A Lifestyle & Online Promotion Blog. Get your Samsung Galaxy S5 From RM50 per month HERE

Jawapan Bagi Soalan Itu

Entri ini adalah susulan dari entri yang lepas iaitu Actus Reus Non Facit Reum Nisi Mens Sit Rea yang mana saya bertanyakan soalan di penghujung entri. Soalan-soalan yang saya kemukakan itu saya “copy and paste” kembali di sini dengan jawapannya saya taip dengan warna biru. :D Enjoy…

Q&A-Criminal-Law

A telah meletakkan racun dalam minuman dengan niat membunuh ibunya. Ibunya kemudian meninggal dunia dengan gelas minuman ditangannya dan dengan sedikit minuman di mulutnya.

Q1: Bolehkan A dituduh atas kesalahan membunuh?

Jawapan adalah tidak jelas kerana bergantung kepada apakah akibat kematian ibunya. Ingat actus reus ialah perbuatan. Jika kita hendak mensabitkan A atas kesalahan membunuh, maka kematian ibunya hendaklah kerana beliau meracun ibunya, i.e ibunya mati keracunan. Apa yang pasti beliau boleh dituduh atas cubaan untuk membunuh.

Q2: Adakah jawapan anda berbeza jika doktor yang membuat autopsi mengesahkan ibunya mati akibat sakit jantung?

Oleh kerana ibunya mati kerana sakit jantung dan bukannya keracunan maka perbuatan meracun itu bukanlah sebab utama. Oleh itu actus reus bagi kesalahan membunuh tidak dapat dibuktikan. A cuma boleh dituduh atas cubaan untuk membunuh.

A pergi ke kedai CD untuk membeli CD. Semasa sibuk mencari CD, beliau ditegur oleh rakannya, B yang mengajaknya minum kopi di kedai sebelah. Sedang minum A tersedar yang ada CD di tangannya yang masih belum di bayar. Adakah A melakukan kesalahan?

A tidak melakukan kesalahan jika beliau hanya terlupa. Ini kerana elemen niat tidak wujud. Tiada mens rea. Namun, jika dia terus menyimpan dan tidak memulangkan kembali setelah menyedari CD masih padanya, A telah melakukan satu kesalahan.

Terima kasih kepada semua yang menjawab dan calon LLB untuk tahun hadapan adalah:

jawapan-soalan

Soalan Tambahan:

Terima kasih kerana bro DnoBiz yang membuat komen dan bertanyakan soalan tambahan ini. Bagus soalan ini kerana ia biasa terjadi dan mungkin boleh berlaku kepada anda juga:

actus-reus

Untuk soalan pertama berkaitan actus reus dan mens rea, kita perlu lihat apa jenis kesalahan yang tertuduh kena tuduh. Lain kesalahan, lain seksyen, maka lain lah actus reus dan mens rea nya. :D

Ciri asas actus rea adalah perbuatan, maka:

  • Jika tuduhan adalah bagi kesalahan bunuh, maka kita perlu buktikan tindakan tertuduh sama menembak, memukul atau meracun menyebabkan kematian mangsa.
  • Jika tuduhan adalah bagi perbuatan rogol, maka kita perlu buktikan ada kemasukkan atau paksaan (bergantung pada sub-seksyen mana tuduhan dibuat).
  • Jika tuduhan bagi kesalahan mencuri, kita perlu tunjukkan harta telah hilang dan berada pada possesi tertuduh misalnya.

Keterangan hendaklah dibawa ke mahkamah untuk menyokong tuduhan ini dan ini termasuklah keterangan saksi ditempat kejadian, rakaman CCTV, dan didalam kes liwat yang melibatkan seorang bekas TPM, kita lihat pelbagai lapuran doktor dan keterangan pakar di bawa masuk. Ini melibatkan undang-undang keterangan pula dan jika saya ada kelapangan saya akan tulis di blog ini. :D

Mens rea pula kita boleh tafsirkan dengan melihat isu-isu seperti siapa yang mendapat faedah dari sesuatu kejadian atau pengakuan dari tertuduh. Men rea adalah berbeza bagi setiap kesalahan tidak semestinya niat jahat atau guilty mind. Rujuk entri yang lalu.

Bagi soalan mengenai RT itu, walaupun ada elemen-elemen kesalahan namun, ia boleh membawa pembelaan menjalankan tugasnya dengan syarat tidak melampui tugas. Seksyen 300, pengcualian 3 misalnya, ada menyebut mengenai penjawat awam yang menyebabkan kematian tetapi dibenarkan atas syarat: suci hati, mempercayai tindakan sah di sisi undang-undang dan tanpa perasaan tidak baik kepada mangsa.

Membawa senjata tajam itu mungkin kurang sesuai dan jika anggota RT boleh lepas dari kesalahan membunuh, ada kemungkinan beliau akan di tuduh di bawah kesalahan mematikan orang dengan salah (hukuman yang lebih ringan). Namun, faktor-faktor lain akan turut juga diambil kira.

- Jawapan Bagi Soalan Itu

About the author: I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

Thesis Theme for WordPress

Comments on this entry are closed.

  • Yang ni mudah untuk difahami…

  • Seronok pulak baca dan belajar undang-undang ni. Tambah pula penerangan mudah difahami. Kak Long cuma pernah baca business law aje masa belajar dulu.

  • aku masih payah nak faham
    tapi syukur juga sebab aku ada peluang membaca kata sini
    thanks banyak2

    • samalah kita bro ngheee…

  • Wah! nampaknya betul pula jawapan saya tu ye. Tak sangka pulak, sebab bila rujuk pada entri asalnya tu susah nak faham dan hadam maksud kandungan tu. Berulang kali juga lah memahaminya. :)

    Mujur senang paham, sebab ada contoh sekali.

    • Thanks sbb cuba jawab. At least, kawe senang hati sbb penerangan ini boleh diFAHAMI oleh org biasa dan bukan setakat pelajar U2 atau pengamal U2 coz’ my target adalah org biasa :D

  • wah..mantapnya!!! sy suka! :)

    • adehhhh… thank you.

  • Thank Bro..
    jelas dan padat

    • Thanks atas soalan ITU. :D

  • Patutlah Saya tak boleh jadi lawyer atau majistret.. :D Sekarang sudah tahu kenapa..

    • kalu study betul2 boleh tu bro.. cuma biasanya MINAT dan LUCK yg buat sesorg tu ceburi bidang tertentu.