Tort Fitnah – Dr Bernadine Malini Martin v MPH Magazine Sdn Bhd

Law Of Tort Defamation Tort Fitnah   Dr Bernadine Malini Martin v MPH Magazine Sdn BhdDi dalam kes ini, antara isu yang dihadapkan di hadapan mahkamah ialah:

Adakah wujudnya fitnah secara libel apabila gambar seorang doktor wanita (digunakan tanpa kebenarannya) di terbitkan sebuah majalah wanita?

Adakah penerbitan gambar ini merupakan satu fitnah? Adakah ia menjatuhkan reputasi beliau dikalangan anggota masyarakat?

Rujuk: Prinsip-Prinsip Asas Tort Fitnah dalam entri yang lepas. Adakah kenyataan itu akan menyebabkan orang yang difitnah terdedah kepada kebencian, dimalukan atau kehinaaan?  (hatred, ridicule, or contempt  [Rujukan: Sim V Stretch [1936] All ER 1237 (HL).

undang undang tort1 Tort Fitnah   Dr Bernadine Malini Martin v MPH Magazine Sdn Bhd


Plantiff iaini Dr Bernadine Malini telah menyaman MPH Magazine dan dua lagi defendan kerana menyiarkan gambar beliau dalam sebuah majalah wanita. Menurutnya, penerbitan itu adalah satu fitnah dan menjatuhkan maruahnya. Menurut  plantiff akibat dari penerbitan itu, beliau akan  dianggap sebagai wanita yang rendah moral dan seorang doktor yang tidak berjaya kerana terpaksa menjadi model secara sambilan bagi menampung hidupnya.

Mahkamah Tinggi telah menggunakan ujian “orang yang  munasabah” bagi menentukan samada wujudnya fitnah atau tidak telah memutuskan bahawa majalah itu bukanlah satu majalah yang kesat mahupun kotor (nothing vulgar or sleazy about this magazine) dan bahawa majaalah itu ialah sebuah majalah “repectable” yang memenuhi kehendak dan minat wanita secara amnya.  Mahkamah juga menyifatkan gambar itu tidak menghairahkan (sexually provocative) dan atas sebab-sebab itu ia tidak menonjolkan plantiif sebagai seorang yang rendah moralnya.

Selain dari itu, Mahkamah Tinggi  juga melihat perkataan yang mengiringi gambar tersebut dan mendapati ia merujuk kepada promosi yang dibuat oleh kedai pengantin ( Bridal Shop) dan jurugambar. Oleh itu ia tidak menunjukkan bahawa plantiff terlibat dalam apa-apa aktiviti tidak bermoral mahupun terlibat secara langsung dengan iklan itu. Tuntutan plantiff ditolak di Mahkamah Tinggi.

Plantiff kemudiannya merayu di Mahkamah Rayuan dan rayuan itu ditolak dengan kos dibayar oleh plantiff. Menurut Mahkamah Rayuan, pengaplikasian Mahkamah Rayuan ke atas ujian yang betul, iaini ujian “ordinary, reasonable and fair-minded reader” akan memberi keputusan yang sama dengan Hakim Mahkamah Tinggi. Iklan yang menjadi persoalan dalam kes ini diputuskan sebagai tidak memfitnah plantiff.

- Tort Fitnah – Dr Bernadine Malini Martin v MPH Magazine Sdn Bhd

 Tort Fitnah   Dr Bernadine Malini Martin v MPH Magazine Sdn Bhd

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Tort Fitnah   Dr Bernadine Malini Martin v MPH Magazine Sdn Bhd

Latest posts by Ismail N (see all)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *