Akta Kerja 1955 – Pindaan Pada Seksyen 60D

Seksyen 60D Akta Kerja 1955 adalah berkaitan dengan Hari Kelepasan Am atau Cuti Umum. Peruntukkan berkaitan dengan cuti umum telah diterangkan dalam entri lalu yang bertajuk “Cuti Umum” (Sila baca terlebih dahulu untuk mudah memahami artikel ini). Menerusi Akta Pindaan (Akta A1419) yang telah berkuatkuasa pada 10hb Februari 2012, seksyen ini telah di pinda sebagaimana yang ditunjukkan di bawah:

akta A1419 540x323 Akta Kerja 1955   Pindaan Pada Seksyen 60D

Sumber: /www.federalgazette.agc.gov.my

pindaan akta kerja Akta Kerja 1955   Pindaan Pada Seksyen 60D

Pindaan ini adalah bagi mensesuaikan dengan sambutan Hari Malaysia yang diwartakan sebagai cuti umum sejak tahun 2010. Kesan pada pindaan di atas adalah :-

  1. Kini terdapat 11 cuti umum berbayar berbanding 10 sebelum pindaan dalam satu tahun kalendar; dan
  2. Majikan hendaklah memilih 5 yang wajib (4 sebelum pindaan); dan
  3. Salah satu darinya adalah Hari Malaysia.

Selain dari itu, pindaan berikut telah dibuat kepada Akta Kerja 1955 yang berbunyi:

seksyen 60D Akta Kerja 1955   Pindaan Pada Seksyen 60D

dan juga:

pindaan seksyen 60D Akta Kerja 1955   Pindaan Pada Seksyen 60D

Akibat dari pindaan di atas, perenggan (b) dan proviso turut diubah bagi menyeragamkan nya. Ia juga bagi menyelesaikan isu bila cuti yang tidak tetap tarikhnya (Hari Raya misalnya) jatuh hari cuti umum yang lain yang tetap (Hari Kebangsaan misalnya). Maka, bila ini berlaku, hari kerja berikutnya akan menjadi cuti umum berbayar.

Harap anda semua dapat memahami penerangan yang saya berikan. Komen dan soalan di alu-alukan. Terima kasih.

- Akta Kerja 1955 – Pindaan Pada Seksyen 60D

 Akta Kerja 1955   Pindaan Pada Seksyen 60D

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Akta Kerja 1955   Pindaan Pada Seksyen 60D

Latest posts by Ismail N (see all)

8 thoughts on “Akta Kerja 1955 – Pindaan Pada Seksyen 60D

  1. Tuan saya inginkan maklumat yang terkandung di dalam Akta Kerja 1955
    seksen 12 sub seksen 60.
    terima kasih

    • Hi Azhar,

      Saya harap anda check semula sub seksyen yg mahu ditanya itu ya sbb dalam Akta Kerja 1955 tak ada seksen 12 sub seksen 60. Harap maaf ya.

  2. as salam.. saya nk tny. 1 .1.2014 adalah cuti umum.. ttp pengetua sy mewajibkn kami menghadiri mesyuarat yg diadakan pada tarikh trsebut. adakah menjadi kesalahn kpd kami sekiranya kami tidak hadir.. ataupun perlukn kami menghadiri mesyurat trsebut.. terima kasih

  3. Saya nak tanya, saya bekerja pada Hari Cuti Am iaitu Deepavali, tetapi majikan hanya membayar upah macam hari biasa atau normal paid (bukannya 2X atau 3X),.. Adakah ini isu biasa dan apakah tindakan yang harus saya ambil?

  4. Saya nak tumpang bertanya. Kalau staff dah bekerja hampir 3 tahun. Dia mula bekerja 5 April 2010.Dia berhak untuk cuti tahunan syarikat 14 hari.Kalau kiraan 14 hari ni bermula dari Januari 2012, bolehkah dia habiskan cuti 14 hari ini walaupun baru September 2012?Lagi satu, boleh ke syarikat memaksa pekerja mengambil cuti tahunan sempena perayaan Tahun Baru Cina sbb ofis bercuti seminggu?

Comments are closed.