Had Kerja Lebih Masa

2 votes

had kerja lebih masa

Dalam artikel “Waktu-Waktu Kerja” saya ada jelaskan bahawa pada waktu-waktu kerja, pekerja adalah di bawah kawalan majikan dan tidak boleh berbuat sesuka hati atau tiada di tempat kerja tanpa kebenaran majikan dan ini termasuklah tidak boleh lewat atau pulang awal dari kerja.

Terdapat had pada waktu kerja sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955 [Rujuk artikel Waktu-Waktu Kerja].

Dalam artikel tersebut, ada juga dinyatakan bahawa majikan BOLEH menyuruh pekerja berkerja melebihi waktu kerja mereka DENGAN SYARAT, pekerja perlu di bayar pada kadar lebih masa.

Rujuk artikel mengenai KADAR KERJA LEBIH MASA di SINI.

Soalan yang ingin dikemukakan adalah:

Adakah majikan boleh sesuka hati menyuruh pekerja bekerja tanpa henti dengan membayar kadar kerja lebih masa?

Adakah had yang dikenakan oleh undang-undang?

Untuk jawapan bagi soalan ini, rujukan hendaklah dibuat pada Peraturan-Peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa) 1980 yang berbunyi:

2. Had Kerja Lebih Masa

Had kerja lebih masa bagi maksud seksyen 60A (4) (a) Akta itu hendaklah berjumlah satu ratus dan empat jam dalam mana-mana satu bulan

[P.U. (A) 339/83 dan dipinda oleh P.U. (A) 433/91]

Dalam satu-satu bulan, seorang majikan cuma boleh menyuruh pekerja lebih masa selama 104 jam sahaja. Menyuruh pekerja berkerja lebih masa melebihi 104 jam sebulan  adalah satu kesalahan biarpun pekerja di bayar pada kadar lebih masa.

Had Kerja Lebih Masa

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N mar November 21, 2013
  2. Avatar for Ismail N azman July 17, 2013
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain July 17, 2013
  3. Avatar for Ismail N mawar March 27, 2013
  4. Avatar for Ismail N Azroy March 15, 2013
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain March 19, 2013
  5. Avatar for Ismail N zulfadli bin md isan March 12, 2013
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain March 12, 2013
  6. Avatar for Ismail N iwan March 4, 2013
  7. Avatar for Ismail N fareef January 16, 2013
  8. Avatar for Ismail N azman November 10, 2012
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain November 14, 2012
  9. Avatar for Ismail N noorsita binti razak November 10, 2012
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain November 14, 2012
  10. Avatar for Ismail N noraini sakawi November 5, 2012
  11. Avatar for Ismail N shikin October 16, 2012
  12. Avatar for Ismail N Othman bin Ali September 4, 2012
  13. Avatar for Ismail N tam August 14, 2012
  14. Avatar for Ismail N aimannajmy June 21, 2012
  15. Avatar for Ismail N Jebeng Otai™ June 20, 2012
    • Avatar for Ismail N IN June 21, 2012
  16. Avatar for Ismail N titan June 20, 2012
    • Avatar for Ismail N rosli bin ab.rashid August 30, 2013