\"\"
Sunday,20 August,2017

Minor Offences Act 1955 – Act 336

Minor Offences Act 1955

Pernahkah anda mendengar Akta ini: Minor Offences Act 1955 atau Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336)? Ianya amat jarang sekali digunapakai, namun ini tidak bermakna kewujudannya tidak dipedulikan lagi.

Ingat tulisan saya dulu mengenai maxim :Ignorantia juris non excusat?

Jika anda masih belum membaca lagi, saya harap anda akan lakukannya selepas ini.

Minor Offences Act 1955

Untuk pengetahuan anda semua, Akta 336 ini telah digunakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu baru-baru ini yang mana seorang remaja perempuan telah dihadapkan di mahkamah atas tuduhan di bawah Seksyen 14 Minor Offences Act 1955.

Remaja tersebut, Nur Shafa Watiha Wahab, 18 tahun,  mengaku salah atas tuduhan menghina (insulting) polis dengan mengatakan polis tersebut bodoh kerana menahan beliau yang membawa motosikal tanpa helmet.

Untuk itu, mari kita rujuk Seksyen 14 Minor Offences Act 1955 yang berbunyi:

Insulting Behaviour

14. Any person who uses any indecent, threatening, abusive or insulting words, or behaves in a threatening or insulting manner or posts up or affixes or exhibits any indecent, threatening, abusive or insulting written paper or drawing with intent to provoke a breach of the peace is likely to be occasioned, shall be liable to a fine not exceeding one hundredth ringgit.

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam seksyen di atas, Akta ini hanyalah bagi kesalahan-kesalahan kecil sahaja dan ianya HANYA TERPAKAI DI SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja.

Dalam kes remaja di atas, majistret telah melepaskannya dengan ikat jamin sementara menunggu tarikh hukuman yang bakal diberikan pada 7hb Jun nanti.

– Minor Offences Act 1955| Act 336

soalan dan kemusykilan

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • bEe

    Kalau bukan semenanjung Akta ni takleh digunapakai ker??? 😛

    Budak hai budak hai budak…..

    June 2, 2011, 9:14 am
  • tengkorak emas

    kalau di internet kira terpakai jugala kan?lagi ramai yang caci maki kat dunia maya ni

    June 2, 2011, 1:04 am
  • Nadri

    kena harus pandai control mulut drp mengeluarkan kata2 kesat terutamanya didepan pihak berkuasa…klu dah melakukan kesalahan, just admit ajer lah…

    May 31, 2011, 1:46 pm
    • IN

      humble…

      May 31, 2011, 2:57 pm
  • Princess Zezebel Lair

    Padan lah sangat-sangat dengan muka tu. Sesuai sangat lah di jadikan pengajaran buat semua anak-anak remaja sekarang. Buruk sangat budi bahasa.

    May 31, 2011, 12:34 pm
    • IN

      jgn lawan tokey kan? 😀

      May 31, 2011, 2:57 pm
  • dnoBiz

    nasib baik polis tu saman je..
    kalau cakap kat aku macam tu hehehhe..
    Ps :sebab tu la aku tak layak jadi polis 😀

    May 31, 2011, 6:44 am
    • IN

      hmmm… kalau hang bro, cam ne? … bahaya ehhhh

      May 31, 2011, 2:56 pm
  • zool

    budak tu tak tau hormat orang lebih tua. tu yang main cakap je tu..

    May 31, 2011, 3:44 am
    • IN

      polis tu nampak muda kot? baby face? 😀

      May 31, 2011, 2:55 pm
  • maza

    Huh! Hambik ko dah kena saman.. patut kena cili sekali… suka2 hati dia nak bermulut celupar!.. huhuhhu

    kalau org2 dulu agaknya dah lama budak tu kena santau tak pun saka.. ahaks! fhadan mugkha…

    opps.. terlantun-lantun lah fulaks..

    May 31, 2011, 2:44 am
    • IN

      biasa ler org dah sihat.. boleh lantun2 balik 😀

      May 31, 2011, 2:54 pm
  • suri

    dah ada peraturan kenalah ikut mana blh suka suki langgar…

    May 31, 2011, 2:12 am
    • IN

      dia ingat kat US kot? 😀

      May 31, 2011, 2:53 pm
  • Mrs.Ayie

    Itulah bila perkataan yang tak elok dah terbiasa meniti di bibir, tak kenal siapa.. terus nak keluarkan perkataan itu ya. Bila dah terang-terangan tak pakai helmet, minta maaf dan ucap saja terima kasih.

    May 31, 2011, 1:30 am
    • IN

      he he.. darah muda ehhh..

      May 31, 2011, 2:51 pm
  • en_me

    tutup muke tewww.. ehehe

    May 30, 2011, 9:40 pm
    • suri

      amik plastik sampah selubungkan kt muka..

      May 31, 2011, 2:13 am
    • IN

      😉 😆

      May 31, 2011, 2:50 pm
  • Jai

    Eleh, camlah pompuan tu pandai sangat.. Tapi, anak2 muda sekarang kalau tengok banyak yang x reti nak hormat org lebih dewasa… Kalau lelaki tu x nampak sangat, tapi pompuan… haishh.. Bukan semua la..

    May 30, 2011, 7:51 pm
    • IN

      ntahlah ler mungkin dia sebenonya ingat dia kena ngorat kot? 😉

      May 31, 2011, 2:46 pm
  • Mus

    kalau dah salah.. mengaku jer lah..

    May 30, 2011, 4:37 pm
    • IN

      dia tak rasa salah kot sbb kat Ganu.. he he.. joking jer jgn mare ehhh.. 😀

      May 31, 2011, 2:44 pm
  • yas

    Beso ayat HANYA TERPAKAI DI SEMENANJUNG tu bro…hehehe

    May 30, 2011, 4:09 pm
  • Sabahan Bloggers Club

    Salam.
    budak-budak sekarang ni ada yang tak takut (konon) dengan polis. Nak tunjuk dengan kawan-kawan mereka berani.

    May 30, 2011, 10:53 am
    • IN

      😀 😉

      May 30, 2011, 2:42 pm
    • dnoBiz

      tersilap tunjuk kehebatan tu 😀

      May 31, 2011, 6:43 am
  • anif

    Sebab mulut badan binasa.. hehe

    Apa la budak ni.. dah le buat salah.. tambah lagi satu kesalahan.

    Harap beliau belajar dari kesilapan..

    May 30, 2011, 9:17 am
    • IN

      sebab mulut saman diterima ehhh.. 😀

      May 30, 2011, 2:40 pm
      • dnoBiz

        mungkin dia dah terbiasa dengan perkataan macam tu dan sesalu digunakan sebelum ni 😀

        May 31, 2011, 6:42 am
        • IN

          😀 😀

          May 31, 2011, 2:40 pm
    • akubiomed

      Ikutkan perasaan sangat. Apa salah minta maaf dan mengaku kesalahan yang terang-terang dilanggar

      May 30, 2011, 5:30 pm
      • Nadri

        untung2 kesilapan itu blh dimaafkan…

        May 31, 2011, 1:47 pm
      • IN

        saja jer kot nak bagi derma bayar denda tu … 😀

        May 31, 2011, 2:43 pm