Google AdSense

Google AdSense

Undang-Undang Buruh Di Malaysia | Akta Pekerjaan 1955

akta kerja 1955

Bila bercakap tentang undang-undang buruh atau pekerjaan (Employment Law) di Malaysia, pastinya ramai yang terfikir mengenai  Akta Pekerjaan 1955. Ia sememangnya satu perundangan buruh yang amat penting yang menyediakan satu rangka-kerja undang-undang yang menyeluruh meliputi soal pembayaran gaji pekerja, hari rehat, cuti umum, pemberhentian kerja dan sebagainya. Selain dari Akta Pekerjaan 1955, terdapat juga perundangan  lain yang berkaitan seperti Akta Perhubungan Industri 1967, Akta Gantirugi Pekerja 1952, Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Perkilangan Dan Mesin 1967, Akta Kanak-Kanak Dan Remaja (Pekerjaan) 1966, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Ordinan Buruh Sabah dan lain-lain lagi.

Undang-Undang Buruh

Gambar Kredit kepada topah.dnsdot.net

Akta Pekerjaan 1955 atau Akta 265 di gubal pada tahun 1955 dan telah dipinda hampir keseluruhannya pada tahun 1998. Akta ini mengandungi peruntukan-peruntukan yang bertujuan melindungi pekerja dari sebarang ekploitasi oleh majikan dan meletakkan faedah-faedah minima yang perlu diberikan pada pekerja YANG DILINDUNGI di bawah Akta ini.

Dengan ini mana-mana kontrak pekerjaan yang tidak mengikuti peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini adalah terbatal dan tidak efektif. Pekerja yang dilindungi di bawah Akta ini boleh membuat lapuran dan tuntutan jika majikan gagal mematuhi faedah minima yang ditetapkan oleh Akta Pekerjaan 1955.

Harus diingat terlebih dahulu bahawa BUKAN SEMUA pekerja adalah dilindungi di bawah Akta ini. Ianya cuma melindungi pekerja yang memperolehi pendapatan kurang dari RM 1,500 atau jika gaji mereka melebihi dari jumlah itu, mereka mestilah yang tergolong senarai yang dinyatakan di dalam Jadual 1 pada Akta ini.

UPDATED:

Pindaan Pada Jadual Pertama – Akta kini melindungi pekerja-pekerja yang gaji nya tidak melebihi RM 2,000!

Bagi maksud Akta ini, pekerja adalah mereka yang di bawah kontrak perkhidmatan (Contract of Service) dan bukannya kontrak bagi perkhidmatan (Contract For Service) . Kontrak Perkhidmatan ini termasuk juga kontrak perantisan.  Bagi maksud Akta ini, kontrak meliputi kontrak lisan dan bertulis. Jika anda tidak mempunyai kontrak pekerjaan yang bertulis, maka peruntukan-peruntukan dalam Akta ini secara automatik digunakan bagi kontrak anda.

Akta Pekerjaan 1955 hanyalah mengariskan faedah MINIMA sahaja. Ia tak bermakna majikan tidak boleh menyediakan kontrak yang tidak mengikuti peruntukan Akta. Majikan boleh memberikan faedah mengikut apa yang mereka mampu bagi menarik ramai pekerja di tempat mereka, namun faedah yang diberikan hendaklah TIDAK KURANG dari apa yang diperuntukan oleh Akta.

Akta ini juga mengariskan penalti bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta ini, namun pekerja-pekerja juga boleh membuat tuntutan di bawah Akta-Akta lain yang berkaitan. Sebarang aduan terhadap majikan, haruslah dikemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran. Jika pekerja diberhentikan kerja secara salah dan perkerja inginkan pampasan, maka dalam tempoh 60 hari dari tarikh dia diberhentikan secara salah itu, beliau hendaklah membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja [Seksyen 69 Akta Pekerjaan].

UPDATE:

Last update: 7.03.2012 ; 25.03.2012; 02.04.2012; 18.04.2012; 13.05.2012; 19.06.2012; 09.07.2012; 30.11.2012

Terima kasih kepada semua yang menghantar komen dalam blog ini. Feedback dari anda semua amat-amat saya hargai. Saya ingin memohon maaf kerana lewat menjawab komen-komen anda semua. Selain dari kesibukan dan kesuntukkan masa, saya juga merasa amat sukar menerangkan kepada anda semua di dalam kotak komen di bawah. Oleh itu, saya memohon anda semua merujuk kepada artikel-artikel berkaitan di bawah bagi memhami lagi Akta ini. Saya akan cuba tambahkan artikel-artikel berdasarkan soalan-soalan yang anda semua kemukakan. Terima kasih.

  1. Kontrak Pekerjaan.
  2. Upah Atau Gaji.
  3. Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.
  4. Masa Kerja Dan Kerja Lebih Masa.
  5. Soal Jawab Akta Pekerjaan 1955.
  6. Ponteng Kerja.
  7. Akta Gaji Minima.
  8. Aduan Kepada Jabatan Tenaga Kerja
  9. Hari Rehat (Rest Day).
  10. Kiraan Upah Bagi Kerja Pada Hari Rehat.
  11. Cuti Sakit Jatuh Pada Hari Rehat.
  12. Cuti Umum
  13. Ordinan Buruh Sabah
  14. Waktu-Waktu Kerja (Hours Of Work).
  15. Gaji Minima Bagi Pekerja Di Malaysia.
  16. Cuti Tahunan
  17. Cuti Tahunan – Belum Cukup Setahun Kerja
  18. Cuti Sakit
  19. Had Umur Minima Persaraan
  20. Kemaskini Akta Kerja 1955
  21. Pindaan Pada Jadual Pertama.
  22. Had Kerja Lebih Masa
  23. Pindaan Pada Seksyen 60D
  24. Kemaskini Seksyen 69B
  25. Perintah Gaji Minima Di Wartakan – P.U. (A) 214/2012
  26. Wajibkah Majikan Memberi Kenaikkan Gaji Kepada Pekerja?
  27. Tempoh Percubaan Dan Pengesahan Dalam Jawatan
  28. Cuti Umum Khas Untuk Rakyat Malaysia
  29. Penamatan Kontrak Kerja

- Undang-Undang Buruh  Di Malaysia | Akta Pekerjaan 1955

dulu lain sekarang lain

  • Published @ Dulu Lain Sekarang Lain on: May 17, 2011 @ 16:08
  • www.dululainsekaranglain.com

441 Comments

  1. hamsa says:

    assalamu alaikum tuwan saya mau tanya.pasal makan gaji.ni