Service Tax Dan Pre-Paid Phones Di Malaysia

Bagi mereka yang tidak menyedari akan kewujudan Service Tax atau Cukai Perkhidmatan, suka saya jelaskan di sini yang cukai ini telah lama wujud di negara ini. Akta yang berkaitan iaitu, Akta Cukai Perkhidmatan 1975 atau Service Tax Act 1975 (Act 151) telah pun wujud sejak tahun 1975 dan di Gazette kan pada 30hb Januari 1975.

Service Tax Prepaid Users 540x333 Service Tax Dan Pre Paid Phones Di Malaysia

Gambar kredit kepada maicsa.org.my

Ia terpakai di seluruh Malaysia kecuali di Labuan, Pulau Langkawi dan Pulau Tioman (Seksyen 1 (1) Akta Cukai Pendapatan 1975). Ia juga tidak terpakai di kawasan yang dikenali sebagai “Joint Development Area” (Seksyen 1 (1A). Akta ini diwujudkan bagi pengutipan cukai bagi perkhidmatan (bukan barang) yang ditawarkan kepada pengguna.

Mereka yang membayar cukai ini (kepada Jabatan Kastam DiRaja  Malaysia dan bukan pada LHDN) didefinasikan di bawah Service Tax 1975 sebagai “taxable person”  dan “taxable services” (Rujuk juga pindaan tahun 2003). “Person” di sini tidak bermaksud individu atau orang perseorangan. Dalam undang-undang, ia merujuk kepada mana-mana pihak yang ada “legal identity” dan termasuklah individu, firma, syarikat, organisasi dan sebagainya.

Seksyen 2 Akta ini mendefinasikan taxable person dan taxble services sebagai “taxable person is defined as any person who is prescribed to be a taxable person and taxable services means any service which is prescribed to be a taxable service.”  Untuk mengenal pasti mereka yang dikenakan cukai ini, maka Jadual Kedua pada Akta Cukai Perkhidmatan 1975 perlu dirujuk dan Akta ini membahagikan pihak-pihak yang kena cukai kepada 9 kumpulan. Sila rujuk jadual di bawah:

Service Tax Act 1975 540x373 Service Tax Dan Pre Paid Phones Di Malaysia

Gambar kredit kepada tradechakra.com

Kadar cukai perkhidmatan sebelum ini adalah pada kadar 5% sahaja. Namun kadar ini dinaikkan kepada 6% berkuatkuasa 1hb Januari 2011. Mereka yang perlu membayar cukai ini hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kastam Di Raja yang berdekatan. Semua pembayaran kena cukai perlu di submit dengan seberapa segera kepada Jabatan Kastam untuk mengelakkan sebarang tindakan atau penalti.

Isu mengenai cukai perkhidmatan menjadi hangat apabila syarikat-syarikat tele-komunikasi mengumumkan bahawa mereka akan memindahkan beban cukai 6% kepada pengguna. Ini bagi pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar. Rata-rata ramai yang menentang dan tidak kurang yang mahukan syarikat-syarikat ini  menimbang semula keputusan mereka. Soalannya apa yang hangatnya tentang isu ini? Mengapa ramai pihak yang membicarakannya?

Untuk rekod, perkhidmatan prabayar atau pre-paid ini mula diperkenalkan pada tahun 1998. Pada awalnya, syarikat-syarikat telekomunikasi telah menanggung kos cukai perkhidmatan ini, namun kini ia dikatakan tidak sanggup lagi menanggung beban kos tersebut dan ingin memindahkan kepada pengguna.

Hmmm… memindahkan beban cukai kepada pengguna?  Bagi mereka yang dah biasa makan garam (perumpamaan not literally tau!), pastinya tahu yang bagi setiap barangan yang dijual, semua KOS adalah di tanggung oleh pembeli! Bukan setakat kos cukai sahaja, kos sewa kedai, kos pengangkutan, kos buruh, kos iklan, kos Ninja Turtle peniaga, semuanya pelanggan yang tanggung. Kalau tak, macam mana peniaga nak untung, apa lagi nak kaya! SEMUANYA DAH DIKIRA! Betul tak?

So, cakap-cakap yang baru sekarang tak sanggup nak tanggung beban cukai agak NONESENSE bagi saya! Kalau nak naikkan harga, cakap sahaja lah… takkan nak bagi salah gomen, nak bagi salah Akta, nak bagi salah pengguna dan sebagainya. Hmm.. taktik lama lah bro.

Cara kenaikkan dan pengumuman di buat memberikan dua persepsi. Satu nya dari segi politik yang tidak akan saya kupas di sini tetapi anda boleh baca respond blog-blog politik yang cuba mentafsirkan situasi ini. Satu lagi dari sudut kepenggunaan. Kita sebagai pengguna kini hadapi satu gabungan peniaga yang kuat dan seolah-olah wujudnya manopoli dalam industri ini.

Syarikat-syarikat telekomunikasi kini sedar bahawa untuk “survive”, mereka tidak seharusnya “compete” tetapi saling membantu sesama mereka. Kalau dulu-dulu 010, 019 untuk Celcom aje, tetapi sekarang, anda boleh pakai 010 dan register dengan Digi atau Maxis juga.  Jika dulu-dulu, tak bayar bil Celcom, anda cuma kena blacklist oleh Celcom sahaja. Namun, kini tak bayar Celcom, kena blacklist juga dengan Maxis dan DiGi.

Oleh itu, tidak hairanlah bab nak naikkan harga ini, mereka juga sepakat – sama-sama kata yang mereka terpaksa naikkan kerana  tak sanggup tanggung  beban cukai perkhidmatan. Alahai tak ada alasan lain ker? A bit cliché lak!

Oleh itu, kita semua sebagai pengguna pun mesti bijak juga. Kalau tak perlu call atau sms, tak usahlah buat! Jimat duit, jimat masa. Plus, tak perlu bising-bising.. icon biggrin Service Tax Dan Pre Paid Phones Di Malaysia Renung-renungkan lah…

- Service Tax Dan Pre-Paid Phones Di Malaysia

 Service Tax Dan Pre Paid Phones Di Malaysia

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Service Tax Dan Pre Paid Phones Di Malaysia

Latest posts by Ismail N (see all)

Comments on this entry are closed.

  • bro bro October 5, 2013, 4:36 am

    bro kalau saya menjalan perkhidmatan photographer kita kene cukai tak?

    • Ismail N October 8, 2013, 3:58 am

      Ya, sepatutnya cukai perkhidmatan perlu dibayar.

  • Iqbal September 14, 2011, 8:18 pm

    Sebelum pengumuman cukai, ada peniaga di tmpat saya jual topup extra caj 50sen. Contoh, topup RM10 dijual RM10.50. Maybe kalau cukai dilaksanakan nanti, boleh cecah RM11.10.

  • titan September 14, 2011, 8:13 pm

    hoho..harap diorang tangguhkan sampai tahun 2020 nanti. hehe..

  • LiFe KaMi September 13, 2011, 7:48 pm

    sekarang ni zaman dah maju,
    alasan2 yang disebut semua akan kita kaji..
    semua benda nak naik,
    taraf hidup semakin tertekan, sosial dan jenayah semakin meningkat,
    kerajaan harus melakukan sesuatu yang lebih berkesan bukan hanya cakap kosong..

  • nurmisnan September 13, 2011, 4:23 pm

    Alasan mcm tuh jer… hampeh…

    kalau semua naik cukai, barang naik, minyak naik
    alamat rakyat Msia sengkang mata keja lebih masa..

  • nizamghazi September 13, 2011, 5:55 am

    Erm. bila baca 6% cukai, sy rasa ada kedai yg
    dah buat cukai sendiri utk topup. Katakan topup RM5 klu naik 6%
    akan jadi 5.30, tpi dia dah lama jual RM5.50 dgn senang hati :)

    Cara paling the best klu ada users nk jimat,
    direct msg je kat fesbook.
    Klu nk call tggu skype kt umah. hehehe

    Pepe pun service telco & tenet di M’sia ni masih belum ditahap yg begitu memuaskan – Personal Option

  • Amirez September 13, 2011, 5:29 am

    nasib baik ditangguhkan. ada masa nak beli topup banyak2 hehe

  • tehr September 12, 2011, 10:16 pm

    saya guna postpaid
    tak tahu cukai apa yang telah lama sedia terbayar
    huhu

    • IN September 13, 2011, 3:13 am

      post paid mmg terbaik he he.. caj murah kalu kena cara penggunaanya :D

  • Pacifista September 12, 2011, 1:03 pm

    tak payah la membebankan pengguna yang sememangnya terbeban sekarang ni…

    • IN September 13, 2011, 3:13 am

      kena jadi peniaga la bro utk elak terbeban ahak ahak.. :D

  • dnoBiz September 12, 2011, 12:54 pm

    keputusan yang tak popular di waktu yang cukup tak sesuai…
    kalau astro mungkin bukan isu besar sebab bukan satu keperluan yang wajib, tapi kalau kes prabayar ni, memang patut dipertikaikan

    • IN September 13, 2011, 3:12 am

      ada udang disebalik mee ni bro… :D

  • Cik Siti September 12, 2011, 10:37 am

    susah nak komen sebab Cik Siti guna bil dan dah ada caj tu….

    • IN September 13, 2011, 3:11 am

      kawe pon pakai post paid.. so patutnya tak payah sibuk masuk campur he he :D Saja jer nak bako..

  • Tie September 12, 2011, 8:41 am

    Err…. sebab tu kak tie lebih suka guna email jer… jika boleh laa… Leceh nak taip sms, lambat pon.

    .
    .
    .
    Selamat Hari Raya , Mail…. :P

    • IN September 13, 2011, 3:10 am

      he he.. bukan Kak Tie pakai FB jer :wink:
      Selamat Hari Raya kak.. long time no see?
      Maaf Zahir Batin.

  • maza September 12, 2011, 6:27 am

    mengikut jejak abg Astro lah tu.. hehehee

    dulu2 masa sebelum GSP ini cukai memang ada 5% dan diserap dlm harga secara outomatik.. Tapi skrg sejak GSP diperkenalkan, serta merta mereka auta-belit letak depan2 mata 6% off selling price tu.. dan pada hakikatnya mereka menaikan harga sebanyak 5% (tinggi tu)… dan pengguna menanggung kenaikan harga sebanyak 11% (5% + 6%).. aderkk…

    ekonomi kapitalis sungguh! uhuk!….

    • IN September 13, 2011, 3:09 am

      He he.. trick org berniaga.. paham2 jer lah :D

  • adele September 12, 2011, 5:16 am

    malas nk pk pasal cukai ni..sy dah beli topup byk2 utk mngelakkan cukai mggu depan..hahahaha

    • IN September 13, 2011, 3:08 am

      woittt… awal ehhh..
      tapi sayangnya.. kenaikkan harga ditangguhkan (news semalam). :D

  • hafizmd September 12, 2011, 5:01 am

    alasan yg mereka guna mmg lapuk…setuju ngn bro

    akhirnya, kita pengguna juga yg terbeban

    pihak atas mmg ada bersuara kata itu dan ini, tapi sudahnya nampak macam takde apa2 tindakan yg menguntungkan pengguna (macam kes astro)

    jadi, kita kenalah lebih bijak dan selektif

    • IN September 13, 2011, 3:07 am

      bijak..bijak..
      :D

  • akubiomed September 12, 2011, 4:38 am

    Pening-pening cukai sana sini dan kenaikan kos sara hidup :-(

    • IN September 13, 2011, 3:06 am

      :D :wink:

  • anif September 12, 2011, 4:36 am

    Bila Telco bergabung usaha dan besetuju dengan sesuatu matlamat umpama membentuk “Cartel”! Rasanya ada akta yang melarang sebarang pembentukan ini!

    • IN September 13, 2011, 3:06 am

      Kat US mungkin ada. Di Malaysia nada bro… :D

This Blog is hosted at:

Powered by:

Get your SEO Responsive Skins here: