Gaji Minimum Dan Pekerja Asing

0 votes

lawyer-hartanah

>>> Senarai Artikel Undang-Undang Buruh DI SINI <<<

Dengan tamatnya tempoh masa yang diberikan oleh Kementerian Sumber Manusia bagi majikan-majikan untuk mengimplementasikan gaji minimum, maka ribuan perkerja akan (atau sudah pun) menikmati kenaikkan gaji dalam minggu ini. Di bawah Perintah Gaji Minimum 2012, gaji minimum yang wajib diberikan kepada pekerja-pekerja adalah sebanyak RM 900 di Semenanjung Malaysia dan RM 800 di Sabah dan Sarawak. Kekecualian adalah bagi mereka dalam sektor domestik seperti tukang kebun atau amah di rumah. Bagi mereka yang masih dalam tempoh percubaan, majikan boleh mengurangkan jumlah gaji sebanyak 30%. Rujuk artikel: Gaji Minima Bagi Pekerja Di Malaysia  untuk maklumat lanjut.

Walaupun kata putus mengenai hal ini telah lama di buat dan tempoh masa telah diberikan, namun masih ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan implementasi dengan peraturan baru ini. Tidak kurang juga yang masih tidak faham tentang pemakaian perintah ini terutamanya kepada pekerja asing.

Adakah Perintah Gaji Minimum 2012 juga terpakai kepada pekerja asing di negara kita?

soalan temuduga


Mengikut Seksyen 2 National Wages Consultative Council Act 2011 (yang mewujudkan Perintah Gaji Minimum), maksud  ‘pekerja’ di bawah Akta ini adalah:

employee minimum wage

Kredit: www.parlimen.gov.my

employee

employee 2

Kredit: www.mohr.gov.my

Sebagaimana yang kita sedia maklum ketiga-tiga perundangan tersebut tidak membezakan pekerja tempatan atau asing. Oleh itu, maksud ‘pekerja‘ di bawah ketiga-tiga perundangan tersebut meliputi juga pekerja asing.

workers

Kredit: www.nst.com.my

Demikian jugalah dengan National Wages Consultative Council Act 2011 dan Perintah Gaji Minimum 2012. Sebagaimana dengan pekerja tempatan, pekerja asing juga berhak kepada gaji minima RM 900 di Semenanjung dan RM 800 di Sabah dan Sarawak.

Dengan ramainya bilangan pekerja asing di Malaysia terutama nya ‘non-skill workers‘ atau tidak berskill, maka ramai juga majikan yang akan merasa kesan dari Perintah Gaji Minimum 2012 ini. Mengikut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam lapuran akhbar MStar bertarikh 24 Oktober 2012, terdapat lebih 1.58 juta pekerja asing telah berdaftar untuk bekerja di negara ini. Kebanyakkan mereka ini menerima gaji yang di bawah gaji minima dan terlibat dalam sektor pembinaan dan perladangan.

Oleh itu, tidak hairan lah bila berlaku bantahan terhadap implementasi Perintah Gaji Minimum kepada pekerja asing dan keenganan majikan untuk melaksanakannya. Terdapat juga yang cuba mengelak dengan menukarkan pekerja bergaji bulan kepada gaji hari atau memanjangkan tempoh percubaan pekerja yang dalam percubaan.

Akibat dari perlaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 ini, majikan akan juga terpaksa menanggung kos-kos yang berkaitan seperti caruman EPF dan Socso yang lebih tinggi (pekerja tempatan), kadar kerja lebih masa yang lebih tinggi dan sebagainya. Majikan juga akan menghadapi tuntutan dari pekerja-pekerja yang gaji mereka dalam lingkungan RM 900 ke atas yang kini mendapati gaji orang bawahan mereka sudah sama dengan mereka.

Oleh itu terdapat saranan agar perlaksanaan Perintah Gaji Minimum tidak dikenakan terhadap pekerja asing juga. NGO dan Kesatuan Majikan telah cuba sedaya upaya melobi sehingga hari ini agar kerajaan mengubah perlaksanaan Perintah Gaji Minimum ini, namun beberapa perkara perlu diberi perhatian juga.

Selain dari kita tidak harus mendiskriminasikan pekerja asing dan memberi persepsi yang kurang baik di mata dunia, harus diingat juga bahawa tindakan tidak melaksanakan Perintah Gaji Minimum terhadap pekerja asing akan menyebabkan lebih ramai pekerja asing di bawa masuk lantaran upah mereka yang lebih murah. Dengan menaikkan gaji mereka, majikan tidak lagi boleh bersandarkan alasan ‘murah’ untuk mengajikan pekerja asing. Sekaligus boleh membantu mengurangkan penggantungan terhadap pekerja asing di negara ini.

Di bawah Panduan Implementasi Perintah Gaji Minimum 2012, majikan juga boleh menyusun semula elaun dan gaji pekerja agar memenuhi tahap gaji minima. Rasanya, banyak majikan yang menggunakan elaun sebagai bayaran insentif tambahan dari memberikan gaji pokok yang tinggi. Dengan penyusunan semula (restructuring) gaji dan elaun, kenaikkan kos dapat dikurangkan. Rujuk contoh di bawah:

RESTRUCTURING OF WAGES

Kredit: www.mohr.gov.my

Terdapat usaha dari kerajaan untuk memberi ‘win-win‘ situation dalam hal ini. Selain dari membenarkan ‘restructuring‘  gaji dan elaun di atas, kerajaan juga mengubah polisi 1992 yang mengenakan tanggungan membayar levi pekerja asing kepada majikan. Mulai, sekarang levi akan ditanggung oleh pekerja sendiri.

Walau apa sekalipun, perlaksanaan gaji minima ini telah bermula dan kita akan lihat kesannya dengan lebih jelas dalam tempoh setahun dua lagi. Buat masa ini, tentangan dan bantahan pastinya tidak dapat dielakkan dan pastinya ada yang cuba mengelak dari melaksanakannya. Untuk para pekerja yang menikmati kenaikkan gaji dari perlaksaanan perintah ini, saya ucapkan tahniah dan semoga ia dapat membantu meringankan beban sara hidup anda. Tahniah!

>>> Senarai Artikel Undang-Undang Buruh DI SINI <<<

Gaji Minimum Dan Pekerja Asing

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N yamada September 29, 2014
    • Avatar for Ismail N Ismail N September 29, 2014
  2. Avatar for Ismail N isma June 12, 2013
  3. Avatar for Ismail N centraniaga April 24, 2013
  4. Avatar for Ismail N grebo April 10, 2013
  5. Avatar for Ismail N grebo April 10, 2013
  6. Avatar for Ismail N mandewa April 10, 2013
  7. Avatar for Ismail N oncang April 10, 2013
  8. Avatar for Ismail N maza January 31, 2013
    • Avatar for Ismail N TehR February 1, 2013
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain February 1, 2013
    • Avatar for Ismail N akubiomed February 3, 2013
      • Avatar for Ismail N maza February 5, 2013
    • Avatar for Ismail N topijerami90 February 5, 2013
    • Avatar for Ismail N John lock January 13, 2014