Google AdSense

Google AdSense

Undang-Undang Buruh – Hari Rehat

Hari-Rehat-Rest-Day

Ramai yang beranggapan bahawa hari rehat adalah pada hari hari Ahad atau Sabtu atau Jumaat bagi negeri Kelantan misalnya. Namun, di bawah undang-undang buruh tidak diinyatakan secara sepesifik hari apa yang mesti dijadikan hari rehat. Yang penting adalah pekerja berhak kepada minima 1 hari rehat dalam seminggu. Maksud seminggu pula adalah “7 hari berturut-turut” (tidak kira dari hari apa ke hari apa). Rujuk Seksyen 2 Akta Pekerjaan 1955 bagi maksud seminggu (week).  Jika pekerja diberi dua hari rehat dalam seminggu, maka hari kedua adalah dikira sebagai hari rehat (penting untuk diingati bagi tujuan pengiraan kerja lebih masa dan sebagainya).

Seksyen 59 Akta Pekerjaan 1955 – Rest Day

(1) Every employee shall be allowed in each week a rest day of one whole day as may be determined from time to time by the employer, and where an employee is allowed more than one rest day in a week the last of such rest days shall be the rest day for the purposes of this Part:

Bagi pekerja-pekerja yang mengikut shift, mana-mana tempoh berterusan yang tidak kurang daripada 30 jam merupakan 1 hari rehat – Rujuk Seksyen 59 (1A).

Pekerja-pekerja adalah tidak dibenarkan bekerja pada hari rehat melainkan dalam keadaan-keadaan yang diperuntukkan dalam Seksyen 60 (2) Akta Pekerjaan 1955. Namun kadar upah adalah berbeza bila pekerja diarahkan bekerja pada hari rehat mereka. Ambil perhatian juga bahawa hari rehat adalah TIDAK TERPAKAI bila pekerja menjalani cuti bersalin, cuti sakit dan tidak upaya sementara [Proviso pada Seksyen 59 Akta Pekerjaan 1955].

Peruntukan-peruntukan berkaitan dengan kerja pada hari rehat. (Rujuk artikel “Kerja Lebih Masa” untuk pengiraan lanjut bagi kerja lebih masa pada hari rehat):

Seksyen 60 (3) (a) Akta Pekerjaan 1955:

Dalam hal seorang pekerja yang diambil berkerja atas kadar upah mengikut harian, setiap jam atau lain-lain kadar yang serupa yang berkerja pada satu hari rehat, ia hendaklah dibayar untuk mana-mana tempoh kerja:

(i)    yang tidak melebihi setengah masa-masa kerjanya yang biasa, satu hari upah pada kadar upah biasa; atau

(ii)   yang melebihi lebih daripada setengah tetapi tidak melebihi tempoh masa kerjanya yang normal, dua hari kadar upah pada kadar upah biasa

Contoh:

Bagi perkerja yang bergaji harian dan masa kerja biasanya adalah 8 jam dan di bayar RM 20 sehari. Oleh itu, jika dia:-

Bekerja 2 jam atau kurang dari 4 jam, maka dia akan menerima gaji sebanyak RM 20 (satu hari upah pada kadar upah biasa).

Bekerja selama 5 jam atau tidak melebihi 8 jam (tidak melebihi tempoh masa kerjanya yang normal), maka dia akan menerima RM 40 (dua hari kadar upah pada kadar upah biasa).

Jika melebihi 8 jam, maka dia perlu dibayar tambahan 2x kadar dari kadar jam (hourly rate) bagi setiap jam tambahan.

Bagi pekerja bergaji bulanan, peruntukan terkandung pada Seksyen 60 (3) (b) yang mana bagi setiap kerja tidak melebihi 4 jam, pekerja perlu dibayar pada kadar setengah hari. Manakala jika lebih dari 4 jam (tetapi tidak melebihi 8 jam), perlu di bayarpada kadar 1 hari gaji.

Tambahan:

Hari Rehat boleh di tetapkan bagi semua pekerja (Misalnya hari Ahad adalah hari rehat buat semua pekerja) atau ia boleh di gilirkan mengikut kumpulan-kumpulan pekerja (biasanya berlaku bagi pekerja-pekerja shift atau syarikat-syarikat yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu.

Jika Hari Rehat di gilirkan, maka majikan perlu menyediakan roster dan memaklumkan pekerja-pekerja akan Hari Rehat mereka pada bulan tersebut pada setiap awal bulan. [Seksyen 59 (2) Akta Kerja 1955]. Roster ini perlu disimpan majikan selama tidak kurang 6 tahun bagi rujukan JTK [Seksyen 59 (3) Akta Kerja 1955].

Jika pekerja dalam cuti tahunan, Hari Rehat tidak boleh dikira bersama cuti tahunan.

Jika Cuti Umum jatuh pada hari rehat, maka hari kerja yang berikutnya akan dikira sebagai cuti umum.

- Undang-Undang Buruh – Hari Rehat

15 Comments

  1. Dina says:

    saya nak tanya sikit,bagaimana jika majikan tidak menyuruh pekerja pada hari rehat mereka,sebaliknya pekerja meminta kebenaran untuk datang bekerja pada hari rehat mereka..majikan hanya membayar 1.0 kadar gaji seperti hari biasa dan bukan 2.0 kerana majikan tidak meminta pekerja untuk hadir bekrja. gaji dikira mengikut gaji bulanan.adakah tindakan ini salah disisi undang2 buruh?

  2. ZARINA says:

    saya ingin bertanya ,jika seorang pekerja sektor perhotelan dikerah kerja selama sebulan tanpa diberi cuti rehat dan terpaksa kerja lebeh masa , dan mengakibatkan pekerja itu jatuh pengsan di dalam waktu kerja dan hanya seorang pekerja sahaja yg menguruskan bahagian housekeeping untuk menguruskan lebeh dari 30 bilik sehari?adakah wajar pekerja itu dilayan begitu atau apakah tindakan yang boleh diambil oleh pekrja tersebut.

  3. Seri says:

    Maaf, maksud saya baru-baru ini, saya dan staff lain telah bekerja pada ‘off day’ dan hari rehat dengan alasan sebagai hukuman kerana membuat kesilapan sehinggakan mendapat komplen dari client. (7 hari seminggu)

  4. Seri says:

    Waktu kerja bermula pada pukul 6.30 pagi hingga 4 ptg (rehat sejam pada pukul 12.30-1.30) dan 5 hari seminggu. Baru-baru ini, saya dan staff lain telah bekerja pada ‘off day’ (2 hari) dengan alasan sebagai hukuman kerana membuat kesilapan sehinggakan mendapat komplen dari client. Ada yg bergaji kurang dari 1500 dan ada yang melebihi gaji tersebut. Apakah tindakan yg boleh diambil utk ‘off day’ yg terpaksa bekerja? Adakah pekerja wajib di bayar ot, dan bagaimana cara pengiraannya? Adakah tidak salah jika majikan menawarkan replacement leave bagi 2 hari yg terpaksa bekerja tersebut? Terima kasih.

  5. alin says:

    kalu ambik RO (replacement offday), kira mcm mn? contoh? rabu 11.04.12 (public holiday). saya kerja dan ditukar kepada Jumaat 16.04.12. adakah saya dibayar untuk ph itu atau dikira saya yg sukarela kierja pd ari PH.

  6. trio pening lalat says:

    saya bekerja pada hari rehat dibayar dengan kadar 2.0 walaupun bekerja 12 jam, betul ke tindakan atau pilihan majikan saya ini, ( dikira sebagai ot)

  7. asrol says:

    wang segala-galanya…ia boleh membawa kebaikan dan keburukan..semuanya berpunca dari wang….dosa dan pahala datangnya berpunca dari wang..wang..wang..setiap perbuatan yg dilakukan hendaklah ada wang, tanpa wang susah nk kemana-mana.
    Saya nak bertanya dalam akta buruh.
    melakukan tugas rasmi di luar kawasan dan kami pergi ke tempat tersebut menggunakan pengangkutan darat dan udara, jadi masa, hari dan tarikh kami berangkat.
    contoh;
    pergi 1/1/2011, jam 4.00 pm dan balik 4/1/2011, jam 2.00 pm

    contoh;

    Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad
    HARI Jumaat jatuh pada hari kebesaran/cuti umum bagi sesuatu tempat.

    Saya nak tahu bagaimana pengiraan dari segi alaun dan dalam masa tersebut jatuh hari cuti umum….mcm mana pengiraan alaun…

    1. IN says:

      Jika anda maksudkan OT, maka rujuk ke artikel berkaitan dgn OT.
      Jika ianya elaun sahaja, maka ia terpulang kepada majikan anda. Akta Kerja tidak mensyaratkan majikan memberi elaun kepada pekerja. Ia dikira sebagai faedah yg di masukkan dlm kontrak bagi menarik pekerja berkerja di tempat itu.

  8. fiezaradzi says:

    tapi ada yg tak dibayar jika kerja lebih masa, sebaliknya diberi cuti.. macam mana tu?
    fiezaradzi recently posted..Wordless Wednesday #13 – Padi

    1. IN says:

      jika pekerja di lindungi akta, maka bayaran kerja lebih masa adalah haknya dan perlu dibayar sbg mana di peruntukkan.

  9. baru saya tahu pasal law cuti nie.. tq bro..
    New blog Hairul recently posted..Harta melalaikan kita

  10. tehr says:

    Baru la aku faham bab cuti dan bayaran upah ni
    Thanks
    tehr recently posted..Mengapa Jadi Keliru

  11. Cikgu Hairul says:

    Saya pernah bekerja di sebuah tempat yang langsung tak ikut akta pekerja ni. Kalau bekerja di hari rehat, cuma dapat 1.0 je tak kiralah keja sejam atau lebih 8jam. Tapi bila pekerja buat aduan, terus dapat surat pemberhentian serta merta atas alasan membocorkan rahsia syarikat. Rasanya pihak majikan sekarang ni sangat kebal dengan sebarang undang2.

  12. akubiomed says:

    Kalau ikut betul-betul undang-undang buruh banyak yang tidak memihak kepada pekerja. Perlu digubal semula supaya ia seiring dengan keperluan.

  13. anif says:

    Penerangan yang baik. Memudahkan orang seperti saya faham :D Terima kasih!
    anif recently posted..Kenapa Saya Tidak Suka Menulis Tutorial