Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Ordinan Buruh Sabah (Sabah Cap. 67)

by Ismail N   ·  12 years ago   ·  
thumbnail

Agak menarik apabila melihat perundangan yang berkaitan dengan undang-undang buruh di Malaysia. Walaupun terdapat Akta Kerja 1955 dan Jadual Ke-9 pada Perlembagaan Persekutuan ada menyenaraikan ‘buruh’ (labour) di bawah senarai Persekutuan, namun Akta Kerja 1955 adalah tidak terpakai di negeri Sabah dan Sarawak.

Di negeri-negeri ini terdapat perundangan khas yang mengawal selia hal-hal berkaitan buruh/pekerja menerusi Ordinan Buruh Sabah atau Labour Ordinance (Sabah Cap. 67) dan Ordinan Buruh Sarawak atau Labour Ordinance Of Sarawak (Cap. 76).

Bagaimanakah ini boleh berlaku?

Dan adakah ordinan-ordinan ini ‘ultra-virus’ dengan Perlembagaan Persekutuan?

Bagi menjawab persoalan di atas, kita perlu melihat sedikit latar belakang ordinan-ordinan yang berkenaan. Oleh kerana artikel ini di bawah tajuk Ordinan Buruh Sabah, maka kita akan melihat dari konteks dan latarbelakang Ordinan Buruh Sabah.

Namun, dari segi kandungan dan latarbelakang, kedua-dua ordinan adalah hampir sama.

Latar Belakang Ordinan Buruh Sabah

Ordinan Buruh Sabah mula diperkenalkan di sekitar tahun 1950-an oleh penjajah Inggeris. Ia mengalami sedikit pindaan dari semasa ke semasa sehinggalah Sabah dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia pada tahun 1963. Di bawah Perlembagaan Persekutuan ‘buruh’ (labour) adalah di bawah senarai Persekutuan.

Namun, Ordinan Buruh Sabah terus di pakai di negeri Sabah dan diisytiharkan sebagai perundangan Persekutuan pada tahun 1965.

Memandangkan Ordinan Buruh Sabah adalah suatu perundangan lama, maka peruntukan-peruntukan di dalamnya pun agak lapuk (outdated) dan tidak lagi sesuai digunakan dalam keadaan semasa.

Akibatnya, ramai pekerja di negeri Sabah ditindas terutamanya oleh majikan-majikan yang bijak mengambil kesempatan dari kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam perundangan ini.

Atas usaha pelbagai pihak, maka Ordinan Buruh Sabah telah dipinda sekali lagi menerusi Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2004 ataupun Labour Ordinance Of Sabah (Amendment) Act 2004 [Act A 1238].

Akta ini antara lain telah memansuhkan 6 Bahagian dan 78 Seksyen pada Ordinan tersebut yang sudah lapuk dan tidak sesuai digunakan lagi.

Labour Ordinance Of Sabah

Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2005 ini telah dimodelkan dari Akta Kerja 1955 (setakat pindaan sebelum 2005) dan ia membolehkan pekerja-pekerja di negeri di bawah bayu ini menerima faedah-faedah dan perlindungan yang hampir sama dengan pekerja-pekerja di Semenanjung Malaysia.

Ciri Penting Pada Ordinan Buruh Sabah (Pindaan 2005)

Antara ciri terpenting pada Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) adalah ia terpakai kepada pekerja:

  • sektor swasta di Sabah
  • bergaji tidak lebih RM2,500 tanpa mengira jenis kerja
  • yang tersenarai dalam perkara 2(a) – (f), Jadual kepada Ordinan, tanpa mengira upah

Ini merupakan suatu kelebihan buat pekerja-pekerja di Sabah berbanding dengan pekerja di Semenanjung Malaysia kerana Akta Kerja 1955 hanya terpakai pada pekerja-pekerja yang gajinya tidak melebihi RM2,000 sahaja.

Selain itu, S.7C Ordinan memberi hak kepada pekerja yang bergaji RM2,500 hingga RM5,000 membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja bagi menuntut hak mereka berdasarkan terma di dalam kontrak perkhidmatan mereka.

Arahan Pengecualian oleh Menteri

Harus juga diberi perhatian kepada Arahan Pengecualian yang dikeluarkan oleh Menteri Sumber Manusia pada 30hb September 2005.

Di bawah Perintah Penggajian (Pengecualian) 2005 (Employment (Exemption) Order 2005), pekerja bukan manual, eksekutif dan pengurusan yang gajinya antara RM2,001.00 dan RM2,500.00 yang diliputi di bawah perenggan 1 Jadual kepada Ordinan hendaklah dikecualikan daripada peruntukan seksyen 103, 104, 104A dan 104C Ordinan.

Ini bermaksud, di bawah Perintah tersebut (Warta P.U.(A)377) yang berkuatkuasa pada 1hb Oktober 2005pekerja-pekerja yang bergaji di antara RM2,001 hingga RM2,500 sebulan adalah dikecualikan daripada peruntukan:

  • Seksyen 103 – Cuti Umum Bergaji
  • Seksyen 104 – Masa Kerja
  • Seksyen 104A – Kerja Syif
  • Seksyen 104C – Kerja Hari Rehat

Oleh yang demikian, majikan tidak terikat untuk memberikan faedah-faedah seperti bayaran kerja lebih masa (OT) dan bayaran tambahan bagi kerja di hari kelepasan am atau cuti rehat kepada pekerja-pekerja yang gaji mereka dilingkungan tersebut. Arahan ini berkuatkuasa di Sabah dan juga di Sarawak.

Perintah tersebut dikeluarkan setelah bantahan dibuat oleh majikan-majikan terhadap gaji minima yang ditetapkan untuk pekerja-pekerja yang dilindungi di bawah Ordinan ini.

Objektif Ordinan

Secara amnya, Ordinan Buruh Sabah adalah suatu perundangan yang penting dan memberi banyak faedah dan perlindungan kepada pekerja-pekerja di negeri Sabah. Antara lain, objektif Ordinan adalah untuk :-

  • menentukan sama ada terma sesuatu perjanjian atau kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja adalah sah di sisi undang-undang
  • menggariskan terma-terma dan syarat-syarat minimum pekerjaan
  • memperuntukkan faedah-faedah minimum kepada pekerja
  • menetapkan prosedur-prosedur kawalan terhadap urusan pengambilan para pekerja termasuklah para pekerja bukan pemastautin
  • menggariskan prosedur-prosedur untuk pemulihan di bawah undang-undang.

Perlu diingatkan, pindaan terhadap Ordinan Buruh Sabah diluluskan pada tahun 2005, oleh itu peruntukan-peruntukan Akta Kerja yang diluluskan selepas 2005 tiada di dalam Ordinan. Misalnya peruntukan mengenai perlindungan daripada gangguan seksual dan perlindungan materniti kepada semua wanita (tanpa mengira gaji) tiada di dalam Ordinan Buruh Sabah.

Pindaan kepada Ordinan Buruh Sabah

Pihak Kementerian Sumber Manusia telah merangka draf Pindaan kepada Ordinan Buruh Sabah yang dijangka akan menggabungkan peruntukan mengenai Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja, Penggajian Pekerja Kanak-Kanak dan Orang Muda, dan pindaan kepada peruntukan Ordinan Buruh Sabah sendiri. Beberapa mesyuarat dan sesi perbincangan telah rancak diadakan pada tahun 2018 dan 2019, dan diharap ianya akan membuahkan hasil yang akan meningkatkan kualiti amalan perburuhan di negara ini.

Bagi mereka yang berminat untuk membaca Ordinan Buruh Sabah, bolehlah membelinya di JTK negeri Sabah di bangunan KWSP atau membaca versi PDFnya di laman web Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah.

– Ordinan Buruh Sabah (Sabah Cap. 67) (dikemaskini pada 22/7/2020)

161 Comments

  1. Wakil Syarikat XX

    Hanya Sebagai wakil syarikat..
    Baru2 ini pihak berkuasa telah membuat audit berkanun di syarikat kami. Semasa audit dijalankan pegawai tersebut mendapati ada bayaran harian dan ada bayaran pajak(piece rate) dalam bulan yang sama. Melihat kepada gaji kasar pekerja telah melebihi gaji minimum iaitu RM2000 keatas. Pegawai tersebut mengeluarkan notis pematuhan kerana mendapati syarikat tidak membayar gaji harian, hanya membayar gaji pajak. Darisegi kehadiran pekerja tidak ada yang bekerja lebih masa. Dalam kontrak perkhidmatan terma dan syarat telah pun dinyatakan pekerja akan dibayar gaji harian ATAU pajak mengikut pengaturan kerja yang diberikan oleh pihak syarikat. Adakah ini salah dalam peruntukan undang-undang ordinan buruh? Sedangkan gaji kasar telah melebihi gaji minimum. Pegawai tersebut meminta pihak syarikat untuk membayar kadar harian pekerja tersebut walaupun hari tersebut pekerja membuat kerja pajak. Wajarkah pihak syarikat membayar tambahan kadar harian semula kepada pekerja tersebut?

    1. Saya kurang faham soalan yang anda berikan. Apa beza gaji harian dan gaji kasar? Jika pekerja dilindungi dibawah Ordinan Buruh, maka peruntukkan ordinan perlu dipatuhi. Ini termasuk bayaran dan masa kerja yang ditetapkan dibawah ordinan. Bayaran secara pajak buat pekerja yang diambil kerja dibawah kontrak kerja untuk daily rate tidak sah biarpun dipersetujui oleh pekerja dalam kontrak. Saya sarankan anda mohon pencerahan dari pegawai JTK berkenaan kesalahan yang dibuat.

  2. Inaya

    Hello sy dri Sabah dan sy telah bekerja di sebuah syarikat swasta selama setahun. Dan sy dalam tempoh 1 bln notis berhenti. Sy nak tanya adakah majikan ada hak untuk memotong dan menahan gaji pekerja sekiranya pekerja tidak dapat mencapai KPI? dan tidak dapat menyempurnakan tugasan yg diberikan sebelum tempoh tarikh notis berhenti? Dan sekiranya tugas yang tidak dapat disempurnakan oleh pekerja adalah atas sebab lambakan kerja yang terlalu banyak dari majikan dan kerana pemberian kerja yang melibatkan pekerjaan di luar skop tugasan pekerja. Adakah majikan mempunyai untuk menuntut pekerja untuk terus menyempurnakan tugasan tersebut meskipun sdh mencapai tarikh notis berhenti?

  3. Aerosie Treacy Hendry

    Salam sejahtera. Saya ingin bertanya dan meminta pendapat. Saya telah berkerja dengan sebuah sykt sejak tahun 2017 bulan September sehingga kini 2023. Pada tahun 2022 cuti AL telah di bekukan kemudian tahun 2023 cuti AL/PH hanya ditentukan oleh majikan. Ini menyebabkan saya susah untuk menyelasaikan urusan² penting seperti urusan sekolah ataupun temujanji dokter, kerana apabila saya memohon cuti berserta alasan tidak diluluskan. Majikan juga membuat pemotongan untuk kwsp namun tiada pembayaran yg dimasukkan,saya juga ada membuat aduan di jabatan kwsp namun majikan tidak memberi kerjasama dalam melengkapkan borang tuntutan.
    Bolehkah tuan memberi nasihat yang perlu tentang permasalahan saya ini. Sekian

    1. HRM

      Kami perlukan maklumat yang lebih sblm dpt memberikan pendapat. Untuk mendapatkan nasihat yang lebih jitu dan cepat, kami cadangkan puan menghubungi Pejabat Tenaga Kerja berhampiran dgn segera.

  4. Izah Jasni

    assalamualaikum, saya telah bekerja sebagai pekerja sambilan harian di sebuah jabatan di negeri ini sudah hampir 9 tahun. namun demikian walaupun kenaikan gaji minimum telah diumumkan, kami sebagai perkerja sambilan harian masih menerima gaji rm44-rm54 perhari. adakah dalam ordinan buruh sabah yang dapat membantu kami dalam isu gaji yang tidak mencapai tahap minimum ini

    1. Perlu bayar ikut gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan. Jika mahu buat aduan, tempat aduan adalah di Jabatan Tenaga Kerja.

  5. Hanney Mdy

    Hello JTKS…
    Mohon penjelasan lanjut tentang bayaran gaji minima 1500.00 yang dirancang pada tahun 2022. Gaji pekerja Masih dibayar sebanyak 1200 pads setiap bulan sedangkan kalau saya tidak silap gaji minima tersebut diwajibkan ke atas majikan membayar kepada pekerja pads 1 Mei 2022 lagi. Bolehkah pekerja syarikat membuat aduan.

    1. Ya boleh. Anda cuba dapatkan bantuan dari Jabatan Tenaga Kerja berdekatan.

  6. Nur Ashikin

    HI, 7/2/2023 genap saya bekerja selama setahun. Saya telah menghantar resignation letter pada 14/1/2023 dengan notis sebulan. Surat telaj diterima dan 13/2/2023 merupakan hari terakhir saya. Namun begitu, saya tidak lagi boleh apply sebarang cuti kerana semua cuti sudah dismissed upon my one month notice. HR menyatakan cuti saya ada lagi tinggal half day. HR turut mengira cuti saya pada 7/1/2023 (tarikh sebelum saya menghantar surat resign) sebagai unpaid. Bolehkah berikan saya penerangan tentang hal ini?

    1. HRM

      Maaf, kami tidak dpt memberikan sebarang komen tanpa melihat polisi syarikat atau terma kontrak kerja anda. Kami syorkan anda menghubungi atau mengunjungi pejabat Jabatan Tenaga Kerja berhampiran utk khidmat nasihat yg lebih jitu.

  7. mohd

    majikan saya telah menuduh saya meng aib kan syarikat kerana memberi rakaman CCTV kepada pengadu yg mempunyai surat laporan polis …walaupun telah di maklumkan dalam talian Whatsapp namun terkeliru dengan notis air-conditioning Dan mesej sebelumnya di benaran namun sudah di update di atas ….apakah saya terlindung dalam undang undang buruh

    1. HRM

      Kami tidak dpt memberikan sbrg komen tanpa mengetahui keseluruhan fakta. Oleh itu, kami syorkan anda menghubungi pejabat JTK terdekat utk mendapatkan nasihat yg terperinci.

  8. Jamzy

    Saya baru bekerja 4 bulan di tempat kerja sekarang ini. Kalau ikut dalam surat tawaran, tempoh percubaan saya adalah 6 bulan. Dalam surat tidak dinyatakan berapa lama perlu bagi notis berhenti kerja sebelum / selepas tempoh percubaan. Cuma ada dinyatakan tentang termination iaitu 2 bulan. Jadi saya mau tanya, termination ini sah selepas tempoh percubaan / sebelum tempoh percubaan?

    1. HRM

      Tanpa meneliti keseluruhan terma surat tawaran tersebut, amat sukar utk kami memberi nasihat tepat. Jika tiada dinyatakan sebaliknya, kemungkinan besar sah utk kedua2 tempoh iaitu semasa dan selepas tempoh percubaan.

  9. Mohd Faisal Bin Awang Amit

    Adakah peruntukan undang-undang untuk wanita perkerja asing mengenai keistimewaan cuti bersalin, bayaran cuti bersalin dan seumpamanya seperti yang diberikan kepada wanita warganegara.

  10. Penjejak extreme

    Saya merupakan seorang PROTEGE di salah sebuah syarikat. Saya tidak suka persekitaran kerja saya disamping saya kerja luar daripada bidang yang saya pelajari, bolehkah saya menghantar notis 24 jam? Apakah hak yang saya boleh dapatkan ? Saya takut kena bayar sebulan gaji sebelum diberhentikan.. Tempoh perkhidmatan saya baru sebulan. Saya tidak dapat memikul tugas yang diberikan dan saya gagal untuk membuat yang terbaik bagi posisi kerja yang saya duduki sekarang..

    1. HRM

      Anda hendaklah merujuk terma di dalam kontrak kerja berkenaan notis untuk menamatkan kontrak.

  11. Roslina rashid

    Hello sy dari sabah..Saya telah berkerja d company saya dulu 1 tahun 2 bulan sdh trmasuk percibaan 3 bulan. Tapi tda surat kontrak kerja spanjang sy berkerja sana.Saya berhenti kerana tiada ketetapan masa rehat sewaktu berkerja & tiada cuti tahunan.kadang rehat pun tiada.tapi bayaran gaji hanya 1100 tiada tambahan.Serta saya berkerja lebih dari 8jam 1 hari dari jam 8 hinggah 5.30z.adakah saya layak pergi buat aduan .sy telah meletak jawatan 24jam bulan 5 pada tanggal 13 haribulan 5.saya menunggu habis bulan ni sama ada saya d bayar gaji atau tidak..ada saya layak menuntun gaji untuk berapa hari ni.

    1. HRM

      Anda blh melawat pejabat JTK berhampiran utk mendapatkan khidmat nasihat pegawai bertugas. Mereka akan mendengar keterangan anda dan blh membantu anda sekiranya perlu membuat aduan. Sila bawa bersama dokumen2 sokongan ssperti slip gaji, penyata caruman KWSP, dll.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.