Gaji Minimum – Tangguhan Buat Majikan Dengan Lima Pekerja Atau Kurang

0 votes

KUALA LUMPUR: Majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang diberi penangguhan dalam pelaksanaan skim gaji minimum untuk sektor swasta kepada 1 Julai tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Beliau berkata majikan yang tergolong dalam kategori ini wajib memohon penundaan kepada Majlis Perunding Gaji Negara (MPGN) sebelum atau pada 1 April 2013.

DLSL

Bagi majikan yang menggaji enam pekerja atau lebih, yang telah pun membuat permohonan penundaan kepada MPGN sebelum ini, keputusannya akan diumum selewat-lewatnya akhir bulan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan RM100,000 untuk pembangunan semula Kuil Thirumurugan Aalaya Paribalana Sabai yang terletak berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam Isnin.

Pengumuman gaji minimum bagi sektor swasta dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April dan diwartakan pada 16 Julai lepas. Perintah gaji minimum 2012 berkuat kuasa pada 1 Jan 2013 dan kadarnya akan dikaji semula setiap dua tahun.

Sumber – mStar Online

Gaji Minimum – Tangguhan Buat Majikan Dengan Lima Pekerja Atau Kurang

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N athrun March 6, 2014
  2. Avatar for Ismail N che nora June 19, 2013
  3. Avatar for Ismail N Jebeng Otai™ December 6, 2012
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain December 6, 2012
      • Avatar for Ismail N hafizmd December 7, 2012
  4. Avatar for Ismail N TehR December 6, 2012
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain December 6, 2012
      • Avatar for Ismail N hafizmd December 7, 2012
  5. Avatar for Ismail N donnyien December 5, 2012
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain December 6, 2012
      • Avatar for Ismail N donnyien December 6, 2012
  6. Avatar for Ismail N akubiomed December 5, 2012
    • Avatar for Ismail N hafizmd December 7, 2012