Dulu Lain Sekarang Lain Hadapi Tindakan Undang-Undang?

Selepas lebih 3 tahun berBLOGGING, saya akhirnya melalui fasa baru dalam perjalanan hidup berblogging saya. Buat pertama kali, saya menerima e-mail yang yang berbentuk AMARAN dari pembaca yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas saya atas entri yang saya buat awal bulan ini. Memandangkan, e-mail dihantar secara TIDAK FORMAL tanpa letterhead dan indentiti sebenar penghantar, saya sebenarnya tidak perlu “response” langsung pada amaran itu. Namun, untuk perkongsiaan bersama pembaca-pembaca blog ini dan blogger-blogger lain, maka saya buatkan satu entri berdasarkan peristiwa ini. Malah, saya ambil sedikit masa saya untuk menjawab e-mail tersebut biarpun ia bukanlah sesuatu yang wajib saya lakukan.

 

tindakan undang undang 540x405 Dulu Lain Sekarang Lain Hadapi Tindakan Undang Undang?

Gambar kredit kepada freelessons01.blogspot.com

Blog ini usianya BELUM PUN SEBULAN, oleh itu, saya rasa agak terkejut jugak kerana ada juga orang-orang yang tak senang dengannya. Namun, seharusnya anda semua tidak perlu risau kerana apa-apa yang ditulis di sini adalah berdasarkan FAKTA di hadapan saya dengan fair comments yang saya buat tanpa sebarang prasangka buruk atau dengan “mala fide”. Saya punyai pembelaan saya sendiri bagi isu ini, namun adalah baik bagi pembaca membaca sendiri ENTRI TERSEBUT dan berikan pendapat anda mengenai penulisan itu. Is it a fair comment? Adakah ia dibuat dengan niat jahat? Adakah saya katakan terang-terangan bahawa produk tersebut tidak halal? atau saya sekadar menyatakan tiadanya logo halal dipaket, manakala logo di iklan dicetak dengan cara meragukan sehingga saya tak jadi meminumnya?

Terdapat cadangan yang saya kemukakan dalam entri tersebut bagi membantu pengeluar meningkatkan keyakinan pengguna-pengguna yang pada zaman ini agak musykil dan berhati-hati dalam soal ini. Saya berikan contoh kes yang TV3 lapurkan bagi menunjukkan betapa pentingnya isu logo HALAL dan certifikasi dari badan-badan utama di Malaysia. Certifikasi inilah yang kami sebagai pengguna gunakan bagi menilai sesuatu produk sebelum membuat pembelian. Oleh itu, kegagalan mendapatkan atau (jika ada) mempamerkan pada pengguna akan memberikan “adverse inference” pada para pengguna dan saya rasa agak “fair” bagi saya highlight kan hal ini dan pengusaha/pengkilang yang serius dalam meningkatkan perniagaan mereka seharusnya respond secara positif terhadap komen-komen yang diberi.

To be fair, saya akan rekodkan di blog ini yang pihak terbabit telah menyatakan bahawa produk mereka merupakan produk Melayu Islam yang telah mendapat pengesahan HALAL oleh Jabatan Agama Islam Kelantan. Sejauh mana kebenaran ini, hanya Jabatan Agama Islam Kelantan sahaja boleh SAHkan dan anda boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

- Dulu Lain Sekarang Lain Hadapi Tindakan Undang-Undang?

 

 Dulu Lain Sekarang Lain Hadapi Tindakan Undang Undang?

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Dulu Lain Sekarang Lain Hadapi Tindakan Undang Undang?

Latest posts by Ismail N (see all)

9 thoughts on “Dulu Lain Sekarang Lain Hadapi Tindakan Undang-Undang?

  1. Macam kat negara mat salleh dh nih…asal rase salah sikit je trus nak saman…
    Tp respek kat bro gak…Rilekss jerrr:)
    Setuju ngan TE…kompeni tu kene improve dr segala segi tuk pikat ati costumer…yg bro IN buat pun pada dr sudut pandangan costumer..

  2. Ni mungkin cuma penjual/pengedar jer yang melatah kot atau emosi dengan post yg bro buat. bagi saya post tu tak menjejaskan radix. Cuma sebagai peringatan kepada semua umat Islam. Walaupun barangan itu dijual oleh orang Islam tak semestinya ia perlu lari dari pemeriksaan halal mengikut peraturan yang betul…. :)

  3. Kalau tak mahu rugi kenala improve, dan inovatif, pandai pikat blogger untuk buat promosi

  4. Kak Long dah baca entri tu semula. Tak nampak pula unsur-unsur memburukkan. Kan dah tugas kita saling berpesan-pesan dan saling mengingatkan. Dan, kalau pengusaha itu mahu memajukan produknya, dia patut ikut apa yang disarankan oleh Encik Ismail kerana jika tiada maklumat yang meyakinkan, bukan sahaja Encik Ismail, malah ramai lagi yang tak jadi minum kopi tersebut. jadi, apalah salahnya teguran tersebut dipandang dari sudut positif.

  5. Nampak macam kes serious ni bro..

    Tak jadi nak review produk pun boleh kena saman!

    Patutnya mereka lebih peka untuk meningkatkan kualiti pembungkusan produk supaya lebih menyakinkan pengguna.

Leave a Reply