Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Cuti Sakit Berbayar

by Ismail N   ·  12 years ago  
thumbnail
cuti sakit
Gambar kredit kepada allyhunt.com

Selain daripada hari rehat, cuti hari kelepasan am dan cuti tahunan, pekerja-pekerja juga adalah berhak kepada cuti sakit berbayar. Menurut Seksyen 60F Akta Kerja 1955, seseorang pekerja berhak mendapat cuti sakit berbayar apabila memenuhi syarat-syarat di bawah:-

  1. pemeriksaan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh majikannya; atau [Seksyen 60F (1(a)]
  2. jika tiada pengamal perubatan sedemikian atau dalam keadaan tertentu ia tidak didapati pada masa dan jarak yang munasabah, maka boleh diperiksa oleh pengamal perubatan lain ; atau [Seksyen 60F (1(b)]
  3. pemeriksaan oleh doktor gigi sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pergigian 1971; [Seksyen 60F (1A)]

DAN,

dengan syarat juga – pekerja memberitahu majikannya akan cuti sakit itu dalam masa 48 jam daripada cuti sakit itu bermula. [Seksyen 60F (2(b)]

Nota: Maksud “pengamal perubatan” – ertinya pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Seskyen 2 Akta Kerja 1955].

Kegagalan Mematuhi Syarat-Syarat Untuk Cuti Sakit Berbayar

Di bawah Seksyen 60F(2) Akta Kerja 1955 – mana-mana pekerja yang tidak mematuhi syarat-syarat di atas dianggap sebagai tidak hadir kerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan munsabah bagi hari-hari yang ia tidak hadir kerja.

Bilangan Cuti Sakit Berbayar Yang Pekerja Berhak

Bilangan hari bagi cuti sakit berbayar (jika tiada hospitalisasi) adalah bergantung kepada tempoh perkhidmatan seseorang pekerja itu iaitu:

  • 14 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja kurang dari dua tahun;
  • 18 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja untuk dua tahun atau lebih tetapi kurang dari lima tahun;
  • 22 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja untuk lima tahun atau lebih;

– [Seksyen 60F(1) (aa) Akta Kerja 1955]

Hospitalisasi

Jika terdapat hospitalisasi (pekerja dimasukkan ke dalam hospital bagi menerima rawatan), maka jumlah cuti sakit hendaklah 60 hari kesemuanya pada satu tahun kalendar.

Dengan syarat jumlah bilangan cuti sakit berbayar dalam satu tahun kalendar dimana seseorang pekerja berhak di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi 60 hari keseluruhannya.

Ilustrasi:

John telah bekerja dengan Sykt DLSL selama 6 bulan. Pada bulan Januari lalu, dia telah mengambil dua hari cuti sakit berbayar. Dua bulan lepas, dia mengalami kemalangan jalanraya dan dimasukkan ke dalam hospital selama 55 hari (hospitalisasi). Maka, berapakah cuti berbayar yang tinggal buat John bagi tahun ini?

John telah bekerja 6 bulan, maka kelayakkan bagi pekerja yang perkhidmatannya kurang  dari 2 tahun adalah = 14 hari.

Dia telah pun mengambil 2 hari cuti sakit  berbayar.

Dia telah dihospitalisasi selama 55 hari.

55 + 2 = 57 hari cuti berbayar telah digunakan oleh John.

Maksima cuti berbayar setahun = 60 hari, maka cuti sakit berbayar yang tinggal buat John ialah 60 – 57 = 3 hari sahaja.

Kadar Bayaran

Mengikut Seksyen 60F (3), majikan hendaklah membayar cuti sakit berbayar kepada pekerja pada kadar biasa bagi pekerja yang di bayar gaji harian.

Bagi pekerja yang dibayar gaji bulan pula: pekerja dianggap telah menerima bayaran cuti sakitnya jika dia menerima upah bulanannya tanpa potongan gaji bagi hari-hari dia mengambil cuti sakit dalam bulan itu.

Nota Tambahan

Pekerja yang menerima elaun bersalin dan faedah kerana ketidakupayaan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau pembayaran berkala kerana hilang upaya sementara di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1952 tidak berhak menerima cuti sakit berbayar daripada majikan mereka [Seksyen 60F (4)]

soalan dan kemusykilan

98 Comments

  1. Nur Intan

    Assalammualaikum,
    Saya seorang guru tadika swasta yg baru bertugas 6 bulan. Baru2 ini saya dijangkiti chicken pox drpd salah seorang murid di tadika & telah menerima 10 hari mc. Adakah majikan boleh menolak gaji saya walaupun saya dijangkiti di tempat kerja? Terima kasih.

    1. Di mana anda dijangkiti bukan satu masaalah.
      Yang penting adalah samada anda masih ada kelayakkan cuti sakit dan adakah prosedur mendapatkan cuti sakit telah di patuhi.

  2. Zainariah

    Di bawah artikel Cuti Sakit Berbayar – Nota Tambahan

    Pekerja yang menerima elaun bersalin dan faedah kerana ketidakupayaan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau pembayaran berkala kerana hilang upaya sementara di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1952 tidak berhak menerima cuti sakit berbayar daripada majikan mereka [Seksyen 60F (4)]

    Maksudnya :- Jika pekerja itu telah menggunakan kesemua 60 hari hospitalisasi kerana kemalangan industri maka adakah beliau layak untuk 60 hari Cuti Hospitalisasi untuk pembedahan gastrik beliau?

    Terima kasih.

    1. Seksyen 60F (4) adalah bagi faedah pembayaran berkala yg diterima dari Socso bagi “hilang upaya sementara”. Oleh kerana pihak Sosco telah menanggung pembayaran dalam tempoh hilang upaya sementara itu, maka majikan tidak perlu lagi membayar cuti sakit BERGAJI untuk tempoh itu.

  3. Adina

    Mohon penjelasan:-

    seorang pekerja baru masuk kerja 1.1.2015 dan pada 28.1.2015 tangan pekerja tersebut telah terkena mesin dan mengakibatkan MC 3hari.. adakah layak pekerja ini layak claims socso sedangkan baru bekerja 27hari sahaja..??
    MC yang diberi doktor majikan terima sebagai cuti sakit berbayar..

    1. Jika soal tempoh ia bukanlah isu. Cuma kena pastikan kecederaan itu adalah sesuatu yg layak pampasan berdasarkan ESSA 1969.
      Maklumat lanjut, hubungi pejabat yg berdekatan. Terima kasih.

  4. Nurul

    Salam..
    saya nk tanya berkenaan mc. Saya telah di masukkn ke dalam wad selama 3hari kerana “open surgery”, selepas itu doktor telah memberi cuti sakit selama 30hari. Tetapi pihak majikan tidak tanggung hospitalisation. Pihak majikan akan tolak cuti sakit ini pada mc dan cuti tahunan saya. Adakah relevan pihak majikan kira 3hari warded concider as 3hari mc?

    1. Jika 30 hari itu anda ditahan dalam hospital, maka majikan perlu beri cuti hospitalisasi (tertakluk anda dilindungi oleh Akta Kerja 1955). Jika 30 hari anda di rumah, maka cuti sakit bergaji digunakan.

  5. Mus

    Hi. Saya masuk hospital 4hari kemudian discharge dan doktor bagi cuti bertanda hospitalisation selama 30d. Company saya provide staff 60d hospitalisation include 14d non hospitalisation (46d hospital 14d non-hospital). Company kata mereka akan deduct semua 14d tu dulu baru start deduct yang 46d tu. Boleh kah?

    1. MC utk semua cuti sakit yang tidak perlu hospitalisation.

      Bila ditahan di hospital, maka cuti hospitalisation automatik hendaklah di gunakan.

  6. azmi

    salam,sy nak tanya.sy baru bekerja selama 3 hari,hari ke4 sy mendapat kemalangan ditempat keja.kaki sy patah.sy di beri mc dr hospital selama 58hari,adakan mc sy dikira bergaji atau sebaliknya dan boleh atau tidak saya claim socso.

    1. Anda boleh mohon cuti sakit bergaji tertakluk pada kelayakkan yang ada buat anda.
      Cuti tambahan bergaji ialah cuma bila anda ditahan di hospital sahaja.
      Jika ada caruman Socso, sepatutnya anda boleh memohon pampasan dari mereka.

  7. marvella

    Majikan boleh bagi surat 24jam kepada perkerja diatas ada rekod jenayah dan mencuri saja kah? Jika perkerja tak dapat dtg kerja 2 hari tetapi ada inform pada hari pertama dan hari kedua tidak inform. Boleh kah majikan beri notis berhenti 24jam punya?

    1. Jika setakat rekod sahaja tidak memadai untuk dibuang kerja kecuali ia perkara penting yang dirahsiakan semasa memohon kerja. Itu pun tertakluk pada syarat-syarat yg dipersetujui untuk penamatan kontrak kerja.
      Bab ponteng kerja itu. Harap anda rujuk artikel ini:
      https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akibat-ponteng-kerja

  8. Ally

    Apa khabar? Saya tertarik deny an laman web anda yang berpengetahuan tenting akta pekerja.

    Saya nak Tanya pasal socso claim. Isnin 1-12-14 Minggu lepas, Saya disah Oleh hospital kerajaan kena deman denggi, tapi tak perlu masuk wad. Jikalau Ada bedarah, kena pergi ke emergency dan dimasuk wad. Jadi doctor bagi MC untuk hair isnin, tapi kena pergi uji darah tiap hari untuk permerhatian. Tapi, hari selasa 2-12-14 gusi berdarah. Jadi kena masuk wad. Hari selasa hingga sabtu 6-12-14 tinggal di wad hospital swasta. Doktor bagi MC 3 hari, untuk berehat dan uji darah pada hari Rabu 10-12-14. Keputusan ujian darah pada hari Rabu Sudah bertambah baik. Tapi, hari khamis 11-12-14 pergi kerja, majikan kata MC 3 hari tidak boleh claim socso, jadi MC 3 hari kena potong annual leave. Hari hari yang dimasuk wad boleh dapat claim socso, jadi Cuma potong 3 hari annual leave. Betulkah ini? Tapi socso claim untuk majikan atau pekerja?
    Pekerja Kena potong leave untuk MC, dan socso claim dibayar kepada majikan. Adakah ini betul?

    1. Pertamanya, anda perlu rujuk dengan pihak Perkeso akan hal ini. Saya tak pasti samada sakit ini akan mendapat pampasan dari mereka. Cuba hubungi pejabat yg berdekatan.

      Kedua, jika anda kelayakkan cuti sakit (MC), mengapa perlu dipotong annual leave.

      Ketiga, jika anda ditahan dalam wad (hospitalisasi) adan boleh gunakan cuti hospitalisasi anda dan tidak perlu gunakan MC atau annual leave.

  9. Emirlytai

    Pekerja saya kerja 2 bulan di sykt saya, boleh saya tahu pekerja yang tersebut ada berapa hari MC yang beliau dapat.

    Saya boleh tolak gaji beliao tak ?

    Terima kasih . harap mendapat jawapan pihak tuan dengan secepat yang mungkin

    1. Pekerja berhak 14 hari cuti sakit (MC) berGAJI kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja kurang dari dua tahun.

      1. fazlyn

        Bagaimana pula bagi pekerja cuti sakit lebih daripada 14 hari yang ditetapkan? adakah perlu tolak gaji beliau?

  10. nur

    admin, nak tanya, saya mengalami masalah pada jari dan telah ditahan di wad selama 1 hari. Doktor telah memberikan saya MC selama 2 bulan sebelum temujanji seterusnya. Layakkah saya mendapat gaji sepanjang 2 bulan tersebut? (Bulan Disember dan Januari 2015)

    1. Jika anda ada kelayakkan dua bulan cuti, maka bolehlah guna. Jika tiada, anda cuma layak cuti berGAJI terhad pada kelayakkan yang diberi. Utk cuti tambahan hospitalisasi cuma apply jika anda ditahan dalam wad sahaja.

    2. Saya berkerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta. Pernah sekali saya tidak datang kerja. Gaji saya sudah dipotong untuk dua hari. Bukan itu sahaja. Pernah saya terlewat 30 minit sudah di potong rm60. Setiap 1 minit lewat dipotong rm2. Bolekah majikan memperlakukan perkerja merek seperti begitu?

      1. Sudah tentu tidak boleh. Majikan boleh deduct gaji tapi mesti sama nilainya. Misalnya, satu hari tidak datang, maka satu hari gaji potong. Begitu juga kalau sejam. Mesti nilai sejam juga.

      2. marvella

        Saya perkerja baru yang berkerja sebagai kerani di sebuah market. Tetapi pada bulan lalu Saya telah diberi tahu oleh majikan saya boleh ambil cuti untuk perayaan Christmas sebab saya menyambut perayaan tersebut. Apabila saya sudah mengisi borang memohon cuti dan diluluskan oleh majikan. Ketika saya menerima gaji. Gaji saya telah dipotong selama 3 hari tetapi gaji saya yang dipotong ketika saya mengambil cuti perayaan yang telah diluluskan oleh majikan dan masa kecemasaan. Wajarkan majikan melakukan perkara seperti begitu?

      3. Mungkin cuti yang diluluskan adalah cuti tidak bergaji (unpaid leave). Sebagai pekerja baru, anda masih belum punyai kelayakkan cuti tahunan. Cuti umu pula satu hari sahaja untuk hari Krismas dan itupun majikan tidak tertakluk untuk mengambilnya sebagai cuti umum. Ia boleh pilih 11 hari sahaja dari cuti-cuti umum yang diwartakan sebagai cuti umum bergaji untuk pekerjanya. Rujuk artikel Cuti Umum juga ya.

  11. Puspa

    Selamat Pagi,
    Saya nak tanya, tangan adik saya kene operate dan dia dapat MC 2bulan tambahan pula doktor telah mengesahkan kemungkinan MC adik saya akan ditambahkan selama 3bulan lagi untuk memastikan tangan adik saya sembuh sepenuhnya.Dia telah maklumkan perkara ini kepada majikan dia. Majikannya setuju membayar gaji untuk 1bulan sahaje…Lagi 1bulan pihak majikan tidak mahu bayar, tetapi mengikut undang-undang, Bolehkah pihak majikan bayar gaji untuk 60hari? Jadi adik saya ada tak hak untuk menuntut gaji 1bulan lagi.

    1. Hi Puspa,

      Samada adik anda layak atau tidak pada cuti selama 60 hari itu bergantung kepada:-
      1. Samada dia dilindungi oleh Akta Kerja 1955 (gaji RM2k dan ke bawah)
      2. Dia terpaksa tinggal di hospital (hospitalisasi).

      Jika tidak, ia akan bergantung pada terma kontrak kerjanya.

Comments are closed.