Selain daripada hari rehat, cuti hari kelepasan am dan cuti tahunan, pekerja-pekerja juga adalah berhak kepada cuti sakit berbayar. Menurut Seksyen 60F Akta Kerja 1955, seseorang pekerja berhak mendapat cuti sakit berbayar apabila memenuhi syarat-syarat berikut:-
- pemeriksaan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh majikannya; atau [Seksyen 60F (1(a)]
- jika tiada pengamal perubatan sedemikian atau dalam keadaan tertentu ia tidak didapati pada masa dan jarak yang munasabah, maka boleh diperiksa oleh pengamal perubatan lain ; atau [Seksyen 60F (1(b)]
- pemeriksaan oleh doktor gigi sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pergigian 1971; [Seksyen 60F (1A)]
DAN,
dengan syarat juga – pekerja memberitahu majikannya akan cuti sakit itu dalam masa 48 jam daripada cuti sakit itu bermula. [Seksyen 60F (2(b)]
Nota: Maksud “pengamal perubatan” – ertinya pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Seskyen 2 Akta Kerja 1955].
Kegagalan Mematuhi Syarat-Syarat Untuk Cuti Sakit Berbayar
Di bawah Seksyen 60F(2) Akta Kerja 1955 – mana-mana pekerja yang tidak mematuhi syarat-syarat di atas dianggap sebagai tidak hadir kerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan munsabah bagi hari-hari yang ia tidak hadir kerja.
Bilangan Cuti Sakit Berbayar Yang Pekerja Berhak
Bilangan hari bagi cuti sakit berbayar (jika tiada hospitalisasi) adalah bergantung kepada tempoh perkhidmatan seseorang pekerja itu iaitu:
- 14 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja kurang dari dua tahun;
- 18 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja untuk dua tahun atau lebih tetapi kurang dari lima tahun;
- 22 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja untuk lima tahun atau lebih;
- [Seksyen 60F(1) (aa) Akta Kerja 1955]
Hospitalisasi
Jika terdapat hospitalisasi (pekerja dimasukkan ke dalam hospital bagi menerima rawatan), maka jumlah cuti sakit hendaklah 60 hari kesemuanya pada satu tahun kalendar.
Dengan syarat jumlah bilangan cuti sakit berbayar dalam satu tahun kalendar dimana seseorang pekerja berhak di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi 60 hari keseluruhannya.
Ilustrasi:
John telah bekerja dengan Sykt DLSL selama 6 bulan. Pada bulan Januari lalu, dia telah mengambil dua hari cuti sakit berbayar. Dua bulan lepas, dia mengalami kemalangan jalanraya dan dimasukkan ke dalam hospital selama 55 hari (hospitalisasi). Maka, berapakah cuti berbayar yang tinggal buat John bagi tahun ini?
John telah bekerja 6 bulan, maka kelayakkan bagi pekerja yang perkhidmatannya kurang dari 2 tahun adalah = 14 hari.
Dia telah pun mengambil 2 hari cuti sakit berbayar.
Dia telah dihospitalisasi selama 55 hari.
55 + 2 = 57 hari cuti berbayar telah digunakan oleh John.
Maksima cuti berbayar setahun = 60 hari, maka cuti sakit berbayar yang tinggal buat John ialah 60 – 57 = 3 hari sahaja.
Kadar Bayaran
Mengikut Seksyen 60F (3), majikan hendaklah membayar cuti sakit berbayar kepada pekerja pada kadar biasa bagi pekerja yang di bayar gaji harian.
Bagi pekerja yang dibayar gaji bulan pula: pekerja dianggap telah menerima bayaran cuti sakitnya jika dia menerima upah bulanannya tanpa potongan gaji bagi hari-hari dia mengambil cuti sakit dalam bulan itu.
Nota Tambahan
Pekerja yang menerima elaun bersalin dan faedah kerana ketidakupayaan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau pembayaran berkala kerana hilang upaya sementara di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1952 tidak berhak menerima cuti sakit berbayar daripada majikan mereka [Seksyen 60F (4)]
- Cuti Sakit Berbayar






A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
Saya ingin mendapatkan sedikit maklumat, ada seorang kawan mengalami kemalangan dan telah mendapat cuti sakit sebanyak 36 hari. Belliau hanya dihospitaliti selama 1 hari dan selebihnya hanya berehat di rumah. Beliau ingin memohon pampasan PERKESO. Sekiranya permohonan beliau diluluskan adakah beliau layak menerima sepenuhnya cuti sakit tersebut. Cuti sakit yang diluluskan syarikat hanya 14 hari sahaja.
Saya mengandung ada masalah..kena check up dengan hospital besar 2 minggu sekali sehingga saya bersalin.setiap kali saya pergi check up dapat MC.sekiranya saya dimasukkan ke hospital awal (8 bulan mengandung) adakah saya layak mendapat hospitalisasi?Adakah semua syarikat memberi hospitalisasi kepada pekerjanya?
Driver di tempat kerja saya mengalami kemalangan pd 14/3/2013 semasa balik dari kerja. dia patah kaki dan masih dalam MC. majikan dah membayar gaji penuh bagi bulan march 2013. Adakah majikan perlu bayar gaji dia untuk 60 hari
Saya nak tanya tentang situasi di bawah:
Pekerja A ingin mengambil cuti seminggu sebelum dan selepas Hari Raya kerana ingin bersama dengan keluarga dengan lebih lama. Disebabkan kerja banyak dan Pekerja A tiada cuti (pekerja baru), syarikat tidak meluluskan cuti (tanpa gaji) tersebut.
Pekerja A mengambil keputusan untuk mengambil Cuti Sakit bagi menggantikan cuti itu.
Soalan:
1) Bolehkah syarikat menolak cuti sakit pekerja A sekiranya terbukti dia tidak sakit walaupun mempunya sijil cuti sakit yang sah?
2) Patutkah syarikat menolak permohonan cuti pekerja A untuk pulang ke kampung berhari raya dengan keluarga?
Soalan Pertama: Adakah staff berhak untuk tidak memberitahu majikan sakit yang dialami bagi Cuti Sakit yang doktor berikan? Ini kerana terdapat staff yang tidak mahu mendedahkannya. Namun begitu, staff menuntut claim untuk rawatan & perubatan yang diterima dan ini menyukarkan proses kerana terdapat kos-kos yang tidak boleh dituntut daripada syarikat (mengikut polisi syarikat).
Soalan kedua: Apakah yang dimaksudkan “deemed to be hospitalized” dalam Employee Act 1955? Sebagai contoh, staff keguguran dan masuk wad hanya untuk separuh hari dan kemudian diberi Cuti Sakit selama 14 hari, adakah ia boleh dikira sebagai Hospitalisation?
Cuti sakit bukan senang2 ambil woo. HR simpan rekod. Nanti ada disiplinary issue baru keluar fail. Don’t play2 dengan medical record.
Azam recently posted..WHAT IS AQIQAH
Boleh tak writer tolong postkan untuk elaun bersalin ..Tak banyak maklumat yang diterangkan mengenai elaun bersalin yang boleh diterima oleh pekerja wanita. Dan juga adakah cuti sakit ini wajib diberi pada pekerja ataupun pekerja boleh mengambil cuti sakit bila masa pekerja sakit sahaja. Ini kerana ditempat kerja saya boleh dikatakan hampir keseluruhan pekerja disini tidak mengambil cuti sakit langsung dalam 1 tahun
Saya akan cuba buat satu posting mengenai cuti bersalin dan faedah2 yg ada bila berkesempatan nanti. Terima kasih atas cadangan tersebut.
Tak wajib guna.
Mengenai cuti sakit hendaklah di ambil bila benar2 sakit sahaja.
Salam.saya telah bekerja setengah hari kemudian dpt mc sehari.soalannya bolehkah saya tuntut ot yg setengah hari itu.terima kasih.
Maksud OT yang setengah hari itu mcm mana? Anda kerja di hari rehat selama setengah hari dan kemudiannya MC lagi setengah hari? Apa-apa pun apa-apa kerja yg anda buat biarpun setengah hari perlu di bayar mengikut kadar yang sepatutnya.
Hai…saya mahu tahu klu cuti sakit ada 14 hari dalam sebulan ada limit atau sesuka hati nak ambil berape hari??
Cuti sakit cuma boleh di ambil bila berdasarkan syarat-syarat ditetapkan. Jika ia dipenuhi, maka cuti boleh diambil tak kira lah berapa hari dalam sebulan. Yang penting syarat2 dinyatakan dipenuhi dan kelayakkan cuti sakit ini masih ada.
jika saya ada seorang pekerja yang baru kerja kurang daripada 6 bulan.dia memohon 5-6 hari mc tanpa 48 jam memberitahu saya.adakah saya perlu membayar cuti sakit berbayar?
menggunakan tafsiran yg keras pada Akta bermakna anda boleh menolak MC atas kegagalan pekerja memaklumkan dalam tempoh sepatutnya. Namun, secara praktiknya, majikan digalakkan menyiasat terlebih dahulu sebab2 kegagalan itu samada munasabah atau tidak sebelum membuat keputusan samada mahu menolak MC yg dipohon.
assalamualaikum. saya bekerja di restauran fast food, dan sy sering sakit dan byk mengambil mc hospitalkerajaan, saya dapati mc sy melebihi 3 minggu. dan saya tlah mengahantar mc tersebut kpd manager sy, dan dalm beberapa hari kemudian sy mendapat panggilan dr restaurnt itu dn mengatakn bhw sy di berhentikan kerja oleh pihak HR, dengan alasn mc sy mlebihi yng ditetapkn dan tidak memberitahu manager yg sy mc slpas 48jam. akan tetapi sy sudah maklumkn hal tersebut pada slh seorng manager. dan sy di buang kerja tanpa sebarang notis dan tidak bergaji,, soalan sy adakah sy memang tidak boleh mnuntut gaji sy sepanjg sy MC. sekian,
mungkin anda sudah melebihi kelayakkan MC anda. Cuba dapatkan maklumat yang betul mengenai hal ini dari majikan anda. Majikan boleh membuat pekerja jika ponteng, namun perlu memenuhi beberapa keperluan – rujuk artikel Ponteng Kerja dalam blog ini.
Tindakan lanjut yg anda boleh buat ialah mendapatkan nasihat kaunselor di JTK terdekat seberapa segera.
Terima kasih.
salam, nak tanya beberapa soalan;
1.kakitangan under probation(tempoh percubaan) kakitangan layak dapat cuti sakit tak?
2.boleh ke cuti sakit di buat pro rata setelah pengesahan jawatan.
3. boleh ke dipotong gaji kakitangan yang ambil mc dalam tempoh percubaan (probation) akta benarkan tak?
sekian
Admin sila jawab pertanyaan di atas…saya juga nak tahu…
tiada beza bagi pekerja tetap atau dalam probation. Kelayakkan adalah sama. Bagi yg belum mencapai 2 tahun kerja, akta memberi syarat miinima 14 hari setahun MC.
hanya ingin berkongsi cerita saya, setelah saya menjalani Operation d urat keting yg telah putus dua pada 14/6/12 ketika menjalani latihan futsal pd 2/3/2012. saya dpt hospitalization leave selama 57 hari. pd 24/12/12 sy htr borang socso 21 n borang tuntutan. 21/1/13 saya dipanggil oleh pegawai socso utk saya ditemuduga oleh beliau bersama2 dgn wakil majikan tempat saya bekerja. kata pegawai tu tunggu dlm masa 2 minggu utk dptkan keputusan. follow-up dgn socso on 6/2/13 mengatakan saya hanya akan dibayar mengikut cuti sakit saya. beliau memaklumkan pengeluaran cek sdg dlm proses. cek tersebut akan dipos ke alamat rumah… so, saya tunggu je lah …
)
medical leave saya ada 18 hari saya ambil mc 10 hari setahun tapi saya diberi warning letter boleh ke
apakah warning yang diberi? Sesetengah sykt ada panel doktor sendiri dan ini perlu dipatuhi bila mengambil MC kecuali ada sebab yg baik utk tidak berjumpa panel doktor. Jika anda ke panel doktor dan di beri MC, maka tiada sebab untuk majikan memberi amaran kepada anda.
saya telah mengalami kemalangan pada bulan lalu dan mendapat mc dari hosptal kerajaan selama 50 hari.adakah saya layak untuk mendapat gaji dari pihak majikan sepanjang tempoh mc tersebut. dan jika saya membuat tuntutan socso, adakah ia memberi kesan kepada pembayaran gaji saya. mohon penjelasan.
sye ingin bertanya, sye bru buat operation buang tonsil d hospital – 3 hari di wad dan mendapat mc selama 26 hari. ct sakit sye untuk tahun ini sudah habis tp x pernah menggunakan ct hospitalisasi sebyk 60 hari. majikan sye mengatakan akan memotong gaji sye kerana itu adalah mc dan bukan hospitalisasi. adakah betul begitu?
hospitalisasi ialah di tahan di hospital. Jika out patient treatment, di kira MC.
bayaran elaun kedatangan untuk pekerja shif termasuk dalam akta tak????
elaun, bonus, tempat tinggal dan apa-apa faedah lain adalah budibicara majikan… Biasa diberi bagi menarik pekerja berkerja di sesautu tempat itu.