A Lifestyle & Online Promotion Blog. Get your Samsung Galaxy S5 From RM50 per month HERE

Penamatan Kontrak Kerja

Dalam artikel-artikel yang lepas, telah banyak kali saya jelaskan bahawa hubungan dan tanggungan pekerja dan majikan adalah terkandung dalam kontrak yang di masuki oleh mereka. Dalam kata lain, hubungan mereka adalah hubungan kontrak (contractual relationship). Maka, undang-undang kontrak sangat terpakai dan terma-terma kontrak pekerjaan perlu dirujuk setiap kali ada pertikaian. Namun, terdapat juga undang-undang yang secara spesifik merujuk kepada tanggungjawab pekerja dan majikan dan ia perlu dipatuhi atau terma kontrak yang bertentangan itu akan terbatal.

Penamatan Kontrak Kerja

Anda boleh rujuk artikel-artikel lepas bagi mengetahui lebih lanjut akan hal ini. Untuk melihat senarai artikel di bawah topik undang-undang buruh yang telah ditulis di blog ini, sila KLIK DI SINI. Untuk panduan undang-undang kontrak pula, KLIK DI SINI.

Memandangkan hubungan pekerja dan majikan adalah hubungan secara kontrak, maka bila terputusnya hubungan ke dua-dua pihak ini, maka kita sebutkan sebagai “Penamatan Kontrak”. Bezakan juga penamatan kontrak dengan “Pembatalan Kontrak”. Ini dihuraikan  dalam artikel undang-undang kontrak. Secara ringkasnya, kontrak yang batal ialah kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan, manakala kontrak yang ditamatkan ia kontrak yang telah berkuatkuasa dan ditamatkan oleh pihak-pihak kepada kontrak atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimana Kontrak Kerja Di Tamatkan?

Umumnya bila ditanya soalan di atas, ramai pekerja cuma terfikirkan:-

  1. Hal pembuangan kerja oleh majikan, dan
  2. Notis berhenti kerja oleh pekerja.

Memang ia adalah sebab utama dan banyak kes penamatan kontrak kerja adalah berkisar kepada dua sebab ini. Namun, terdapat sebab-sebab lain kontrak kerja boleh ditamatkan. Antara sebab-sebab itu termasuklah:-

  • Pesaraan pekerja sebagaimana yang disebut dalam kontrak kerja
  • Kematian
  • Tamatnya tempoh kontrak yang tetap (fixed period)
  • Kecewaan Kontrak (Frustration Of Contract)
  • Sakit yang tidak boleh bekerja lagi
  • Pembubaran Perniagaan

Sebab-sebab yang lain tidak banyak diperbincangkan kerana ia agak ‘straight forward’ dan mudah difahami. Tidak wujud sangat pertikaian akibat penamatan kontrak secara sebegini. Namu, apabila kontrak di tamatkan atas sebab pembuangan kerja atau notis, maka banyak isu akan timbul. Pertikaian biasanya akan membawa ke Aduan Pada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan seterusnya kes di dengar di Mahkamah Perindustrian.

Notis Penamatan Kerja

Notis penamatan kerja dari pekerja kepada majikan dan majikan kepada pekerja biasanya di sebut dalam kontrak kerja. Bagi pekerja yang dilindungi Akta Kerja, peruntukkan mengenai notis berhenti kerja ada di sebut pada Seksyen 12 Akta Kerja 1955.

penamatan kontrak kerja

Dua perkara penting yang dinyatakan dalam seksyen ini adalah:-

  1. Tempoh notis hendaklah sama bagi pekerja dan majikan. Jika tempoh ini tidak dinyatakan dalam kontrak, maka tempohnya adalah sebagaimana yang disebut di bawah Seksyen 12.
  2. Mana-mana pihak boleh ‘waive’ atau melepaskan haknya terhadap notis yang perlu diberi.

Tempoh Notis

Notis yang diberi hendaklah secara bertulis dan tempoh notis adalah dikira dari tarikh ia diberikan. Penamatan kontrak tanpa notis hendaklah digantikan bayaran yang sama nilai dengan tempoh notis. Sebaik sahaja pekerja memberikan notis untuk berhenti kerja, ianya tidak boleh ditarik balik kecuali dengan persetujuan majikan.

tanpa notis

Seksyen 12 (3):

notis must written

Nota: Biarpun penamatan kontrak dengan notis dibenarkan oleh undang-undang, namun ia cuma tepat bagi maksud notis oleh pekerja sahaja. Majikan dalam memberikan notis behenti kepada pekerja perlulah melakukannya atas sebab-sebab tertentu seperti salah laku oleh pekerja.

Penamatan Kontrak Atas Salah Laku

Majikan boleh menamatkan kontrak kerja pekerja jika didapati pekerja salah laku. Peruntukkan berkaitan adalah pada Seksyen 14 Akta Kerja 1955. Namun, sebelum tindakan sebegini di buat oleh majikan, satu siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu dan pekerja hendaklah diberi peluang untuk membela dirinya.

penamatan kontrak salah laku

Penamatan Kontrak Atas Prestasi Kerja Yang Tidak Bagus

Majikan boleh menamatkan kontrak pekerja atas alasan prestasi kerja yang tidak memuaskan dengan syarat pekerja telah di maklumkan mengenai prestai kerja yang tidak memuaskan itu dan diberi peluang secukupnya untuk memperbaiki prestasi kerja nya.

Majikan juga telah mengambil langkah-langkah yang munsabah untuk membantu meningkatkan prestasi kerja, namun pekerja masih gagal memperbaiki prestasinya.

Penamatan Kontrak Akibat Pemecahan Kontrak

Pemecahan Kontrak berlaku apabila pekerja atau majikan telah melanggari terma-terma utama dalam kontrak mereka. Akta Kerja 1955 mengariskan beberapa perkara yang boleh di sifatkan sebagai pemecahan kontrak (deemed to have broken his contract of service) dan ini termasuklah:-

  1. Majikan tidak membayar gaji mengikut tempoh yang dijanjikan (Rujuk artikel: Upah Atau Gaji)
  2. Pekerja tidak hadir ke kerja dua atau lebih hari tanpa alasan yang munsabah (Rujuk artikel : Akibat Ponteng Kerja)
  3. Majikan mengubah terma kontrak dengan memasukkan terma yang berat sebelah tanpa persetujuan pekerja.

contract is broken

Perlu dingatkan kepada  semua bahawa isu berkaitan Penamatan Kontrak Kerja ini amatlah luas. Rujukan kepada kes-kes Mahkamah Perindustrian juga perlu bagi mendapat tafsiran yang lebih tepat pada peruntukkan Akta.

Walaupun undang-undang membenarkan penamatan kontrak menerusi pelbagai cara, namun fakta-fakta sampingan akan diambil oleh Mahkamah dalam menentukan keadilan telah di capai bagi kedua-dua pihak. Contohnya: Fakta bahawa pekerja ditangkap polis dan dalam waktu kerja bukanlah bukti kukuh untuk mensabitkan pekerja atas salah laku dan ditamatkan perkhidmatannya. Hal-hal ini akan diterangkan lebih lanjut dalam artikel-artikel akan datang insya-allah.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel di blog ini.

- Penamatan Kontrak Kerja

About the author: I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

Thesis Theme for WordPress

Comments on this entry are closed.

  • Salam,

    Saya ada pertanyaan di sini. Saya telah bekerja selama setahun, semasa mula-mula sy di terima sy tidak menerima offer letter, malah EPF dan SOCSO juga tiada di bincangkan. Selama setahun saya bekerja, majikan saya langsung tidak mencarum utk sy, walaupun perkara ini dalam pengetahuan beliau. Gaji pokok dan bersih sy adalah RM1000 tanpa ada sebarang elaun tambahan. Pada awal sy bekerja sy pernah bertanya majikan berapa lama notis yg di perlukan jika saya nk berhenti, tapi beliau mengelak utk jwp kerana beliau tiada ‘offer letter’ & ‘confirmation letter’. Saya juga memerlukan penjelasan tentang hak2 pekerja, namun die hanya menjawap ‘nanti kite bincang’. Sehingga kini tiada apa-apa perbincangan. Gaji sy juga tiada kenaikan walaupun sudah setahun sy berkhidmat. Saya tidak pernah membuat sebarang aduan tentang ini, dan jika saya memberikan notis 24 jam setelah menerima gaji adakah sy boleh dikenakan sbrg tindakan?

    • Saya harap anda tidak terkeliru dengan soal pematuhan Akta dan tanggungan kontrak. Ia dua perkara berbeza dan tidak boleh di campur adukkan.
      Keduanya, kontrak boleh secara lisan dan bertulis dan ia wujud secara implied. Contohnya: A menawarkan anda kerja dengannya dan bersetuju dan dtg ke tempatnya lalu melakukan kerja-kerja yg disuruh. Rujuk artikel mengenai undang2 kontrak dalam blog ini.
      Soal pematuhan Akta melibatkan tanggungjawab2 yg diletakkan oleh peruntukkan2 Akta kepada majikan dan pekerja menerusi statut-statut seperti Akta Kerja 1955, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebagainya. Kegagalan mematuhi peruntukkan Akta boleh menyebabkan denda atau penalti dikenakan. Bila berlaku kegagalan dalam pematuan Akta, misalnya wang KWSP tidak di carumkan, maka lapuran perlu di buat kepada KWSP utk tindakan oleh mereka.
      Kegagalan mematuhi Akta tidak bermakna kontrak pekerjaan terbatal. Maka dengan itu pekerja wajib mematuhi terma yg sedia ada. Dalam kes ini, jika notis berhenti kerja yg diperlukan adalah 1 bulan, maka 1 bulan notis perlu diberi.

      Terima kasih.

  • Assalamualaikum encik,

    Saya ada beberapa persoalan yang ingin ditanyakan kepada encik.

    1. Apakah perbezaan kiraan gaji harian dan gaji bulanan

    2. Cuti sakit termasuk sekali dalam gaji harian atau tidak, maksud saya perlu dibayar atau tidak jika pekerja kemukakan cuti sakit andainya pekerja tersebut menerima gaji harian

    3. Bagaimana pula dengan cuti umum? Layakkah pekerja bergaji harian mendapat cuti umum seperti pekerja bergaji bulanan

    Harap agar encik dapat menjawab setiap kemusykilan saya ini. terima kasih.

  • assalamualaikum en.

    saya ingin bertanya dimana kawan saya telah diberhentikan kerja dgn notis 24 jam kerana kesalahan disiplin iaitu menyelewang duit syarikat. untuk pengetahuan encik jugak kawan saya ini baru bekerja selama 6 bulan tapi belum confirm lg jawatan. Sebelum diberi notis berhenti majikan telah mengeluarkan surat amaran tunjuk sebab tetapi alasan yang diberikan tidak relevan.kawan sy ini juga telah digantung kerja selama 1 minggu. oleh itu majikan setuju utk terminate. so adakah perlu majikan membayar gaji penuh & termasuk hari beliau digantung kerja. mohon penjelasan dari encik. sekia terima kasih

    • Ya, gaji bagi mana-mana hari beliau berkerja masih perlu di bayar. Perkhidmatan beliau di tamatkan (terminated) dan kontraknya bukan terbatal dari awal lagi. Jika dia didapati bersalah, maka hari-hari yg dia digantung perkhidmatan tidak perlu di bayar.

  • sya ingin meminta pandangan tentang msalah sya bru2 ni. sya tlh di byar gaji 3 bln trmsuk pampasan, tmpa surat & tmpa pngtahuan sya sebab2 di tamat kan kerja. sya rsa amat tidak berpuas hati dgn tndakan yg di ambil.

    sya jga ingin betnya adakah layak org yg memgang pasport bekerja sebgi kerani bhgian industrie maksud sya undang2 buruh.

    dan adakah pekerja yg di ambil majikan pasport perladangan & pekerja bwa umur layak bekerja dlm industrie.

    • 1. Masalah tentang penamatan kerja boleh diadukan pada JTK yang berdekatan.
      2. Pekerja asing yang diberikan pas di bawah industri tertentu tidak boleh bekerja di industri lain. Ia satu kesalahan di bawah undang-undang imigresen negara kita.