Ignorantia Juris Non Excusat

Ignorantia Juris Non Excusat

Satu lagi maxim undang-undang yang pastinya ramai pelajar-pelajar dan pengamal undang-undang biasa dengar adalah maxim “Ignorantia Juris Non Excusat”? Ia merupakan perkataan latin dan sekiranya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris akan menjadi “Ignorance of the law is no excuse” – [ Rujukan: Oxford Concise Dic. Of Law, 2nd ed). Ignorantia Juris Non Excusat adalah merupakan satu maxim undang-undang yang telah lama wujud dan masih lagi terpakai.

justice 540x366 Ignorantia Juris Non Excusat

Berasaskan prinsip ini, kita tidak boleh membawa pembelaan tidak tahu akan undang-undang bila melakukan sesuatu kesalahan. Tidak tahu (Ignorance) tidak bermakna kita boleh melanggar sesuatu undang-undang itu.

Untuk lebih jelas, cuba anda lihat contoh ini : Jika kita ditangkap dan dihadapkan di mahkamah atas kesalahan merogol kerana mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur (16 tahun). – Statutory Rape -Maka kita tidak boleh membawa pembelaan yang mengatakan bahawa kita tidak tahu wujudnya undang-undang yang mengatakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur (samada dengan rela atau tidak) adalah merupakan satu kesalahan rogol.

“Laws are felt only when the individual comes into conflict with them”Suzanne La Follette, Ameican Politicians and Feminist

Prinsip Ignorantia Juris Non Excusat

Rasional prinsip Ignorantia Juris Non Excusat ini adalah: agak mustahil untuk mengetahui pengetahuan seseorang itu. Ada kemungkinan yang tertuduh tahu akan undang-undang, akan tetapi beliau berbohong bagi melepaskan dirinya dari menerima hukuman atau membayar ganti rugi. Maka, undang-undang meletakkan tanggungjawab kepada semua orang untuk mengetahui semua peruntukan yang sedia ada.

Prinsip Ignorantia Juris Non Excusat ini adalah terpakai di seluruh dunia termasuk negara kita dan Negara-negara yang komanwel yang lain. Di Eropah, Negara-negara yang menggunakan Roman law, menggunakan prinsip yang sama tetapi istilah yang berbeza: “nemo censetur ignorare legem” (nobody is taught to ignore the law).

- Ignorantia Juris Non Excusat

 Ignorantia Juris Non Excusat

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Ignorantia Juris Non Excusat

Laws

{ 2 comments… add one }

  • tehr September 29, 2011, 9:09 am

    aku sangat tak suka dengar jawapan
    ‘saya tak tahu’ atau ‘saya tak ingat’ bila disoal oleh peguam
    sampai ke sudah tak tahu dengan tak ingat

    Reply
    • bEe October 4, 2011, 9:25 am

      Betul…
      Kalau mcm tu buatpe nak jadi saksi terutamanya kalau semua tak tahu & tak ingat

      :-P

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

This Blog is hosted at:

Powered by:

Get your SEO Responsive Skins here: