Terdapat beberapa pindaan yang dibuat pada Akta Kerja 1955 tahun ini dan termasuklah pindaan pada Jadual Pertama Akta Kerja 1955 yang telah berkuatkuasa pada 1hb April 2012 yang lalu. Di bawah pindaan ini, mereka yang bergaji RM 1,500 hingga RM 2,000 kini layak mendapat perlindungan di bawah Akta Kerja 1955. Pindaan ini dibuat menerusi perintah yang dikeluarkan oleh Menteri Sumber Manusia yang diberikan kuasa di bawah sub seksyen 2(2) Akta Kerja 1955.
Di bawah perintah menteri P.U. (A) 88/2012 bertarikh 27hb Mac 2012, satu perintah berikut telah dibuat:
Kesan dari pindaan ini adalah seperti yang dinyatakan pada perenggan pertama di atas. Selepas tarikh 1hb april 2012, para majikan hendaklah membuat perubahan/adjustment yang sepatutnya.
- Pindaan Pada Jadual Pertama Akta Kerja 1955





A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
kompeni oil&gas, gaji ciput….hari2 KENE PAKSA OT, basic rm1500….boleh amek tindakan undang-undang x?
tidak salah majikan menyuruh pekerja buat OT asalkan syarat2 pembayaran OT dan peraturan2 di bawah Akta Kerja dipatuhi. Harap anda rujuk artikel mengenai Kerja Lebih Masa. Terima kasih.
Salam, Kalau akta kerja ini untuk perkerja gaji rm2000, ada tak perkerja yang gaji rm2000 keatas..Macam mana kalau ada problem?Kita nak refer kat mana…Setakat gaji rm2000 keatas graduan baru pun banyak.Ada kah ini adil seperti perkerja macam kita ini.Boleh bagi padangan or advice untuk kita..
W’salam. Dalam hubungan majikan dan pekerja, terma dan syarat-syarat adalah dirunding dalam kontrak yg dimasuki oleh kedua-duanya sebelum pekerja mula bekerja. Sebelum pekerja bersetuju utk memasuki kontrak tawar dan menawar dalam hal terma perlu dilakukan terlebih dahulu agar ia sesuai dengan pekerja. Namun, ada yg tidak kisah sangat bab ini lantaran terlalu takut tidak dapat kerja.
Had RM 2,000 adalah rasional bagi membantu mereka yg berpelajaran rendah yg biasanya bergaji rendah juga yang mungkin sukar membuat rundingan kontrak. Oleh itu, campurtangan kerajaan menerusi Akta diwujudkan.
Pekerja yg bergaji lebih RM 2,000 masih boleh mengadukan masaalah mereka kepada JTK jika mereka di aniya. Malah, majikan tidak boleh berbuat sesuka hati dengan mereka ini juga. Lihat perkara-perkara yg dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Ia cuma mewujudkan faedah minima dan bukan menggantikan kontrak kerja.
Terima kasih.
I carik pewartaan P.U. (A) 88 2012 dlm e-warta dan lawnet.com.my tak jumpa need copy of it fast… to advise boss accordingly tq…
check out http://www.federalgazette.agc.gov.my . U can download it for free
Terima kasih berkongsi ada amendment baru untuk Akta Kerja 1955 ini.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Uncle Gedek Protege
sy klu keje kosng mau gak heee…blh dipindahkan kerjaan open keje kosong tak perlu ar isi SPA bagai heee
suri recently posted..Berapa Budget You
Bagus la dah pindah. Kesian, budak Managent In Traning kena ‘buli’ buat kerja lebih. Tapi elaun dan ot tak dibayar. Jika dah dipindah, boleh buat aduan di pejabat buruh..
shaharil recently posted..Bila Naik Pengangkutan Awam… Prihatin Sikit
Maknanya sesiapa yg bergaji atas 2000 tidak layak mendapat perlindungan?
Cikgu Hairul recently posted..Kekurangan Guru Sukar Diatasi, Cikgu Juga yang salah
gagi rm900 naikkan mmg bagus heee bantu golongan yg tak berapa mampu..
suri recently posted..Berapa Budget You
kene semak blik akta2 selepas berlakunya perubahan..
Jebeng Otai™ recently posted..Jadual Suku Akhir EURO 2012 : Ramalan Vanfery