Friday,5 February,2016

Cuti Umum Di Malaysia

Cuti Umum Di Malaysia

Antara soalan sering dikemukakan oleh pembaca blog ini adalah soalan-soalan yang berkaitan dengan cuti umum.

Adakah majikan boleh memilih samada mahu berikan cuti umum atau tidak?

Bolehkah majikan memaksa pekerja berkerja pada cuti umum?

dan sebagainya.

Artikel ini akan cuba mengupas persoalan-persoalan di atas dan lain-lain soalan anda berkenaan cuti umum ataupun Hari Kelepasan Am bagi rakyat Malaysia.

Akta Kerja 1955

Walaupun terdapatnya banyak CUTI UMUM (Hari Kelepasan Am) yang di wartakan di bawah Akta Hari Kelepasan Am 1951 di Malaysia, namun di bawah Akta Kerja 1955, majikan TIDAK DIWAJIBKAN memberikan cuti pada setiap cuti umum yang diwartakan itu kepada pekerja mereka.

Baca juga: Akta Kerja 1955: Samada Pekerja Di Lindungi Oleh Akta Atau Tidak

Majikan boleh memilih SEBELAS (11) cuti sahaja sebagai cuti berbayar dalam satu tahun calendar. 

Namun dari 11 itu LIMA (5) darinya MESTIlah (WAJIB) terdiri dari:-

  1. Hari Kebangsaan
  2. Hari Keputeraan YDP Agong
  3. Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
  4. Hari Pekerja
  5. Hari Malaysia

Baki ENAM (6) cuti lagi boleh dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka.

Akan tetapi majikan wajib memberitahu pekerja melalui satu notis yang dipamerkan di tempat kerja sebelum bermulanya tahun kalendar yang baru.

peruntukkan cuti umum

Cuti Umum Tambahan

Satu lagi cuti tambahan adalah di bawah Seksyen 60D (1) (b) Akta Kerja 1955  iaitu:

pada mana-mana hari yang diumumkan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951

Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 ini merujuk kepada cuti mengejut yang diberikan oleh kerajaan yang belum di wartakan.

Contohnya:

Secara mengejut kerajaan memberi CUTI KHAS atas kejayaan pasukan bolasepak Malaysia dalam mana-mana kejohanan yang disertai.  Cuti ini adalah TAMBAHAN kepada 11 cuti di bawah Seksyen 60D (1) (a) di atas.

Namun, majikan boleh mengantikan tarikh cuti khas ini dengan mana-mana hari lain jika mahu.

Section 8 Holiday Act 1951

“The Minister may, by notification in the Gazette or in such other manner as he thinks fit, appoint in respect of West Malaysia or the Federal Territory or, after consultation with the State Authority, in respect of a State, a day to be observed as a public holiday or a bank holiday in addition to or in substitution for any of the days mentioned in the Schedules and thereupon this Act shall in West Malaysia, or in the Federal Territory, or in the State in respect of which a day is appointed to be observed as a holiday as aforesaid be applicable to such day in the manner as if the said day has been mentioned in the First Schedule or the Second Schedule,as the case may be.”

cuti umum tambahan

Nota: Jika majikan ingin memberikan lebih dari 11 hari cuti setahun kalendar atau memberikan cuti pada semua hari-hari kelepasan am yang di wartakan, maka terpulanglah kepada majikan. Akta Kerja hanya mengenakan syarat MINIMA SAHAJA. Majikan yang ingin memberikan faedah yang lebih kepada pekerja amat digalakkan

Bolehkah Majikan Meminta Pekerja Berkerja Pada Hari Kelepasan Am Atau Cuti Umum Ini?

Walaupun majikan telah menetapkan hari-hari cuti yang pekerja layak mendapat cuti berbayar, namun ini tidak bermakna majikan tidak boleh meminta pekerja BERKERJA PADA HARI KELEPASAN AM tersebut.

Namun, jika pekerja pada hari cuti umum (kelepasan am), maka pekerja layak mendapat upah yang lebih tinggi mengikut kadar minima yang ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.

Seksyen 60 D (3) (a) Akta Kerja 1955:

Walau apa pun subseksyen (1), (1A) dan (1B) mana-mana pekerja boleh dikhendaki oleh majikannya bekerja pada mana-mana hari kelepasan berbayar yang ia berhak di bawah subseksyen tersebut dan dalam keadaan tersebut ia hendaklah, sebagai tambahan kepada bayaran hari kelepasan yang ia berhak mendapat bagi hari tersebut:

(i) dalam hal pekerja yang diambil bekerja secara bulanan, mingguan, harian dan jam atau lain-lain kadar bayaran yang serupa dibayardua hari upah pada kadar biasa; atau

(ii) dalam hal pekerja yang diambil bekerja atas kadar ikut kerja, dibayar dua kali ganda kadar biasa bagi satu kerja,

tidak kira bahawa tempoh kerja yang dilakukan itu pada hari itu kurang daripada waktu-waktu kerja yang normal.

Nota: Untuk kadar OT pada hari cuti umum atau kelepasan am ini, sila rujuk entri mengenai “Kerja Lebih Masa“.

Kes: Oriental Star Lumut Park Resort Sdn Bhd v Mansor Daoh [1996] 2 ILR 1065

Fakta Kes: Di dalam kes ini, pekerja-pekerja diminta hadir berkerja pada 31hb Ogos 1994. Namun mereka tidak hadir dengan alasan 31hb Ogos adalah merupakan hari kelepasan am yang wajib diberikan kepada pekerja.

Isu: Adakah majikan boleh mengarahkan pekerja berkerja pada hari kelepasan am atau cuti umum?

Keputusan Mahkamah: Majikan boleh mengarahkan pekerja berkerja pada SEMUA hari kelepasan am berdasarkan Seksyen 60D (3) (a) DENGAN SYARAT majikan membayar upah sebagaimana yang ditetapkan pada sub-seksyen 3(a) (i) dan (ii)

Nota: Keputusan yang sama turut diberikan dalam kes: Lion Metal Industries Sdn Bhd v Metal Industry Employee’s Union [ICR Award 267/1993].

Keperluan Untuk Hadir Hari Sebelum Atau Selepas Hari Kelepasan Am

Seksyen 60 D (2) Akta Kerja 1955 menggariskan syarat-syarat hadir kerja sebelum atau selepas cuti umum sebelum pekerja berhak kepada cuti umum berbayar. Maksud ketidakhadiran di sini adalah tanpa kebenaran majikan (AWOL) dan tanpa alasan yang munasabah.

“Mana-mana pekerja yang tidak hadir kerja pada hari kerja sebelum atau selepas hari kelepasan am atau dua atau lebih hari-hari kelepasan am berturut-turut atau mana-mana hari atau hari yang digantikan kepadanya di bawah seksyen ini tanpa kebenaran terdahulu daripada majikannya adalah tidak berhak mendapat apa-apa bayaran hari kelepasan untuk hari kelepasan tersebut atau hari-hari kelepasan terturut-turut melainkan ia mempunyai alasan munasabah bagi ketidakhadiran itu”

PONTENG cuti umum

Nota: Keperluan pada Seksyen ini:

1. Pekerja adalah TIDAK HADIR

(a) Sebelum hari kelepasan am, ATAU

(b) Selepas hari kelepasan am

2. Tanpa kebenaran majikan

3. Tanpa alasan munasabah untuk tidak hadir

Seksyen 60 D (2) Akta Kerja 1955

Seksyen 60 D (2) Akta Kerja 1955 b

Cuti Sakit Yang Diberikan Pada Cuti Umum

Menurut Seksyen 60 D (1B), apabila cuti sakit bertindih dengan cuti umum, maka cuti umum ini hendaklah diganti. Namun, cuti ini tidaklah ‘automatik’ dan hendaklah diberi pada hari yang dipersetujui oleh majikan.

“Sekiranya mana-mana hari kelepasan am itu atau mana-mana hari lain yang digantikan kepadanya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) atau (1A) jatuh dalam tempoh di mana pekerja sedang dalam cuti sakit atau cuti tahunan yang mana pekerja itu berhak di bawah Akta ini, atau jatuh dalam jangka masa tempoh ketidakupayaan sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, majikan hendaklah memberikan hari yang lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti baagi hari kelepasan am atau hari yang digantikan itu”

Cuti Sakit dan Cuti Umum

Rujuk kes: Malaysian Airline System (MAS) v Nahaza Ahmad Bin Abd Salam [1994] 1 ILR 945

Fakta Kes: Dalam kes ini pekerja diberikan cuti sakit oleh doktor dan cuti itu jatuh pada hari cuti umum. Esoknya (hari selepas cuti umum), pekerja telah tidak datang kerja dengan alasan dia layak pada cuti ganti.

Keputusan Mahakamah: Cuti ganti bukanlah sesuatu yang automatik. Ia perlu diberi pada hari yang telah dipersetujui.

“It is the finding of the court that the Claimant was not entitled to take 9th March 1989 as a replacement for the medical leave that he had obtained on the 8th which was a public holiday. Section 60D (1B) of the Employment Act 1955 does not provide that an employee can automatically take the next day in lieu of the sick leave which fell on a public holiday although it says that the company shall grant another day in substitution thereof”

Cuti Umum Jatuh Pada Hari Rehat Dan “Off Day”

Mengikut proviso pada Seksyen 60 D (1), jika hari kelepasan am jatuh pada hari rehat, maka kerja yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am sebagai ganti.

“Dengan syarat bahawa jika mana-mana hari kelepasan am yang dirujuk di perenggan (a) dan (b) jatuh pada hari rehat maka hari bekerja berikut selepas sahaja hari rehat tersebut hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar sebagai ganti untuk hari kelepasan am tersebut”

Cuti Umum Jatuh Pada Hari Rehat

Bagaimana pula jika syarikat memberikan dua hari rehat seminggu? Extra Off-Day buat pekerja seminggu. Lihat contoh di bawah:

Cuti Umum Jatuh Pada Hari Rehat 2

Jika Hari Pekerja jatuh pada ‘off  day‘ pekerja, maka bilakah cuti ganti (jika ada) bagi pekerja memandangkan 02/05/201X pekerja masih bercuti iaitu Hari Rehat pekerja?

Oleh kerana Seksyen 60 D (1) menggunakan perkataan ‘hari kerja berikutnya‘, maka 02/05/201X tidak boleh digunakan sebagai cuti ganti hari kelepasan am. Oleh itu cuti ganti harus jatuh pada 03/05/201X.

Kerja Pada Hari Cuti Umum (Kelepasan Am)

Sekiranya pekerja berkerja pada hari kelepasan am, maka dia berhak kepada bayaran tambahan selain dari upahnya pada hari tersebut.

(i) dalam hal pekerja yang diambil bekerja secara bulanan, mingguan, harian dan jam atau lain-lain kadar bayaran yang serupa dibayardua hari upah pada kadar biasa; atau

(ii) dalam hal pekerja yang diambil bekerja atas kadar ikut kerja, dibayar dua kali ganda kadar biasa bagi satu kerja,

tidak kira bahawa tempoh kerja yang dilakukan itu pada hari itu kurang daripada waktu-waktu kerja yang normal.

Contoh:

  • En. Maza bekerja di Syarikat DLSL.
  • Kadar upah harian nya adalah RM 80 sehari.
  • 1hb Mei adalah Hari Pekerja. Namun, atas sebab-sebab kecemasan En Maza diminta oleh majikannya berkerja pada hari tersebut.
  • Kerja-kerja disiapkan oleh En Maza dalam masa tidak sampai 2 jam.
  • Oleh kerana tiada tugas lain yang perlu disiapkan, En. Maza dibenarkan pulang oleh majikannya.

Soalan: Berapakah yang wajib dibayar oleh Sykt DLSL kepada En Maza bagi kerja-kerja pada 1hb Mei itu?

Jawapan: Di bawah Seksyen 60 D (30) (a) Akta Kerja 1955 Sykt. DLSL wajib membayar En. Maza upah hari tersebut dan dua kali upah tambahan biarpun dia cuma berkerja tak sampai 2 jam. Seksyen ini tidak menyebut berapa jam dia perlu bekerja. Oleh itu, asalkan dia bekerja, dia layak mendapat bayaran 1 + 2 bagi kerja pada hari kelepasan am. Oleh itu pada 1hb Mei, En Maza perlu di bayar RM 80 + RM 80 x 2 = RM RM 240.

Kemaskini: 19hb Ogos 2014

soalan dan kemusykilan

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • Ismail N

    Salam semua,

    Untuk memudahkan saya menjawab komen-komen anda semua, saya harap anda kemukakan komen dan soalan berkaitan topik di atas di SINI:

    >> http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/berkenaan-soalan-undang-undang-anda << TERIMA KASIH SEMUA

    September 16, 2014, 6:49 am
  • muhammad afiq

    Salam..nak tanya kalau seorang staff selalu lambat masuk kerja, cuti x inform, boleh x kita terminated kan staff ini?terima kasih

    September 15, 2014, 2:01 pm
    • Ismail N

      Salam Muhammad Afiq,

      Jika ponteng lebih dua hari tanpa sebab, maka kontraknya boleh ditamatkan tanpa notis. Rujuk artikel: http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akibat-ponteng-kerja

      Jika tidak, anda perlu beri amaran, beri peluang dia perbetulkan dirinya sebelum tindakan disiplin dikenakan dan seterusnya dibuang kerja atas alasan “misconduct”.

      September 16, 2014, 6:21 am
  • Maziyati Hussin

    Salam Tuan,

    Saya ada pertanyaan. Pekerja saya ingin mengambil cuti tanpa gaji dari 1 Okt 2014 hingga 24 okt 2014. Adakah Syarikat wajib membayar balik Cuti Am pada 5 hb Okt (hari raya korban) & 23 hb Okt (deepavali).

    September 9, 2014, 5:05 am
    • Ismail N

      W’salam Maziyati,

      Ya, mereka berhak pada gaji pada tarikh2 cuti umum jika cuti tanpa gaji mereka di luluskan dgn kebenaran anda.

      September 10, 2014, 1:36 am
      • Maziyati Hussin

        Thank u Very Much

        September 10, 2014, 1:56 am
  • asrul

    salam tuan.. saya penjawat awam.. saya bertugas pada rest day saya (ahad) 31 ogos 2014.. cuti umum pada 31 ogos tersebut digantikan pada 1 sept (isnin).. apakah status kerja lebih masa saya pada 31 0gos tersebut.. adakah rest day rate ataupun public holiday rate.. tq

    September 2, 2014, 4:08 am
    • Ismail N

      Salam Asrul,

      Saya sebenarnya tidak pasti mengenai penjawat awam. Saya difahamkan cuti selepas cuti umum bagi penjawat awam dikira sebagai cuti ganti. Adakah ini bermaksud hari cuti umum, masih kekal cuti umum atau tidak? Elok anda rujuk pada pegawai-pegawai kerajaan yang ya. Saya tidak pernah berkerja sebagai penjawat awam. Harap maaf.

      September 2, 2014, 8:03 am
    • azah

      Salam. Sy ingin bertanya pd 30hb sy cuti tanpa gaji dgn approval dr Hod. 31hb merupakn cuti umum dan digantikn pd 1hb.kemudian sy mengambil emergency leave 2 hari pd hari berikutnya atas alasan anak sakit. Adakah sy kehilangan kelayakn utk mendapat cuti umum tersebut? Dan adakah pihak pengurusan berhak memberi warning letter Atau tindakan atas alasan sy mengambil cuti tanpa gaji. Tq

      September 4, 2014, 5:26 pm
      • Ismail N

        W’salam Azah,

        Ya, anda hilang kelayaakn cuti umum tersebut, dan
        Ya majikan boleh beri surat amaran jika tidak hadir tanpa kebenaran.

        September 5, 2014, 2:11 am
  • dyana

    Salam,
    Sy ingin bertanya , perlukah majikan membayar cuti umum iaitu 28th Jul-29th Jul 2014 kpd pekerja (full time) dan pada masa itu kedai tidak beroperasi (ttup kedai),
    Dgn alasan bahwa 1bulan telah diberikan cuti setiap minggu dan 28th-29th Jul adalah hari kedai tidak beroperasi??

    August 27, 2014, 5:06 pm
    • Ismail N

      W’salam Dyana,

      28 dan 29 Julai adalah hari raya aidil fitri. Ia cuti umum bergaji. Samada kedai beroperasi atau tidak, hari tersebut perlu di bayar gaji.

      August 28, 2014, 1:48 am
    • Calvin

      31 Ogos hari kebangsaan pada hari Ahad dan biasanya diganti pada hari Isnin.
      Adalah Majikan boleh ubahkan cuti umun ganti hari Isnin kepada hari lain dan kerja hari Isnin adalah hari kerja biasa ?

      August 29, 2014, 2:56 pm
      • Ismail N

        Hi Calvin,

        Proviso pada Seksyen 60 D (1) menyatakan bahawa jika hari kelepasan am jatuh pada hari rehat, maka HARI KERJA YANG BERIKUTNYA hendaklah menjadi hari kelepasan am sebagai ganti.

        Oleh itu, mesti hari Isnin juga dan tidak boleh digantikan dengan hari lain ya.

        August 30, 2014, 5:47 am
  • Sofiy

    Jika Hari Sabtu adalah cuti rehat tambahan dan kebetulan jatuhnya hari kelepasan am. Soalannya sekiranya pekerja ponteng kerja pada hari Jumaat adakah majikan boleh menolak gaji 2 hari termasuk hari Sabtu?

    August 27, 2014, 6:08 am
    • Ismail N

      Hi Sofiy,

      Sky 59 EA mengatakan setiap pekerja hendaklah diberikan 1 hari hari rehat seminggu dan jika ada lebih satu maka hari terakhir ialah hari rehat. Oleh itu, bila Sabtu dan Ahad ialah cuti, maka hari rehat yang rasmi adalah hari Ahad.
      Sky 60D(1) mengatakan jika cuti umum jatuh pada hari rehat, maka keesokkan harinya perlu diganti sebagai cuti umum.

      Oleh itu, jika cuti umum jatuh pada hari Sabtu, maka majikan tidak wajib utk berikan cuti tambahan mengikut Seksyen 60D(1). Dia boleh jika dia mahu.

      Dalam kes anda, jika:-
      1. Majikan anggap Sabtu ialah cuti umum dan tidak berikan cuti ganti di hari lain, maka pekerja wajib datang pada hari Jumaat.
      2. Jika majikan anggap hari Sabtu hanya hari rehat tambahan dan menggantikan cuti umum dengan hari lain, maka dia tidak wajib datang untuk mendapatkan kelayakkan cuti umum.

      August 27, 2014, 9:28 am
      • Sophia

        Tetapi, mengikut buku “undang-undang pekerjaan: huraian dan panduan terhadap Akta Kerja 1955” majikan perlu juga memberikan hari kelepasaan berbayar pada hari Isnin tidak kira hari kelepasaan jatuh pada sabtu atau ahad. Yang mana betul ? X(

        September 10, 2014, 2:43 pm
        • Ismail N

          Note that yg buku tersebut di tulis pada tahun 2004.
          Terdapat banyak pindaan yang berlaku dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

          September 11, 2014, 6:30 am
      • Sophia

        Tetapi, mengikut buku “undang-undang pekerjaan: huraian dan panduan terhadap Akta Kerja 1955” http://books.google.co.uk/books?id=lmXAYDxzpXMC&pg=PA54&lpg=PA56&ots=mJCAirDqJZ&focus=viewport&dq=seksyen+60d(1)(b)+akta+pekerjaan+1955&output=html_text majikan perlu juga memberikan hari kelepasaan berbayar pada hari Isnin tidak kira hari kelepasaan jatuh pada sabtu atau ahad. Yang mana betul ? X(

        September 10, 2014, 2:47 pm
        • Ismail N

          Hi Sophia,

          Buku tersebut merujuk pada kes Kesatuan Kebangsaan Pekerja2 Petroluem… v Castrol (M) yang di putuskan pada tahun 1997.

          Namun pindaan Akta A1026 telah meminda Seksyen 59(1) yang berbunyi:
          “.. sekiranya pekerja dibenarkan lebih daripada satu hari rehat dalam satu minggu, maka hari rehat terakhirnya … hendaklah menjadi hari rehat bagi maksud-maksud bahagian ini” [Emphasis added].

          September 11, 2014, 6:27 am
    • Sofiy

      Terima kasih di atas info tuan..
      Soalan tambahan saya ialah adakah hari
      Sabtu dikira cuti rehat tambahan walhal hari isnin hingga jumaat pekerja bekerja cukup 48jam sepanjang 5 hari tersebut

      August 27, 2014, 12:20 pm
      • Ismail N

        Ya, ia tetap dikira sebagai cuti tambahan. Hari Ahad ialah cuti rehat yang rasmi.

        August 28, 2014, 1:38 am
  • mohamad ahad

    tuan yg dihormati.. saya ingin bertanya adakah boleh majikan menukar cuti umun 31 ogos kepada tarikh lain. saya difahamkan 5 hari cuti umum yang tidak boleh diubah …sekian terima kasih

    August 23, 2014, 3:19 am
    • Ismail N

      Salam Mohamad,

      Ya, tarikhnya tidak boleh diubah. Mesti pada 31hb juga.

      August 24, 2014, 5:48 am
  • Rozaimah Binti Abdul Hamid

    Salam,
    ada skit pertanyaan. 31 Ogos 2014 jatuh pada hari Ahad dan diganti pada hari Isnin. Sekiranya dipanggil bekerja pada hari Isnin bagaimana dengan bayaran OT tersebut.

    August 19, 2014, 1:23 am
    • Ismail N

      W’salam Rozaimah,

      Kadar bayaran OTnya adalah mengikut kadar cuti umum iaitu:

      Utk pekerja bergaji bulan:
      1 hari gaji biasa + 2 hari gaji tambahan (jika kerja selama 8 jam ke bawah).

      Bila melebihi 8 jam, maka setiap jam tambahan itu akan di kira pada kadar 3x ORP (Ordinary rate pay/kadar sejam biasa).

      August 20, 2014, 2:27 am
      • Rozaimah Binti Abdul Hamid

        faham.. terima kasih atas info

        August 20, 2014, 9:10 am
  • my

    Salam, saya nk tnya, jika saya baru bernikah, cuti kahwin saya tidak digunakan lagi sebanyak 3 hari, dan saya masih bekerja di syarikat yang sama ,tetapi sekarang sudah 9 bulan berlalu, adakah saya masih ada hak untuk mengambil cuti ini.

    August 16, 2014, 7:53 pm
    • Ismail N

      W’salam. Cuti kawin tidak diwajibkan oleh akta. Jika di beri oleh majikan, maka ia hak majikan dan anda perlu rujuk pada kontrak kerja anda berkaitan hal ini.

      August 17, 2014, 1:28 pm
  • Ziela

    Salam.
    Saya ingin bertanya.. jika kita telah apply cuti tahunan tetapi bila tiba harinya kita sakit dan mendapat cuti sakit dari doktor, Adakah pihak syarikat akan menolak cuti tahunan seperti yang telah kita apply atau menggunakan MC yang telah doktor berikan.

    Thank You

    August 13, 2014, 3:01 am
    • Ismail N

      Guna cuti sakit dalam kes sebegini.

      August 13, 2014, 10:40 am
      • Ziela

        TQ

        August 14, 2014, 12:35 am
  • TMC

    Bolehkah jika majikan ingin mengantikan cuti ganti hari kemerdekaan 31 Ogos (Sepatutnya cuti ganti pada hari Isnin) kepada hari lain? Misalnya, majikan ingin mengantikannya cuti ganti tersebut pada September 13 (Hari Sabtu).

    August 13, 2014, 1:38 am
    • Ismail N

      Tidak boleh. Mesti digantikan pada the next day lepas hari rehat juga.

      August 13, 2014, 10:36 am
  • nur akma bt hashim

    Saya ada satu soalan. berapa hari cuti kahwin yang layak bagi kakitangan pihak swasta?

    August 11, 2014, 3:24 am
    • Ismail N

      Tak diwajibkan oleh mana-mana peruntukkan undang-undang. Terpulang pada majikan jika mahu beri. Alternatifnya ialah menggunakan cuti tahunan.

      August 11, 2014, 9:47 am
  • eija

    saya ada 1 soalan..adakah pekerja kontrak atau yang belum dalam tempoh percubaan layak mendapat cuti umum berbayar?

    August 10, 2014, 9:07 am
    • Ismail N

      Ya. Layak untuk semua.

      August 11, 2014, 12:07 am
  • Maziyati Hussin

    Salam,
    Saya ada sedikit kemusykilan. Berkenaan dengan keperluan untuk Hadir hari sebelum atau selepas kelepasan AM. Cuti Hari Raya Aidil fitri 2014 jatuh pada hari isnin dan selasa (28th Jul – 29th Jul 14) . Perkerja saya memohon cuti bermula dari Rabu 30 Jul – Sabtu 2 Aug selepas raya. Tapi mereka tidak hadir pada sabtu 26 Aug (sebelum raya) dan 4 Aug selepas raya. Adakah mereka layak mendapat cuti kelepasan AM tersebut. Sekian terima kasih.

    August 4, 2014, 2:08 am
    • Ismail N

      Dalam kes ini pekerja cuma hilang kelayakkan cuti umum tersebut jika dia tidak hadir pada 27hb (sehari sebelum raya) dan 30hb (sehari selepas raya) atau pada 30 & 31 (dua hari berturut-turut selepas raya) dan ketidakhadiran itu ialah tanpa kebenaran atau alasan yang munasabah.

      August 6, 2014, 9:32 am
      • maziyati hussin

        Terima kasih atas penjelasan Tuan,
        Bagaimana pula jika 27hb itu jatuh pada hari ahad. Dia tidak hadir pada hari sabtu 26hb.

        August 6, 2014, 9:51 am
        • Ismail N

          Jika 27hb ialah hari rehatnya, maka dia perlu hadir pada 26hb dan 30hb utk mengelakkan kehilangan kelayakkan cuti umumnya.

          August 6, 2014, 11:48 pm
          • Maziyati Hussin

            Terima kasih sekali lagi.

            August 7, 2014, 12:09 am
          • putra

            Mcm mn jika 30hb pekerja apply cuti…tp 26 hb tdk hadir kerja… Adkah gaji tdk akn dikira pd 28hb dan 29 hb tersebut… Terima ksih..

            August 15, 2014, 2:00 pm
          • Ismail N

            Jika dia cuti pada 30hb, maka 31hb dia perlu hadir (jika 26hb tidak hadir).

            August 16, 2014, 4:44 am
          • putra

            Saya keliru r…mcm ni pd 26hb(sabtu halfday)pekerja tdk hadir tanpa sebab(menyatakan sakit kepala tapi tiada mc) tidak diterima..27hb hari rehat(ahad)… Manakala pd 30,31,1hb pekerja ter sebut sudah apply cuti..2hb pekerja hadir… Adakah kelayakan cuti umum pd 28hb dan 29 hb tidak dikira…tq..

            August 17, 2014, 7:01 pm
          • Ismail N

            Maksud anda begini:

            Sabtu, 26hb – ponteng
            Ahad, 27hb – hari rehat
            Isnin, 28hb – cuti umum
            Selasa, 29hb – cuti umum
            Rabu, 30hb – cuti tahunan
            Khamis, 31hb -cuti tahunan
            Jumaat, 1hb – cuti tahunan
            Sabtu, 2hb – kerja

            Dalam situasi begini, dia tidak hilang hak pada cuti umum tersebut. Dia cuma akan hilang hak tersebut, jika dia ponteng pada 2hb.

            August 18, 2014, 5:46 am
          • putra

            Tq… Tetapi pihak hr telah mengeluarkn surat menyatakan pd 28 dan 29hb tersebut tidak layak menerima gaji mengikut akta 60 d(2)… Dan pekerja tersebut telah digantung selama 5 hari ( diberi suspencian).. Dari 18hb hga 22hb ni… Sebelum ni juga pekerja ni juga telah dbg reminder pd bulan 3 kerana lambt memaklumkn mc… Dan juga pd bulan 6 terlewat bangun (kerana telah mkn ubat sakit kepala)dan meminta masuk halfday juga dbg reminder…. Adakah dgn dua reminder ini dan disebabkn ponteng pd 26hb tersebut… Pekerja berkenaan boleh dikenakn hukuman diatas… Pkerja tersebut telah memaklumkn kpd reunion tetapi reunion mgatakan memang tak layak terima gaji pd cuti umum(kelepasan am) tersebut… Sedangkn anda mgatakan layak… Tq..

            August 18, 2014, 4:37 pm
          • Ismail N

            Saya mohon maaf atas kesilapan. Perkataan yang digunakan adalah “or” dan bukannya “and”.
            Oleh itu ponteng sebelum ATAU selepas sudah cukup utk menghilangkan hak pada cuti umum.
            Akan kemaskini artikel ini nanti.
            Harap maaf semua.

            August 18, 2014, 11:49 pm
          • putra

            Jd cuti umum tersebut tdk layak lah… Btmbh keliru ni..tq

            August 19, 2014, 5:22 am
          • Ismail N

            Maaf ya Putra, nampaknya tidak layak.

            Mungkin penerangan saya dalam artikel di atas kurang jelas sebab bila saya baca balik pun saya pening juga 😀 Saya akan cuba kemaskini kan artikel tersebut dalam masa terdekat. Insya-allah..

            August 20, 2014, 2:40 am
          • putra

            Salam… Saya ingin bertnya pd:
            29hb- mc
            30hb-mc
            31hb-mc( cuti umum jatuh pd hari rehat)
            1hb- cuti ganti pd 31hb ogos..

            Pd kes ini mc yg jatuh pd 31hb… Adakah perlu dganti….tq

            August 29, 2014, 12:25 pm
          • Ismail N

            Salam Putra,

            1. Oleh kerana cuti umum jatuh pada hari rehat, maka 1hb adalah cuti umum sebenar (rujuk kembali artikel di atas).
            2. Oleh itu, juga 31hb kekal sebagai “hari rehat”
            3. MC yang jatuh pada 31hb tidak akan diganti (Proviso kepada Seksyen 59 (1). Rujuk artikel: http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cuti-sakit-jatuh-pada-hari-rehat)

            Jika majikan setuju, mereka boleh anggap anda cuma pohon MC pada 29 & 30 agar anda tidak kehilangan satu hari kelayakkan cuti sakit.

            August 30, 2014, 6:01 am
  • hanyakuduniaku

    sempena aidilfitri tahun ni majikan saya bagi cuti utk semua staff selama 6 hari tetapi 2 hari je cuti berbayar iaitu utk hari raya pertama dan kedua, baki 4 hari lagi adalah cuti tanpa gaji bagi mereka yang tiada cuti tahunan, dan cuti tahunan akan ditolak bagi mereka yang masih ade baki cuti utk tahun tersebut. Bukan kita org yg mintak cuti seminggu, tapi pihak pengurusan yang keluarkan memo. saya keliru, mohon pencerahan. t.kasih

    July 29, 2014, 5:13 pm
    • Ismail N

      Majikan tidak boleh berbuat demikian dan memaksa pekerja mengambil cuti tanpa gaji.

      August 6, 2014, 9:28 am
  • eka

    salam ,
    Kalau cuti umum dipilih oleh majikan saya adalh sebanyak 11 hari, maka hari” cuti umum yg lain diperlukan untuk bekerja.. bagaimanakah bayaran gaji pada hari yg cuti umum tp bukan dlm 11 hari yg dipilih olh majikan?

    July 16, 2014, 1:56 am
    • Ismail N

      Ia seperti hari biasa sahaja. Seolah-olah tiada cuti umum pada hari tersebut.

      July 16, 2014, 6:51 am
  • dila

    Salam…selangor akan cuti utk Nuzul Quran pada 15/07/2014. Sekiranya majikan tidak ambil cuti umum pada 15/07/14 ni bagaimana ya?

    please reply asap. TQ

    July 11, 2014, 2:50 am
    • Ismail N

      Boleh. Cuma ia perlu diumumkan pada pekerja-pekerja pada awal tahun lagi bahawa syarikat cuma akan observe sekian-sekian cuti umum dan ini tidak termasuk Nuzul Quran, etc. Jika sykt berdiam diri, maka dianggap syarikat mahu observe hari tersebut sebagai cuti umum.

      July 12, 2014, 4:08 am
  • Swetha

    hi..nk tanye 15july 2014(nuzul al-quran)..adakah public holiday utk kuala lumpur..pls reply asap,,thanks

    July 9, 2014, 7:17 am
    • Ismail N

      Ya, cuti umum buat Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan) sejak 2013.

      July 9, 2014, 11:38 pm
      • Jeffery

        Soalan tambahan.

        Cuti ini adalah “compulsory” atau boleh di pilih?

        Majikan saya tidak beri apa-apa notis dan selepas pekerja tanya pada hari selasa lepas, HR baru beritahu 15/07/14 kita mesti kerja, tiada bayaran tambahan atau cuti ganti untuk hari itu.

        Adakah majikan boleh bust seperti berikut? Majikan saya adalah di Jalan Loke Yew 55200 KL.

        Selain itu, cuti ini sepatutnya diberi kepada Selangor sahaja, tapi sekarang adalah tambahan cuti bagi KL, bolehkah ini dikategori sebagai “cuti mengejut”?

        Jika majikan tidak dibenarkan paksa pekerja untuk kerja pada 15/07/14, apa tindakan yang boleh pekerja buat untuk dapatkan cuti tambahan atau gaji lebih untuk hari tersebut?

        harap dapat balasan dari pihak tuan/puan secepat mungkin dan kalau boleh, harap dapat emel balasan terus kepada emel saja.

        Terima kasih.

        July 12, 2014, 1:19 pm
        • Ismail N

          Cuti ini boleh dipilih oleh majikan samada mahu diikuti atau tidak (Rujuk artikel di atas), tetapi jika tidak mahu diikuti ia perlu di beritahu pada pekerja-pekerja di awal tahun dan senaraikan semua cuti-cuti yang mahu diikuti buat makluman pekerja.
          Cuti ini juga bukan cuti mengejut sbb mmg telah diumumkan awal tahun lagi oleh kerajaan.

          July 14, 2014, 12:20 am
  • Zurainie

    adakah majikan wajib memberikan cuti ehsan kepada pekerja? contohnya kejadian banjir di kuantan baru-baru ini. ramai pekerja tidak dapat bertugas kerana rumah ditenggelami air. jika wajib, berapa hari minimum cuti ehsan setiap tahun kalendar? terima kasih.

    December 26, 2013, 8:27 am
  • nurain1710

    Sedia maklum bahawa antara 10 hari cuti umum yang wajib adalah Hari Keputeraan Sultan. Jika syarikat ingin mengadakan aktiviti bersukan contohnya pada hari cuti umum tersebut, perlukah majikan meminta persetujuan dari mana2 pihak.

    November 28, 2013, 7:48 am
  • ain

    sy nak tanye sykt tmpat sy berkerja memberi cuti am sebanyak 13…tetapi tidak mengambil cuti Hol Almarhum Sultan lskandar *”.. dan apa mksd dua simbul terakhir (*”) wajib cuti atau mcm mna…

    November 19, 2013, 3:38 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Hari Hol Almarhum Sultan lskandar tidak di wajibkan utk diiktiraf sebagai cuti umum. Cuma hari keputeraan Sultan sahaja. Rujuk kembali artikel di atas. Terima kasih.

      November 19, 2013, 11:22 am
  • Azzalea

    Hi, saya nak tanya..syarikat tempat saya bekerja ni setiap tahun ada cuti tahunan 14 hari dan cuti mingguan 1 hari. tetapi kalau cuti umum seperti hari pekerja, hari raya qurban dan hari merdeka majikan saya TIDAK memberi cuti/atau cuti ganti dan juga TIDAK membayar double pay. adakah saya boleh membuat aduan ke jabatan buruh?

    Terima Kasih.

    November 10, 2013, 1:03 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Hari Pekerja WAJIB diberikan cuti dan jika di minta bekerja perlu di bayar mengikut kadar yang ditetapkan. Hari-hari cuti umum yang lain, sila baca artikel di atas.

      Anda boleh menghubungi pejabat JTK berdekatan untuk sebarang bantuan. Terima kasih.

      November 11, 2013, 7:23 am
  • amar

    pertanyaan tuan. bolehkan majikan mengarahkan pekerja kerja lebih masa tidak di bayar dengan upah tetapi di gantikan dengan cuti? biasanya diamalkan di sektor perhotelan. terima kasih

    November 2, 2013, 6:46 pm
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Bergantung kepada pada berapa gaji basic anda. Ini kerana pekerja yg gajinya melebihi RM 2,000 tidak dilindungi oleh Akta dan banyak majikan mengamalkan sistem ganti cuti dari membayar OT.

      November 4, 2013, 1:46 am
  • Dilla

    Saya nak tye, sy mule bekerja di sini pd 8/3/12. sekrg sy masih bekerja lg disini. Cuti tahunan sebanyak 11 hari tlh diberikan. (lebih dr 1 tahun dan krg dr 2 thn). skrg br sy tahu mengenai polisi syarikat yg pekerja hanya layak untuk cuti tahunan selama 1 hari unt setiap bulan. jika dlm bln itu pekerja megambil cuti sebanyak 3 hari, 2 hari akan menjadi unpaid leave dan 1 hari shj layak sbg cuti tahunan. walaupun cuti pekerja masih terkumpul sebanyak 5 hari dlm tahun itu. Adakah ini benar tertakhluk di dalam akta?

    November 1, 2013, 3:03 am
    • ju122

      cuti tersebut dikira mengikut earn setiap bulan (pro-rate). ianya bergantung kepada polisi syarikat dan tidak dilarang di dalam akta. company tempat saya bekerja pun mengamalkan sistem seperti itu di mana setiap bulan pekerja hanya boleh mengambil 1 atau 2 hari cuti sahaja dalam sebulan. jika ingin mengambil cuti lebih dari apa yg earn dlm bulan itu, advance leave must be applied and will deduct your annual leave. jika tidak, gaji akan ditolak dan cuti dikira sebagai unpaid leave.

      November 11, 2013, 1:13 am
  • Mohamad Azali

    saya nak bertanya…11 Oktober 2013 merupakan cuti umum untuk negeri Melaka sempena sambutan Hari Yang Dipertua Negeri Melaka..tapi pihak majikan telah meminda tarikh cuti umum tersebut kpd 12 Oktober 2013.bukan kah 5hari cuti umum yg wajib majikan patuhi?adakah tindakan majikan saya ni mengikut akta buruh 1955/akta cuti umum 1951?minta penjelasan segera..

    October 9, 2013, 2:30 pm
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Ya, ia tidak boleh dipinda ke tarikh lain. Hanya cuti tambahan sahaja boleh dipinda ke hari lain.

      November 11, 2013, 7:27 am
  • HUSSEIN BIN ABDUL RAHMAN

    Bagamana pula pekerja yang berkerja pada cuti mingguan, tetapi tidak hadir berkerja pada keesokan harinya, Adakah majikan juga berhak tidak membayar gaji kepada perkerja tersebut

    October 8, 2013, 2:39 am
  • yan

    Macam mana pula situasi jika pekerja bekerja pada hari cuti mingguan yang telah ditetapkan tetapi bukan atas kehendak dan arahan majikan, kehendak mereka sendiri. Adakah pihak syarikat perlu membayar upah kepada mereka ??

    August 28, 2013, 2:27 am
    • Ismail N

      terpulang kepada majikan. Namun, kalau sudah diberikan cuti, mengapa perlu pergi berkerja? Majikan boleh tidak membayar gaji langsung utk kerja hari tersebut sbb mereka tidak arahkan untuk berkerja.

      August 29, 2013, 2:16 am
  • izz

    Macam mana pulak kalau syarikat yang cakap hanya cuti kelepasan umum yang jatuh pada ‘offday’ sahaja boleh diganti pada hari berikutnya @ hari lain…Cthnye..kalau cuti kelepasan umum (Hari Keputeraan YDP Agong) (01/6/2013)- Sabtu -jatuh pada hari ‘rest day’ di syarikat saya bekerja, manakala ‘off day’ jatuh pada (02/6/2013)- Ahad-. Adakah cuti ‘rest day’ pada (01/6/2013) boleh diganti dengan hari yang lain? Adakah benar ianya tidak boleh diganti?adakah undang-undang tersebut salah dari segi undang-undang buruh?..mohon penjelasan

    June 19, 2013, 7:43 am
    • Ismail N

      akta cuma mewajibkan majikan memberikan satu hari rehat dalam seminggu kepada pekerja. Jika cuti umum jatuh pada hari rehat tambahan, maka ia tidak wajib di ganti kecuali dengan ihsan majikan.

      June 19, 2013, 2:53 pm
      • izz

        Alhamdulillah…terima kasih banyak-banyak tuan…sekarang saya berasa lega sgt2 apabila dah tau jawapan sebenarnya.. sebab HR syrkt saya pun x boleh jelaskan soalan tersebut bila saya mempertikaikannya…:)

        June 20, 2013, 6:40 am
  • tukang jahit

    Sya kerja tailor 1st month gaji tp dah xsanggup kerja dgn majikan selepas dapat gaji bole ke sya ckp nak berhenti 24jam kepada majikan tp surat xsempat taip?

    May 2, 2013, 12:48 am
  • syam

    macam mana pulak kalau syarikat yang cakap hanya cuti kelepasan umum yang jatuh pada ‘offday’ sahaja boleh diganti pada hari berikutnya…kalau cuti kelepasan umum jatuh pada ‘restday’ cuti ganti tidak boleh diganti…adakah undang-undang trsebut salah dari segi undang-undang buruh?..mohon penjelasan..

    April 28, 2013, 4:35 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Rasanya ada diterangkan di atas. Harap baca dengan teliti. Terima kasih.

      November 11, 2013, 7:29 am
  • Mie

    Company tmpt saya berkerja suruh semua staff kerja pada hari keputeraan sultan.. company nak bayar hanya 30%… setahu saya company kena bayar double… so ade kekeliruan kat sini… sy mintak pandangan dari pihak yg tau pasal undang pekerja nie…. mohon jasa baik bg pandangan lah.

    April 18, 2013, 9:02 am
  • AZNIZA

    saya ingin bertanya 2 soalan disini,
    1. sekiranya syarikat di selangor, kawasan kerja di kuala lumpur, adakah pekerja layak untuk terima cuti hari wilayah tersebut.

    2. cuti tahun baru cina pada 10 & 11.2.2013, sekiranya pekerja bekerja di hari cuti gazet untuk tahun baru cina pada 12.2.2013, adakah pekerja layak untuk terima cuti public holiday atau overtime itu dikira hari biasa.
    harap dapat memberi kan jawapan, sekian terima kasih.

    April 17, 2013, 9:17 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      1. tidak wajib. Tetapi jika majikan hendak beri, apa salahnya 😀

      2. hari cuti gazet pada 12hb? Harap perjelaskan..

      Terima kasih.

      November 11, 2013, 7:31 am
  • sudin lajim

    Jika pekerja bergaji bulanan rm1500 , adakah mereka tidak layak untuk mendapatkan bayaran tambahan semasa berkerja cuti umum ? adakah patut majikan hanya mengantikan cuti berkerja masa cuti umum tersebut?

    April 16, 2013, 6:25 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Yang bergaji RM 2,000 ke bawah wajib diberikan faedah cuti umum sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta.

      November 11, 2013, 7:31 am
  • nik

    bagaimana pula jika cuti am kita perlu bekerja,majikan janji akan bagi cuti pada hari lain…tapi bila kita nak ‘claim’ cuti tak dapat kerana staff tak cukup…bila staff sudah cukup kita tak boleh nak claim cuti kerana sudah masuk bulan lain…

    March 5, 2013, 10:43 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Jika anda bergaji di bawah RM 2,000, maka ia perlu dibayaar dengan kadar cuti am. Jika majikan anda berjanji untuk memberikan cuti ganti dan anda bersetuju untuk mengambil cuti ganti itu, maka janji itu perlu ditunaikan oleh majikan biarpun di bulan yang lain. Bantuan dari JTK atau Pusat Aduan Pekerja boleh dirujuk.

      March 10, 2013, 6:33 am
  • yong

    Hi nk tnya, bagaimana sekiranya cuti umum diberi syarikat tetapi, kte diwajibkn bkerja pd hari trsebut, tetepi cuti tersebut diganti 1 hari sahaja, pd hari rabu yg brlainan bulan, spptut nye kne 2 hari cuti ker? cmana sbb ada kekeliruan….

    February 23, 2013, 2:03 am
  • kak cik

    salam.. sy nk tnya.. sy bekerja dlm bidang oil & gas, dan sy selalu disuruh bekerja pda hari cuti umum, atas alasan lori perlu membuat penghantaran myk ke stesen setiap hari wlaupn pd hari cuti umum.. wlaupn sy dibayar ot, tp adakalanya sy rsa sy dipaksa utk bekerja sedangkn hari trsebut merupakan hari cuti… kalau sy mgambil tindakan utk tidak dtg bekerja pd hari cuti umum trsebut, adakah pihak syarikat boleh mgambil tindakan terhadap sy?? @ adakah sy juga boleh mgadu @ mengambil tndakan trhadap pihak syrikat jika sy masih dipaksa utk bekerja pda hari2 cuti umum trsebut??

    February 18, 2013, 4:02 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      sesetengah industri mmg perlukan pekerjanya bekerja di waktu-waktu yg membebankan pekerja. Otherwise, operasi sykt terganggu. Oleh sbb itu dalam industri begini turnover pekerjanya (pekerja berhenti dan masuk) amat tinggi. Anda cuma boleh mengambil tindakan jika majikan tidak membayar mengikut kadar yg sepatutnya utk kerja pada hari cuti umum.

      February 18, 2013, 12:20 pm
  • angah

    sy nk tanyer, bagaimana sekiranya cuti perayaan diberi syarikat tetapi, cuti tersebut diganti pula untuk bekerja pd hari sabtu, adakah ianya perlu diganti???

    February 14, 2013, 8:49 am
  • wawa

    salam. sy nk bertny majikan sy cakap gaji kalau rm1500 tak layak mendapat double pay ataupun triple pay? walaupun bekerja pada cuti umum.

    February 9, 2013, 5:48 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      RM 1,500 adalah peruntukkan sebelum pinndaan tahun 2012. Sekarang minima gaji yg ditetapkan oleh undang-undang adalah RM 2,000.

      February 9, 2013, 11:59 am
  • farezwaniza

    assalam..sy ada persoalan berkenaan cuti umum..jika pekerja diarahkan berkerja pada cuti umum misalnya pada cuti tahun baru cina,adakah penggantian cuti pada ketetapan majikan boleh digunapakai atau pihak majikan perlu membayar hari tersebut dan dua kali upah tambahan?

    February 8, 2013, 3:30 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Jika anda pekerja dilindungi : Gaji RM 2,000 ke bawah, maka kadar yg ditetapkan oleh akta perlu diikuti.

      February 9, 2013, 12:05 pm
  • che azman

    D isyarikat tempat saya bekerja ,semua pekerja yg bergaji melebihi rm1500 dan keatas hanya di bayar elaun overtime sebanyak rm10/hr walaupun terpaksa bekerja pada hari public holiday ataupun offday.apabila diajukan pada bahagian human resourse mereka mengatakan bahwa itu adalah polisi syarikatsoalan saya ialah adakah tindakan syarikat tempat saya bekerja betul atau salah.jika salah padasiapakah yg perlu sa
    ya laprkan perkara tersebut

    January 30, 2013, 2:10 pm
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Kiraan OT bagi cuti umum bagi pekerja bergaji RM 2,000 ke bawah adalah seperti diterangkan dalam artikel diatas. Jika anda ingin membuat aduan, kemukakannya kepada Jabatan Tenaga Kerja berdekatan. Terima kasih.

      January 31, 2013, 7:37 am
  • diana

    salam selamat sejahtera…
    how pulak kalau pekerja pandai2 bekerja on public holiday @ hari ahad…boleh x kalau kita x bayar gaji double tapi kita gantikan dengan cuti??

    January 30, 2013, 5:29 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      inform pekerja awal-awal yg siapa yg pandai2 datang kerja tanpa disuruh tak kan dibayar gaji. Just in case, mereka silap faham tentang soal ini. Kemudian jika dia suka2 hendak datang, tak perlu lah di bayar gaji.

      January 30, 2013, 1:22 pm
  • piqa

    Kenapa tmpt yg Saya Keje x Entitle utk Public Holiday new Year Day,thaipusam dan Nuzul Al Quran utk Pekerja Rank N file.tp Entitle Utk Managment Shj?? Mohon penjelasan..

    December 30, 2012, 5:44 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Perkara ini sudah dijelaskan dalam artikel di atas. Harap anda membaca nya dengan teliti. Terima kasih.

      December 30, 2012, 8:41 am
  • miss eye

    bagaimana pula dengan kes saya ini..25/12/12 adalah cuti umum, dan pada keesokan harinya 26/12/12 saya datang setengah jam lewat dan saya akan dipotong gaji sebagai dendanya..tetapi saya mengambil keputusan untuk menggunakan cuti tahunan saya..alasan saya adalah ” lebih baik saya menggunakan cuti tahunan saya daripada di potong gaji kerana lewat “..saya mengaku lewat adalah silap saya dan maka itu saya menggunakan cuti tahunan saya untuk menutup denda lewat saya..adakah saya tidak boleh berbuat demikian?

    December 29, 2012, 2:16 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      gaji tidak boleh dipotong tetapi majikan boleh membayar mengikut kadar masa anda bekerja, misalnya kadar 7 jam setengah bagi hari tersebut instead of kadar 8 jam.
      Cuti tahunan adalah tertakluk kepada kelulusan majikan. Rujuk artikel cuti tahunan. Terima kasih.

      December 30, 2012, 8:52 am
  • saiful

    dengan kemasukan hari malaysia kedalam 10 cuti umum.adakah cuti hari malaysia termasuk dalam cuti berbayar???mohon panduan tuan..

    December 21, 2012, 12:46 am
  • Zairi

    Soalan: Bolehkah syarikat yg berpejabat di KL mengikut cuti tahunan bagi negeri Selangor, atau vise versa?

    December 10, 2012, 3:08 pm
  • Angle

    sy ingin tahu cuti tahunan bg perkerja dalam satu hari ada berapa hari dan bila boleh mula guna cuti tahunan itu…
    dalam 1 tahun ada berapa hari,selepas satu tahun bleh guna ke,selepas 6 bulan sudah di aktifkan

    December 6, 2012, 4:24 am
  • zulaikha

    saya ada pertanyaan..saya seorang pekerja swasta dan bekerja 6 hari seminggu yang mane hari sabtu separuh hari…adakah hari kelepasan am untuk saya 10 hari jgk???saya musykil sebab kadang2 cuti yang ptut cuti pun bos saya xbagi cuti sebab katenye dah ckup 10 hari cuti..adil ke cam2??

    December 6, 2012, 1:17 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      jika majikan ingin menetapkan minima cuti umum sebagaimana yg diperuntukkan oleh akta, maka satu notis perlu diberikan pada awal tahun bagi memaklumkan apa-apa cuti yg diikuti oleh syarikat.

      December 6, 2012, 3:22 am
  • candy

    Artikel di atas mengatakan bahawa majikan boleh memilih 10 cuti sahaja.
    Tetapi ada orang yang mengatakan Hari Malaysia untuk tahun 2012 adalah salah satu cuti yang wajib seperti Hari YDP Agong. Jadi,jumlah cuti minima adalah 11 hari.
    Bolehkah pihak tuan “clarify”kan 10 hari ataupun 11 hari cuti minima?
    Terima kasih.

    October 25, 2012, 9:20 am
  • fadli

    Salam , saya ingin minta sedikit pendapat .
    boleh kah seorang pekerja yg mempunyai 1 hari off day per week , disuruh bekerja dan menggantikannya dengan cuti half day .
    contoh :
    selasa off day , tapi tak dapat cuti , lalu setiap selasa dan rabu kerja halfday .
    akta mana yang melindungi pekerja dari sudut ini , dan apa tindakan yang boleh diambil pada majikan jika ianya salah .
    -minta nasihat . terima kasih .

    October 2, 2012, 3:46 am
  • mal

    nak tanya betul ke semua info ni? klau betul boleh dibuat rujukan. bkn pe tgh bengang. klau mengikut sini kita layak diberi cuti ganti tetapi mcm mna pulak klau majikan memberi seperti ugutan performance + KPI buruk. seolah2 mengugut kita..

    September 29, 2012, 8:27 am
  • Zziee

    Salam, saya mahu bertanya, jika pekerja masih di bawah tempoh “probation” dan syarikat menyuruh bekerja pada cuti hari malaysia tanpa bayaran dan tanpa pengantian cuti. boleh kah sebagai pekerja yg masih probation membuat aduan kepada pejabat buruh?

    September 17, 2012, 5:39 am
  • Tan Hsiao Fong

    Whether Malaysia Day is complusory oublic holiday?

    September 15, 2012, 7:09 am
  • zura

    salam,sila beri penjelasan utk kes dibawah;
    cuti umum ialah pd 31/08/2012 dan jatuh pada hari rehat pekerja tersebut. pada 31/08/2012 dia bercuti dan pada 1/9/12 dia bekerja 1 hari.
    apakah rate yg perlu dibayar pada pekerja tersebut yg bekerja pada 1/9/12 kerana dia claim sebagai bekerja pada hari cuti umum (ganti) atau bolehkah dia mendapat 1 hari cuti ganti.
    sgt2 perlukan bantuan. tq 😉

    September 14, 2012, 4:04 am
  • Sharudin Kamarudin

    Salam. Saya diminta bekerja pada 1hb Mei (Hari bekerja). Sebagai executive saya tidak mendapat bayaran OT. Berapa harikah cuti ganti yang sepatutnya diberi oleh majikan kepada saya.

    September 12, 2012, 9:17 am
  • hajar

    bagaimana dengan cuti 1 malaysia? adakah iya wajib bagi sektor swasta?
    saya diarah untuk bekerja pada hari tersebut..bagaimana dengan kiraan gaji?
    pls reply as soon as posibble

    September 12, 2012, 8:51 am
  • muhamad adam

    bolehkah seseorang bos mmberi surat amaran kapada pekerjanya jika mengmbil cuti kecemasan

    September 9, 2012, 4:03 am
  • Ms Yap

    31.8.2012 ( Jumaat )adalah cuti umum, adakah boleh buat ganti hari Sabtu , jika semua pekerja setuju buat gantian

    August 30, 2012, 5:52 am
  • ahin2960

    Salam,

    Syarikat saya bekerja Isnin – Jumaat 5 hari seminggu tapi kami declare hari Sabtu juga sebagai hari bekerja biasa cuma hanya jika diperlukan. Secara normal cuti adalah 2 hari iaitu sabtu dan ahad tapi sabtu itu sebenarnya tidak cuti dan ihsan syarikat memberi staff cuti dan diminta bekerja hanya sekiranya diperlukan sahaja. Oleh itu kalau diminta bekerja pada hari sabtu, tapi staf mahu cuti maka akan ditolak cuti tahunan. Begitu juga dengan overtime tidak dibayar jika bekerja pada hari sabtu. adakah ini dibenarkan oleh undang-undang.

    July 11, 2012, 5:02 am
  • Tessa

    Bagaimana jika srg guru d minta dtg mesyuarat pada hari cuti wesak dan surat panggilan d berikan bbrp hari sblm msyuarat bukannnya seminggu sebelum mesyuarat. Guru d minta memberikan surat tunjuk sebab krn x hadir. Apabila sudah diberikan surat tunjuk sebab pentadbir mengugut pula dgn surat menyatakan beliau berhak memanggil guru btugas pada bila2 masa termasuk cuti umum dan ketidakhadiran akn menjejaskan prestasi @SKT..adilkah tindakan itu dan salahkah guru jika tidak hadir krn sudah ada komitmen lain yg sudah d rancang lebih awal dgn anggapan sekolah tidak akn membuat sebarang acara pd cuti umum tsbut.

    July 6, 2012, 8:33 pm
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Saya minta maaf kerana saya kurang arif dalam hal-hal berkaitan dengan public sector/sektor awam. Mungkin rujukan boleh dibuat kepada pihak kementerian yang berkenaan.

      July 7, 2012, 11:53 am
  • jim

    en jagindas… jika majikan mengarahkan pekerja berkerja pada hari cuti kelepasan am tanpa bayaran tambahan..pekerja boleh melaporkan ke perabat tenaga kerja (Jabatan Buruh) yang terdekat untuk menuntut bayaran tambahan yang sepatutnya diberi apabila berkerja pada hari cuti kelepasan am..

    June 1, 2012, 3:43 am
  • jagindas

    apakah tindakan yg bleh di ambil skranya majikan mengarahkan bekerja pada hari pelepasan 1mei dengan kadar bayaran gaji yang sama tanpa apa2 bayaran tambahan??

    May 16, 2012, 4:36 pm
  • Apis

    Selamat pagi,

    Sekadar ingin meminta pendapat.
    Bolehkah majikan menolak MC pekerja yang telah mencederakan dirinya sendiri?
    Sebab saya mempunyai satu kes dimana seorang pekerja telah menumbuk meja kerana marah lalu tangannya tercedera dan diberkan MC oleh doktor panel syarikat.
    Boleh status MC ini dikatergorikan sebagai cubaan memudaratkan diri seperti dengan seganja mencederakan diri, membunuh diri dan lain-lain sepertinya.?
    Harap boleh memberi pendapat dan dalam perkara – perkara mana dalam akta ada menyebut kes seumpama ini.

    April 19, 2012, 12:23 am
  • aimannajmy

    wahh complete guide and info.. thanks sgt2 bro.. pa2 nanti boleh rujuk sini.. malaysia memang indah dengan cuti am huhu

    April 10, 2012, 3:14 pm
  • akubiomed

    Saya hairan dengan jiran sebelah rumah cuti ke apa ker dia main langgar bekerja. Pelik juga.

    April 9, 2012, 5:28 am
  • siti murni

    thanks for info.
    sangat jelas.

    April 9, 2012, 3:30 am