Samsung Galaxy s5

Sokongan Terhadap Akta Gaji Minima

35 Flares Twitter 2 Facebook 24 Google+ 9 Pin It Share 0 StumbleUpon 0 LinkedIn 0 35 Flares ×

Dulu lain sekarang lain. Beberapa tahun lalu, saya pastinya akan menyokong 100% hasrat kerajaan meminda undang-undang dan memasukkan peruntukkan berkaitan gaji minima. Akan tetapi persepsi dan pandangan manusia boleh merubah dengan sekelip mata apalagi dalam beberapa tahun. Mungkin tambahan beberapa tahun pengalaman dalam hidup membuat saya berfikir lebih jauh lagi akan impak atau kesan sesuatu perubahan yang mahu dibuat. Ia tidak boleh dilihat hanya pada segolongan individu (dalam kes ini pekerja yang SEDIA ADA bekerja), namun juga golongan-golongan lain (meliputi majikan, penggangur dan juga pesara).

gaji minima

Gambar kredit kepada comics.com

Oleh itu, saya rasa meletakkan gaji minima, terutamanya jika terlalu tinggi dari pasaran sekarang, boleh memberikan impak yang kurang baik buat negara. Kajian yang menyeluruh dan sifat berhati-hati dalam hal ini amat diperlukan sebelum ia boleh dilaksanakan.

Saya ada membaca beberapa buah blog yang menulis berkenaan dengan hal ini. Tentulah seperti yang sering dikatakan oleh abang saya kepada saya – “bloggers suka ambil side:D Jadi apa-apa yang kita baca hendaklah kita “take it with a pinch of salt”. Tidak boleh telan semua ya kan?

Sebelum kita berdiskusi dengan lebih lanjut, elok juga kita fahami apa itu “gaji minima” terlebih dahulu. Pastinya ada beza antara gaji minima dan gaji rendah. Gaji minima merujuk kepada perundangan yang menetapkan kadar terendah yang majikan boleh bayar kepada pekerja. Jika undang-undang menetapkan gaji minima adalah RM 600 sebulan, maka majikan tidak boleh mengajikan pekerja di bawah RM 600 biarpun tugasnya cuma menyapu lantai pejabat sahaja setiap hari selama 4 hari seminggu!

Fakta yang jika dulu saya pastinya akan menyokong “Gaji Minima” menunjukkan yang peruntukkan ini bukanlah suatu yang tidak baik langsung! Mana-mana pekerja yang  makan gaji pastinya akan bergembira terutamanya mereka yang bakal menikmati faedah dari implementasi peruntukkan ini. Oleh itu, buat permulaan, apa kata kita sokong dulu kewujudan “Gaji Minima” ini. Soal berapa gaji minima akan kita halusi pula selepas ini.

Agak penting untuk ambil perhatian bahawa undang-undang berkaitan dengan gaji minima memang telah sedia ada sejak lama lagi dan telah diguna pakai di banyak buah negara di dunia. Malahan lebih 90% buah negara di dunia ada mempunyai undang-undang berkaitan dengan gaji minima. Negara-negara itu termasuklah China, Kanada, Australia, Perancis, Spain dan lain-lain lagi. Cara implementasi mereka adalah berbeza-beza dan hasil yang dicapai juga berbeza-beza.

Di Malaysia, kita ada Wages Council Act 1947 yang masih terpakai hingga ke hari ini. Cuma ia agak “outdated” dan peruntukannya banyak yang tidak relevan dan sesuai bagi maksud gaji minima yang kita perbincangkan ini. Pindaan diperlukan, namun kerajaan sudah pun mengumumkan satu Akta yang baru akan diluluskan bagi memberi garis panduan terbaru gaji minima di Malaysia.

Dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan gaji minima, objektif yang mahu di capai biasanya adalah sama iaitu –PEMBASMIAN KEMISKINAN! Dalam kata lain “Gaji Minima” digunakan sebagai satu alat (tool) untuk mengurangkan kemiskinan dengan memberikan lebih “purchasing power” pada orang-orang miskin atau bergaji rendah. Jika bersetuju bahawa gaji minima adalah satu alat yang perlu dalam masyarakat kita hari ini untuk membasmi kemiskinan, maka kita perlu ada mekanisma untuk melaksanakannya dan yang penting sekali kata sepakat Apakah gaji minima yang sesuai bagi rakyat Malaysia?

Menurut Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan, gaji minima hendaklah diletakkan pada RM900. MTUC, menurut Khalid lagi, TIDAK AKAN TERIMA apa-apa amaun yang kurang dari RM900!

PETALING JAYA: The proposed minimum wage should be at least RM900 per month, says MTUC. The amount would help to lift the poor out of poverty, its president Mohd Khalid Atan said yesterday. He added that RM900 should be the basic wage rate and it should not be inclusive of allowances, adding that the policy should be revised every two years.

“We will not accept anything less than RM900.

“If it is going to be below RM900, what’s the point of the Government trying to become a high-income nation?” he asked. Mohd Khalid said the minimum wage should be above the poverty line of RM720 in the peninsula, RM780 in Sabah and RM760 in Sarawak.

(Sumber: The Star Online)

Yang baik mengenai gaji minima ialah ia akan meyemarakkan ramai insan-insan yang sering memilih kerja untuk menaip “resume” dan mula mencari pekerjaan semula :D Selain dari itu, organisasi juga akan cuba menjadi lebih effisyen dalam menangani kos yang meningkat naik. Dan tentu sekali, golongan berpendapatan rendah akan dapat upah yang lebih baik dan setimpal dengan penat lelah mereka.

Saya tidak pasti di tempat lain, namun di Sabah masih terdapat ramai pekerja yang masih terima gaji di sekitar RM 300 hingga RM 400 sebulan. Malah yang di bawah RM 300 pun masih ada. Saya pasti ramai majikan yang sedar betapa rendahnya amaun tersebut kerana ramai yang cuba “compensate” dengan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat tinggal, air dan elektrik serta makanan. Ada juga yang diberikan komisyen bagi tugas-tugas spesifik seperti mendapatkan pelanggan kepada majikan mereka. Dalam kata lain juga, majikan TAHU gaji adalah rendah akan tetapi untuk menaikkan gaji adalah TIDAK sama sekali! Maka untuk menarik sumber manusia, kemudahan, faedah dan bonus di tawarkan kepada mereka.

Lonjakan dari sekitar RM 300 kepada RM 900 yang dicadangkan oleh MTUC adalah satu lonjakan yang amat besar sekali. Bagi mereka yang bergaji RM 900 ke bawah, pastinya tersenyum lebar, namun bagi yang bergaji RM 900 ke atas pula bagaimana? Bayangkan jika anda bergaji RM 900 dan menjadi “supervisor” di tempat anda, bagaimana anda rasa bila tiba-tiba kakak yang mencuci tandas di sana yang sebelum ini bergaji RM 300 tiba-tiba sama gajinya dengan anda? :D

The worst part buat anda (yang gaji melebihi RM 900) adalah akibat kenaikan gaji pekerja-pekerja ini, inflasi akan berlaku dan barangan akan banyak naik harga sedangkan anda masih di takuk lama. Ingat undang-undang ini berkaitan dengan GAJI MINIMA dan bukannya gaji rendah. Kerajaan boleh letakkan tahap minima pada gaji menerusi perundangan sebegini, tetapi ia tidak boleh campur tangan dalam pemberian upah/gaji pekerja-pekerja dalam sesuatu organisasi/perniagaan. Gaji anda mungkin akan kekal begitu sahaja dan kemungkinan akan naik mungkin lebih lambat akibat kenaikkan kos yang majikan anda terpaksa tanggung dari segi sumber manusia dan barang-barang di pasaran.

Niat untuk mengadakan gaji minima memanglah baik, namun implementasinya perlulah dilaksanakan  dengan baik juga. Salah satu perkara yang ditakuti adalah ia akan mewujudkan juga apa yang dikenali sebagai “involuntary unemployment” yang mana majikan akan mengurangkan tenaga buruh bagi mengelakkan kos sumber manusia yang tinggi. Gaji minima mengakibatkan pekerja menjadi lebih mahal untuk digaji. Maka apabila majikan mahu mengecilkan saiz jumlah pekerjanya, sudah pasti ia akan membuang pekerja yang lemah. Yang lemah adalah mereka yang berpendidikan rendah yang sudah tentu juga miskin. Akhirnya, orang miskin sendiri menghadapi diskriminasi di tempat kerja. Sedangkan matlamat asal gaji minima adalah untuk membantu orang miskin.

Satu yang pasti majikan pastinya tidak mahu kerugian apalagi tutup kedai atau bankrupt.. palis-palis.. Oleh itu, apa-apa perubahan pada perundangan akan dicari jalan keluar pula dan yang sengsara pastinya pekerja. Teringat saya bila Ordinan Buruh Sabah diperkenalkan di Sabah tidak lama dulu. Saya dikerahkan oleh boss untuk mengkaji dan mencadangkan apa-apa jalan yang boleh menurunkan kos syarikat asalkan tidak melanggar Ordinan. Antara, yang diimplementasikan termasuklah pekerja-pekerja yang dilindungi Ordinan Buruh tidak dibenarkan berkerja lebih masa atau bekerja di hari cuti umum. Kerja-kerja perlu disiapkan dalam masa pejabat atau telinga panas di marahi boss. Jika ada emergency selepas waktu pejabat atau hari cuti, eksekutif atau pengurus yang tidak dilindungi oleh Ordinan terpkasa pergi buat!!! Ada juga beberapa perkara lain yang dibuat dengan mengambil kesempatan beberapa “loopholes” yang ada dalam Ordinan bagi mengurangkan kos dan memaksimakan keuntungan.

Terdapat juga “arguement” yang mengatakan bahawa perlaksanaan gaji minima boleh disifatkan sebagai diskriminasi kaum! Ini majikan yang akan menghadapi kesulitan nanti adalah mereka-mereka yang dalam SME (small-medium industries) terutamanya kedai-kedai makan, kedai runcit, kedai sayur dan sebagainya. Kebanyakkan mereka ini adalah dari bangsa?

Gaji minima juga merupakan satu tarikan kepada anak muda untuk berhenti sekolah dan bekerja. Ini merupakan kesan negatif timbul dari premis gaji minima akan menggalakan lebih ramai individu untuk bekerja. Bukan sahaja yang miskin akan bekerja, tetapi juga anak muda yang masih belajar. Sekiranya anak muda meneruskan pelajaran, mereka berpeluang menikmati tingkat gaji lebih tinggi dengan kelayakan pendidikan lebih tinggi.

Satu lagi perkara yang harus di beri perhatian ialah negara kita masih berkembang dan jika kos produktiviti meningkat, maka pelaburan asing ke dalam negara juga akan berkurangan.

Ada banyak lagi perkara yang boleh diperbincangkan dalam topik ini, namun cukuplah apa yang sudah ditaip di atas bagi mengingatkan betapa perlunya kita berhati-hati dalam melaksanakan hal ini. Ada banyak cara untuk membantu golongan miskin dan yang UTAMA nya menerusi PENDIDIKAN. Ramai yang pastinya sudah mendengar beribu kali cerita bagaimana anak-anak kampung dari keluarga miskin keluar dari belenggu kemiskinan setelah mendapat pendidikan tinggi. Malah ada juga pekerja-pekerja lepasan SPM yang menjadi rajin selepas berkerja dan kemudiannya mengambil part-time degree sehingga berjaya membaiki taraf hidup mereka.

Saya ada kawan dan rakan yang mengajar di sekolah berprestasi tinggi dan ramai yang simpati dengan kanak-kanak miskin yang tiada buku mencukupi atau pergi ke tuisyen. Mereka ini yang sengsara untuk “compete” dengan anak-anak orang kaya dan ada yang akhirnya terpaksa pindah ke sekolah lain, lantaran akibat tekanan pencapaian akademik yang tinggi dari pihak sekolah tanpa mengambil kira latar belakang mereka. Jika mereka berpindah ke sekolah yang kurang baik dan tidak mendapat perhatian secukupnya, maka mereka akan kekal ditakuk lama dan samada Gaji Minima di wujudkan atau tidak, mereka sentiasa “vulnerable” dan sukar untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

- Sokongan Terhadap Akta Gaji Minima

About the author: I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

Thesis Theme for WordPress

Comments on this entry are closed.

  • Tpi admin sya ada sya gji hari tpi gji x smpai rm800 majikan mnyekat sya kerja 8 jam ari sabtu pn x ble kerja..dlm surat perjanjian gji sya rm34 satu hari @ 8jam..apa perlu sya lakukan admin bolehkah sya buat laporan ke jabatan buruh pasal hal ni