Samsung Galaxy s5

Tort Kecuaian – Kepentingan Yang Di Lindungi

3 Flares Twitter 1 Facebook 0 Google+ 2 Pin It Share 0 StumbleUpon 0 LinkedIn 0 3 Flares ×

undang-undang

Sebelum sesuatu tuntutan di bawah Undang-Undang Tort Kecuaian dibuat, perlu juga dilihat samada kerosakkan atau kerugian yang dialami adalah merupakan kepentingan yang dilindungi di bawah undang-undang ini. Terdapat 3 jenis kepentingan yang dilindungi oleh tort kecuaian iaitu:-

  1. Perlindungan Terhadap Kecederaan Peribadi (Personal Injury)
  2. Perlindungan Terhadap Kerosakkan Pada Harta (Property Damage)
  3. Perlindungan Kepada Kepentingan Ekonomi (Economic Interest)

1 dan 2 adalah amat mudah difahami dan merujuk kepada kecederaan pada tubuh badan atau harta plantiff.

Contohnya: Jika A dilanggar oleh B akibat kecuaian B, maka A boleh menuntut dari B di atas kecederaan yang beliau alami dan kerosakkan pada kenderaannya, jika ada. Sekarang lihat pula ILLUSTRASI ini:

undang-undang tort


A memandu kereta dan dengan cuai melanggar kereta yang dipandu oleh B. Ia mengakibatkan kecederaan peribadi kepada B dan kerosakkan pada keretanya (Personal Injury + Property Damage). B akan dapat gantirugi akibat kerugian di atas, AKAN TETAPI AKIBAT dari kemalangan itu juga, dia menjadi lumpuh. B tidak dapat memandu kereta dan sukar untuk menjalankan tugasnya yang memerlukan beliau banyak memandu dan berjalan.  Oleh itu, pendapatan B akan berkurangan dan terjejas. Adakah ini boleh dituntut oleh B juga?

Kerugian dari segi pendapatan ini dipanggil dalam undang-undang tort sebagai kerugian ekonomi (economic loss) dan ia boleh dituntut oleh B. Sila rujuk kes: Karpal Singh dalam entri yang lepas.

Economic Loss ini juga boleh di bahagikan kepada 2 iaitu:-

  1. Consequential Economic Loss
  2. Pure Economic Loss

Apa yang berlaku pada illustrasi di atas adalah Consequential Economic Loss yang mana kerugian pada kepentingan ekonomi berlaku adalah susulan dari kerosakkan yang dialami akibat perbuatan cuai. Akibat dari kecuaian A, B menjadi tercedera dan lumpuh hingga pendapatannya di masa hadapan terjejas.

The courts have always allowed recovery for economic loss which flows from physical damage

Kes: Spartan Steel and Alloys Ltd v Martin & Co [1972] QB 27

Bezakan pula dengan Pure Economic Loss (Kerugian Ekonomi Tulin) yang mana tiada kecederaan fizikal yang berlaku, namun akibat dari perbuatan cuai defendan, plantiff mengalami kerugian. Dua jenis  kerugian ekonomi tulin yang selalu dihadapkan dihadapan mahkamah adalah:-

  1. Perbuatan Cuai – Kerugian ekonomi tulin yang disebabkan oleh perbuatan cuai.
  2. Penyataan Cuai – Kerugian ekonomi tulin yang disebabkan oleh penyataan cuai.

Ambil perhatian yang kes-kes kerugian ekonomi tulin atau pure economic loss akan di lihat dengan berhati-hati oleh mahkamah. Tidak seperti kerugian ekonomi yang terhasil dari kecederaan fizikal (Consequential Economic Loss), mahkamah akan berat untuk memberikan gantirugi bagi kes-kes sebegini.

It was, however, historically impossible to recover for ‘pure’ economic loss – ie, loss which could not be linked to physical damage. The refusal to allow such claims was attributable to a number of concerns, the most significant of which was the perceived danger of a possible flood of litigation due to the knock-on effect of economic damage

- Singapore Academy Of Law

Kerugian Ekonomi Tulin Akibat Perbuatan Cuai

Sebarang tindakan cuai oleh defendan yang mengakibatkan kerugian ekonomi tulin kepada plantiff boleh dituntut di mahkamah tertakluk keperluan-keperluan yang ditetapkan. Dalam kes Arab-Malaysian Finance Bhd v Steven Phoa Cheng Loon & 81 Ors [2003] 2 AMR 6; [2003] 1 MLJ 567, mahkamah telah mengesahkan  prinsip bahawa kerugian ekonomi tulin boleh dituntut dengan jayanya dengan SYARAT: ianya sesuatu yang dapat dipralihat.

Dalam kes Steven Phoa Cheng Loon & 72 Ors v Highland Properties Sdn Bhd & 9 Others [2003] 3 AMR 3567 – Blok berdekatan dengan blok tempat tinggal plantiff-plantiff telah roboh dan mengakibatkan mereka terpaksa berpindah dari kawasan tersebut. Mereka pun menuntut daripada defendan akibat kerugian ekonomi yang dialami. Dalam tuntutan terhadap defendan-defendan yang terdiri dari pemaju perumahan, arkitek, jurutera dan pihak berkuasa tempatan, plantiff-plantiff menyatakan kecuaian dipihak defendan-defendan mengakibat keruntuhan blog berdekatan dan seterusnya menyebabkan mereka mengalami kerugian. Mahkamah memutuskan yang kerugian adalah boleh di pra-lihat (foreseen) dan maka dari itu tanggungan wujud di pihak defendan-defendan.

Kerugian Ekonomi Tulin Akibat Penyataan Cuai

Kerugian ekonomi tulin akibat penyataan cuai ini mula di kenal pasti oleh House Of Lords dalam kes Hedley Byrne & Co v Heller & Partners Ltd [1964] AC 465. Lord Morris of Borth-Y-Gest dalam kes “landmark” ini menyatakan:

“I consider that it follows and that it should now be regarded as settled that if someone possessing special skill undertakes, quite irrespective of contract, to apply that skill for the assistance of another person who relies upon such skill, a duty of care will arise. The fact that the service is to be given by means of or by the instrumentality of words can make no difference. Furthermore, if in a sphere in which a person is so placed that others could reasonably rely upon his judgment or his skill or upon his ability to make careful inquiry, a person takes it upon himself to give information or advice to, or allows his information or advice to be passed on to, another person who, as he knows or should know, will place reliance upon it, then a duty of care will arise”.

Mahkamah juga menetapkan bahawa plantiff perlu membuktikan wujudnya HUBUNGAN ISTIMEWA antara dirinya dengan defendan. Ia diukur dari sudut yang berikut:-

  1. Plantiff Ada Skill Istimewa Dan Defendan Bergantung Padanya (Plantiff must possess a special skill) – Terdapatnya pergantungan di pihak plantiff terhadap kemahiran dan pertimbangan defendan atau terhadap keupayaan defendan dalam melakukan siasatan dengan cermat dan rapi; dan
  2. Defendan mengetahui atau sepatutnya mengetahui yang plantiff sememangnya meletakkan pergantungan pada kenyataannya itu; dan
  3. Pergantungan plantiff terhadap penyataan defendan adalah munsabah di dalam keadaan itu.

Rujukan: Prinsip-Prinsip Asas Tort oleh Puan Norchaya Talib

Namun prinsip-prinsip dalam kes Hedley Byrne & Co hanyalah panduan dan mahkamah akan mengenepikan tuntutan plantiff dalam keadaan-keadaan tertentu. Contohnya: bila penyataan di buat dalam: perjumpaan social (Social Occasion). Rujuk kes: Chaudhry v Prabhakar [1988] 3 All ER 718 atau, dalam keadaan tak rasmi. Rujuk kes: James McNaughton Papers Group Ltd v Hicks Andersen & Co [1991] 1 All ER 134.

Itu sahaja untuk hari ini. Insya-allah lebih banyak entri mengenai undang-undang tort akan di dibuat di masa akan datang.

- Tort Kecuaian – Kepentingan Yang Di Lindungi

About the author: I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

Thesis Theme for WordPress

Comments on this entry are closed.

  • boleh bagi ka format jwb soalan exam utk tort

  • en.is nk tanya, en. is ni ngajor kelas law ker..bkn per kalau ya saya nk join..

    • tak ehhh…
      klik “Mengenai Blog Ini” utk more info mengenai saya :D

  • Mesti bro penah stadi gak kan pasal law kan??

  • Ada kelas undang-undang lagi. Encik Ismail ni pengamal undang-undang ya?

    • tak ehhh…
      suka-suka jer tulis psl law :D