Generalibus Specialia Derogant

Dalam sesuatu kes, prosedur atau kesalahan, mungkin terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang bertindihan  yang mengawal selia kes, prosedur atau kesalahan itu. Selalunya ia berlaku apabila sesuatu statut baru yang lebih sepesifik yang digubal bagi menangani isu-isu tertentu yang sebelum ini dikawal oleh suatu statut yang lebih umum. Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah misalnya adalah statut-statut yang telah lama wujud di negara ini bagi mengawal selia undang-undang dan prosedur berkaitan dengan jenayah.

Generalibus Specialia Derog 540x349 Generalibus Specialia Derogant

Namun, dari semasa ke semasa kerajaan mungkin mendapati peruntukan yang ada kurang mencukupi dan perlu ada statut yang lebih spesifik bagi menangani kes-kes tertentu.  Oleh itu, akan wujud pertindihan dalam peruntukan undang-undang dan mahkamah harus terlebih dahulu menjawab persoalan: Apakah peruntukan yang mesti digunakan?

Dalam kes PP v Chew Siew Luan [1982] 2 MLJ 119, isu ini telah dikemukakan dihadapan mahkamah. Mahkamah Persekutuan telah mengguna pakai maxim undang-undangGeneralibus specialia derogant”  [Latin] (where a special provision is made in a special statute, that special provision excludes the operation of a general provision in the general law.) Maksudnya apabila ada peruntukan spesifik dalam sesuatu statut yang spesifik, maka peruntukkan itu (spesifik) akan mengatasi peruntukan umum yang terdapat dalam statut yang umum. Contoh statut umum termasuklah Kanun Keseksaan yang mengawal selia kesalahan jenayah di negara ini, manakala contoh statut yang spesifik adalah Akta Dadah Berbahaya 1952 yang secara spesifik mengawal kesaahan jenayah berkaitan dengan dadah.

Seperti yang disebutkan di atas, kes PP v Chew Siew Luan [1982] 2 MLJ 119, berhadapan dengan isu ini dan penggunaan maxim undang-undangGeneralibus specialia derogant”  telah diperlihatkan. Dalam kes ini defendan telah di tuduh mengedar dadah jenis heroin dan jika disabitkan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Memandangkan defendan sedang mengandung pada ketika itu, maka Presiden Mahkamah Sesyen pun membenarkan ikat jamin (bail) mengikut peruntukan pada Seksyen 388 (i) Kanun Prosedur Jenayah [Section 388(i) Of The Criminal Procedure Code]. Seksyen 388(i) ini membenarkan ikat jamin bagi mana-mana orang di bawah umur 16 tahun, wanita, sakit atau tua (infirm) untuk kesalahan tidak boleh jamin yang membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Pendakwa Raya membuat rayuan terhadap perintah Presiden Mahkamah Sesyen membenarkan ikat jamin itu dan memohon mahkamah agar merujuk kepada Seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya 1952 [ Section 41B Of The Dangerous Drugs Act] yang berbunyi:

    (1)    Bail shall not be granted to an accused person charged with an offence under this Act –

(a)  where the offence is punishable with death; or
(b)  where the offence is  punishable with imprisonment for more than five years; or
(c)  where the offence is, punishable with imprisonment for five years or less and the PP certifies in writing that it is not in the public interest to grant bail to the accused person.

    (2)    The provisions of subsection (1) shall have effect notwithstanding any other written aw or any rule of law to the contrary.

Hakim Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Pendakwa Raya, namun telah merujuk isu ini kepada Mahkamah Persekutuan. Raja Azlan Shah C.J. (Malaya) (as he was back then) yang mendengar kes ini menegaskan akan keperluan apabila ada peruntukan spesifik dalam sesuatu statut yang spesifik, maka peruntukkan itu akan mengatasi peruntukan umum yang terdapat dalam statut yang umum.  Mahkamah Persekutuan dalam menolak keputusan mahkamah-mahkamah terdahulu menyatakan:

“Section 41B of the Dangerous Drugs Act ‘must be construed in the context of that Act and not in that of the Criminal Procedure Code and to that extent the general provisions of the Criminal Procedure Code must ex necessitate yield to the specific provisions of section 41B of the Dangerous Drugs Act in that regard.” – kes PP v Chew Siew Luan [1982] 2 MLJ 119

- Generalibus Specialia Derogant

 Generalibus Specialia Derogant

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Generalibus Specialia Derogant

Latest posts by Ismail N (see all)

2 thoughts on “Generalibus Specialia Derogant

Comments are closed.