bunga dan kedai-kedai makan. Mewah saya masa sekolah dulu. Cuma saya akui saya agak boros. Kalau saya simpan duit dalam ASN (pada masa tu), sekarang tentu kaya raya saya. icon biggrin Akta Kanak Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 Sebaliknya, saya guna kebanyakkannya untuk beli kaset (ori beb), raket badminton (giler main masa tu), pakaian, jalan-jalan (pi KL, Melaka dan JB), basikal (BMX) dan macam-macam lagi. Selalu juga keluar pergi tengok wayang menonton filem Jackie Chan, Andy Lau dan Chow Seng Chi. Semasa saya tamat sekolah dulu, bilik saya macam kedai kaset, beratus kaset yang saya sudah beli rupannya. Kebanyakkannya rock dan menguntungkan Metallica, Van Halen, Search dan sebagainya. Bengap betul saya masa tu! icon wink Akta Kanak Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966

kanak kanak kerja 540x360 Akta Kanak Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966

Gambar HIASAN. Kredit kepada asiasociety.org

Oklah! itu cerita masa saya kecil-kecil dulu. Apa yang saya nak tulis dalam entri kali adalah mengenai Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 atau Akta 350 yang mengawal selia hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan kanak-kanak dan orang muda di negara ini. Dalam bahasa Inggerisnya di panggil Children and Young Persons (Employment) Act 1966. Ia mula di kuatkuasakan pada tahun 1966 sebagai Akta No 40 (1966) sebelum di semak dan menjadi Akta 350 pada 3.11.1988.

Peruntukan utama yang perlu diketahui oleh anda semua mengenai Akta ini adalah pada Seksyen 1A iaitu interpretasi perkataan dalam Akta. Mengikut Akta ini:-

kanak-kanak” adalah orang yang belum mencapai umur 14 tahun atau umur yang dinyatakan oleh Y.D.P. Agung;

orang muda” adalah adalah orang yang belum mencapai umur 16 tahun.

Namun pada Persidangan Dewan Rakyat, 11hb Oktober 2011, dewan telah meluluskan Rang Undang-undang Kanak-kanak dan Orang Muda Pekerjaan (Pindaan) 2010 yang berkuatkuasa pada 1hb Mac 2011 yang telah antara lain mengubah interpretasi di atas kepada:-

kanak-kanak” adalah orang yang belum mencapai umur 15 tahun

orang muda” adalah adalah orang yang belum mencapai umur 18 tahun.

Pindaan ini menjadikan Akta ini selaras dengan Minimum Age Convention 1973 yang telah diraktifikasikan (ratified) oleh Malaysia pada 9hb September 1997. Ini juga bagi memastikan kanak-kanak dan orang muda tidak dieksploitasi sehingga mengganggu pendidikan, kesihatan dan keselamatan mereka.

Perlu dijelaskan di sini bahawa Akta ini TIDAK menghalang kanak-kanak atau orang muda dari berkerja. Mengambil kanak-kanak berusia 12 tahun misalnya sebagai pekerja BUKANLAH satu kesalahan di bawah Akta ini. Akan tetapi ia perlu dilaksanakan mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung di bawah Akta ini.

Mengikut Seksyen 2(2) Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966:-

Kanak-kanak cuma boleh melaksanakan kerja-kerja berikut:

(a)   kerja-kerja ringan yang sesuai dengan keupayaannya bagi pekerjaan yang dijalankan keluarganya.

(b)   pekerjaan hiburan awam yang mengikut syarat-syarat permit.

(c)   pekerjaan yang perlu dilakukannya seperti dilulus atau dianjur oleh Kerajaan dan dilaksanakan di sekolah, institusi latihan atau kapal latihan.

(d)   pekerjaan sebagai aprentis dibuat suatu kontrak aprentis yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Buruh.

Di bawah Seksyen 2(2), seseorang orang muda pula boleh lakukan:

(a)   Semua/mana-mana (a) – (d) di atas (semua kerja yang dibenarkan buat kanak-kanak)

(b)   sebagai pembantu rumah

(c) pekerjaan di pejabat, kedai, gudang, kilang, bengkel, setor, rumah tumpangan, pawagam, pementasan, kelab atau persatuan

(d)   pekerjaan dalam sesuatu industri yang sesuai dengan keupayaan

(e)   pekerjaan di kapal yang dibawah kawalan keluarga

Dengan syarat orang muda wanita hanya boleh bekerja di hotel, bar, restoran, rumah penginapan dan kelab yang dibawah pengurusan/kawalan keluarga/penjagaanya (kecuali diluluskan oleh Ketua Pengarah Buruh).

Seksyen di atas juga perlu dibaca dengan Seksyen 2 (5) yang mengatakan:

Kanak-kanak atau orang muda tidak boleh bekerja yang berlawanan dengan Akta Kilang Dan Jentera 1967 atau Akta Elektrik 1949 atau bekerja dibawah tanah” ; dan

Seksyen 7:

Kanak-kanak atau orang muda hanya boleh bekerja di tempat hiburan awam jika:

(i)   dibenarkan secara bertulis oleh Ketua Pengarah Buruh (dengan dikenakan syarat-syarat tertentu);

(ii)   ianya tidak membahayakan nyawa, anggota, kesihatan atau moral mereka itu

Syarat-syarat pada Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 telah diperketatkan lagi dengan Pindaan tahun 2011 yang memasukkan definasi pada perkataan “kerja ringan” pada Seksyen 2 di atas yang berbunyi:

kerja ringan” bermaksud apa-apa kerja yang dijalankan oleh pekerja:

(a) jika duduk, dengan pergerakkan yang sederhana pada bahu, kaki dan badan; atau

(b) jika berdiri, dengan kebanyakkan pergerakkan sederhana pada bahu.

Ini akan membawa persoalan: Apakah itu pergerakkan sederhana? Adakah menjadi tukang hidang, i,e, mengangkat hidangan makanan dan minuman kepada pelanggan dianggap sebagai pergerakkan yang sederhana? Bagaimana jika ia dilakukan dalam sebuah restoren yang sentiasa sibuk dan menghidangkan makanan yang berat-berat? Persoalan ini cuma akan terjawab bila ia di bawa ke hadapan mahkamah satu hari nanti, namun jika anda ada pandangan, jangan malu-malu untuk memberi komen di kotak komen di bawah. icon wink Akta Kanak Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966

Di bawah Seksyen 2 (1) Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966, ada dinyatakan bahawa kanak-kanak dan orang muda tidak dibenarkan membuat pekerjaan merbahaya (hazardous work). Pindaan 2001 telah memasukkan sub-seksyen baru yang memberi definasi kepada perkataan “hazardous work” ini. Sub-seksyen baru ini (6) menyatakan bahawa kerja merbahaya adalah apa-apa kerja yang diklasifikasikan merbahaya berdasarkan “risk assessment” yang dibuat oleh pihak berkuasa bertauliah dalam soal keselamatan dan kesihatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri Sumber Manusia.

Hari Bekerja Kanak-Kanak Dan Orang Muda

Seksyen 4: Kanak-kanak atau orang muda tidak boleh bekerja berturutan lebih dari 6 hari.

Masa Bekerja Kanak-Kanak Dan Orang Muda

Seksyen 5: Kanak-kanak tidak boleh:

(a)   bekerja dari 8 malam – 7 pagi (kecuali yang bekerja untuk hiburan awam)

(b)   bekerja lebih dari 3 jam berterusan tanpa rehat sekurang-kurang 30 minit

(c)   bekerja lebih dari 6 jam sehari, atau jika kanak-kanak itu bersekolah, tidak lebih 7 jam (termasuk masa tempoh bersekolahnya)

(d)   untuk memulakan kerja pada mana-mana hari tanpa diberi tak kurang 14 jam rehat.

Seksyen 6: Orang-orang muda tidak boleh :

(a)   bekerja antara 8 malam hingga 6 pagi

(b)   bekerja berterusan lebih 4 jam tanpa rehat sekurang-kurang 30 minit

(c)   bekerja lebih 7 jam sehari, atau jika dia bersekolah, tidak lebih 8 jam (termasuk waktu sekolah itu). Tetapi jika dia aprentis, tak boleh lebih 8 jam sehari.

(d)   Mula kerja pada mana-mana hari tanpa diberi tak kurang 12 jam rehat.

Penalti Bagi Kesalahan Yang DiLakukan Di Bawah Akta:

Pindaan 2011 telah menambahkan lagi nilai penalti yang perlu dibayar bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini. Seksyen yang berkaitan adalah Seksyen 14.

Mana-mana orang (iaitu ibubapa atau penjaga atau orang lain) yang melanggar Akta ini boleh di penjara tidak lebih 1 tahun (sebelum pindaan: 6 bulan) atau didenda tidak lebih RM 5,000.00 (sebelum pindaan: RM2,000.00) atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, di penjara tidak lebih 3 tahun (sebelum pindaan: 2 tahun)atau denda tidak lebih RM10,000.00 (sebelum pindaan: RM3,000.00) atau kedua-duanya.

Itu sahaja bagi topik Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966. Terdapat juga seksyen-seksyen lain yang boleh dibincangkan, namun rasanya itu sahaja yang penting buat kali ini. Komen dan pandangan anda semua amat dihargai. Terima kasih.

SENARAI PENUH ARTIKEL UNDANG-UNDANG BURUH >>KLIK DI SINI<<

- Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966

 Akta Kanak Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Akta Kanak Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966

Latest posts by Ismail N (see all)

21 thoughts on “Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966

  1. Syarikat saya mengambil pekerja kontrak kurang upaya (berjalan menggunakan tongkat) sebagai kerani. Pada mulanya kasihan kerana dia sudah lama menganggur. Pada awal 3 bulan pertama prestasi kerja sangat bagus tetapi setelah masuk bulan keempat pekerja tesebut selalu MC dan cuti tahunan telah pun habis digunakan.
    Baru-baru ini beliau telah MC dari doktor kerajaan selama 16hari untuk terapi.
    Adakah Syarikat patut memotong gaji beliau bagi MC 16 hari itu..disebabkan MC dan cuti tahunan beliau telah habis digunakan.
    Di sini syarikat merasa pekerja tersebut sengaja mengambil kesempatan atas kecacatan beliau.
    TQ.

    • Mengambil OKU bekerja adalah satu khimat masyk yg di amat di sanjungi. Tetapi OKU juga tertakluk pada kontrak kerja dan akta2 yg berkaitan. Tiada peruntukkan khas bagi cuti OKU. Jika dia sudah menghabiskan cuti tahunan dan cuti sakit, maka cuti2 yg berikut boleh dikira sebagai ‘unpaid leave’ atau cuti tanpa gaji.

  2. Ini bermaksud had umur untuk pekerja kilang mestilah > 18 tahun? Bagaimana pula jika umurnya 17 tahun dan memiliki sebenaran bertulis daripada penjaga? Boleh kah dia berkerja di kilang?

  3. Kat mesia ade tak bro kes yg melibatkan akta nih….kalau kat India mmg bersepah…aku rasa cam belum pernah dengo lagi kes2 yg membabitkan kanak2 terjadi kat sini….

  4. benda dah lepas wehh..toksahlah nak disesalkan. Bagi aku, tu semua kenangan yang tak dapat dijual beli. ingat senang ke nak beli kaset-kaset macam tu? bukan senang tu wehh. hehe..

  5. yelah.. kalo bro menyimpan dari kecik.. tentu dah boleh beli rumah banglo dah.. :D..

    baru saya tahu kanak-kanak berusia 16-18 tahun, dibenarkan bekerja tapi yg ringan je.. tq bro atas info tu..

Leave a Reply