Google AdSense

Google AdSense

Undang-Undang Buruh – Cuti Umum

Cuti Umum

Gambar kredit kepada ssmc.com.my

Walaupun terdapatnya banyak cuti umum (Hari Kelepasan Am) yang di wartakan di bawah Akta Hari Kelepasan Am 1951 di Malaysia, namun di bawah Akta Kerja 1955, majikan TIDAK DIWAJIBKAN memberikan cuti pada setiap cuti umum yang diwartakan itu kepada pekerja mereka. Majikan boleh memilih 10 cuti sahaja sebagai cuti berbayar dalam satu tahun calendar dengan 4 darinya MESTIlah terdiri dari:-

  1. Hari Kebangsaan
  2. Hari Keputeraan YDP Agong
  3. Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
  4. Hari Pekerja

Baki enam cuti lagi boleh dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka. Akan tetapi majikan wajib memberitahu pekerja melalui satu notis yang dipamerkan di tempat kerja sebelum bermulanya tahun kalendar yang baru.

Cuti Tambahan

Satu lagi cuti tambahan adalah di bawah Seksyen 60D (1) (b) Akta Kerja 1955  iaitu:

“pada mana-mana hari yang diumumkan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951“.

Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 ini merujuk kepada cuti mengejut yang diberikan oleh kerajaan yang belum di wartakan. Contohnya: tiba-tiba kerajaan memberi cuti khas untuk pertabalan raja-raja atau cuti khas bila negara cemerlang dalam Sukan Olimpik.  Cuti ini adalah TAMBAHAN kepada 10 cuti di bawah Seksyen 60D (1) (a) di atas. Namun, majikan boleh mengantikan cuti khas ini dengan mana-mana hari lain jika mahu.

Section 8 Holiday Act 1951

“The Minister may, by notification in the Gazette or in such other manner as he thinks fit, appoint in respect of West Malaysia or the Federal Territory or, after consultation with the State Authority, in respect of a State, a day to be observed as a public holiday or a bank holiday in addition to or in substitution for any of the days mentioned in the Schedules and thereupon this Act shall in West Malaysia, or in the Federal Territory, or in the State in respect of which a day is appointed to be observed as a holiday as aforesaid be applicable to such day in the manner as if the said day has been mentioned in the First Schedule or the Second Schedule,as the case may be.”

Nota: Jika majikan ingin memberikan lebih dari 10 hari cuti setahun kalendar atau memberikan cuti pada semua hari-hari kelepasan am yang di wartakan, maka terpulanglah kepada majikan. Akta Kerja hanya mengenakan syarat MINIMA SAHAJA. Majikan yang ingin memberikan faedah yang lebih kepada pekerja amat digalakkan :D

Bolehkah Majikan Meminta Pekerja Berkerja Pada Hari Kelepasan Am Atau Cuti Umum Ini?

Walaupun majikan telah menetapkan hari-hari cuti yang pekerja layak mendapat cuti berbayar, namun ini tidak bermakna majikan tidak boleh meminta pekerja BERKERJA PADA HARI KELEPASAN AM tersebut. Namun, jika pekerja pada hari cuti umum (kelepasan am), maka pekerja layak mendapat upah yang lebih tinggi mengikut kadar minima yang ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.

Seksyen 60 D (3) (a) Akta Kerja 1955:

Walau apa pun subseksyen (1), (1A) dan (1B) mana-mana pekerja boleh dikhendaki oleh majikannya bekerja pada mana-mana hari kelepasan berbayar yang ia berhak di bawah subseksyen tersebut dan dalam keadaan tersebut ia hendaklah, sebagai tambahan kepada bayaran hari kelepasan yang ia berhak mendapat bagi hari tersebut:

(i) dalam hal pekerja yang diambil bekerja secara bulanan, mingguan, harian dan jam atau lain-lain kadar bayaran yang serupa dibayardua hari upah pada kadar biasa; atau

(ii) dalam hal pekerja yang diambil bekerja atas kadar ikut kerja, dibayar dua kali ganda kadar biasa bagi satu kerja,

tidak kira bahawa tempoh kerja yang dilakukan itu pada hari itu kurang daripada waktu-waktu kerja yang normal.

Nota: Untuk kadar OT pada hari cuti umum atau kelepasan am ini, sila rujuk entri mengenai “Kerja Lebih Masa“.

Kes: Oriental Star Lumut Park Resort Sdn Bhd v Mansor Daoh [1996] 2 ILR 1065

Fakta Kes: Di dalam kes ini, pekerja-pekerja diminta hadir berkerja pada 31hb Ogos 1994. Namun mereka tidak hadir dengan alasan 31hb Ogos adalah merupakan hari kelepasan am yang wajib diberikan kepada pekerja.

Isu: Adakah majikan boleh mengarahkan pekerja berkerja pada hari kelepasan am atau cuti umum?

Keputusan Mahkamah: Majikan boleh mengarahkan pekerja berkerja pada SEMUA hari kelepasan am berdasarkan Seksyen 60D (3) (a) DENGAN SYARAT majikan membayar upah sebagaimana yang ditetapkan pada sub-seksyen 3(a) (i) dan (ii)

Nota: Keputusan yang sama turut diberikan dalam kes: Lion Metal Industries Sdn Bhd v Metal Industry Employee’s Union [ICR Award 267/1993].

Keperluan Untuk Hadir Hari Sebelum Atau Selepas Hari Kelepasan Am

Seksyen 60 D (2) Akta Kerja 1955 menggariskan syarat-syarat hadir kerja sebelum atau selepas cuti umum sebelum pekerja berhak kepada cuti umum berbayar. Maksud ketidakhadiran di sini adalah tanpa kebenaran majikan (AWOL) dan tanpa alasan yang munasabah.

“Mana-mana pekerja yang tidak hadir kerja pada hari kerja sebelum atau selepas hari kelepasan am atau dua atau lebih hari-hari kelepasan am berturut-turut atau mana-mana hari atau hari yang digantikan kepadanya di bawah seksyen ini tanpa kebenaran terdahulu daripada majikannya adalah tidak berhak mendapat apa-apa bayaran hari kelepasan untuk hari kelepasan tersebut atau hari-hari kelepasan terturut-turut melainkan ia mempunyai alasan munasabah bagi ketidakhadiran itu”

Nota: Keperluan pada Seksyen ini:

1. Pekerja adalah TIDAK HADIR

(a) Sebelum hari kelepasan am, ATAU

(b) Selepas hari kelepasan am, ATAU

(c) 2 atau lebih hari kelepasan am secara berturut-turut

2. Tanpa kebenaran majikan

3. Tanpa alasan munasabah untuk tidak hadir

Cuti Sakit Yang Diberikan Pada Cuti Umum

Menurut Seksyen 60 D (1B), apabila cuti sakit bertindih dengan cuti umum, maka cuti umum ini hendaklah diganti. Namun, cuti ini tidaklah ‘automatik’ dan hendaklah diberi pada hari yang dipersetujui oleh majikan.

“Sekiranya mana-mana hari kelepasan am itu atau mana-mana hari lain yang digantikan kepadanya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) atau (1A) jatuh dalam tempoh di mana pekerja sedang dalam cuti sakit atau cuti tahunan yang mana pekerja itu berhak di bawah Akta ini, atau jatuh dalam jangka masa tempoh ketidakupayaan sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, majikan hendaklah memberikan hari yang lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti baagi hari kelepasan am atau hari yang digantikan itu”

Rujuk kes: Malaysian Airline System (MAS) v Nahaza Ahmad Bin Abd Salam [1994] 1 ILR 945

Fakta Kes: Dalam kes ini pekerja diberikan cuti sakit oleh doktor dan cuti itu jatuh pada hari cuti umum. Esoknya (hari selepas cuti umum), pekerja telah tidak datang kerja dengan alasan dia layak pada cuti ganti.

Keputusan Mahakamah: Cuti ganti bukanlah sesuatu yang automatik. Ia perlu diberi pada hari yang telah dipersetujui.

“It is the finding of the court that the Claimant was not entitled to take 9th March 1989 as a replacement for the medical leave that he had obtained on the 8th which was a public holiday. Section 60D (1B) of the Employment Act 1955 does not provide that an employee can automatically take the next day in lieu of the sick leave which fell on a public holiday although it says that the company shall grant another day in substitution thereof”

Cuti Umum Jatuh Pada Hari Rehat Dan “Off Day”

Mengikut proviso pada Seksyen 60 D (1), jika hari kelepasan am jatuh pada hari rehat, maka kerja yang berikut nya hendaklah menjadi hari kelepasan am sebagai ganti.

“Dengan syarat bahawa jika mana-mana hari kelepasan am yang dirujuk di perenggan (a) dan (b) jatuh pada hari rehat maka hari bekerja berikut selepas sahaja hari rehat tersebut hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar sebagai ganti untuk hari kelepasan am tersebut”

Contoh:

29/04/201X – Hari Kerja

30/04/201X – Hari Kerja

01/05/201X – Hari Rehat

02/05/201X – Hari Kerja

1hb Mei 201X adalah Hari Pekerja yang merupakan hari kelepasan am yang wajib di bayar. Jika pada hari tersebut adalah hari rehat maka, hari berkerja berikut (02/05/201X) hendaklah menjadi hari cuti (kelepasan am) sebagai ganti.

Bagaimana pula jika syarikat memberikan dua hari rehat seminggu? Extra Off-Day buat pekerja seminggu. Lihat contoh di bawah:

30/04/201X – Hari Kerja

01/05/201X – Off Day

02/05/201X – Hari Rehat

03/05/201X – Hari Kerja

Jika Hari Pekerja jatuh pada ‘off  day‘ pekerja, maka bilakah cuti ganti (jika ada) bagi pekerja memandangkan 02/05/201X pekerja masih bercuti iaitu Hari Rehat pekerja?

Oleh kerana Seksyen 60 D (1) menggunakan perkataan ‘hari kerja berikutnya‘, maka 02/05/201X tidak boleh digunakan sebagai cuti ganti hari kelepasan am. Oleh itu cuti ganti harus jatuh pada 03/05/201X.

Kerja Pada Hari Cuti Umum (Kelepasan Am)

Sekiranya pekerja berkerja pada hari kelepasan am, maka dia berhak kepada bayaran tambahan selain dari upahnya pada hari tersebut.

(i) dalam hal pekerja yang diambil bekerja secara bulanan, mingguan, harian dan jam atau lain-lain kadar bayaran yang serupa dibayardua hari upah pada kadar biasa; atau

(ii) dalam hal pekerja yang diambil bekerja atas kadar ikut kerja, dibayar dua kali ganda kadar biasa bagi satu kerja,

tidak kira bahawa tempoh kerja yang dilakukan itu pada hari itu kurang daripada waktu-waktu kerja yang normal.

Contoh:

  • En. Maza bekerja di Syarikat DLSL.
  • Kadar upah harian nya adalah RM 80 sehari.
  • 1hb Mei adalah Hari Pekerja. Namun, atas sebab-sebab kecemasan En Maza diminta oleh majikannya berkerja pada hari tersebut.
  • Kerja-kerja disiapkan oleh En Maza dalam masa tidak sampai 2 jam.
  • Oleh kerana tiada tugas lain yang perlu disiapkan, En. Maza dibenarkan pulang oleh majikannya.

Soalan: Berapakah yang wajib dibayar oleh Sykt DLSL kepada En Maza bagi kerja-kerja pada 1hb Mei itu?

Jawapan: Di bawah Seksyen 60 D (30) (a) Akta Kerja 1955 Sykt. DLSL wajib membayar En. Maza upah hari tersebut dan dua kali upah tambahan biarpun dia cuma berkerja tak sampai 2 jam. Seksyen ini tidak menyebut berapa jam dia perlu bekerja. Oleh itu, asalkan dia bekerja, dia layak mendapat bayaran 1 + 2 bagi kerja pada hari kelepasan am. Oleh itu pada 1hb Mei, En Maza perlu di bayar RM 80 + RM 80 x 2 = RM RM 240.

- Undang-Undang Buruh – Cuti Umum

50 Comments

  1. tukang jahit says:

    Sya kerja tailor 1st month gaji tp dah xsanggup kerja dgn majikan selepas dapat gaji bole ke sya ckp nak berhenti 24jam kepada majikan tp surat xsempat taip?

  2. syam says:

    macam mana pulak kalau syarikat yang cakap hanya cuti kelepasan umum yang jatuh pada ‘offday’ sahaja boleh diganti pada hari berikutnya…kalau cuti kelepasan umum jatuh pada ‘restday’ cuti ganti tidak boleh diganti…adakah undang-undang trsebut salah dari segi undang-undang buruh?..mohon penjelasan..

  3. Mie says:

    Company tmpt saya berkerja suruh semua staff kerja pada hari keputeraan sultan.. company nak bayar hanya 30%… setahu saya company kena bayar double… so ade kekeliruan kat sini… sy mintak pandangan dari pihak yg tau pasal undang pekerja nie…. mohon jasa baik bg pandangan lah.

  4. AZNIZA says:

    saya ingin bertanya 2 soalan disini,
    1. sekiranya syarikat di selangor, kawasan kerja di kuala lumpur, adakah pekerja layak untuk terima cuti hari wilayah tersebut.

    2. cuti tahun baru cina pada 10 & 11.2.2013, sekiranya pekerja bekerja di hari cuti gazet untuk tahun baru cina pada 12.2.2013, adakah pekerja layak untuk terima cuti public holiday atau overtime itu dikira hari biasa.
    harap dapat memberi kan jawapan, sekian terima kasih.

  5. sudin lajim says:

    Jika pekerja bergaji bulanan rm1500 , adakah mereka tidak layak untuk mendapatkan bayaran tambahan semasa berkerja cuti umum ? adakah patut majikan hanya mengantikan cuti berkerja masa cuti umum tersebut?

  6. nik says:

    bagaimana pula jika cuti am kita perlu bekerja,majikan janji akan bagi cuti pada hari lain…tapi bila kita nak ‘claim’ cuti tak dapat kerana staff tak cukup…bila staff sudah cukup kita tak boleh nak claim cuti kerana sudah masuk bulan lain…

    1. Jika anda bergaji di bawah RM 2,000, maka ia perlu dibayaar dengan kadar cuti am. Jika majikan anda berjanji untuk memberikan cuti ganti dan anda bersetuju untuk mengambil cuti ganti itu, maka janji itu perlu ditunaikan oleh majikan biarpun di bulan yang lain. Bantuan dari JTK atau Pusat Aduan Pekerja boleh dirujuk.

  7. yong says:

    Hi nk tnya, bagaimana sekiranya cuti umum diberi syarikat tetapi, kte diwajibkn bkerja pd hari trsebut, tetepi cuti tersebut diganti 1 hari sahaja, pd hari rabu yg brlainan bulan, spptut nye kne 2 hari cuti ker? cmana sbb ada kekeliruan….

  8. kak cik says:

    salam.. sy nk tnya.. sy bekerja dlm bidang oil & gas, dan sy selalu disuruh bekerja pda hari cuti umum, atas alasan lori perlu membuat penghantaran myk ke stesen setiap hari wlaupn pd hari cuti umum.. wlaupn sy dibayar ot, tp adakalanya sy rsa sy dipaksa utk bekerja sedangkn hari trsebut merupakan hari cuti… kalau sy mgambil tindakan utk tidak dtg bekerja pd hari cuti umum trsebut, adakah pihak syarikat boleh mgambil tindakan terhadap sy?? @ adakah sy juga boleh mgadu @ mengambil tndakan trhadap pihak syrikat jika sy masih dipaksa utk bekerja pda hari2 cuti umum trsebut??

    1. sesetengah industri mmg perlukan pekerjanya bekerja di waktu-waktu yg membebankan pekerja. Otherwise, operasi sykt terganggu. Oleh sbb itu dalam industri begini turnover pekerjanya (pekerja berhenti dan masuk) amat tinggi. Anda cuma boleh mengambil tindakan jika majikan tidak membayar mengikut kadar yg sepatutnya utk kerja pada hari cuti umum.

  9. angah says:

    sy nk tanyer, bagaimana sekiranya cuti perayaan diberi syarikat tetapi, cuti tersebut diganti pula untuk bekerja pd hari sabtu, adakah ianya perlu diganti???

  10. wawa says:

    salam. sy nk bertny majikan sy cakap gaji kalau rm1500 tak layak mendapat double pay ataupun triple pay? walaupun bekerja pada cuti umum.

    1. RM 1,500 adalah peruntukkan sebelum pinndaan tahun 2012. Sekarang minima gaji yg ditetapkan oleh undang-undang adalah RM 2,000.

  11. farezwaniza says:

    assalam..sy ada persoalan berkenaan cuti umum..jika pekerja diarahkan berkerja pada cuti umum misalnya pada cuti tahun baru cina,adakah penggantian cuti pada ketetapan majikan boleh digunapakai atau pihak majikan perlu membayar hari tersebut dan dua kali upah tambahan?

    1. Jika anda pekerja dilindungi : Gaji RM 2,000 ke bawah, maka kadar yg ditetapkan oleh akta perlu diikuti.

  12. che azman says:

    D isyarikat tempat saya bekerja ,semua pekerja yg bergaji melebihi rm1500 dan keatas hanya di bayar elaun overtime sebanyak rm10/hr walaupun terpaksa bekerja pada hari public holiday ataupun offday.apabila diajukan pada bahagian human resourse mereka mengatakan bahwa itu adalah polisi syarikatsoalan saya ialah adakah tindakan syarikat tempat saya bekerja betul atau salah.jika salah padasiapakah yg perlu sa
    ya laprkan perkara tersebut

    1. Kiraan OT bagi cuti umum bagi pekerja bergaji RM 2,000 ke bawah adalah seperti diterangkan dalam artikel diatas. Jika anda ingin membuat aduan, kemukakannya kepada Jabatan Tenaga Kerja berdekatan. Terima kasih.

  13. diana says:

    salam selamat sejahtera…
    how pulak kalau pekerja pandai2 bekerja on public holiday @ hari ahad…boleh x kalau kita x bayar gaji double tapi kita gantikan dengan cuti??

    1. inform pekerja awal-awal yg siapa yg pandai2 datang kerja tanpa disuruh tak kan dibayar gaji. Just in case, mereka silap faham tentang soal ini. Kemudian jika dia suka2 hendak datang, tak perlu lah di bayar gaji.

  14. piqa says:

    Kenapa tmpt yg Saya Keje x Entitle utk Public Holiday new Year Day,thaipusam dan Nuzul Al Quran utk Pekerja Rank N file.tp Entitle Utk Managment Shj?? Mohon penjelasan..

    1. Perkara ini sudah dijelaskan dalam artikel di atas. Harap anda membaca nya dengan teliti. Terima kasih.

  15. miss eye says:

    bagaimana pula dengan kes saya ini..25/12/12 adalah cuti umum, dan pada keesokan harinya 26/12/12 saya datang setengah jam lewat dan saya akan dipotong gaji sebagai dendanya..tetapi saya mengambil keputusan untuk menggunakan cuti tahunan saya..alasan saya adalah ” lebih baik saya menggunakan cuti tahunan saya daripada di potong gaji kerana lewat “..saya mengaku lewat adalah silap saya dan maka itu saya menggunakan cuti tahunan saya untuk menutup denda lewat saya..adakah saya tidak boleh berbuat demikian?

    1. gaji tidak boleh dipotong tetapi majikan boleh membayar mengikut kadar masa anda bekerja, misalnya kadar 7 jam setengah bagi hari tersebut instead of kadar 8 jam.
      Cuti tahunan adalah tertakluk kepada kelulusan majikan. Rujuk artikel cuti tahunan. Terima kasih.

  16. saiful says:

    dengan kemasukan hari malaysia kedalam 10 cuti umum.adakah cuti hari malaysia termasuk dalam cuti berbayar???mohon panduan tuan..

  17. Zairi says:

    Soalan: Bolehkah syarikat yg berpejabat di KL mengikut cuti tahunan bagi negeri Selangor, atau vise versa?

    1. boleh.. cuma tak diwajibkan…