Cuti Sakit Jatuh Pada Hari Rehat

Kebanyakkan majikan meletakkan HAD berapa banyak cuti sakit (berbayar) yang boleh dipohon oleh pekerja dalam satu tahun. Ini di benarkan oleh Akta Kerja 1955. Mengikut Seksyen 60 F (aa) seorang pekerja berhak kepada cuti sakit berbayar:

  • empat belas hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah berkerja untuk kurang dari dua tahun;
  • lapan belas hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah berkerja untuk dua tahun atau lebih tetapi kurang dari lima tahun;
  • dua puluh dua hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah berkerja untuk lima tahun atau lebih;
cuti sakit Cuti Sakit Jatuh Pada Hari Rehat

Gambar kredit kepada www3.ipass.com

Oleh itu penggunaa MC (medical leave) atau cuti sakit ini perlu dikawal oleh pekerja agar tidak habis peruntukkan setahun dan terpaksa pula mengambil cuti sakit tanpa gaji.

Kita akan berbincang lebih lanjut mengenai cuti sakit apabila saya menulis mengenai topik ini di masa akan datang insya-allah. Buat masa ini kita masih lagi di topik Hari Rehat Pekerja. Soalan yang ingin dibincangkan hari ini adalah: Jika cuti sakit jatuh pada hari rehat pekerja, apakah status cuti sakit ini? Adakah ia dikira sebagai cuti sakit atau hari rehat pekerja?

Bagaimana pula dalam situasi bila majikan memberi lebih dari satu hari sebagai hari rehat dalam seminggu kepada pekerja? Dan cuti sakit pekerja pula jatuh dalam ke dua-dua hari rehat tersebut. Lihat contoh di bawah.

Fakta Kes:

  • Encik Teh telah berkerja di syarikat DLSL selama 1 tahun. Dia layak kepada cuti sakit sebanyak 14 hari setahun.
  • Sehingga bulan November 2011, Encik Teh telah pun menggunakan 8 hari cuti sakitnya. Oleh itu beliau hanya mempunyai 6 hari sahaja cuti sakit berbayar.
  • Pada 16 hb November 2011, Encik Teh jatuh sakit lagi. Kali ini agak serius dan Doktor memberikan cuti selama 6 hari kepada nya bermula pada 16hb November 2011 hingga 21hb November 2011.
  • Syarikat DLSL cuma beroperasi 5 hari seminggu dengan hari Sabtu dan Ahad adalah hari “off day” dan “Hari Rehat” kepada pekerja.

Lihat jadual di bawah:

Hari cuti rehat Cuti Sakit Jatuh Pada Hari Rehat

Berdasarkan fakta kes dan jadual di atas, 19/11/ dan 20/11 adalah direkodkan sebagai cuti sakit atau hari rehat kepada Encik Teh?

Sekarang kita rujuk kepada Akta Kerja 1955 iaitu pada proviso kepada Seksyen 59 (1) yang menyatakan:

“Dengan syarat bahawa subseksyen* ini hendaklah tidak terpakai dalam tempoh pekerja itu sedang cuti bersalin sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 37 atau sedang cuti sakit sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 60F…….”

* – berkenaan hari rehat.

Di bawah perenggan ini, majikan tidak ada kewajipan memberikan hari rehat kepada pekerja yang sedang berehat pada cuti sakit. Oleh itu mengikut rekod, Encik Teh telah menggunakan cuti sakit 6 hari bagi tempoh tersebut (19/11 dan 20/11 dikira sebagai cuti sakit). Sebarang cuti sakit beliau sehingga 31hb Disember 2011 akan dikira sebagai cuti sakit tidak berbayar.

Nota: Dalam praktis bagaimanapun, proviso ini jarang digunakan terutama kepada mereka yang hari rehatnya adalah tetap. Majikan biasanya akan menganggap pekerja (dalam situasi di atas) memohon 4 hari cuti sahaja. Walaubagaimanpun pekerja-pekerja shift yang hari rehat tidak menentu mungkin akan menghadapi situasi seperti Encik Teh di atas. Namun, semuanya terpulang kepada majikan samada mahu menggunakan peruntukkan ini atau tidak icon biggrin Cuti Sakit Jatuh Pada Hari Rehat .

- Cuti Sakit Jatuh Pada Hari Rehat

 Cuti Sakit Jatuh Pada Hari Rehat

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Cuti Sakit Jatuh Pada Hari Rehat

Laws

{ 17 comments… add one }

  • SCTAN November 14, 2014, 4:39 am

    Sila beri nasihat seperti berikut:-
    Jika saya dapat MC selama 5 hari kerana cabut Gigi & selepas 2 hari rehat di rumah, saya mula kerja pada hari ketiga. Dengan ini, adakah saya akan diberikan cuti tahunan untuk 3 hari (sebagai tambahan cuti)? Cuti sakit yang patut dikira ialah 5 hari atau 2 hari?
    Sekian Terima Kasih.

    Reply
    • Ismail N November 17, 2014, 2:26 am

      Setiap pekerja ada had kelayakkan cuti sakitnya. Contohnya: 10 hari setahun
      Jika sudah habis guna 10 hari kelayakkannya, maka setiap MC yang dapat selepas itu di kira sebagai cuti tak bergaji (unpaid leave).

      Jika anda dapat 5 hari tetapi anda cuma gunakan 2 hari, maka cuma dua hari yang akan dipotong dari kelayaakkan anda bagi tahun ini. Cuti sakit yang diberi tidak boleh di tukar menjadi cuti tahunan.

      Reply
  • ikin June 16, 2014, 2:15 am

    assalmualaikum,sy nak bertanya..sy mndapat cuti sakit pada hari cuti am seperti hari jadi agung bagaimana kiraan gaji sy..adakah mc sy tidak dikira dan adakah cuti pada hari am gaji berjalan seperti biasa

    Reply
    • Ismail N June 16, 2014, 4:35 am

      oleh kerana ia jatuh pada hari cuti umum, maka anda tidak perlu submit MC anda. Gaji dikira seperti biasa kerana ia cuti umum berbayar.

      Reply
  • hairi bin alwaee September 29, 2013, 5:15 am

    SOALAN -1 saya ingin bertanya berapa hari kah cuti wajib bagi majikan syarikat swasta yang patut diberi kepada pekerja mereka dalam setahun dan adakah telah ditetapkan oleh kerajaan atau undang-undang memang telah diaktakan untuk setiap hak pekerja..? SOALAN-2 adakah mc bagi pekerja boleh dipertikai oleh majikan.. yang saya tahu setahun ada 14-hari untuk pekerja ianya telah ada dalam akta jika tak silap saya.. dan adakah majikan berhak mungurangkan hari bagi cuti mc pekerja mereka.? SOALAN-3 ketika pekerja sakit contoh deman dan pergi klinik doktor beri mc,, tertapi majikan tak benarkan cuti dan bermacam alasan diberi majikan sebab banyak kerja urgent.. dan memaksa kerja dan ugut jika tak keja elaun dan gaji dipotong.. apakah ini satu kesalahan besar majikan..

    Reply
  • syu August 5, 2012, 8:30 am

    Salam, nak tanya.. boleh ke majikan buat ambil cuti & MC sebulan sehari. Contoh sy entitle cuti 12 hari per year. Then sy dimestikan ambil cuti sebulan sehari saja, jika lebih, jadi unpaid leave. Begitu juga dgn MC. Kalau lebih dari 1 hari sebulan, dikenakan unpaid. Bila tanya majikan, katalah sampai hujung tahun, sy x exceed cuti or MC sy, adakah yg unpaid itu dibayar semula? Katanya tidak akan byr, kira halal untuk syarikat..

    Dan wajibkah staff yg sudah lebih 5 tahun berkhidmat, utk tambah cuti seperti dlm law? Kalau majikan tidak mahu bagi, macam mana?

    Sekian, harap dpt jawab..

    Reply
  • marsya June 14, 2012, 2:44 pm

    saudara, bagaimana dengan kiraan kerja lebih masa? adakah maksimum gaji masih dikira pada kadar RM1,500 atau RM2,000.00? terima kasih

    Reply
    • IN June 15, 2012, 6:37 am

      seetahu saya tiada perubahan pada minimum gaji mereka yg layak mendapat OT. Pindaan Akta Kerja 1955 (Akta A 1419) 2012 yang berkaitan adalah cuma pada seksyen 69B, yang mana kuasa Pengarah utk menyiasat aduan kini meliputi pekerja2 yg gaji mereka RM2,000 hingga RM 5,000. Strange amendment though kerana ia buat saya wonder apa yg terjadi pada pekerja yg gaji antara Rm 1500 hingga RM 1,999.99 :D

      Reply
      • IN June 19, 2012, 1:42 am

        maaf. terdapat pindaan pada Jadual Pertama Akta Kerja menerusi perintah menteri P.U. (A) 88/2012 yg meminda perkataan 1,500 kepada 2,000. bermakna pekerja2 yg bergaji RM 2000 akan menikmati perlindungan di bawah Akta Kerja berkuatkuasa 1hb April 2012.

        Reply
  • 6803man June 4, 2012, 12:36 pm

    Wa pun teruk.2bulan setengah mc..mc 14hari di bayar.
    Yg 2 bulan hampeh,se sen pun xde.nak mkn ape.walaupun
    socso ada membayar mc sy,tapi rase mcm x adil la.syarikat
    juga harus bertangungjawab memberi pampasan.

    Reply
  • berangin April 19, 2012, 11:44 pm

    kadang2 saye pelik jugak dengan akta2 ni…konon2nye melindungilah sangat..alih2 kat perenggan last skali ade ayat “MENGIKUT BUDI BICARA MAJIKAN”…. Habislah kalo da keluar ayat tuh… Jarang ade majikan yang berbudi bicara…

    Reply
    • IN April 24, 2012, 8:23 am

      tanpa akta ini, lebih teruk pekerja tertindas. Plus, kepentingan majikan juga perlu dilindungi, otherwise semua majikan tutup business awal sbb tidak effisyen. :D

      Reply
  • nurmisnan April 3, 2012, 7:32 am

    Memang angin dapat cuti time cuti.. mcm maa tuh.. hik3
    lain kali sakit masa kerja. baru best cuti MC..

    Reply
  • akubiomed April 3, 2012, 5:15 am

    Oh tidak mendapat lebih hari rehat untuk mengantikan cuti rehat yang jatuh pada hari cuti. Itu yang berlaku kepada saya apabila pengalaman ister bersalin jatuh pada hari Jumaat. Jadi burn begitu cuti ikhsan.

    Reply
  • tehr April 2, 2012, 4:17 pm

    Aku macam pernah dengar je nama encik teh tu
    hehe

    Terima kasih, bro
    Rasanya aku makin faham mengenai cuti dan hari rehat ni
    tehr recently posted…Dalam Kenangan | Mac 2012My Profile

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

This Blog is hosted at:

Powered by:

Get your SEO Responsive Skins here: