Samsung Galaxy s5

Memahami Keputusan Kes Nor Afizal Azizan

9 Flares Twitter 1 Facebook 4 Google+ 4 Pin It Share 0 StumbleUpon 0 LinkedIn 0 9 Flares ×

Nor Afizal

Pertamanya, entri ini bukanlah bertujuan membela mahupun bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes pemain boling remaja kebangsaan, Nor Afizal Azizan. Cuma bagi saya adalah seharusnya pembaca membaca dengan fikiran terbuka ratio decidendi (rasional penghakiman) yang hadir dengan keputusan. Ambil perhatian juga bahawa Mahkamah tidak acquit atau lepaskan Nor Afizal dari kesalahan rogol statutori, cuma mahkamah merasakan hukuman penjara tidak wajar di kenakan kepada dua orang remaja yang melakukan hubungan seks secara izin (consensual) dan terlanjur dalam perbuatan mereka.

Raus said this did not mean that the accused person was not guilty. “The person is in fact convicted. The conviction will be recorded and will remain there for the rest of that person’s life”
- The New Starits Times

Mahkamah melihat dari sudut apa kebaikan meletakkan pesalah ke dalam penjara dan MUNGKIN saya rasa hakim merasakan in the end pasangan ini mungkin akan bersama juga sebagai (sepasang suami isteri??) dan ianya tidak beri sebarang menafaat kepada mangsa jika bakal suaminya dipenjara. Agak spekulatif dan beresiko, namun satu pembaharuan pada undang-undang jenayah di negara ini.

“No doubt, (Afizal) committed an offense, but is a custodial sentence the only safeguard to ensure similar offenses of consensual sex among teenagers will not happen?…”Both made a mistake in engaging in premarital sex. No doubt, the appellant (Afizal) committed a offense, but is custodial sentence the only safeguard to ensure similar offenses of consensual sex among teenagers will not happen?”  – Court of Appeal President, Raus Sharif

Take note yang undang-undang jenayah kita berasal dari Kanun Keseksaan India yang berasal juga dari common-law England. Begitu juga dengan banyak undang-undang sivil yang lain. Agak menarik bila mahkamah kita cuba keluar sedikit dari pengaruh asing, mahkamah kita akan menerima banyak kritikan. :D

Fakta bahawa Nor Afizal adalah bekas pemain boling dan berbangsa ****** mungkin turut memainkan faktor dalam komen-komen keras terhadap Hakim Raus. Agak menarik bila blogger, Ahirudin Attan aka Rocky Bru point pada fakta bahawa lapuran pemberita V. Anbalagan mengenai penghakiman Hakim Raus tidak menyatakan bahawa dia terlepas hukuman penjara kerana beliau seorang pemain boling kebangsaan atau pun mempunyai masa depan yang baik (bright future). [Baca reaksi orang ramai yang sering berbicara hal ini :wink:].

Mungkin, instead of hentam Hakim secara kasar, rakyat Malaysia harus melihat keputusan mahkamah dari sudut positif dan berbincang samada ia satu experimen yang baik buat kita. Haruskah kita exempt pesalah kes sebegini yang 18 tahun ke bawah dari hukuman penjara dengan menggunakan pendekatan Hakim Raus dalam menjatuhkan hukuman buat mereka? Note: 2 key words dalam kes ini juga:- 1. consesnsual  2. remaja 18 tahun ke bawah.

Baca juga pendapat oleh Hakim Raus yang menasihatkan ibubapa mengambil tanggungjawab juga dalam hal ini dan tidak hanya meletakkan sesuatu pada undang-undang sahaja:

“Raus said parents should impose religious knowledge on their kids and schools should teach sex education, especially the dire consequences of premarital sex – The New Starits Times

Jadi, apa pula pendapat anda semua?

- Memahami Keputusan Kes Nor Afizal Azizan

About the author: I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

Thesis Theme for WordPress

Comments on this entry are closed.

  • Mmg satu pembaharuan dalam segi penghakiman. Namun, jelas dan nyata kes ini adalah kes yg amat berat.

    Moga ramai yg ambil iktibar terutamanya ibubapa dan masyarakat.

    • Pada saya budi bicara hakim seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah tidak sesuai digunakan bagi kes rogol, kerana ianya adalah kes yang serius dimana boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan 10 sebatan

  • masasaalahnya..kita ni siapa nk kata hukum sedemikian sesuai dilaksanakan..ni la undang2 ciptaan manusia, segala masaalah x kn selesai, spatutunya nor afizal tu kene hukum sebat iaitu hukum hudud, yakinla bahawa allah tu thu ap yg trbaik mkhluknya, ibarat robot ngan manusia la, manusia yg cipta robot mestila thu solution thdp robot tsebut, nabi muhamad saw sndiri mgatakan jika anaknya si fatimah mencuri, pasti akn ku potong tgnnya, so kt sini jls bahawa hukuman yg dikenakan x kira manusia hatta anak rasulullah sdiri pun kn dptong jika mncuri, so renungkan la, jika kita trus ikt undang2 ciptaan barat n manusia, smpai bila2 x kn settle masaalah tsebt bhkn mkin truk plk..kita tgk cth kes pmbuangan byi la,smpai skrg masalah tsbt x dpt dibendung,walaupun tlh bbgai usaha dilakukn, persoalannya kenapa masih blaku? Jwpnnya adalah kerana kita x mjdikan alquran n sunnah sbgai panduan utama dlm pntdbiran ngara, nama je ngara islam tpi pgamalan islam x de, amik sparuh2 je..so renung2kn, selamat beramal…

  • Everyone seems to be looking at how those boys future will be ruined by their action but what about those girls?consent or no consent?if the court keep doing this many will follow…after all, those who were accuse of such guilt can just pretend or act as if they were really very sorry for their mistakes and they are free again…like a virus and people learn fast….what if those girls were your friend,sister,cousin or daughter?those boys get their second Chance but for those girls who have lost something so valuable, do they have the same second chance too???think about it..also, if guys who have sexual activity with any underage children whom they have the consent to do so will not be jailed, then change the statutory….or else what is the point….

  • Kalaulah benar pasangan berkenaan suka sama suka nak berzina…………apakah tindakan majlis ugama atas hal ini? Ini satu kes yang telah terbukti dan pesalah sememangnya mengaku beliau telah berzina. Apakah cerita gadis yang berkenaan? Undang-undang manusia sememangnya lemah dan banyak kemusykilannya.

  • Mahkamah melihat sudut yang berbeza bagi kita beliau tetap melakukan kesalahan merogol.

  • The main ‘culprit’ of this #futurebrightrapeok commotion is the reporter that report this case.. the way he/she described the verdict looks like Nor afizal is freed from the accusation.

  • Agak berat perbincangan kali ni. Orang kebanyakkan yang bukan ahli undang-undang melihat satu hukuman berdasarkan kepada kesalahan yang dilakukan. Kalau merogol itu dah kes berat, tapi kenapa dilepaskan. Persoalan kenapa itu yang menjadikan topik hangat dan dikritik hebat. Sebabnya yang memahai “kenapa” itu hanyalah ahli undang-undang sahaja.

    • mungkin ade perbezaan terma merogol dgn hubungan dengan rela atas kes seperti diatas…

      mmg betul juga tidak boleh salahkannya 100% kerana didikan ibu bapa penting dan kes ini blh jdikkan pengajaran kepada semua ibu bapa..

  • Pening juga nak memahamkan isu ini.