Kuatkuasa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

Akta Umur Persaraan Minimum 540x291 Kuatkuasa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

Sumber: www.parlimen.gov.my

>>> Senarai Artikel Undang-Undang Buruh DI SINI <<<

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia semalam, Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753) akan mula dikuatkuasakan di sektor swasta bermula dari tarikh 1hb Julai 2013. Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 27hb Jun 2012 dan Dewan Negara pada 17hb Julai 2012. Ia diwartakan pula pada 16hb Ogos yang lalu. Akta ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengukuhkan jaringan keselamatan sosial bagi golongan pekerja bagi memastikan nasib kumpulan yang mudah terjejas (vulnerable groups) terbela dan seterusnya membolehkan mereka menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara.

Ia juga dihasilkan setelah kajian menyeluruh dibuat dan mendapati perkembangan dan kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan dalam beberapa dekad yang lalu telah mengakibatkan jangka hayat ketika lahir penduduk Malaysia kian meningkat. Oleh itu, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan agar Akta ini digubal dan dikuatkuasakan.

lawyer hartanah Kuatkuasa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)


Had Minimum Persaraan

Intipati utama Akta ini terletak pada penetapan had umur persaraan minimum buat pekerja-pekerja di sektor swasta. Di bawah Seksyen 4 Akta Umur Persaraan Minimum 2012, umur persaraan minimum hendaklah apabila pekerja mencapai umur 60 tahun. Had ini boleh diubah/ditingkatkan oleh Menteri menerusi pemberitahuan dalam Warta di bawah sub-seksyen (2).

Umur Persaraan Minimum 540x246 Kuatkuasa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

Sumber: www.parlimen.gov.my

Seorang majikan TIDAK BOLEH memberikan persaraan pramasa (premature retirement) pada pekerjanya sebelum dia mencapai umur persaraan minimum. Tindakan sebegini adalah satu kesalahan dan majikan boleh  sehingga RM 10,000 di bawah Seksyen 5(2) Akta 753 ini.

Namun begitu, majikan dan dengan persetujuan pekerja boleh menetapkan umur persaraan pilihan sebelum 60 tahun.Ini hendaklah dilakukan menerusi kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif (Rujuk:  Seksyen 6 Akta Umur Persaraan Minimum 2012)

persaraan pilihan 540x133 Kuatkuasa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

Sumber: www.parlimen.gov.my

Pemakaian Akta

Akta ini adalah terpakai kepada semua pekerja di sektor swasa di seluruh Malaysia. Namun, terdapat kekecualian sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 2. Seksyen 2. (1) Akta ini menyatakan bahwa ia tidak terpakai bagi orang yang dinyatakan dalam Jadual. Mereka ini terdiri dari:

  1. seseorang yang diambil kerja secara tetap, sementara atau kontrak dan dibayar emolumen oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan mana-mana Negeri, mana-mana badan berkanun atau mana-mana pihak berkuasa tempatan;
  2. seseorang yang bekerja dalam tempoh percubaan;
  3. seseorang perantis yang diambil kerja di bawah kontrak perantisan;
  4. pekerja bukan warganegara;
  5. pekhidmat domestik;
  6. seseorang yang diambil kerja dalam apa-apa pekerjaan dengan purata waktu bekerjanya tidak melebihi tujuh puluh peratus waktu bekerja biasa seseorang pekerja sepenuh masa;
  7. seseorang pelajar yang diambil kerja di bawah mana-mana kontrak untuk tempoh sementara tetapi tidak termasuk pekerja dalam cuti belajar dan pekerja yang sedang belajar secara separuh masa;
  8. seseorang yang diambil kerja untuk suatu kontrak perkhidmatan bertempoh tetap termasuk apa-apa perlanjutan, yang tidak lebih daripada dua puluh empat bulan; dan
  9. seseorang yang, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah bersara pada umur lima puluh lima tahun atau lebih dan kemudiannya bekerja semula selepas dia bersara.

Umur Persaraan Di Bawah Kontrak Yang Sedia Ada

Jika pekerja dan majikan telah pun mempunyai kontrak dan terma berkaitan dengan umur persaraan sebelum berkuatkuasanya Akta ini dan umur yang dinyatakan itu lebih rendah dari yang ditetapkan oleh Akta, maka terma itu  hendaklah disifatkan sebagai terbatal dan digantikan dengan umur persaraan yang ditetapkan oleh Akta.

umur persaraan lama 540x202 Kuatkuasa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

Sumber: www.mohr.gov.my

Penangguhan

Majikan yang menghadapi masaalah untuk mengimplentasikan peruntukan undang-undang ini, boleh memohon agar penangguhan diberikan kepada mereka sehingga 6 bulan. Namun, mereka perlu menulis kepada Kementerian Sumber Manusia dengan memberikan sebab yang kukuh sebelum 28hb Februari 2013.

Muat Turun Akta

Mereka yang berminat boleh memuat turun Rang Undang-Undang dan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 dalam versi PDF dari portal-portal kerjaan. Di bawah adalah pautan-pautan yang boleh anda gunakan:

  1. Muat Turun Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum. Lokasi dari parlimen.gov.my: Muat Turun Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012.
  2. Muat turun Akta Umur Persaraan Minimum 2012. Lokasi dari laman web Kementerian Sumber Manusia – mohr.gov.my: Muat Turun Akta Umur Persaraan Minimum 2012.
  3. Muat turun Akta Umur Persaraan Minimum 2012 veri Bahasa Inggeris. Lokasi dari laman web Warta Kerajaan – federalgazette.agc.gov.m: Download Minimum Retirement Age Act 2012.

Diharap artikel ini dapat membantu anda memahami akan hal kuatkuasa umur persaraan (Minimum Retirement Age) dengan lebih baik lagi. Terima kasih kerana membaca artikel ini.

>>> Senarai Artikel Undang-Undang Buruh DI SINI <<<

- Kuatkuasa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

 Kuatkuasa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Kuatkuasa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

One thought on “Kuatkuasa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *