Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja

Pendahuluan

Sebagaimana yang sering saya jelaskan di blog ini, hubungan dan tanggungjawab antara pekerja dan majikan dibina atas ikatan kontrak. Kontrak ini boleh secara bertulis atau tidak bertulis. Kontrak wujud apabila majikan membuat tawaran pekerjaan dan pekerja menerima tawaran tersebut. Apabila sesuatu kontrak telah wujud, maka kedua-dua pihak akan terikat kepada terma-terma tersurat dan tersirat pada kontrak tersebut. Ia akan terus mengikat sehingga kontrak ditamatkan atau dibatalkan. Untuk bacaan lanjut mengenai penamatan kontrak, harap anda membaca artikel ini: Penamatan Kontrak Pekerjaan.

Masaalah Dan Perselisihan Faham

Hubungan pekerja dan majikan adalah hubungan antara dua individu dan juga bersifat kemanusiaan. Oleh itu, ia tidak lepas dari perselisihan faham, ketidakpuasan hati, rasa kecil hati dan sebagainya. Ia agak kompleks, namun jika hubungan kekeluargaan dan persahabatan boleh menjadi pudar dan berkonflik, apalagi hubungan pekerja dan majikan yang biasanya wujud dari dua insan yang agak asing dan mempunyai banyak perbezaan pendapat di antara mereka.

Dalam menghadapi konflik, kedua-dua  pihak hendaklah peka dan cuba berdiplomasi serta berkomunikasi. Kegagalan bertindak sebegini akan membawa kepada tindakan yang kurang bijak daripada salah satu pihak. Untuk jangka panjang, keadaan begini akan merugikan kedua-duanya juga.

Penamatan Kontrak Pekerjaan

Biasanya, bila keadaan tidak dapat dijernihkan, maka hubungan pekerja dan majikan akan menuju jalan penghujung. Kontrak bakal ditamatkan, dibatalkan ataupun dipecahkan. Semuanya akan bergantung kepada tindak tanduk pekerja dan majikan dalam menghadapi situasi sebegini.

Cara yang paling baik apabila kedua-dua pihak enggan berdamai ialah menamatkan kontrak secara persetujuan bersama. Alternatifnya adalah dengan memberikan notis penamatan kontrak kepada pihak yang satu lagi.

Notis Penamatan

Harus diingat dalam soal notis, biasanya MAJIKAN TIDAK AKAN MEMBERIKAN NOTIS ini kecuali dalam kes-kes salah laku yang mana kesalahan telah dibuktikan ataupun situasi-situasi yang disebutkan dalam Seksyen 12 (3) Akta Kerja 1955. Oleh itu, notis biasa nya diberikan oleh pekerja kepada majikan. Ini kerana walaupun terdapat peruntukkan dalam kontrak danAkta Kerja 1955 yang membenarkan notis ini, namun keistimewaan ini sebenarnya cuma ada pada pekerja.

Majikan yang memberikan notis yang mencukupi mengikut kontrak mahupun Akta boleh menghadapi kemungkinan di hadapkan ke Mahkamah Perindustrian atas ‘unfair dismissal’ jika prosedur tertentu tidak diikuti. Ini mungkin boleh kita bincangkan dalam artikel yang lain kerana ia agak kompleks dan perlukan penjelasan yang lebih lanjut berserta dengan rujukan pada kes-kes terdahulu.

*Nota: Maklumat-maklumat di bawah adalah bagi pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 sahaja.

Prinsip Asas Penamatan Kontrak Menerusi Notis:

  • Mana-mana pihak yang hendak menamatkan kontrak pekerjaan ini hendaklah memberikan notis terlebih dahulu.
  • Tempoh notis hendaklah sama panjang antara majikan dan pekerja.
  • Peruntukkan mengenai notis ini hendaklah dinyatakan secara bertulis di dalam kontrak
  • Jika ia tidak dinyatakan di dalam kontrak, maka tempoh yang disebut dalam Akta Kerja 1955 hendaklah digunakan.
  • Notis itu hendaklah bertulis
  • Pihak yang menerima notis mempunyai hak mengenepikan notis tersebut

Bilakah Notis Boleh Di Berikan?

Ia boleh di beri pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu waktu-waktu tertentu seperti selepas tamat tempoh upah dan sebagainya. Ini dinyatakan oleh Seksyen 12 (1) yang berbunyi:

Mana-mana pihak kepada kontrak perkhidmatan boleh pada bila-bila masa memberikan kepada pihak yang satu lagi notis tentang niatnya untuk menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut

Berapa Lamakah Tempoh Notis Perlu DiBerikan?

Ia bergantung kepada samada peruntukkan mengenai notis ini dinyatakan atau tidak dalam kontrak. Ia juga perlu dinyatakan secara bertulis dalam kontrak. Jika tidak peruntukkan di bawah Akta Kerja 1955 akan terpakai.

Namun harus diingat juga, biarpun ia boleh disebut secara bertulis dalam kontrak, prinsip asas di bawah Akta Kerja 1955 perlu dipatuhi iaitu:

Seksyen 12 (2) Akta Kerja 1955:

Panjang tempoh notis tersebut hendaklah sama bagi kedua-dua majikan dan pekerja dan hendaklah ditetapkan oleh peruntukan yang dibuat secara bertulis bagi notis tersebut dalam syarat-syarat kontrak perkhidmatan….

Jika panjang tempoh notis tidak disebut dalam kontrak, maka peruntukan berikut hendaklah dipatuhi:

  1. empat minggu notis jika pekerja telah bekerja sedemikian selama kurang daripada dua tahun pada tarikh notis itu diberikan;
  2. enam minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh tersebut;
  3. lapan minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama lima tahun atau lebih pada tarikh tersebut

Notis Berhenti Kerja Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja

Peruntukan Akta (Versi Bahasa Inggeris):

(1) Either party to a contract of service may at any time give to the other party notice of his intention to terminate such contract of service.

(2) The length of such notice shall be the same for both employer and employee and shall be determined by a provision made in writing for such notice in the terms of the contract of service, or, in the absence of such provision in writing, shall not be less than -

(a) four weeks’ notice if the employee has been so employed for less than two years on the date on which the notice is given;

(b) six weeks’ notice if he has been so employed for two years or more but less than five years on such date;

(c) eight weeks’ notice if he has been so employed for five years or more on such date.

Pelupusan Hak Kepada Notis (Waiver Of Notice Period)

Seksyen 12 (2) Akta Kerja 1955 turut menyebut: “….dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dianggap sebagai menghalang mana-mana pihak daripada melepaskan haknya kepada notis di bawah subseksyen ini”.

Versi B.I:

provided that this section shall not be taken to prevent either party from waiving his right to a notice under this subsection

Ini bermakna pihak yang mempunyai hak boleh melepaskan atau melupuskan  hak kepada notis itu. Siapakah pihak yang punyai hak ini?

Hak ini adalah diberi kepada mana-mana pihak yang menerima notis penamatan kontrak.

Contohnya:
Jika pekerja memberi notis berhenti kerja maka, majikan punyai hak untuk melepaskan pekerja tanpa notis jika dia mahu. Pekerja tidak boleh menuntut dilepaskan dari notis ini, namun boleh cuma merayu kepada majikan agar melepaskan (waive) hak ini atas belas ihsan dan budi bicara.

Bagaimana pula jika pekerja menghantar notis berhenti kerja, misalnya 2 bulan (mengikut kontrak pekerjaannya). Akan tetapi, majikan berkata dia mahu ‘waive’ notis dan benarkan pekerja berhenti 24 jam. Bolehkah ini dilakukan dan bagaimanakah bayaran gaji pekerja itu?

Walaupun majikan ada hak untuk ‘waive’ notis, akan tetapi majikan perlu membayar gaji untuk dua bulan notis tersebut kerana kontrak pekerja hanyalah tamat di akhir notis tersebut. Bezakan dengan situasi yang mana pekerja memohon dilepaskan awal dan majikan menggunakan hak untuk melupuskan notis tersebut.

Notis Bertulis Dan Kiraan Tempoh Notis

Seperti yang disebut dalam prinsip asas tadi: notis penamatan kontrak ini hendaklah diberikan secara BERTULIS [Seksyen 12 (4) Akta Kerja 1955]. Ia bolehlah diberikan pada bila-bila masa dan hari di mana notis itu diberikan hendaklah dimasukkan dalam tempoh notis tersebut.

Contoh Pengiraan Notis Berhenti Kerja

Jika peruntukkan mengenai notis telah disebut dalam kontrak, maka ia perlu dipatuhi. Katakan A ingin berhenti kerja dan mengikut kontraknya dia perlu memberi notis selama 4 minggu. 2.10.2012 – A menghantar notis berhenti kerja kepada majikan. Bilakah hari terakhir dia perlu bekerja?

Mengikut Seksyen 2 (1) Akta Kerja 1955, definasi ‘minggu’ adalah satu tempoh berterusan selama 7 hari. Oleh itu, A perlu memberi notis selama 7 x 4 (minggu) = 28 hari kepada majikannya.

Kiraan notis adalah bermula dari hari dia memberikan notis itu (Rujuk kembali Seksyen 12 (4) Akta Kerja 1955 di atas).

Maka notisnya hendaklah dikira dari 2.10.2012 + 28 hari = 30.10.2012. Oleh itu, hari terakhir dia berkerja adalah pada 29.10.2012.

Nota Tambahan:

  • Terdapat juga kontrak-kontrak pekerjaan yang menggunakan bulan dan bukannya ‘minggu’ bagi notis. Oleh itu, dalam bulan tertentu seperti Februari, tempoh notis yang diberi akan menjadi lebih pendek dari bulan yang lain.
  • Probationer’ atau mereka yang dalam tempoh percubaan hendaklah diberi notis yang sama di bawah Akta Kerja 1955 jika tempoh tidak disebut dalam kontrak.
  • Tarikh notis adalah bermula bila notis dihantar/serahkan kepada majikan dan bukannya mengikut tarikh yang tertera di surat notis tersebut.

Memenuhi Syarat-Syarat Notis

Notis adalah perlu dipatuhi dan kegagalan berbuat demikian akan memberikan hak buat pihak satu lagi untuk membuat tuntutan.

Seksyen 13 (1) Akta Kerja 1955:

Mana-mana pihak kepada suatu kontrak perkhidmatan boleh menamatkan kontrak perkidmatan tersebut tanpa notis atau jika notis telah pun diberikan menurut seksyen 1, tanpa menunggu notis itu berakhir, dengan membayar kepada pihak yang lain suatu indemniti sejumlah wang yang sama dengan jumlah upah yang sepatutnya terakru kepada pekerja dalam tempoh notis tersebut atau semasa notis tersebut yang belum tamat.

Versi B.I:

Either party to a contract of service may terminate such contract of service without notice or, if notice has already been given in accordance with section 12, without waiting for the expiry of that notice, by paying to the other party an indemnity of a sum equal to the amount of wages which would have accrued to the employee during the term of such notice or during the unexpired term of such notice

Penarikan Notis Yang Telah DiBeri (Withdrawal Of Notice)

Apabila sahaja notis diberi dan diterima oleh pihak yang satu lagi (biasanya majikan), maka ia tidak boleh di tarik balik KECUALI dengan persetujuan pihak yang satu lagi itu.

Penamatan Kontrak Tanpa Notis

1) Mana-mana pihak kepada suatu kontrak perkhidmatan boleh menamatkan kontrak perkidmatan tersebut tanpa notis atau jika notis telah pun diberikan menurut seksyen 1, tanpa menunggu notis itu berakhir, dengan membayar kepada pihak yang lain suatu indemnity sejumlah wang yang sama dengan jumlah upah yang sepatutnya terakru kepada pekerja dalam tempoh notis tersebut atau semasa notis tersebut yang belum tamat.

2) Mana-mana pihak kepada suatu kontrak perkhidmatan boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut tanpa notis sekirannya berlaku apa-apa perlanggaran yang disengajakan oleh pihak yang lain terhadap syarat-syarat kontrak perkhidmatan.

Penamatan Kontrak Dengan Notis Atas Sebab Lebihan Pekerja Dan Sebagainya

Di dalam perenggan di atas, ada saya sebutkan bahawa berdasarkan keputusan-keputusan mahkamah terdahulu, biarpun Seksyen 12(1) membenarkan majikan memberi notis, namun ini tidak boleh dilakukan kecuali dalam situasi di bawah Seksyen 13 iaitu bila terdapatnya lebihan  pekerja.

3) Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (2), jika penamatan khidmat pekerja itu disebabkan kesemuannya atau terutamanya oleh fakta bahawa:

a) majikan telah memberhentikan atau berniat untuk berhenti menjalankan perniagaan bagi tujuan-tujuan di mana pekerja itu diambil bekerja;

b) majikan telah memberhentikan atau berniat untuk berhenti menjalankan perniagaan di tempat di mana pekerja itu dikontrakkan untuk bekerja;

c) kehendak-kehendak perniagaan tersebut bagi pekerja menjalankan kerja dari jenis yang tertentu telah tamat atau susut atau dijangka tamat atau susut;

d) kehendak-kehendak perniagaan tersebut bagi pekerja menjalankan kerja dari jenis yang tertentu di tempat ia dikontrakkan atau bekerja telah tamat atau susut atau dijangka tamat atau susut;

e) pekerja tersebut telah enggan menerima pemindahannya ke mana-mana tempat pekerjaan, melainkan kontrak perkhidmatannya menghendaki ia menerima pemindahan tersebut; atau

f) pertukaran telah berlaku dalam pemunyaan perniagaan bagi tujuan mana pekerja itu di ambil bekerja atau sebahagian daripada perniagaan tersebut, tidak kira sama ada pertukaran itu berlaku menurut jualan atau lain-lain pelupusan atau kuatkuasa undang-undang,

maka pekerja itu berhak kepada, dan majikan hendaklah memberi kepada pekerja, notis penamatan perkhidmatan, dan panjang tempoh notis itu hendaklah tidak kurang daripada yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2) (a), (b) atau (c), mengikut mana yang berkenaan, tidak kira apa-apa yang berlawanan terkandung dalam kontrak perkhidmatan.

Versi B.I:

(3) Notwithstanding anything contained in subsection (2), where the termination of service of the employee is attributable wholly or mainly to the fact that-

(a) the employer has ceased, or intends to cease to carry on the business for the purposes of which the employee was employed;

(b) the employer has ceased or intends to cease to carry on the business in the place at which the employee was contracted to work;

(c) the requirements of that business for the employee to carry out work of a particular kind have ceased or diminished or are expected to cease or diminish;

(d) the requirements of that business for the employee to carry out work of a particular kind in the place at which he was contracted to work have ceased or diminished or are expected to cease or diminish;

(e) the employee has refused to accept his transfer to any other place of employment, unless his contract of service requires him to accept such transfer; or

(f) a change has occurred in the ownership of the business for the purpose of which an employee is employed or of a part of such business, regardless of whether the change occurs by virtue of a sale or other disposition or by operation of law,

the employee shall be entitled to, and the employer shall give to the employee, notice of termination of service, and the length of such notice shall be not less than that provided under subsection (2) (a), (b) or (c), as the case may be, regardless of anything to the contrary contained in the contract of service.

Harus diingat sebelum notis berhenti kerja diberikan, pastikan anda merujuk terma-terma kontrak yang telah ditandatangani dan baca juga peruntukkan akta yang berkaitan. Kegagalan berbuat demikian boleh membawa kesulitan di lain hari.

- Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja

 Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja

Latest posts by Ismail N (see all)

149 thoughts on “Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja

  1. Salam en.Ismail,

    1) kalau sy ingin berhenti dr company, apakah PROCEDURE yg perlu sy patuhi?

    2) majikan sy nyatakan, kalau mn” pekerja yg nak berhenti perlu bayar ganti RM10 RIBU kerana kononya sy merugikan syarikat jika sy berhenti.
    Adakah tindakan ini benar? Sy tiada tanda tangan contract mengenai pembayaran blk.

    3) company sy membayar claim minyak 3KM = RM1 dan mereka tidak mahu membayar tol dan parking yg d gunakan d waktu kerja.
    Adakah tindakan ini betul?

    4) Gaji sy telah di tolak KWSP & SOCSO. Dlm slip gaji sy tertera sudah d byr KWSP & SOCSO. Tp apabila sy checktidak d masukkn langsung.
    Bagaimn sy nak dpt blk duit sy?

    Terima kasih ats kerjasama En.Ismail..

  2. Asalamualaikum,

    1) Sy nak tnya, kalau seminggu lepas sy br d TUKAR kan department drp Technical Advisor ke IT Support tanpa persetujuan saya, malah d maklumkan terus olh manager “berkuat kuasa serta merta hari ini”.

    Adakah tindakan Manager btul wlupun d luar dr job scope sy?

    2) Smlm bila Director slow talk dgn sy, akhirnya saya setuju utk berada d bahagian IT Support. Dan bila hari ni sy mulai bt kerja, berlaku sedikit PERBALAHAN antara sy dgn Manager. Manager sering cari kesalahan sy (tolak gaji sy sesuka hati, byr claim sy lambat, company x register KWSP tp da tolak gaji kami) dan kali ni suruh sy sign “1ST WARNING LETTER” (padahal sblmni Director da benarkan sy utk mengambil clas partime selasa khamis) . Saya da sign.

    Tetapi kemudian Manager berbincng dgn Director, Director pula panggil sy bkn utk berbincng ttp utk berhenti kan sy tanpa sebarang notis. Sy br bekerja 5bulan.

    Adakah tindakan mereka betul?

    #Alasan mereka memberhentikan sy sebab suruh sy fokus bljr dulu, padahal sy da bgtau sy cuma perlu 17 & 25Sept ni je lg utk attend class. Tp mereka nak berhentikan juga sy.

    #Bila sy da terkasar bahasa baru mereka ckp sb sy ckp kasar.

    —> Saya salah dan x blh stand kan apa” ke?

    • W’salam Eka,

      1. Ia bergantung kepada terma-terma dalam kontrak kerja atau employee’s handbook (jika ada) yang mengariskan isu ini. Jika tiada, maka amnya pengurus anda boleh berbuat demikian.

      2. Samada tindakan mereka itu betul atau tidak, saya tidak boleh katakan dengan pasti tanpa merujuk ada dokumen2 dan kontrak kerja anda. Amnya dan berdasarkan maklumat anda, ada beberapa perkara yg mungkin tidak mereka patuhi seperti notis dan jika atas alasan misconduct, perlulah ada prosedur yang perlu dilalui terlebih dahulu.

      Sebaiknya anda merujuk pada Jabatan Tenaga Kerja secepat mungkin untuk mendapatkan bantuan dan tindakan lanjut.

      • Terima kasih en.Ismail..

        Tapi jika smlm sy br d tukar kan ke department lain, dan hari ini sy sudah mulai bt kerja yg mereka suruh, tp tiba” dlm 11am pada hari yg sama sy d panggil dan d suruh berhenti hari ini juga.

        Adakah tindakan itu betul?

        1) Memang tiada apa” tindakan ke ke atas mereka?
        2) Adakah itu di kira notice 24hours?

  3. Salam. Sy nk minta nasihat,sy berumur 22 tahun dan bekerja disebuah syarikat swasta dengan kontrak berkerja selama setahun dan telah pun bekerja selama 7 bulan di sana. Pagi tadi sy telah mndpt tawaran utk sambung belajar ke degree,dan perlu mendaftar pada minggu depan. Mengikut kontrak kerja saya,saya seharusnya memberi notis berhenti sebulan dan sekiranya gagal saya harus membayar ganti rugi sebulan gaji. Boleh kah saya memberi notis 24 jam atas alasan yg kukuh ini?? Tq.

    • W’salam Mira,

      Tidak boleh ya sbb terma kontrak yg dipersetujui mengikat pihak2 pada kontrak.
      Namun, majikan ada hak (sebagai pihak yg terima notis) untuk ‘waive’ atau ketepikan notis jika dia mahu.
      Oleh itu, cuba cakap baik2 dan minta ihsan dari majikan utk lepaskan anda dengan segera. Insya-allah dia benarkan. Semoga berjaya.

  4. Assalamualaikum..

    Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Selama lebih 6 bulan iaitu mulai 1 Feb 2014 sehingga 10 Sept 2014. Saya tidak pernah menerima sebarang pengesahan jawatan dari majikan saya dan saya telah diberhentikan kerja dengan notis 24.
    Bilakah majikan perlu membayar gaji terakhir kerja yang saya lakukan iaitu selama 10 hari x 12 jam kerja dan kerja lebih masa selama 9 x 12 jam kerja. Saya hanya menerima penyata gaji saya selama 4 bulan sahaja iaitu mei, jun, julai dan ogos,, dalam penyata gaji tersebut. Dalam penyata gaji tersebut tercatat potongan gaji untuk KWSP dan Perkeso, Bilakah majikan perlu membuat transasi caruman kepada KWSP dan Perkeso. dimana saya boleh mendapat maklumat tentang caruman tersebut dan bila..

    Satu perkara lagi.. berapakah had umur pekerja untuk pengawal keselamatan yang dibenarkan oleh kerajaan,,

    • W’salam Mohamad Nizam,

      1. Walaupun anda tidak pengesahan jawatan dari majikan, anda masih berhak kepada feadah-feadah yang dinikmati oleh pekerja tetap juga.
      2. Mungkin anda diletakkan di bwh tempoh percubaan dan ditamatkan kerja selepas tamat tempoh percubaan. Anda perlu siasat dulu status kerja anda dan dapatkan panduan dari Jabatan Tenaga Kerja berdekatan jika perlu.
      3. Sebarang ketidakpuasan hati mengenai gaji boleh di adukan pada JTK juga untuk siasatan dan tindakan lanjut.
      4. Caruman KWSP dan Socso perlu di ajukan pada pihak KWSP dan Perkeso utk siasatan dan tindakan.
      5. Untuk pekerja swasta, tiada had umur maksima untuk anda bekerja sebagai pegawai keselamatan.

  5. Saya nak tanya sikit tentang pengiraan tempoh notis..saya bekerja dah masuk tahun kedua pada pertengahan ogos lalu. Bila masuk tahun kedua, cuti saya diberi secara langsum (8 hari bekerja) dimana saya boleh guna pada bila2 masa, tidak seperti masa tahun pertama di mana cuti diberi secara pro rata di mana setiap 1bulan setengah bekerja baru saya dapat sehari cuti. Notis period saya 2 bulan. Kalau saya nak hantar notis perletakan jawatan adakah tarikh akhir saya perlu di tolak siap2 dengan cuti saya atau pun saya letak tarikh 2 bulan dari tarikh notis, kemudian saya perlu apply cuti untuk hari2 terakhir bekerja? dan adakah cuti saya valid untuk 8 hari, memandangkan baru sebulan saya masuk tahun kedua..adakah cuti tersebut boleh ditolak kesemuanya (8 hari) ataupun kene kira pro rata juga?

  6. Saya mempunyai masalah keluarga & tak boleh focus berkerja. Pagi tadi saya dah siapkan surat resign, bila boss panggil dan tegur silap saya, saya menangis dan bagitau dia saya nak resign atas urusan family. Boss x baca pun surat tu. Tapi dia bgtau Jumaat hari last saya bekerja dan akan bagi gaji saya hingga jumaat ni 12 Sept. Masalahnya sekarang dia cakap dia x terima resign letter saya tapi dia bagi saya unpaid leave sekurangnya dalam 6 bulan. Jadi dalam waktu 6 bulan saya nak masuk kerja balik boleh..lepas 6 bulan kira saya dah self terminate. Company saya kecik je, cuma ada 3 org saje. Boleh ke saya mohon kerja tmpt lain sedangkan boss bg saya notis cuti tanpa gaji? Apa akan jadi pada epf saya? Adakah company baru akan dapat tau atau macam mana?

    • Nur,

      Menurut boss anda selepas 6 bulan, offer dia akan tamat dan kontrak anda akan self-terminated. Oleh itu, tiada masaalah utk anda mencari kerja di tempat lain jika anda tidak mampu lagi bekerja di sana.
      Caruman EPF tidak perlu dibayar jika anda ambil unpaid leave. Ini kerana caruman berdasarkan nilai gaji. Jika tidak ada gaji, maka tidak ada caruman.

      Bagi saya, boss anda agak perihatin juga dengan memberi peluang anda bercuti (biarpun tanpa gaji) untuk anda selesaikan masaalah keluarga. Oleh itu, gunakan peluang yg ada utk sort out masaalah anda dengan seberapa segera. Hidup memang penuh cabaran dan utk berjaya anda perlu tabah dan kuat semangat menghadapinya. Saya doakan anda berjaya.

  7. Saya keliru berkenaan kontrak. Di dalam surat extension of contract menyatakan sy perlu bekerja 1 April 2014 sehingga 30 September 2014. Didalam offer letter semasa mula bekerja pula menyatakan Termination for Aggreement perlu menghantar notis 2 bulan atau perlu membayar semula 2 bulan gaji. Saya keliru, adakah sama situasinya antara saya berhenti dalam tempoh kontrak atau sy berhenti sehingga tarikh tamat kontrak. Sy bukannya mahu berhenti didalam tempoh kontrak, sy cuma tidak mahu menyambung kontrak yang baru. Apakah sy masih perlu memberikan notis 2 bulan tersebut?

    • Hi Nurul.

      1. Tempoh extension kontrak anda adalah selama 5 bulan sehingga 30 Sept 2014.
      2. Namun, jika and mahu tamatkan kontrak lebih awal, anda boleh dengan memberi notis 2 bulan kepada majikan
      3. Jika anda tidak mahu sambung kontrak lagi, maka ignore terma mengenai notis itu dan tunggu sehingga kontrak anda tamat ada 30 Sept nanti

      Terima kasih

  8. Ini kes suami sy..Minggu lepas semua pekerja telah di panggil oleh admin yg memberitahu keuntungan syarikat menurun. Utk itu sesiapa yg melakukan kesilapan dlm kerja atau kurang memuaskan hati majikan akan di berhentikan. Mereka diminta sign surat persetujuan dan suami sy setuju utk menanda tanganinya. Sekiranya diberhentikan atas sebab yg x munasabah…apakah hak suami sy utk sebarang pampasan. Dia tlh bekerja selama 7 tahun. Terima kasih.

    • Wah!, sampai begitu sekali majikannya? Apa-apa pun jika ada ketidakadilan dalam proses pembuangan kerja, suami anda tetap boleh membuat aduan dan cuba dapatkan pampasan dari majikan.

  9. saya bekerja di sebuah syarikt swasta sudah 1tahun 6 bulan. pada 20 ogos lalu saya mndapat tawaran menghadiri kursus anjuran kerajaan selama 6 bulan. perlu melapur diri 2 september, jika tidak nama akan disenarai hitamkan untuk kursus seterusnya. malangnya majikan tidak mahu melepaskan saya untuk hadiri kursus.

    apakah tindakan yang dapat diambil dalam masa yg singkat ini. (tidak sampai 1bulan masa yg ada untuk notis 1 bulan)

    soalan saya.
    1) sekiranya saya ambil notis 24jam berhenti, adakah saya kena bayar gaji 1bulan kepada majikan?

    2) bolehkah saya ambil cuti 1bulan tmpa gaji dan dalam masa yg sama saya hantar notis berhenti.

    3) adakah saya perlu mmbyar bayaran dnda seperti didalam surat perjanjian kerana khidmat tidak cukup seperti yang dipersetujui.

    • Hi Mustaqim,

      1. Ya, jika notis yang diperlukan adalah 1 bulan, maka nilai satu bulan gaji perlu di bayar pada majikan
      2. Tidak, kerana ia membuatkan notis itu tak ada makna.
      3. Ya.

  10. Saya ade satu persoalan. Bolehke kalau kite ambil unpaid leave untuh menghabiskan tempoh penamatan kontract kerja (tempoh resign). Tempoh resign yg diberitahu pada saya ialah 3 bulan. Ini adalah kerana saya sudah mendapat tawaran baru dan pihak mereka sanggup menunggu 2 bulan sahaja untuk jawatan itu. Saya telah menulis surat resign pada 21 ogos 2014 dan sepatut nye berakhir pada 20 oktober 2014. Jadi bulan terakhir itu sya mahu pohon unpaid leave. Dan saya juga ingin menghabiskan baki annual leave sya sebanyak 15 hari dan replacement off day 2 hari dan public holiday 2 hari (merdeka dan hari malaysia). Masalah lain nye juga pihak HR dan boss sengaja melengah2kan surat perletakan jawatan saya ni seperti ingin menyuruh sya berhenti tanpa notis. Minta pendapat dan bantuan. Terima kasih 0176060508

    • Zek,

      Anda tidak boleh apply unpaid leave bila anda sedang dalam notis. Jika anda tidak dapat untuk serve notis itu, maka anda terpaksa membayar nilai notis itu. Jika ada sebulan lagi notis yang perlu diselesaikan, maka anda perlu membayar nilai gaji sebulan pada majikan untuk melepaskan anda serta merta.
      Soal boss lengah2 tu bukan masaalah sbb notis bermula pada tarikh anda berikan notis itu pada mereka dan bukan tarikh mereka jawab notis itu. Once mereka terima, maka ia jadi effektif dan kiraan bermula dari tarikh tersebut.

  11. assalamualaikum. sy ade soalan nk tanye. suami sy telah hantar surat resign notis sebulan seperti dlm kontrak. Tapi masalah sekarang, majikan dia tak kasi berhenti dengan alasan tiada sape nak ambil alih kerja dan mintak tempoh 2 bulan. Majikan nya juga ugut untuk bawa kes ni ke mahkamah jika suami sy berhenti. soalan sy, boleh kah majikan suami sy ambil tindakan mahkamah, sedangkan suami sy sudah beri notis sebulan?

    • W’salam ask,

      Jika kontrak menyatakan notis adalah satu bulan sahaja, maka satu bulan lah yang perlu diberi. Majikan tidak boleh memaksa lagi kerana sebaik sahaja notis tamat, maka kontrak telah pun tamat mengikut syarat yg ditetapkan oleh kontrak. Anda boleh merujuk Jabatan Tenaga Kerja untuk bantuan lanjut. Terima kasih.

  12. Assalamualaikum, tumpang bertanya. Saya bergaji RM2000 ke atas. Syarikat memberi tahu tiada improvement dalam projek yg saya buat. Jadi mereka nak menamatkan saya bekerja. Dalam kontrak perjanjian adalah notis bulan jika hendak berhenti.

    Tapi sekarang mereka memberitahu samaada saya hantar notis 24 jam atau mereka keluar kan notis. Jika mereka keluarkan maka rekod bekerja buruk. Mohon penjelasan. Probation saya 6 bulan. baru kerja 4 minggu.

    • W’salam Ahmad,

      Situasi anda memang amat sukar kerana anda bukan sahaja tidak dilindungi oleh Akta Kerja, malahan anda masih dalam tempoh percubaan. Tambahan pula ada kontrak yang menjelaskan soal notis tersebut. Oleh itu, anda terpaksa pilih antara dua opyen yang diberikan oleh majikan itu.

      • Terima kasih, saya ada pergi ke pjbt buruh. Diaorg minta majinkn yg kluar kn. jadi saya minta majikan kluar kn surat tamat kontrak. Tapi majikan xnk kluar kn pulak. Padahal saya cuma mahu hitam putih saja kata di berhentikan kerja. Pening2

  13. sya bwru kerja 4 bulan….belom sain offer letter dan conformation letter..majikan saya meminta saya bekerja another 1 month….gaji bwh 2k…bolehkah saya berhenti 24jam??

    • Mohamd Yazid,

      Jika tidak dinyatakan apa2, maka notis yg perlu anda patuhi mengikut akta kerja ialah 4 minggu. Harus diingat kontrak boleh secara LISAN dan bertulis. Tanpa apa-apa surat dan dokumen kontrak, masih wujud kontrak kerja antara anda dan majikan.

  14. Saya baru submit notice resign tadi, tp bos reject. Adakah bos berhak untuk tahan resignation saya? In short dia xnak berhentikan saya

    • Hi Ain,

      Wah! sayang boss sama anda ya. Tak mahu terima notis. :D
      Jika anda submit notis sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kontrak, maka tiada apa yang boleh dilakukan oleh boss utk menghalangnya. Setiap kontrak memang ada klausa penamatan dan notis adalah salah satu darinya.
      Mintalah boss gaji lebih dan benefit yang lebih utk terus kerja di sana…

  15. Salam, sy ingin tahu jika pekerja yg masih under probation period (3 bulan) dan mahu berhenti kerja (bukan diberhentikan), berapa harikah notis perlu diberikan jika tiada dinyatakan didalam surat perlantikan? Bekerja baru 2 minggu..

  16. Sy tlh d beri notis berhenti kerja sebulan oleh majikan mengikut kontrak, dan mereka akan memberi faedah penamatan kontrak (kaedah pengiraan jabatan buruh).. sy ingin bertanya oleh kerana sy bekerja tidak smpai setahun dan nilai pmpasan tidak sebanyak mna, bolehkah sy turut menuntut gaji bln tersebut selain dr pmpasan yg d terima? (Cth: notis sebulan diberi b’mula 1/8/14 dan tmat 31hb, bolehkh sy menuntut gji bln Ogos t’sebut?)

  17. Boleh kah saya tanya kalau berkerja tidak sampai 3 bulan tapi bos saya panggil I henti pada 31 Ogos 2014
    Hari ni baru dia kasi tau saya kerja sampai hujung bulan ni. kalau begitu perlu kah dia bayar extra 1 bulan gaji kasi saya?

    • Hi Fa Ye,

      Jika ada kontrak, maka rujukan perlu di buat pada kontrak kerja terlebih dahulu. Jika anda dilindungi Akta Kerja (gaji di bawah RM 2,000), maka notis 4 minggu perlu diberikan terlebih dahulu oleh majikan.

      Untuk nasihat yang lebih lanjut, harap rujuk kes anda pada pegawai JTK berdekatan kerana latarbelakang kes anda perlu dilihat sebelum nasihat yang betul dapat diberikan. Terima kasih.

  18. Saya ada pertanyaan jika saya memberi resign letter dalam tempoh 24jam adalah saya akan didakwa atau ditarik gaji..saya berkerja kurang drpd 2tahun dan gaji bawah 2000

    • Ia bergantung kepada notis yang diperlukan di bawah kontrak kerja anda. Jika tiada terma yang menyebut, maka perlu ada notis 4 minggu mengikut Akta Kerja 1955. Jika ada disebut dalam kontrak, maka ia perlu mengikut kontrak kecuali majikan bersetuju benarkan notis 24 jam itu.
      Jika anda tidak patuhi notis, maka majikan berhak untuk menerima pampasan mengikut nilai notis. Misalnya jika notis adalah 2 bulan, maka anda perlu membayar nilai dua bulan gaji pada majikan.

      • Saya nak tanya. Saya belum confirm tapi majikan lama saya telah buang saya kerja tanpa notis. Adakah saya boleh buat aduan?

        • Ya Anil,

          Anda boleh buat rujuk kes dengan pegawai JTK. Amnya anda ada hak untuk buat aduan. Namun, perlu lihat juga fakta kes dan seeloknya anda bentangkan kes anda dihadapan pegawai JTK secepat mungkin utk mereka buat penilaian. Terima kasih.

  19. selamat petang,bolehkah saya menghantar notis berhenti pada 25hb ogos 2014 utk bermula kerja di tempat baru pada 15hb September 2014. berdasarkan baki cuti tahunan saya berbaki 6 hari?

    • Selamat pago Khairul,

      Pertamanya anda perlu periksa berapa bulan/minggu notis yang diperlukan untuk berhenti kerja di tempat kerja anda itu. Kemudian baru anda off-set dengan cuti tahunan. Jika tidak cukup, anda perlu bayar nilai notis jika mahu berhenti pada 15hb September nanti.

      Terima kasih

  20. ———–
    Saya ingin bertanya beberapa soalan tentang cuti bersalin dan notis berehenti kerja.

    Adalah dimaklumkan,

    * Saya Mula bekerja di syarikat A’ pada 11/11/2013 sehingga sekarang.

    * Saya dijangka bersalin (Expected Due Date) pada 30/9/2014. (oleh yang demikian cuti bersalin 60 hari@ 2 bulan adalah 01/10/2014 – 30/11/2014)

    * Adalah menjadi syarat – mengikut surat tawaran jika saya hendak berhenti kerja, Notis 2 bulan hendaklah diberikan kepada syarikat.
    * tiada apa-apa peruntukkan mengenai notis berhenti tidak boleh diberikan serentak dalam tempoh cuti bersalin (cuti bergaji)

    Oleh yang demikian, soalan saya ialah ADAKAH SAYA BERHAK MENDAPAT ELAUN BERSALIN (Maternity allowance) jika : –

    1) Jika saya memberikan Notis berhenti kerja pada 30/8/2014 (Notis berhenti kerja berkuat kuasa dari 30/8/2014 – 01/11/2014 @ 2 bulan); atau

    2) Jika saya memberikan notis berhenti kerja pada 15/9/2014?(Notis berhenti kerja berkuat kuasa dari 15/9/2014 – 16/11/2014 @ 2 bulan) ; atau

    3) Jika saya memberikan notis berhenti kerja pada 29/9/2014? (Notis berhenti kerja berkuat kuasa dari 30/09/2014 – 29/11/2014 @ 2 bulaniaitu notis berhenti kerja dan cuti bersalin sekaligus.?

    Terima kasih.

  21. Adakah boleh/sah menghantar surat perletakan jawatan ketika pekerja tersebut masih dalam cuti bersalin (cuti bergaji). Contohnya baru sebulan cuti bersalin, terus memberi notis sebulan utk berhenti. Bermakna blh terus berhenti selepas tamat tempoh cuti bersalin. ( mungkin datang sekejsp untuk handing over tugas.

    Layakkah terima gaji terakhir memandangkan notis cukup sebulan tadi?

    • Ya boleh jika anda dilindungi oleh Akta Kerja (bergaji RM 2,000 ke bawah).
      Seksyen 12 menetapkan bahawa notis boleh dihantar ‘pada bila-bila masa’ dan ini termasuklah masa cuti bersalin.

      Jika gaji anda melebihi RM 2k, maka anda perlu rujuk pada kontrak kerja.

      Terima kasih.

      • salam..
        saya ingin minta nasihat..
        saya pekerja swasta di sebuah kilang,boleh tak jika saya ingin mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh yang lama,lebih kurang 6 bulan. adakah saya berhak atau atas budi bicara majikan? atau boleh ke saya memohon berhenti untuk sementara waktu?
        untuk pengetahuan tuan saya ingin ke luar negara untuk membantu saudara yang baru memulakan perniagaan restoran.untuk permulaan dia memerlukan saya untuk sementara waktu.
        harap tuan dapat bantu bagi pencerahan..
        terima kasih..

        • 6 bulan terlalu lama tu. Jika di luluskan, ia buat anda seolah-olah ‘redundant’ dalam syarikat. Namun, itu semua terpulang kepada majikan. Dia ada hak untuk meluluskan atau tidak permohonan anda itu.

  22. salam,

    sy sudah berhenti kerja dgn memberi majikan 1 bulan notis kerana sy bru dapat scholarship smbg belajar, tpi slh 1 condition untuk mndpt biasiswa adalah sy perlu ada surat pengesahan benti kerja dri majikan, mslhnye company asyik delay nak bgi surat pengesahan, bolehke sy report kes mcm ni ke pejabat buruh?

    • Tiada kewajipan untuk majikan keluarkan surat sebegini.
      Akan tetapi kalau biasiswa bukan yang diperlukan adalah bukti anda pernah berkerja sahaja? Oleh itu, offer letter dari majikan rasanya mencukupi.

  23. mohon pencerahan….saya baru bekerja selama 1 tahun dan mempunyai baki kontrak selama 2 tahun dengan majikan. saya nak tender 1 month notis resign..dalam kontrak tiada dinyatakan brapa gantirugi yang perlu saya bayar kpd majikan saya..so kbiasaannya brapekah yang perlu saya bayar kerana saya bimbang majikan saya mengenakan jumlah gantirugi yang sgt tinggi…terima kasih

    • Jika gaji anda RM 2,000 ke bawah, maka anda dilindungi oleh Akta Kerja 1955, maka peruntukkan Akta adalah terpakai. Notis utk pekerja yang baru bekerja tidak melebihi 2 tahun perkhidmatan ialah 4 minggu sahaja.
      Jika gaji anda melebihi RM 2,000, maka perlu rujuk kontrak atau employee handbook jika ada atau lihat notis biasa yang dikenakan pada pekerja di sana. Rujuk HR dalam hal ini.

  24. salam..

    saya ada kemusykilan.

    sekiranya saya tender resign syarikat swasta pada 1 september 2014 dengan 1 bulan notis maka sepatutnya hari terakhir saya bekerja ialan 30 september 2014.

    persoalannya, jika saya masih ada cuti tahunan berbaki 10 hari,

    1) jadi sepatutnya hari terakhir saya bekerja (setelah ditolak 10 hari baki cuti tadi) pada 15 september 2014, kan ? sebab 16 september tu adalah public holiday ?. dan adakah saya masih mendapat gaji penuh sebulan untuk september atau gaji selama 15 hari sahaja ?

    2) jika kes seperti di atas, saya hanya mendapat gaji untul 15 hari sahaja, boleh tak saya buat begini :
    – tender resign 1 september 2014.
    – apply cuti selama 10 hari dalam bulan september tersebut
    – jadi tarikh akhir bekerja 30 september 2014.
    – maka saya dapat gaji penuh pada bulan september 2014.

    harap dapat membantu saya sebelum saya tender bulan hadapan.

    terima kasih.

    • 1. Ya, anda boleh gunakan cuti tahunan yang tinggal untuk off-set notis yang diperlukan. Tidak perlu kerja sehingga 30.09.2014. Cuti tahunan ialah cuti dengan gaji. 16 September ialah cuti umum bergaji.

      2. Anda boleh juga guna cara kedua ini kalau mahu :D

  25. as salam tuan
    saya sudah berkhidmat dengan 1 syarikat ini hampir 7 tahun
    bermula dari 11.8.2008 sehingga tarikh saya menghantar notis berhenti 9.7.2014
    sepatutnya tarikh notis sebulan sehingga 9.8.2014 tetapi majikan telah mengarahkan saya untuk mengakhiri perkhidmatan sehingga 31.7.2014 sahaja
    dengan alasan senang untuk dikira gaji sebulan
    ada 2 masalah yang saya mohon pencerahan pihak tuan
    1 – pihak syarikat memberi 12 hari ANNUAL LEAVE tapi hanya 7 hari sahaja yang dibayar

    – kenapa WORKING HOUR saya di slip gaji dikira 31 hari bukan 26 hari mengikut slip gaji yang terdahulu

    mohon pencerahan dari pihak encik
    saya sedih & rasa sangat tertipu kerana masih ada baki gaji yang tidak diberi

    insan teraniaya

    • W’salam..

      Apa-apa pun dalam hal-hal berkaitan hubungan majikan dan pekerja, rujukan utama hendaklah dibuat pada kontrak terlebih dahulu. Jika ia tidak dinyatakan dalam kontrak dan anda dilindungi oleh Akta Kerja 1955 (gaji RM 2,000 ke bawah), maka peruntukkan dalam Akta Kerja boleh digunakan.

      1. Dalam soal notis berhenti kerja Akta Kerja menyatakan hak untuk melupuskan notis di beri pada mereka yang terima notis. Dalam kes anda, majikan terima notis dari anda untuk berhenti kerja, maka dia ada hak untuk melupuskan notis tersebut. Maka tiada masaalah jika dia rasa anda tidak perlu kerja sehingga 9.8.2014.

      2. Bila bekerja memberikan notis kerja, maka cuti tahunan yang tinggal boleh digunakan utk menggantikan notis atau jika tidak diterima majikan, perlu dibayar nilainya. Anda perlu bertanyakan rujuk HR untuk mengenalpasti terlebih dahulu situasi ni.

      3. “WORKING HOUR saya di slip gaji dikira 31 hari bukan 26 hari mengikut slip gaji”. Boleh anda jelaskan maksud anda dalam soalan ini? Saya kurang faham. Haraf maaf.

  26. Assalamualaikum
    saya baru bekerja di sebuah syarikat masuk bulan ke 3,
    sehingga kini sya masih belum mndapatkan surat tawaran kerja dipendekkan tiada menandatagani ape2 surat persetujuan,.memandagkan projek hampir tamat,dan sya sudah tidak mahu meneruskan perkhidmtan berikutan mslah bekerjadan tidak mampu bekerjasama dengan general manager projek, lagi
    soalan:
    adakah saya boleh bagi notis 24 jam berhenti,.kerana khuatir tidak diberi gaji akhir jika pmberitahuan awak (kes tidak dibyr gaji sering sy dgr)

    • Samada ada anda boleh beri notis 24 jam atau tidak bergantung kepada beberapa perkara. Biarpun tiada surat tawaran rasmi, fakta yang anda telah berkerja di sana menunjukkan wujud kontrak kerja antara anda dengan majikan. Masaalahnya bila tiada kontrak bertulis ialah menterjemahkan terma-terma kontrak anda itu.

      Harap rujuk dulu dengan HR dan tanya pekerja2 di sana jumlah notis yang biasanya diperlukan oleh pekerja-pekerja di sana.

      Jika anda pekerja di lindungi Akta (gaji di bawah RM 2,000), maka dengan ketiadaan apa-apa terma tersurat, maka peruntukkan Akta yang menyatakan 4 minggu diperlukan adalah terpakai.

  27. Salam Tuan,

    Pada 18 July 2014 yang lepas, saya telah hantar resign letter pada company dengan notis 2 bulan yang patut berakhir pada 18 sept 2014.
    Saya mempunyai baki cuti tahunan sebanyak 30 hari.
    Setelah tolak baki cuti tahunan, tarikh akhir saya ialah pada 8 aug 2014.
    HR meminta saya untuk extend sehingga 15 aug 2014 dan akan membayar cuti saya.
    HR berikan saya surat perletakan jawatan dengan mengatakan pembayaran gaji akan dibuat sehingga 15 aug 2014.
    Adakah cara ini betul?ataupun pihak HR perlu membayar gaji sehingga 18 sept kerana cuti saya adalah cuti berbayar.termasuk tambahan 5 hari untuk masa kerja tambahan?
    Mohon penjelasan dari tuan,
    terima kasih.

    • Pertamanya. adakah anda dilindungi oleh Akta Kerja 1955 (bergaji RM 2,000 ke bawah)?
      Kedua, jika tidak, maka rujukan pada kontrak kerja dan polisi syarikat perlu dibuat untuk mengetahui samada tindakan HR itu betul atau tidak.
      Jika dilindungi Akta, maka Akta memperuntukkan bahawa cuti tahunan berbaki boleh ditolak dari nilai notis dan pekerja berhak pada faedah ini mengikut Akta Kerja 1955.
      Majikan cuma boleh membayar lewat gaji jika ada alasan yang munasabah sahaja. Pekerja yg tidak berpuas hati atas kelewatan pembayaran gaji boleh membuat aduan/mohon bantuan JTK berdekatan.

  28. Salam, jika tempoh notis berhenti adalah 2 minggu, pekerja telah memberikan notis 1/7/2014 hingga 14/7/2014. Tetapi 10/7/2014 adalah hari terakhir beliau bekerja di mana kurang 4 hari lagi untuk melengkapkan notis. Soalan saya, sebagai majikan adakah saya perlu bayar 10 hari atau tidak perlu bayar langsung kerana pekerja kurang bayar 4 hari untuk cukupka 14 hari notis.

  29. Saya merupakan seorang majikan, 3 pekerja saya telah berhenti tanpa notis dan menfailkan tuntutan gaji , tarikh berhenti 26hb….. dan dari tarikh itu sy telah mendapat banyak masalah dari mereka, 1-mereka membuat kecoh di depan rumah pada pukul 3pg sehari selepas mereka berhenti dgn meminta gaji .2-keesokan nya pula 28hb sy dipanggil ke balai polis kerana mereka membuat repot yg sy tidak membayar gaji merekA….padahal bayaran gaji selewatnya saya akan bur sebelum 2 atau 3hb berikutnya…. sekarang mereka memfailkan tuntutan di pejabat buruh, akan tetapi sy tidak bersetuju dgn tuntutan itu kerana mereka berhenti tanpa notis,meninggalkan syarikat sewaktu kerja banyak,kerugian sy yanggung kerana kekurangn pekerja,malu sy tanggung diatas apa yg mereka buat selepas mereka berhenti,,,,dalam tuntutan dipejabat buruh mereka memfailkan bukti,sy memecat (padahal mereka berhenti tanpa notis) membuat payslip gaji (bg tau pejabat buruh payslip itu saya yang beri padahal tidak) meniou tarikh dan surat pengesahan jawatan sedangkan mereka bekerja kurang dr 2 bulan.. tempoh percubaan sy nyatakan secara lisan dan di borang permohonan sewaktu mengambil mereka bekerja adalah 3 bulan….boleh beri nasihat kepada saya apa yg harus sy lakukan terhadap mereka yg menipu dgn bukti dikemukan dibuat sendiri dan bukan dr syarikat . Atau dapatkah sy menyaman mereka dan berapa nilai saman yg sepatutnya…

    Harap dibantu

    • Dalam kes sebegini, sebaiknya anda mendapatkan khidmat guaman dari peguam IR di tempat anda. Ia lebih baik dan effektif dari berbincang di sini tanpa dapat melihat keterangan-keterangan yang diperlukan dari semua pihak berkenaan. Haraf maaf.

  30. Salam

    Saya ingin bertanya. Saya baru direnew kontrak 6 bulan yang lalu (baru bekerja kurang 2 tahun – Jan 2013). Dalam kontrak ada bertulis sekiranya saya ingin berhenti kerja , pekerja mesti memberi 3 bulan notis. Bolehkah saya abaikan peraturan yg diberikan oleh majikan instead saya bagi sebulan notis.

    Menurut ofis sekiranya saya bagi sebulan notis maka saya perlu bayar majikan balik 2 bulan gaji. Adakah ini betul?

    Harap boleh bantu saya berkenaan hal ini.

    terim kasih

    Boy

  31. saya nak tanya, saya bekerja part time selama tiga minggu di sebuah pasaraya sebagai promoter. saya terpaksa berhenti tanpa memberikan sebarang notis kepada pihak majikan, cuma memaklumkan sahaja kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. adakah saya layak untuk terima gaji selama saya bekerja di situ?

  32. As salam. Saya bkerja di sebuah syarikat swasta. Baru baru ini saya mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat lain. Notis saya 3 bulan. Namun syarikat tersebut bersetuju untuk menunggu saya selama 2 bulan sahaja. Jadi saya sudah brrbincang dengan HR syarikat saya, di mana saya akan bekerja selama 2 bulan, dan akan membayar notis sebulan saya secara ansuran. Namun syarikat saya tidak bersetuju dan mereka mengambil tindakan tidak membayar gaji bulan terakhir saya bekerja untuk menampung kos notis tersebut. Sedangkan perkara ini tidak termaktub dalam surat tawaran sy sebelum ini. Dan pihak syarikat sy memberi alasan bahawa mereka khuatir saya tidak bayar kerana sebelum saya resign, sudah ada kawan sy yg resign short notice tetapi terus tidak membayar kpd syarikat sy skrg ini. Persoalan saya, adakah pihak syarikat sy boleh simply menjadikan orang lain sbg alasan utk tidak membayar gaji sy? Dan sblm ini pihak HR berkata mmg mereka menerima bayaran secara ansuran tetapi kali ini mereka tdk mahu lagi kerana khuatir sy akan melarikan diri tanpa membayar. Dan utk pengetahuan tuan, pihak syarikat sy juga tidak membayar caruman epf/kwsp pekerja selama 3-4 bulan. Mohon pendapat dan nasihat. Terima kasih.

    • Pertamanya, notis hendaklah dipatuhi. Dalam kes anda adalah 3 bulan, maka 3 bulan itu perlu anda lalui.
      Kedua, soal membayar notis 1 bulan secara ansuran. Sekali lagi ia hak majikan samada mahu terima atau tidak dan mereka tidak perlu beri alasan sebenarnya.
      Ketiga, jika ada janji, adakah ia secara bertulis kerana tanpa persetujuan bertulis, anda akan mengalami kesukaran membuktikan kes anda bila membuat aduan nanti.
      Ke empat, soal caruman tidak berbayar – ia perlu di adukan pada pihak2 berkenaan – KWSP.

      Terima kasih.

  33. Salam…Adakah memberi notis berhenti kerja semasa dalam tempoh maternity leave akan memberi apa-apa kesan kepada cuti baki maternity leave ataupun gaji?
    Contoh: maternity leave sudah berlalu 30 hari, pada hari ke 31 dia ingin menghantar notis sebulan kepada majikan seperti yang ternyata dalam contract. Cukup sehingga tarikh akhir maternity leave.
    Adakah disebabkan notis berhenti tersebut company berhak untuk tidak membayar gaji atau menarik balik cuti dalam tempoh maternity leave yang berbaki?

    • Pada pendapat saya pekerja berhak pada cuti bersalin bergaji dan oleh itu majikan tidak boleh menolak gaji sepanjang tempoh notis dan baki cuti bersalin itu.
      Seksyen 12 (1) menyatakan pekerja boleh menamatkan kontrak dengan notis ‘at anytime’ bila-bila masa dan ini termasuk masa cuti bersalin.
      Hak cuti bersalin pula diberikan oleh Akta Kerja 1955 Bahagian IX dan ia perlu dipatuhi jika pekerja dilindungi Akta (gaji dibawah RM 2,000).
      Untuk nasihat lanjut, anda boleh rujuk kaunselor JTK berdekatan. Terima kasih.

  34. tumpang tanya..
    saya telah bekerja dengan syarikat ini selama 5 bulan kerana masih menunggu keputusan kemasukan ke ipta..jawatan saya disni sebagai admin assistant..saya ingin memberi notis berhenti kerja 24 jam tetapi director tidak memberi kelepasan kerana mengatakan saya perlu memberi notis sebulan awal..namun begitu saya tidak ada menerima apa – apa offer letter daripada syarikat..jadi bolehkah saya memberi notis bekerja 24 jam berdasarkan situasi saya sekarang ini?

    • Walaupun tidak ada kontrak dan offer letter sekalipun, anda tertakluk juga pada peruntukkan undang-undang buruh yang sedia ada. Bagi pekerja yang baru 5 bulan bekerja, notis nya adalah 4 minggu.

  35. salam tuan ,
    saya salah seorng pekerja swasta bidang pest control ingin meminta sedikit pandangan dari pihak tuan ,saya telah diberhentikan kerja secara verbal atau pun melalui sms(khidmat pesanan ringkas) dari majikan saya atas alasan yang berkaitan dengan bidang saya. sudahlah saya membantu beliau untuk mengambil pekerja beliau yang bukan sama bidang dengan saya si hari pelepasan saya ,hanya kerna saya tidak buat panggilan yang pekerja beliau itu enggan turun kerja saya mendapat keputusan macam itu.tetapi saya ada menghantar khidmat pesanan ringkas kerana baki saya tidak mencukupi untuk membuat panggilan. adakah saya sudah di ketegorikan sebagai sudah berhenti kerja atau saya kena menanti majikan memberi notis berhenti kerja.apa yang saya perlu buat untuk mendapatkan hak saya.

    • Sebaiknya, anda berjumpa dengan majikan dan minta penjelasan samada anda sudah diberhentikan atau tidak. Jika sudah, anda perlu merujuk pada kaunselor JTK untuk tindakan selanjutnya.

  36. Saya bekerja di sebuah syarikat. Tapi malangnya syarikat itu bankrap. Bolehkah saya menuntut bayaran pampasan sedangkan syarikat itu tidak lagi beroperasi? TQ

    DLSL: Jika majikan x mampu lagi meneruskan perniagaan atas sbb masaalah kewangan, maka kontrak tamat atas sbb ‘frustration of contract’ atau kontrak x dapat diteruskan lagi. Oleh itu, majikan hanya perlu bayar gaji yg dia masih hutang pada pekerja sahaja.

  37. Salam. Saya pernah mempunyai syarikat dan pekerja. Malangnya perniagaan saya bankrap. Pekerja berhenti secara sukarela akibat masalah tersebut. Perlukah saya membayar gaji pekerja sedangkan syarikat tersebut sudah tidak beroperasi dan saya mempunyai masalah kewangan? Tolong beri penjelasan. Terima kasih

  38. saya ada pekerja yg br bekerja dlm sebulan….mengikut jumlah hari dalam sebulan yg dia bekerja 7 hari sahaja…mc dlm 4 hari…dia bg notis 24 jam…setahu saya notis dlm sebulan…abis brp sy nk bayar gaji dia.

  39. Salam,

    Terimakasih dengan blog/forum ini. Kudos. Kerana dapat membantu beri pandangan untuk semua yang bermusykilan dalan perihal kontrak kerja.

    Saya adalah pekerja kontrak 3 tahun sejak 2009 dan disambung lagi 2 tahun hingga 2014. Kontrak ini akan tamat pada 16 Februari 2014. Saya telah memberi notis berhenti pada 16 Januari 2014 selaras dengan yang bertulis di dalam kontrak saya dengan majikan (30 Hari). Walaubagaimanapun, majikan telah keluarkan ‘Garispanduan Pekhidmat Am’ syarikat secara umum (emel) kepada semua pekhidmat berkuatkuasa 1 Januari 2014, yang mengandungi terma notis pemberhentian selama 3 bulan. Persoalan saya ialah;

    1. Adakah patut saya akur dengan garispanduan tersebut ataupun dengan kontrak saya sebelum ini yang bertandatangan? Untuk makluman, semua pekhidmat (56 pekerja di syarikat ini) adalah tetap kecuali saya yang berkontrak.

    2. Adakah betul (dari segi akta kerja), penolakkan cuti tahunan boleh dilakukan dalam masa notis peberhentian tersebut dan adakah ianya berbentuk pro-rate?: contoh 29hari/setahun = purata 2.4 Hari sebulan, maka 2.4 x 2 bulan = 4.8 hari. Atau wajarkah saya ambil bulat-bulat 29 hari cuti tahunan saya tersebut. (Tak hadir dengan sengaja-:0)

    Mohon pandangan oleh kerana buat masa ini majikan telah menahan gaji saya untuk bulan Januari tahun 2014 di atas sebab-sebab yang saya sendiri tidak pasti.

    TK.

    • 1. Ia bergantung kpd status ‘Garispanduan Pekhidmat Am’ itu samada ia mengikat pekerja atau tidak? Anda perlu rujuk kembali kontrak kerja anda akan hal ini dan mohon pendapat peguam atau kaunselor JTK jika perlu bagi mentafsirkannya.
      2. Kiraan itu agak complicated jugak cuma dari segi teori ia mungkin betul. Anda kena earned cuti anda setiap tahun. Cuma earning itu di buat pada tahun yang sudah, maka untuk tahun yang baru anda sudah miliki cuti tersebut tolak mana-mana yg telah digunakan secara ‘advance’. Harap rujuk pada artikel ‘Cuti tahunan’ dalam blog ini. Terima kasih.

      Sebaiknya anda bertanya dengan majikan akan masaalah-masaalah anda dan dapatkan penjelasan mereka bagaimana mereka membuat keputusan dan terma kontrak mana yg dirujuk. Dapatkan pula nasihat kaunselor JTK berdekatan jika perlu bagi memastikan hak-hak anda sebagai perkerja dilindungi.

  40. Saya sudah bekerja hampir 3 tahun di sebuah syarikat swasta. Tetapi masih tidak dapat surat sah jawatan. Masalahnya ialah sejak setahun lepas majikan lewat membayar gaji…dan kini majikan lewat membayar gaji 2 bulan. Kwsp pula dipotong seperti biasa dari jumlah gaji (selama 10 bulan) tetapi caruman tersebut tiada didalam penyata ketika disemak . Ramai yg telah berhenti dengan memberi notis 24jam, sebulan atau 3 bulan. Mengikut kontrak saya notis berhenti perlu diberi dalam tempoh 3 bulan sebelum. Persoalannya bolehkah saya berhenti kerja dengan memberi notis 24 jam atau kurang sebulan?

  41. Salam Admin, saya ingin mendapatkan pengesahan daripada tuan mengenai hal ini. Saya telah menghantar notis penamatan kerja kepada majikan saya pada 4.11.2013 dan tarikh akhir saya bekerja adalah 4.12.2013 yang lalu iaitu sebulan notis menurut surat tawaran kerja saya. Pada akhir bulan 11 saya telah mendapat gaji saya sebulan. Pertanyaan saya; adakah saya layak dan berhak untuk mendapatkan gaji saya pada 1 hingga 4 hb Disember 2013 memandangkan tempoh penamatan kerja saya berakhir pada 4/12/2013. Untuk makluman tuan, saya telah menghubungi admin pejabat lama saya untuk bertanyakan hal ini tetapi dia memberitahu majikan membayar gaji mengikut notis sebulan saya, bermakna gaji bulan 11 sahaja dikira. Kalau begitu, mengapa gaji saya tidak dibayar mengikut hari iaitu pada 1-4hb Disember tersebut sahaja?
    Sila huraikan kemusykilan saya. Terima kasih.

  42. Salam Tuan,

    Saya ada beberapa perkara untuk mendapatkan pendapat dan pandangan tuan. Saya seorang pekerja Sales Executive dengan gaji terakhir RM2700.00.

    Di dalam kontrak kerja saya ada dinyatakan:

    – Seseorang yang telah sah jawatan perlu menghantar notis selama sebulan untuk berhenti kerja.

    – Seorang sales executive layak menerima “1% commission” atas setiap case/jualan yang dilakukan. Dan comission ini dibayar secara quarterly.

    – Dan ada satu clause dalam kontrak saya berkenaan “Non-Competitive Clause” yang menyatakan saya tidak boleh join mana2 “Company Pesaing” yang terlibat dalam bidang yang sama dalam tempoh setahun selepas saya berhenti.

    Soalan saya:

    1) Pada 12 Julai 2013 saya menghantar notis pemberhentian kerja kepada supervisor saya. Dan di dalam notis tersebut saya ada menyatakan bahawa notis saya adalah selama sebulan. Saya tidak mendapat apa2 surat reply dari majikan berkenaan notis saya itu.
    Tetapi saya telah ditamatkan kerja oleh majikan pada 26 Julai 2013 dan saya telah diminta menyerahkan segala kerja dan harta syarikat pada tarikh tersebut. Dan gaji saya juga dibayar hanya sehingga tarikh 26 Julai 2013.

    – Bolehkah saya menuntut gaji yg selebihnya sehingga 12 Ogos 2013 memandangkan tempoh notis saya adalah selama sebulan?

    2) Untuk pengetahuan tuan, saya tidak menerima commission jualan/case saya dari tempoh Januari 2013 hingga ke tarikh notis pemberhentian kerja saya( 12 Julai 2013)

    – Bolehkah saya menuntut Commission saya kepada majikan kerana itu termasuk dalam kontrak kerja saya?

    3) Selepas pemberhentian saya, ada beberapa syarikat pesaing yang cuba mendapatkan perkhidmatan saya supaya bekerja dengan mereka dan menawarkan gaji dan elaun yang lebih baik berbanding syarikat lama saya. Tetapi saya belum menerima tawaran mereka kerana khuatir akan “non-competitive clause” yang ada dalam kontrak saya dan bimbang syarikat lama akan mengambil tindakan undang2 terhadap saya jika saya menrima tawaran tersebut.

    – Bolehkah saya menerima tawaran dari syarikat pesaing tersebut kerana gaji dan elaun yang ditawarkan lebih baik dari syarikat lama saya?

    – Bolehkah syarikat lama saya mengambil tindakan undang2 terhadap saya jika saya menerima tawaran syarikat pesaing tersebut?

    – Adakah “Non-Competitive Clause” itu masih terpakai atau terbatal kerana kelihatan agak berat sebelah dan tidak memihak kepada pekerja seperti saya? Sedangkan mata pencarian dan pendapatan saya bergantung kepada skill dan experience yang telah saya miliki di dalam bidang ini.

    Diharap tuan dapat memberikan pandangan dan pendapat tuan terhadap situasi saya ini.

    Terima kasih.

  43. salam,saya nak tanye, saya belum cmfirm,dekat offer letter ade mengatakan if saya nak terminat at this,company is anytime.so,if saya hantar 24 hour notis,tiada masalah rite??company tak boleh membantah perkara tu kan?sebab sudah ada hitam putih.dan pada offer letter saya tiada mengatakan tempoh termination if not cormfirm.

    thanks

  44. assalam…saya ada kekeliruan dalam prosedur berhenti kerja. Saya baru saja kerja di syarikat selama 2 bulan lebih..dan belum lagi sah jawatan. Saya ingin berhenti kerja di syarikat ini tetapi mengikut kontrak wpun saya belum sah jawatan jika ingin berhenti kerja perlu memberi notis 2 bulan. Jadi apa perlu saya lakukan? saya ingin berhenti kerja dan ingin memberi notis 24 jam..

    • Tidak confirm itu tidak bermakna tiada kontrak. Terma itu cuma digunakan oleh majikan bagi mengelakkan dari terikat dengan pekerja bermasaalah. Jika dalam surat tawaran atau kontrak ada dinyatakan mengenai hal notis ini dan anda telah bersetuju (tandatangan), maka ini perlu dipatuhi.
      Untuk, berhenti 24 jam, cuba mohon ihsan majikan anda. Majikan ada hak utk waive notis jika mahu.

  45. Salam, saya telah bekerja dengan management company lebih 3 thn sebagai level eksekutif. sepanjang tempoh bekerja saya pihak atasan tidak puas hati kerana displin kehadiran saya namun dari segi mutu kerja tiada masalah. Hingga saya tiada bonus disebabkan ini.Dlm tempoh sebulan saya ditukarkan sebanyak 3 condo.Dr 1 condo ke condo yang lain tanpa elaun tambahan.

    Bulan lepas saya dipanggil oleh GM dan diberi advise untuk hantar surat letak jawatan dan settle all my problem. After that kerja semula. Dia kata itu jalan terbaik sebab mgmt tak mahu bg surat amaran diatas displin saya sebab akan rosakkan nama saya. Saya kata oklah.

    Selepas itu saya rasakan seperti hak saya dipermainkan dan sykt ada agendanya tersendiri. Pada waktu yang sepatutnya saya hantar surat tapi saya tak hantar. Hingga ada PA GM call tanya bila nak hantar surat? Saya kata hujung bulan.

    Hujung bulan saya tengok gaji tak masuk. HR kata paid by cheque. Saya tanya kenapa? HR terima arahan dr department saya. 2hb saya dapat confirmation yang cek saya boleh ambil di HQ. Bila saya pergi untuk ambil cek, soalan pertama PA GM tanya mana surat saya? Saya kata saya ubah fikiran. Selepas itu dia call GM dan informed saya yang cek saya terpaksa di HOLD dahulu atas arahan Top Management. Saya tanya kenapa tetapi PA hanya ikut arahan. Dia akan call saya dalam minggu ini. Saya call GM dia kata PA akan explain dekat saya. Macam bola dia orang buat saya.

    Esoknya saya terima panggilan dari superior saya yang saya kena transfer lagi ke condo yang lebih jauh dari rumah dan terletak di bad traffic area minggu hadapan. Dia tanya saya kena buat macam ini? Sykt dah bagi banyak muka dekat u tapi u buat macam ini. Dia juga bagi amaran yang sykt akan surat amaran cc to labour dept kalau saya lewat datang kerja. Lebih 3kali akan terminate. In future kalau letak nama company sebagai referral, company akan cakap saya kena terminate. Tapi kalau berenti cara baik, sykt akan cakap yang baik pasal saya.

    Buat masa ini saya cukup2 tertekan.I need a guide to protect my right.Selama ini saya sabar dengan tindakan sykt seperti xde bonus, dimotivate dan tiada dibayar elaun atas pertukaran kondo. Cuma kali ini saya rasa terlalu melampau sebab hold gaji saya sedangkan saya mempunyai commitment yang perlu dibayar dan 3 orang anak dalam jagaan.

    Apa yang perlu saya lakukan….

    • Jujurnya, saya bersimpati dengan masaalah anda, namun faedah-faedah yang anda sebutkan di atas (elaun, bonus) bukanlah yang wajib diperuntukkan di bawah undang-undang. Itupun jika anda dilindungi oleh undang-undang (pekerja yang gajinya RM 2,000 ke bawah). Ia adalah budi bicara majikan dan terhad pada yang disebut dalam kontrak jika ada.

      Hak anda dalam soal perpindahan pula juga terhad pada apa yang dinyatakan dalam kontrak anda. Sebaiknya ada merujuk kontrak bertulis (jika ada) pada pengamal undang-undang yang anda kenali atau minta bantuan kaunselor JTK untuk memberi tafsirannya.

      Terima kasih.

  46. Salam, saya bekerja di managament company dan ditempatkan die condominium sejak Februari 2013 dgn gaji RM2.4k dan terikat dengan contrak perlu berkerja dengan company selama 2 tahun.
    Pada May 2013 saya telah ditahan wad kerana kekurangan sel darah marh. Saya diberi mc lebih 10 hari. Pada bulan Julai 2 kali saya ditahan lagi diwad atas sebab yang sama dan mc lebih 20 hari. Semasa saya didalam wad, saya telah diberhentikan kerja dan keesokan harinya diarah untuk berkerja semula oleh hq saya atas kehendak Committee members di condo yang saya berkerja. Apabila saya mula bekerja, hq tidak mahu membayar gaji saya sepanjang tempoh mc kerana melebihi had company iaitu 7 hari mc selama 1 tahun. Namun, dengan campur tangan commitee member, akhirnya hq membayar gaji saya.
    Pada bulan October sekali lagi saya ditahan diwad selama 4 hari dan gaji saya dipotong. Apakah tindakan company sah di sisi undang2 dan bolehkan saya berhenti kerja dalam tempoh ini? Bolehkah company mengambil tindakan ke atas saya kerana belom mencukupi tempoh contrak yang dipersetujui?

    • Oleh kerana gaji anda melebihi RM2k, maka peruntukkan dalam Akta Kerja tidak terpakai pada anda dan majikan anda. Apa-apa tindakan yang anda mahu buat haruslah merujuk pada kontrak kerja anda.
      Jika anda ada salinan kontrak kerja anda, sila rujuknya pada pengamal undang-undang yang anda kenali ataupun dapatkan bantuan kaunselor di JTK. Terima kasih.

  47. Salam, saya bekerja di managament company dan ditempatkan die condominium sejak Februari 2013 dgn gaji RM2.4k dan terikat dengan contrak perlu berkerja dengan company selama 2 tahun. Pada May 2013 saya telah ditahan wad kerana kekurangan sel darah marh. Saya diberi mc lebih 10 hari. Pada bulan Julai 2 kali saya ditahan lagi diwad atas sebab yang sama dan mc lebih 20 hari. Semasa saya didalam wad, saya telah diberhentikan kerja dan keesokan harinya diarah untuk berkerja semula oleh hq saya atas kehendak Committee members di condo yang saya berkerja. Apabila saya mula bekerja, hq tidak mahu membayar gaji saya sepanjang tempoh mc kerana melebihi had company iaitu 7 hari mc selama 1 tahun. Namun, dengan campur tangan commitee member, akhirnya hq membayar gaji saya. Pada bulan October sekali lagi saya ditahan diwad selama 4 hari dan gaji saya ditolak. Apakah tindakan company sah di sisi undang2 dan bolehkan saya berhenti kerja dalam tempoh ini? Bolehkah company mengambil tindak ke atas saya kerana belom mencukupi tempoh contrak yang dipersetujui?

  48. Salam Tuan, saya ingin bertanya pendapat dan nasihat Tuan tentang 1 kes yang berlaku iaitu pada 6 Nov lalu jika seorang pekerja telah telah bertengkar dengan Penyelia beliau telah berjaya dileraikan oleh rakan setugas, disebabkan masih rasa tidak puashati
    1)Pekerja tersebut telah menendang pintu pejabat mengakibatkan pintu tersebut rosak & kerosakan pintu dianggarkan RM400-500.00
    2)Telah pulang ketika masih dalam waktu kerja tanpa mendapat sebarang pelepasan dari Ketua Jabatan dan apabila cuba ditenangkan oleh Pengurus beliau, beliau mengatakan kepada Pengurus beliau “Who are you?”
    3)Pada 6 Nov, beliau juga telah menaip email dari hphone beliau dan hantar ke email rasmi syarikat iaitu kepada Pengurus, Senior Supervisor & Ketua Jabatan beliau dengan mengatakan “Mulai besok saya behenti kerja 24 jam. Tq”

    Tetapi disebabkan tidak cukup pekerja, Pengurus beliau menyuruh beliau datang kerja pada keesokkannya untuk berbincang dengan HR.

    Pihak HR kemudiannya telah menerima email yang dipanjangkan oleh Pengurus beliau untuk tindakan selanjutnya. Hasil perbincangan pihak HR bersama dengan Ketua Jabatan dan Pengurus beliau satu keputusan telah dicapai iaitu pihak pengurusan telah bersetuju untuk menamatkan khidmat beliau dan pada 8 Nov surat penamatan tugas telah diserahkan kepada beliau.

    Pendapat Tuan amay saya hargai. Terima kasih banyak dari Bazli

    • 1. Sebarang isu melibatkan disiplin atau pergaduhan di tempat kerja perlu diselesaikan dengan siasatan sebelum sesuatu tindakan berat boleh dilakukan.
      2. Penghantaran notis berhenti menggunakan sms adalah ‘effektif’ dengan syarat dibuktikan sms itu datang dari pekerja sendiri.
      3. Oleh kerana, pekerja dipanggil semula bekerja, maka notis pekerja adalah terbatal kecuali boleh dibuktikan bahawa pekerja cuma datang bekerja secara sambilan melalui contract for service atau khidmat utk hari itu sahaja sebagai kontraktor bebas.
      4. Jika pekerja masih pekerja dan kontrak belum ditamatkan menerusi apa-apa notis dari pekerja, maka majikan dalam usaha untuk menamatkan kontrak pekerja perlu mengikut prosedur yang betul.

      Terima kasih

  49. Assalam, mohon penjelasan,

    Saya berkerja di sebuah syarikat swasta selama 9 tahun. Saya telah memberi notis berhenti kerja pada 24 Sept 2013 dan sepatutnya berakhir pada 23 Okt 2013 (1 bulan notis). Namun saya telah memohon untuk berhenti lebih awal dari tarikh akhir notis iaitu pada 11 okt 2013. Permohonan berhenti lebih awal itu tidak ada jawapan hitam putih dari Ketua Jabatan saya hanya jawapan melalui lisan sahaja. Kerana yakin dengan jawapan lisan dari Ketua Jabatan saya berhenti kerja awal iaitu pada 11 Okt 2013. Dan bila tiba masa gaji saya dimaklumkan syarikat menahan gaji saya dan sekarang saya perlu membayar lagi baki gaji selama saya tidak hadir berkerja selama 12 hari berjumlah RM694.00

    Sekian terima kasih.

  50. minta penjelasan,

    saya bekerja di syrkt swasta selama 8 bulan dgn status pekerja tetap..pada 25 september 2013 saya hantar notis berhenti kerja selama 1 bulan (mengikut kontrak) dan hari terakhir pada 25 oktober 2013..bagaimana pun majikan memutuskan hari terakhir saya pada 24 oktober memandangkan saya ada 1 hari baki cuti tahunan..saya juga memohon “unpaid leave” selama 2 hari iaitu pada 17&18 october 2013 dan telah diluluskan..gaji basic saya ialah RM2278 bulanan, bagaimana pun gaji terakhir selepas saya berhenti diberikan berdasarkan gaji basic RM 1700 sahaja dan selepas ditolak unpaid leave dan epf hanya rm 1500++,dengan alasan saya berhenti sebelum “cut-off” iaitu pada setiap 25 hari bulan..

    soalan saya..adakah boleh majikan menurunkan gaji basic saya kepada RM1700 sahaja?didalam kontrak tiada dinyatakan sedemikian..

    • Sudah tentu gaji basic tidak boleh diturunkan tanpa persetujuan pekerja. Ia adalah terma yang asas dalam sesuatu kontrak pekerjaan. Cuma, pastikan bahawa yg anda terima adalah benar2 gaji basic dan bukannya imbuhan, faedah atau komisyen dan sebagainya.

  51. mohon penjelasan..saya telah bekerja selama 8 bulan..saya memberi notis berhenti kerja selama 1 bulan..bermula 25/9/2013 dan berakhir pada 25/10/2013..bagaimanapun memandangkan saya ada baki cuti tahunan satu hari,maka majikan memberikan hari terakhir saye bekerja pada 24/10/2013..saya juga mengambil unpaid leave yang telah diluluskan selama 2 hari iaitu pada 17 dan 18 october 2013..basic salary saya rm2278..bagaimana pun gaji terakhir yang saya dapat selepas berhenti di beri dgn kiraan basic rm1700 sahaja..adakah boleh majikan memberikan saya gaji terakhir dgn basic 1700 sahaja?dlm kontrak tiada menyatakan basic gaji saya akan turun jika notis berhenti kerja diberikan..

  52. Saya nk tnye…. Saya baru bekerja selama 8 hari di syarikat baru ( swasta ), pihak dyarikat belum mengeluarkan surat tawaran / offer letter utk saya tanda tangan….kemudian, pada hari ke-8 saya berkerja, pihak syarikat memaklumkan yg syarikat akan berpindah tidak jauh dari tempat asal syarikat itu sebelum ni… Saya berasakan yang saya tidak mahu ikut syarikt berpindah, dan saya mengambil tindakan untuk berhenti tanpa bagi apa2 notis pada majikan.. Kemudian saya meminta gaji saya bg 8 hari tersebut… Namun pihak syarikat mengendahkan permintaan saya… Adkah saya boleh bawak kes ini ke mahkamah atau adkah saya memang tidak di gajikan atas tindakan saya kerana saya belum sign surat tawaran…??

  53. Mohon bantuan Tuan,

    Kontrak telah tamat pada December 2012. sepanjang tahun 2013 sehinnga 30 September 2013, tiada surat penyambungan kontrak antara pekerja dan majikan. tetapi majikan terus membayar gaji pekerja berserta pemotongan kwsp. walaupun hakikatnya, pemotongan kwsp tidak dicarum langsung ke dalam akun kwsp pekerja tetapi dlm slip menyatakan caruman tersebut.

    pekerja telah membuat 24 jam berhenti kerja kerna tiada renewal kontrak yang telah berakhir pada December 2012 tersebut. pihak majikan menyatakan bahawa sekiranya gaji terus dibayar kepada kerja walaupun tiada renewal contract, pekerja tersebut SECARA AUTOMATIK berada dalam kontrak dengan majikan. sedangkan tiada catatan tersebut dalam surat pelantikan.

    1) adakah segala gaji tersebut dianggap sebagai hadiah kerna pekerja dan majikan tiada dalam ikatan kontrak?

    2) apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh majikan terhadap pekerja?

    3) apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh Jabatan Buruh Malaysia sekiranya majikan membuat report tersebut?

    * majikan turut tidak mencarum kwsp sepanjang tahun 2011 tetapi dalam slip gaji ada mneyatakan jumlah pencaruman?

    **majikan adalah syarikat swasta.

    Segala advice dan jawapan daripada Tuan ttg perkara ini amat saya hargai. Terima kasih.

  54. Salam…saya inginkan penjelasan dari tuan..saya telah bekerja selama 10 bulan di syarikat ini tetapi belum mendapat apa-apa kenaikan gaji walaupon confirmation adalah 6 bulan. oleh itu saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menyerahkan notis 3 bulan seperti dalam kontrak. di samping itu, saya turut berbincang dengan majikan agar dapat melepaskan saya lebih awal memandangkan majikan tidak berniat untuk memberi kenaikan gaji kepada saya tetapi tidak dipersetujui oleh majikan. disebabkan khuatir saya ‘cabut’ lebih awal, syarikat bertindak untuk ‘hold’ gaji saya bagi bulan 10..adakah majikan berhak bertindak demikian? selama mana majikan boleh ‘hold’ gaji saya?

  55. salam..saya ingin bertanya,kes saya ni agak complicated..saya mula bekerja pad 3 april 2013,dan standard probation 3 bulan,tp pada 30 june saya ditimpa kemalangan,dalam tempoh cuti sakit selama 2 bulan,majikan telah bsetuju memberi gaji 1 bulan dengan syarat saya tidak dibenarkan berhenti kurang 12 bulan..dan dalam tempoh cuti sakit itu juga manager silih berganti,jadi jawatan saya tidak dapat disahkan,sehingga saya mula bekerja pada sept,then 4 hari sebelum akhir bulan sept.saya dimaklumkn oleh new manager ,yang gaji saya akan dipotong full month,jadi saya tidak bersetuju,saya pu meletakkan jawatan 24 jam,majikan tidak berpuas ati.
    majikan minta saya membayar semula gaji,kwsp,socso serta elaun yang diberikan…persoalannya haruskah saya membayar elaun,kwsp n socso tersebut?,di dalam perjanjian kami hanya gaji sahaja dibayar kepada saya..tolong saya dalam masalah ini..perlukah saya bawa kes ini ke atasan?…time kasih

    DLSL: Majikan boleh menuntut gaji jika notis tidak diberikan mengikut keperluan kontrak. Tetapi tidak bagi elaun, epf dan socso.

    • jadi saya tidak perlu la patuhi pada kehendak majikan yang mengkehendaki saya membayar kwsp,socso serta elaun…bayaran semula pada majikan hanya lah gaji pokok tetapi jika majikkan berdegil juga,apakah method yang boleh saya guna?

  56. adakah tindakan akan dikenakan jika majikan tidak menerima notis 1 bln yg dihantar? di dalam surat tawaran ada mengatakan jika mahu meletak jawatan hendaklah menghantar notis 1 bln.

  57. aslm ,saya anisa berkerja di syarikat remit.pada bulan lalu telah menghantar notis berhenti keje ….dalam surat itu ..tidak menyatakan notis berhenti sebulan just tulis berhenti keje…saya perkerja 1 thn ..je….but majikan meugut membayar 1 bulan gaji…

  58. aslm :) saya berkerja di syarikat remit telah beri notis berhenti tanpa menyatakan 1 bulan notis …syarikat saya ingin mensaman saya…

  59. assalamualaikum..

    harap bantu saya..sy bekerja bermula sebagai pen.pegawai di sebuah syarikat semi gov dn sekarang sudah berstatus swasta.mula bekerja sejak 2006. masalahnya di sini saya sedang cuti bersalin sejak 13 ogos 2013 dn sepatutnya mula bertugas semula pada 11 oktober 2013.

    oleh kerana sebab family dn kesihatan anak sy terpaksa menyambung cuti seminggu iaitu pada 14 hingga 18 oktober 2013.malangnya cuti sya tidak diluluskan walaupn dengan rayuan.ingin memohon cuti tanpa gaji juga x dibenarkan kerana cuti tahunan masih berbaki 7 hari.

    saya buntu dn mengambil keputusan berhenti kerja pada 15 oktober tarikh sy memohon cuti yg tidak diluluskan.sy perlu membayar sebulan notis dan 10 hari gaji bulan september.betul ke tindakan majikan sy tu?mcmna sebenarnya syarat berhenti dalam tempoh cuti bersalin?

  60. sy dh kje slme 6 bulan..dn sy ingn brhnti pd 5.10 ni..b0leh ke sy bg n0tis 24 jam pd 4.10 ni?sy x phm tntng n0tis 24 jam..tlg trg kn klau ble,.gji sy akn dbyr 7.10 ni..bleh ke sy dpt gji 2 klau sy bhnti tnpe n0tis,dn ape tndkn mjikan klau sy bhnti tnpa n0tis?

    • Samada anda boleh bagi notis 24 jam atau tidak tertakluk pada kontark kerja anda. Jika tidak dinyatakan dalam kontrak, maka keperluan dalam Akta adalah notis 4 minggu bagi pekerja yg baru bekerja 6 bulan seperi anda kecuali majikan bersetuju untuk ‘waive’/ketepikan soal notis.

  61. saya dh bekrja hampir 5 tahun, dlm agrement kalau nk behenti kerja notis 3 bulan..26.08.2013 majikan ada buat meting untuk permotongan elaun staf lama ..sedangkan waktu itu majikan dah pun bayar gaji penuh kepada staf baru..bila staf lama tnya kpd majikan, dia cakap dh terbagi bayaran penuh kpd staf baru..staf lama pula majikan bayar RM300.00 pada 30.08.2013, balance dia bayar pada 06.09.2013..bolehkan saya hantar notis 24 jam?

  62. Asalamualaikum…

    Sy bekerja sbg PA Ahli Majlis Kota dmansara pd Feb 2012 dan berakhir dec 2013..Tiada surat tawaran bekerja dan pemotongan EPF sb dipahamkan sy hanya ditawar sbg pekerja kontrak sahaja..
    Masalah sy ialah sy diberhentikan kerja oleh majikan sy 24jam melalui telefon atas alasan sy dtg lambat 1jam(hari isnin)…sedangkan hari ahad sy terlibat dgn program komuniti bersama ahli majlis tanpa bayaran…Selepas sy diberhentikan bekas majikan sy tidak mahu berjumpa dan bercakap telefon dgn sy…Gaji sy 2 minggu masih tidak berbayar sebanyak rm 500..pd bulan puasa lepas entah mcmana bekas majikan sy ada bertanyakan khabar..jadi sy menuntut gaji tertungak sy..Beliau berjanji akan bagi tapi bersyarat kena keluar dgn beliau..sy menolak permintaan beliau lalu sehingga sekarang beliau tidak bagi tuntutan gaji sy…sy ada mengadu dkt pejabat Parlimen Kota Damansara tapi mereka melengah2kan aduan sy..Minta pihak Tuan dapat beri jawapan atas masalah sy.

    • Gaji anda di bayar oleh Majlis Bandaran atau majikan anda itu? Jika anda bukan pekerja Majlis/kakitangan kerajaan, maka anda boleh merujuk/mengadukan perkara ini pada JTK terdekat.

  63. saya baru sahaja kerja selama 1 bulan dalam sebuah syarikat. Saya telah mendatanggani 1 perjanjian antara saya dengan majikan tentang cuti, epf dan tempoh percubaan. Tempoh percubaan saya 6 bulan. Dalam surat tersebut, jika saya letak jawatan dalam tempoh 6 bulan, saya perlu membayar pampasan setimpal dengan baki bulan untuk mencukupi tempoh 6 bulan seperti yang dikehendaki oleh syarikat.
    soalan
    1) berapa banyak saya kena bayar pampasan?
    2) macam mane ia dikira?

  64. Assalamualaikum,

    Saya ingin berhenti kerja. Kontrak saya akan tamat 30 September ini. Adakah perlu saya memberikan notis atau hanya menunggu tempoh kontrak tamat. Terima kasih.

    • Amnya tidak perlu. Namun, sebaiknya anda rujuk pada surat tawaran dan kontrak kerja anda. Mungkin ada yg terma pembaharuan automatik yg perlu lihat. Utk lebih baik, hantar sahaja surat sebagai maklumat yg anda tidak ingin perbahrui kontrak. Terima kasih.

  65. Salam,
    Saya telah bagi notis berhenti kerja selama sebulan melalui email kerana majikan saya hanya datang tempat kerja saya sebulan sekali, tapi majikan saya macam tak endah. Sudah seminggu saya bagi email mengenai notis berhenti kerja, sehingga sekarang, majikan saya tidak call ataupun reply email saya. Saya hanya takut nanti mereka kata tidak menerima notis saya. Apa boleh saya lakukan? Sebelum ini, majikan saya asyik call saya.

    • Hmm.. kes yang menarik ini. Bagaimana dengan pejabat anda? Ada jabatan Admin/HR utk terima notis bagi pihak majikan? PA majikan? Apa cara komunikasi biasa anda?
      Jika tidak silap saya, e-mail boleh di ubah setting agar, bila penerima membuka e-mail, notifikasi mengenainya diberi kepada pengirim, which sufficient evidence yg dia dah terima notis.

  66. Saya telah meletakkan notis pada 16.06.2013 untuk 3 bulan, dah hari terakhir saya adalah 16.09.2013 dengan mempunyai 4 1/2 hari cuti tahunan. Merujuk kepada surat HR, hari terakhir saya adalah 12.09.2013 (1/2 day)

    Soalan :
    1)Boleh ke majikan memotong cuti tahunan saya pada cuti umum (Sabtu(14/9), Ahad(15/9) dan Isnin (16/9-Hari Malaysia)
    2)Bila sepatutunya hari terakhir saya?

    • Oleh kerana 14, 15 dan 16 adalah hari rehat dan cuti umum, maka cuti tahunan anda selama 4 hari hendaklah ditolak pada 13 (Jumaat), 12 (Khamis), 11 (Rabu), 10 (Selasa) dan 1/2 hari Isnin (9/09).

  67. Saya baru bekerja 1 bulan setengah. Baru2 ni saya sakit dan mengambil cuti sehari. Majikan saya suruh saya dtg kerana tidak cukup pekerja ttapi saya tak larat kerana kerjanya berat. Lalu dia terus berhentikan saya. Adakah apa2 notis utk saya?

  68. salam…
    Saya baru bekerja 1 blan 1/2 dlm 1 sykt dan msih dlm tempoh percubaan dan blum t/tgn apa2 kontrak..baru2 nie sy ada trima tawaran kerja di sykt lain dan perlu mula bkerja dlm 2 @ 3 ari nie…bla sy beritahu bhgian HR sykt skrg yg sya nk bhenti, sy perlu beri notis 2 mggu..jd apa yg perlu sy buat…klu sya bhenti tanpa beri notis, adakah sykt skrg akan ambil tindakan…klu notis 24 jam mcm mna pula???

  69. Saya bekerja lebih 5 tahun. Bolehkan menghantar notis berhenti lebih dari 3 bulan, contohnya notis berhenti 5 bulan?

  70. saya telah bekerja sejak tahun 2007. saya telah mendapat tawaran kerja yg lain. saya telah memberi 3bulan notis bermula 1 june-31 aug. saya masih mempunyai baki cuti selama 40hari. namun pihak majikan telah memberi sy surat pelepasan bermula 1 julai. pertanyaan saya,adakah sy msih di bayar gaji sehingga tempoh notis 3 bulan tamat disebabkan sy masih ada baki cuti 40hari?

    • Notis tamat pada 31hb august, maka tarikh tersebut adalah hari terakhir perkhidmatan anda dan majikan tidak boleh hentikan anda lebih awal kecuali ada permohonan dari anda sendiri. Gaji anda hendaklah dikira sehingga 31hb Ogos.
      Since anda ada balance 40 hari cuti, maka anda boleh gunakan ia untuk tempoh notis itu atau jika tidak dibenarkan cuti, maka nilai cuti itu perlu dibayar pada anda.

  71. saya baru kerja di MMU cyber, rasa mcm nk berhenti tapi dlm kontrak tulis kena bg notis 3 bullan atau bayar 3 bulan gaji kalo nk berhenti tiba2.. tp data Akta jabtan buruh kata 4 minggu notis… mana 1 yg patut sy guna ye

  72. Saya ingin bertanya..saya sudah menghantar suart perletakkan jawatan untuk notis selama seminggu,tetapi majikan saya ingin memotong gaji sya kerana mereka memberitahu saya perlu menghantar notis selama sebulan kerana aya telah disahkan jawatan sya.Tetapi sya tdak pernah menandatangani apa surat pengesahan jawatan.adakah majikan boleh mengesahkan jawata saya tanpa pengetahuan sya?dan saya juga tidak mendapat apa2 salinan dari majikan sya berkenaan pengesahan jawatan sya.

    • Jika tiada perjanjian baik dari segi kontrak bertulis mahupun lisan, maka peruntukkan akta akan terpakai iaitu 4 minggu bagi pekerja yg tidak sampai 2 tahun perkhidmatan. Soal samada anda sudah disahkan atau tidak tidak relevan kecuali ada kontrak yg memperuntukan terma khas buat pekerja yg belum confirm.

  73. saya nak tanya..apakah tindakan yang akan diambil oleh majikan atas pekerja yang berhenti kerja tanpa notis? Saya telah menerima tawaran dari satu syarikat tetapi hanya berkerja satu hari saja. lepas tu saya terus berhenti tanpa notis.. dalam surat tawaran ada menyatakan bahawa saya perlu beri notis 7 hari semasa tempoh percubaan tetapi saya henti kerja tanpa notis..sekarang majikan tersebut mengeluarkan “letter of demand” kepada saya dan jika saya gagal memberi alasan munasabah atas berhenti kerja tanpa notis, mereka akan “take legal action”…saya nak tahu apakah tindakan mereka ambil dan bagaimanakah saya boleh bebas daripada “legal action”? terima kasih.

    • sudah tentu majikan boleh menuntut jika notis tidak diberikan. Cuma secara praktiknya, majikan biasanya akan lihat amaun yg mahu di tuntut. Jika kecil sangat, mungkin mereka gertak sahaja. Akan tetapi tetap terserah pada mereka. Cuma for the record, mrk boleh saman dan cuba tuntut nilai notis, kos pengiklanan uk dapatkan anda berkerja serta kos guaman…

  74. apa bezanya surat tawaran kerja dan surat pengesahan perlantikkan jawatan?sebab saya dapat surat tawaran kerja setelah 4bulan kerja.kalau saya nak resign harus ikut syarat majikan saya?

  75. Salam.saya ingin bertanya secara detail.ada pekerja dia meminta untuk berkerja pada 1/4 dan dia diambil masuk dan bekerja selama 2 bulan dengan pihak tersebut.kemudia dia ingin berhenti bekerja.sebelum itu dia telah diminta untuk menyerahkan notis seminggu.dan dia telah menulis notis tersebut.sebagai contoh notis tersebut bertarikh 16 hari bulan dan tarikh tamat 22 hari bulan.tetapi dia tidak melakukan nya.notis diberi pda tarik tersebut dan dia tidak datang kerja.dan terus larikan diri.sedangkan tiada ancaman apa2 yg bawa kepada bahaya
    Dia cuma ditegur oleh isteri majikan kerana melakkukan short terhadap barang jualan bukan kah itu akan menyebabkan kerugian..sesudah habis bulan tersebut di bersama keluarga datang menuntut gaji.dia tidak mengikut syarat yg ditetap kan sepatut nya dia bg notis dia prlu bekerja sehingga tamat notis tetapi setelah habis bulan.datang hanya mintak duit dan mengugut majikan untuk membuat aduan di jtk.jabatan buruh.padahal majikan juga
    mempunyai bukti.adakah gaji dia perlu dibayar.kebanyakan tempat jugak tidak akn beri gaji jika berhenti 24 jam.walau bg notis.notis tidak.diserahkan kpada majikan hanya diletakkan di meja.persoalan perlukah gaji nya dibayar.

    • Sudah tertentu dia tertakluk kepada notis dan jika peruntukan mengenai notis tidak dipatuhi, maka majikan boleh menolak gaji dari nilai notis yang diperlukan. Artikel di atas rasanya sudah cukup menerangkan hal ini.

  76. saya nak tanya… Kalau offer letter majikan hanya bgi satu copy untuk simpanan saya…untuk simpanan mereka tiada, so setelah smnggu join company tersebut saya dapati fasility,mngmnt di company tersebut sgt trok, dan saya ingin berhenti kerja di situ, so perlukah saya menghantar resignation letter 24hour atau saya biarkan dan trus berhenti dari compny tersebut?

    • jika terma-terma berkaitan berhenti kerja dinyatakan dalam offer letter itu, maka anda perlu rujuk sahaja syarat notis yg ditetapkan. Doesn’t matter kalau majikan tak mahu simpan utk rujukan mereka.

  77. isteri saya telah bekerja selama 8 bulan di firma guaman dan telah disahkan jawatan.isteri saya telah mula cuti bersalin dari 17/2/2013 – 17/4/2013.tetapi pada 1/4/2013 isteri saya telah memberi notis berhenti kerja selama sebulan.bila hari terkahir isteri saya bekerja?dan bagaimana dengan elaun bersalin adakah dia berhak dapat penuh atau perlu kontra 17 hari?

  78. Syarikat saya mengambil syarat notis maksimum seperti termaktub didalam Akta. Ramai yahg mengeluh kerana majikan baru mahu mereka bermula kerja seawal yang mungkin.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *