Dulu Lain Logo
Cuti Bersalin Dan Faedah Bersalin Cuti Bersalin Dan Faedah Bersalin
  Peruntukkan berkaitan dengan cuti bersalin dan faedah bersalin bagi pekerja wanita ada dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 dan Peraturan berkaitan. Antara aspek penting... Cuti Bersalin Dan Faedah Bersalin

 

Peruntukkan berkaitan dengan cuti bersalin dan faedah bersalin bagi pekerja wanita ada dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 dan Peraturan berkaitan. Antara aspek penting yang wajib diketahui oleh pekerja dan majikan adalah Akta Kerja (Pindaan) 2012 ataupun Akta 1419 yang meminda Akta Kerja 1955 dan memasukkan seksyen baru iaitu:

Seksyen 44A yang menyatakan bahawa semua peruntukan bagi perlindungan bersalin (Bahagian IX) adalah terpakai kepada semua wanita tidak kira berapa gaji mereka.

Ini bermakna pekerja (di bawah ‘contract of service’) yang gajinya melebihi RM2,000 atau RM5,000 sekalipun diberi perlindungan bersalin di bawah Akta Kerja 1955.

seksyen 44a Akta Kerja (Pindaan) 2012

Sumber: www.federalgazette.agc.gov.my

Peruntukan yang serupa tiada dalam Ordinan Buruh Sabah mahupun Ordinan Buruh Sarawak. Oleh itu, jika tiada dinyatakan di dalam terma kontrak, maka hak pekerja wanita yang tidak termasuk dalam Ordinan tersebut terhadap faedah bersalin yang diperuntukkan dalam Bab XIB bergantung kepada budibicara majikan.

Di bawah Akta Kerja (Pindaan) 2012 juga dimasukkan subseksyen baru pada Seskyen 37 Akta Kerja 1955 yang mana dinyatakan bahawa pekerja yang di dalam tempoh bersalin:

TIDAK BOLEH DIBERHENTIKAN kecuali jika perniagaan terpaksa ditutup.

sub 3 of 37 EA Akta 1419

Sumber: www.federalgazette.agc.gov.my



Cuti Bersalin (Maternity Leave)

Cuti Bersalin BERGAJI (Paid Maternity Leave) adalah hak pekerja wanita dan ianya adalah bagi tempoh tidak kurang 60 HARI berturut-turut. [Seksyen 37 Akta Kerja 1955]

Nota:

  • Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja wanita samada berkahwin atau tidak berkahwin.
  • Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh tiga puluh hari sebelum bersalin (confinement)  seseorang pekerja wanita. [Seksyen 37 (b) AK 1955]
  • Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement). [Seksyen 37 (b) AK 1955]

Maksud Bersalin (Confinement):

melahirkan anak selepas sekurang-kurangnya 22 minggu hamil sama ada anak itu hidup atau mati. Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (baca bersama Akta Pindaan 2012) :

confinement

Sumber: www.mohr.gov.my

confinement pindaan

Sumber: www.federalgazette.agc.gov.my

Nota:

  • 60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika terdapat cuti umum semasa cuti bersalin diambil, maka tiada cuti gantian atau tambahan untuk pekerja.
  • Bagi pekerja di Sabah dan Sarawak, tempoh kehamilan adalah sekurang-kurangnya 28 minggu (S. 2(1))

Faedah Bersalin (Maternity Allowance)

Harus diingat bahawa elaun bersalin TIDAK DI BAYAR BERSAMA CUTI BERSALIN!!!! Seksyen 37(2) (c) jelas menyatakan bahawa bagi pekerja yang bergaji bulanan yang menerima gajinya sepanjang cuti bersalin dianggap sebagai telah menerima elaun bersalin nya.

Oleh itu jika gaji anda masih berjalan sepanjang tempoh cuti bersalin, tuntutan elaun bersalin tidak boleh dibuat.

Tuntutan elaun lebih relevan kepada pekerja bergaji hari yang dibayar jika datang kerja sahaja.

Kelayakan elaun bersalin ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

  1. Kurang daripada 5 orang anak (yang masih hidup). Sekiranya telah melahirkan 6 orang anak, tetapi 2 telah meninggal dunia, maka masih layak mendapat faedah bersalin. Sekiranya baru 2 kali hamil, tetapi setiap kali dapat kembar 3 (jumlah 6 orang anak), maka tidak layak untuk mendapat faedah bersalin tapi berhak untuk mengambil cuti bersalin.
  2. Dia telah diambil bekerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin
  3. Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuanya tidak kurang daripada 90 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia bersalin

Anak’ bagi maksud peruntukkan di atas adalah anak sebenar tidak kira umurnya.

Seksyen 37 C

Sumber: www.mohr.gov.my

Seksyen 37 2

Sumber: www.mohr.gov.my

Kadar Elaun Bersalin

Kadar minima yang ditetapkan adalah RM6 sehari [Regulation  2, Employment (Minimum Rate Of Maternity Allowance) Regulations, 1976 – dipinda oleh Employment (Minimum Rate Of Maternity Allowance) Amendment Regulations, 1985].

Kadar hendaklah mengikut ORP pekerja dan bukan kadar gaji sehari (bagi pekerja bergaji hari).

English Translation:

  1. Maternity Allowance must be calculated based on ORP of the employee concerned except for monthly rated employees.
  2. Where a female employee is employed on a monthly pay rate, maternity allowance is based on her monthly wages.
  3. Section 37(2)(c): as long as monthly rated employees receive their regular monthly wages during the maternity leave period, they are considered as having received their maternity allowance.
  4. Maternity allowance shall be paid in the same manner as if such allowance is wage and is payable not later than the 7th day after the last day of any wage period.
  5. A female employee is not entitled to rest day and paid sick leave benefits during maternity leave

Cuti Bersalin Dan Faedah Bersalin (dikemaskini pada 29/10/2020)

soalan-dan-kemusykilan-540x358

Ismail N

ISMAIL N is the Chief Blogger/Blog Owner. An HR practitioner in his normal daily life & a casual blogger in his free time. Addicted to coffee, Man Utd and Pokemon Go (TL40). Most easily accessed via his Twitter account.