Tindakan cuti tanpa kebenaran (AWOL) tidak secara automatik mengakibatkan seseorang pekerja itu dibuang kerja. Ia memberikan majikan opsyen untuk majikan menghentikan beliau atas pemecahan kontrak. Seskyen 15 Akta Pekerjaan 1955 yang berkaitan pemecahan kontrak perlu dibaca bersama Seksyen 13 yang mengatakan pihak yang satu lagi MAY TERMINATE (boleh tamatkan kontrak) bila ada pemecahan kontrak ini.
Harus diingat bila anda mencari kerja di tempat baru, bakal majikan anda akan membuat siasatan latar belakang anda termasuk menghubungi majikan lama. Oleh itu, sebarang masaalah disiplin dan AWOL boleh membuatkan anda sukar mendapatkan pekerjaan di tempat lain.
Caj perkhidmatan adalah termasuk dalam definasi “upah” di bawah Akta Pekerjaan, oleh itu ia wajib di bayar. Rujuk entri lalu yang berkaitan UPAH DAN GAJI.
Pengiraan gaji bagi notis di atas bergantung pada bila tempoh gaji di bayar. Jika ia di bayar pada hujung bulan, maka gaji dari 1hb hingga 20hb akan dikira secara pro-rata. Rujuk juga maksud Ordinary Rate of Pay dalam entri OVERTIME yang lalu.
Undang-undang buruh tidak membenarkan pekerja berkerja melebihi 8 jam sehari atau 10 jam dalam “spread over period“. Kekecualiaan dgn izin DG ialah sehingga 12 jam. Kerja dari pukul 12 am hingga 3 petang pada hari yang sama adalah satu kesalahan di bawah undang-undang buruh biarpun pekerja di bayar OT sekalipun. Rujuk juga pada Industrial Court Award 189/1983.
Cara dan apa yang mahu dibayar seharusnya dinyatakan dalam kontrak pekerjaan. Sila rujuk kontrak kerja dalam hal caj perkhidmatan.
Untuk pengiraan mengikut “piece rate”, kita perlu tahu terlebih dahulu apa itu “piece rate”. Ia merujuk kepada cara pembayaran berdasarkan output pekerja. Adakalanya dipanggil sebagai “payment by results”. Ia tidak mengikut masa kerja dan sebaliknya kepada tugasan2 yang telah disiapkan. Dalam zaman internet sekarang, banyak kerja-kerja seperti menaip, menulis artikel, menjawab survey di bayar dalam bentuk ini – PIECE RATE!
Untuk mengira upah atau gaji pekerja bagi cara begini, kadar bagi setiap output hendaklah ditentukan terlebih dahulu. Contohnya: Jika anda mengambil seorang pekerja untuk menaip artikel, maka kadar satu artikel itu perlu di tentukan terlebih dahulu. Kadar ini kemudiannya di kali dengan output yang dihasilkan bagi mendapatkan gaji sehari.
Katakan kadar satu artikel di bayar pada RM 25. Dalam satu hari, biasanya pekerja akan submit 4 artikel yang ditaip, maka kadar gajinya sehari adalah RM 25 x 4 (output) = RM 100 sehari. RM 100 itu adalah (Ordinary Rate Of Pay / ORP) baginya.
Jika perkerja itu berkerja di pejabat mengikut masa pejabat, maka bahagikan ORP nya dengan jumlah masa bekerja yang biasa (normal hours of work). Maka, anda akan dapat Hourly Rate of Pay (HRP). Kiraan OT boleh di kira dengan melihat pada jadual di entri OVERTIME/KERJA LEBIH MASA.
Majikan hendaklah membayar tidak lewat 7 hari dari tempoh upah berakhir. Rujuk lebih lanjut di entri berkenaan UPAH DAN GAJI.
Bayaran overtime adalah untuk “work done” atau kerja-kerja yang dibuat dalam perkhidmatan sahaja.
XXXX
Harapan saya anda semua berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Maaf kerana mengambil masa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut. Terima kasih.
- Soalan Dan Jawapan Akta Pekerjaan 1955








A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
Sye kerje sebagai pemandu direstoran kerje takde cuti rehat,5pg-8pg, 12t.ari-8mlm, 11mlm-12.30mlm gaji rm50 takde elaun takde potong epf socso takde bonus,dah kerje selame 7tahun .sye keje buang kerje layak tak sye tuntut pampasan?
Salam….
Sy nk tny,sy berkerja dsebuah syarikat mejual keperluan bilik sbgai promoter dan dtugaskn di parkson..sy nk mntk pandangan en.@cik..ape yg perlu sy buat klu orang parkson xpuas ati dng sy sdangkn meneger syarikat sy xde mslah dng sy,bru2 nie dye sms lg sy pny meneger supaya sy dtukar kn dtmpat laen…ape yg ptt sy lakukan????
Terima kasih
salam,
sy bekerja di sykt kawalan keselamatan caw. j.bahru, baru-baru perlaksanaan wajib gaji minimum. oleh itu, sykt ini tidak boleh survive di caw.jb dan pihak ibupejabat telah menghantar withdraw letter kpd client sehingga 30/4/13. Gm sy telah slowtalk untuk saya pindah ke Melaka (HQ), sy cakap fikir dulu kerana keadaan saya ( anak 6 orang perlu ditukar skolah ). Jadi saya belum memberi kata putus.
Perlu ke saya pergi ke Melaka. skrg gaji saya (gaji pokok 600+elaun= RM1100 shj). Boleh ke saya demand untuk permindahan saya spt kenaikan gaji @ akhirnya jika tidak setuju, perlu ke saya menulis surat resign.
Utk info, sy telah bekerja bermula 20/5/09 sehingga sekarang…
tk
salam,
saya telah menghantar notis 24jam kepada company pada 28 mac dgn alasan sy mempunyai masalah peribadi yg tidak dpt diceritakan. di dlm surat perlantikan, telah di nyatakan sy sepatut nya mnghantar notis 1 bulan. dan sy telah memaklumkan pada majikan sy, sekira nya sy perlu membayar balik sebulan gaji, sy akan bayar. sehingga sekarang, saya masih belom terima apa2 panggilan dari pihak company. dan ada sumber memberitahu saya, pihak company ingin menyaman saya atas sebab yang sy sendiri pun tidak pasti kerana sy hanya lah pekerja biasa dan tidak memberi kan apa2 kerugian pada company sekira nya saya berhenti. adakah wajar untuk pihak company menyaman saya atas sebab menghantar notis 24jam? dan sekira nya saya akan di kenakan tindakan atas sebab tidak mengikut syarat 1 bulan notis, apakah tindakan yang sewajar nya di kena kan? harap anda dapat membantu. sekian.
Salam,
16 Januari lepas,ayah sy telah dimasukkn ke hospital sebab pengsan di tempat kerja, setelah diperiksa ayah sy didapati menghidap stroke dan tidak dapat diketahui sama ada ia kekal atau sementara. Pihak majikan telah memberi gaji penuh untuk bulan januari-febuari shj dan utk bulan mac dan sterusnya, sy diberitahu oleh majikan , pekerja adalah layak atau tidak layak dapat gaji seterusnye dengan mengikut budi bicara majikan tersebut disebabkn pekerja telah dapat elaun perkeso iaitu sebanyak rm40 sehari shj . Soalan sy, berapa bulan gajikah yang sepatutnya majikan perlu beri kepada pekerja dari tarikh 16 jan ?
Bergantung kepda sakit beliau dan samada beliau di tahan dihospital atau tidak. Maklumat tentang cuti sakit dan cuti tambahan akibat dimasukkan dalam hospital boleh dirujuk di SINI.
Salam. Saya baru sahaja memberi notis perletakan jawatan disebuah syarikat swasta pada 22hb mac 2013.soalan saya:
1. Bila tarikh terakhir saya bekerja? Adakah mesti 22hb april?
2. Sekiranya saya ingin berhenti awal dari tarikh yang sepatutnya, adakah boleh? ini kerana saya telah dipanggil kerja oleh syarikat baru pada 15hb april. adakah boleh saya mengambill cuti tanpa gaji untuk baki 7hari lagi waktu bekerja sebelum tarikh terakhir saya sepatutnya bekerja? untuk makluman, saya telah bekerja selama setahun sebulan di syarikat tersebut.mohon penjelasan, adakah saya boleh dikenakan tindakan sekiranya saya berhenti awal dari tarikh yang sepatutnya? mohon jasa untuk pemahaman saya. Terima kasih.
salam,
jika majikan memberi gaji kita separuh dari gaji yang sepatutnya, tanpa mengeluarkan surat rasmi. Apakah tindakan kita yang sepatutnya. Terima kasih.
Salam sejahtera…nak tanya. Saya bekerja di salah sebuah universiti swasta di KL sebagai admin executive. Sudah setahun saya bekerja di sini dan kini telah masuk tahun kedua. Saya masih diletakan dalam kategori staff kontrak. tidak kenaikkan gaji diberikan sehingga kini. Di dalam kontrak saya di nyatakan sekiranya saya ingin berhenti kerja saya harus memberikan notis selama tiga bulan ( 3months notice or 3 months salary in lieu). Saya hanya nak tahu bahawa boleh tak saya berikan otis 24 jam untuk berhenti kerja dari sini. Sekiranya saya memberikan notis selama 24 jam adakah apa-apa tindakan undang undang akan di ambil terhadap saya.
Sekian terima kasih.
Ya, tuntutan boleh di buat terhadap anda. Maksud ‘in lieu’ itu adalah ‘instead of’ atau ‘atau’.
Jadi bila mahu berhenti atau boss mahu berhentikan kerja dan terdapat keperluan notis dalam kontrak, maka pihak2 yg ingin menamatkan kontrak perlu memberikan notis atau/in lieu of nilai gaji bagi tempoh notis itu. Kegagalan berbuat demikian adalah satu perlanggaran terma kontrak dan pihak yg melanggar terma kontrak boleh dituntut.
Assalamualaikum.. saya ingin bertanya.. jika gaji pokok saya rm2000.. dan pada bulan tersebut adalah febuari(28hari) dan bulan tersebut mempunyai 2 hari public holiday dan hari ahad.. adakah gaji bulan tersebut dibayar mengikut 24hari sahaja atau dibayar gaji pokok rm2000?
Gaji pokok RM 2,000 bermakna anda dibayar secara bulanan dan bukan pekerja bergaji hari bukan? Dalam keadaan itu, maka RM 2,000 hendaklah dibayar tak kira berapa hari atau cuti dalam sesuatu bulan itu.
askum… saya ingin bertanya.. saya telah di jadualkan untuk bekerja pada hari off day dan rest day.. jika saya tidak hadir untuk berkerja pada hari tersebut adakah saya telah melakukan kesalahan..harap mendapat penjelasan tk
Ya, kecuali anda telah inform majikan awal2 yg anda tidak mahu hadir dan majikan akan take note kengganan anda itu bagi tujuan appraisal nanti.
Saya memilih untuk tidak memperbaharui kontrak pekerjaan saya dengan majikan dan setelah kontrak saya tamat saya terus tidak datang kerja dan tidak memberi notis ke majikan saya. Sekarang majikan saya memberi surat kepada saya untuk membayar sebulan gaji. Adakah tindakan majikan ini melanggar undang-undang
Jika kontrak anda secara spesifik sebut tarikh tamat kontrak dan tiada terma yg wujud kan pembahruan automatik, maka kontrak itu telah tamat dan boleh utk tidak ke pejabat lagi tanpa beri notis. Cuma dari seegi etika, sebaiknya hubungi majikan dan memberitahu anda tidak berminat utk sambung kontrak lagi.
Tuan
Apakah yang di maksudkan salient features of Employement Act 1955
yg ketara dan perlu di ambil perhatian
selamat t.hari. saya tidak faham tentang cuti sakit.adakah cuti sakit untuk demam sahaja boleh diclaim.selain itu tidak boleh diclaim.adakah undang-undang begini.tolong jelaskan.terimakasih.
berkenaan syarikat akan berpindah. apakah tindakan sepatutnya perlu diambil oleh majikan sekiranya pekerja tidak boleh ikut berpindah? dan apakah faedah yg perlu dibayar kpd pekerja?