Pada mulanya bukan niat saya untuk menulis banyak artikel mengenai Akta Kerja 1955 dan undang-undang buruh di blog ini. Ia sekadar dari perkongsian pengalaman di Jabatan Sumber Manusia dan Undang-Undang selama beberapa tahun. Namun, maklumbalas yang anda semua berikan, buat saya terus menulis dan menulis lagi artikel-artikel berkaitan dan harapan saya agar artikel-artikel tersebut dapat membantu dan memberi menafaat kepada anda semua. Saya mohon maaf jika ada antara komen dan soalan anda tidak dibalas. Ada yang terlepas pandang, ada yang sudah ditanya (dan dijawab) oleh pengkomen terdahulu dan ada yang saya rasa lebih sesuai jawapannya diberikan menerusi satu artikel penuh di blog ini.
Untuk pengetahuan anda semua, hubungan dan tanggungjawab antara majikan dan pekerja sebenarnya di kawal oleh kontrak yang dimasuki oleh mereka. Oleh itu, semua prinsip-prinsip yang terpakai dalam undang-undang kontrak diguna pakai juga di sini. Prinsip-prinsip asas seperti tawaran dan balasan, kontrak bertulis dan tidak bertulis, pemecahan kontrak dan sebagainya akan dilihat dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian antara majikan dan pekerja. Contohnya: Jika di dalam kontrak dinyatakan pekerja berhak kepada upah pada kadar lebih masa untuk kerja lebih masa, maka dia perlu dibayar upah tersebut biarpun dia tidak layak pada perlindungan Akta Kerja 1955.
Membiarkan pekerja-pekerja dan majikan bebas berunding dalam menentukan terma kontrak akan menyebabkan pekerja-pekerja tertindas dan menandatangani kontrak yang berat sebelah. Pekerja yang “desperate” mendapatkan pekerjaan akan bersetuju dengan apa-apa terma yang ditetapkan biarpun ia akan menyusahkan dirinya kelak. Oleh itu, kerajaan terpaksa campur tangan dan menetapkan terma-terma minima yang perlu ada dalam sesuatu kontrak pekerjaan.
Rujukan kepada Akta-Akta dan Peraturan-Peraturan yang mengawal selia undang-undang buruh/pekerjaan ini amat banyak. Itu belum masuk lagi pindaan yang dibuat pada Akta-Akta ini dari semasa ke semasa.
Antara yang terpenting termasuklah:
- Akta Kerja 1955
- Peraturan-Peraturan Kerja 19957
- Peraturan-Peraturan Kerja (Mengambil Bekerja Wanita) Konduktor Wanita) 1958
- Peraturan-Peraturan Kerja(Kadar Minimum Elaun Bersalin) 1976
- Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara) 1980
- Peraturan-Peraturan Kerja(Had Kerja Lebih Masa) 1980
- Peraturan-Peraturan Kerja(Pekerja Separa Masa) 2010
- Akta Pampasan Pekerja 1952
- Akta Hubungan Perindustrian 1967
- Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991
- dsb.
Saya akan cuba mengemaskini artikel-artikel terdahulu bagi memasukkan pindaan terbaru: Selain dari itu, artikel-artikel baru akan dimasukkan ke blog ini dimasa-masa akan datang insya-allah. Terima kasih kerana membaca blog ini.
- Kemaskini Akta Kerja 1955



A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
Slm sejahtera.. saya ingin brtanya,
1)gaji selalu lambat msuk, smpai 2 bln, 1 kali je..
2)confirmation asyik di tunda sdgkn pihak atasan di KL sudah pun mnghantar surat prlantikan tetap
3)gaji tidak pernah naik biarpun rm1. Alasan majikan adalah pekerjaan yang saya laku kn,amat rilex jer..
4)kmi prnh bkerja dari pukul 8 pg hingga 3 pg seterusnya.. di pksa utk overtime.. sdgkn gaji OT tidak di byr sejak bln jun 2012.
Apakah akta yg boleh membela mslh saya ini? Trima kasih..
pertanyaan, adakah pekerja praktical layak memperoleh segala kemudahan di dalam akta cth mcm cuti tahunan, cuti sakit ?
salam, saya nak tahu berapa lamakah waktu pelepasan untuk pekerja muslim menunaikan solat Jumaat. adakah waktu yang khusus untuk pelepasan itu?
terpulang kpd majikan… tidak diperuntukkan dlm undang-undang.
Banyak juga saya tidak tahu mengenai Akta Kerja 1955. Apabila ada kes berlaku baru hendah belek akta ini.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Uncle Gedek Protege
mmg perlu tahu hak2 pekerja..utk elak ditindas majikan..
Jebeng Otai™ recently posted..Jadual Suku Akhir EURO 2012 : Ramalan Vanfery