Google AdSense

Google AdSense

Undang-Undang Buruh – Kiraan Upah Bagi Kerja Pada Hari Rehat

hari rehat

Topik ini memerlukan sedikit penguasaan dalam bidang matematik :D dan pemahaman berkaitan topik-topik berikut:-

  1. Upah Atau Gaji
  2. Kerja Lebih Masa
  3. Hari Rehat

Klik pada tajuk-tajuk topik di atas bagi membaca artikel-artikel yang berkaitan. Untuk terus membaca mengenai cara kiraan upah/gaji pada hari rehat, teruskan membaca artikel ini.

Sebaagaimana yang telah dibincangkan dalam artikel yang lepas (Hari Rehat), majikan adalah tidak dibenarkan meminta pekerja bekerja pada hari rehat mereka melainkan dalam keadaan-keadaan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 60 A (2) Akta Kerja 1955. Sekiranya pekerja di arahkan berkerja pada hari rehat, maka kadar upah hendaklah berbeza dari kadar pada hari biasa. Rujuk Seksyen 60 (3) (a) dan (b) Akta Kerja 1955.

Lihat Ilustrasi Di bawah:

Encik Mat adalah seorang pengawal keselamatan di syarikat XYZ. Beliau menerima upah sebanyak RM 26 sehari (Gaji Harian). Waktu kerja biasa Encik Mat di syarikat tersebut adalah 8 jam sehari. Hari rehat yang diberikan kepada Encik Mat adalah pada setiap hari Rabu.

Soalan: Jika Encik Mat diarahkan bekerja selama 2 jam sahaja pada hari Rabu minggu ini, berapakah upah yang beliau perolehi bagi kerja tersebut?

Bagaimana pula jika Encik Mat disuruh bekerja selama 6 jam?

Adakah jawapan anda berbeza jika Encik Mat menerima gaji bulanan dengan kadar sehari RM 26 juga?

XX

Jawapan:

Sebagai seorang yang bergaji harian, maka Encik Mat layak mendapat upah satu hari pada kadar upah biasa bagi tugas yang dibuatnya selama 2 jam [tidak melebihi setengah masa kerjanya - tidak melebihi 4 jam]. Rujuk Seksyen 60 (3) (a) (i) Akta Kerja 1955.

“Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar upah mengikut harian, setiap jam atau lain-lain kadar yang serupa bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah di bayar untuk mana-mana tempoh kerja:

(i) yang tidak melebihi setengah masa-masa kerjanya yang biasa, satu hari upah pada kadar biasa;”

Encik Mat memperolehi RM 26 bagi 2 jam kerja pada hari rehatnya.

XX

Sekiranya Encik Mat berkerja selama 6 jam iaitu melebihi setengah masa kerjanya tetapi tidak melebihi tempoh masa kerja biasanya (8 jam), dia layak mendapat dua hari upah pada kadar biasa. Rujuk pula Seksyen 60 (3) (a) (ii) Akta Kerja 1955:

“Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar upah mengikut harian, setiap jam atau lain-lain kadar yang serupa bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah di bayar untuk mana-mana tempoh kerja:

(ii) yang melebihi lebih daripada setengah tetapi tidak melebihi tempoh masa kerjanya yang normal, dua hari upah pada kadar upah biasa.

Oleh itu Encik Mat menerima RM 26  x 2 = RM 52 bagi 6 jam kerja pada hari rehat beliau.

XX

Jika Encik Mat menerima gaji secara bulanan, maka peruntukan pada Seksyen 60 (3) (b) (i) dan (ii) Akta Kerja 1955 adalah terpakai.

“Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar upah bulanan yang bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah di bayar untuk mana-mana tempoh kerja:

(i) yang tidak melebihi setengah tempoh masa kerjanya yang normal, upah yang sama dengan setengah kadar upah biasa bagi kerja yang dilakukan pada hari tersebut”

Bagi setiap kerja tidak melebihi setengah tempoh masa kerjanya (4 jam), Encik Mat layak mendapat upah pada kadar setengah kadar upah biasanya. Oleh itu Encik Mat akan menerima RM 26 x 0.5 = RM 13 bagi 2 jam kerja yang dibuat pada hari rehat beliau.

XX

Jika Encik Mat bekerja selama 6 jam dengan gaji bulanan, maka mengikut Seksyen 60 (3) (b) (ii) Akta Kerja 1955 .

“Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar upah bulanan yang bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah di bayar untuk mana-mana tempoh kerja:

(i) yang lebih daripada setengah tetapi tidak melebihi tempoh masa kerjanya yang biasa, satu hari upah pada kadar upah biasa bagi kerja yang dilakukan pada hari tersebut”

Bagi kerja melebihi 4 jam tetapi tidak melebihi 8 jam, Encik Mat akan menerima satu hari upah. Oleh itu, untuk kerja selama 6 jam pada hari rehat, Encik Mat akan menerima RM 26.

xx

Bagaimana pula jika Encik Mat bekerja melebihi tempoh masa kerja biasanya (melebihi 8 jam) pada hari rehat, i.e membuat OT. Apakah kadar upah bagi kerja lebih masa pada hari rehatnya? Katakan Encik Mat bekerja 10 jam pada hari rehat. Berapakah upah bagi 2 jam OT yang di buat oleh Encik Mat?

Mengikut Seksyen 60 (3) (c) Akta Kerja 1955, mana-mana pekerja yang bekerja lebih masa pada hari rehat dan mereka di bayar gaji bulanan atau harian, maka kadar upah yang diterima adalah 2 kali ganda ikut jam.

Oleh itu kiraan bagi 2 jam OT yang dibuat oleh Encik Mat pada hari rehat beliau adalah seperti berikut:-

Kadar upah sejam Encik Mat = RM 26/8 = RM 3.25

Jumlah upah bagi 2 jam OT = RM 3.25 x 2 (jam OT) x 2 (kadar OT hari rehat)

Untuk 2 jam OT yang dibuat oleh Encik Mat pada hari rehat, beliau menerima sebanyak RM 13.

Harap anda semua faham akan kiraan yang dibuat. Sebarang kemusykilan boleh diajukan menerusi kotak komen di bawah. Terima kasih.

- Undang-Undang Buruh – Kiraan Upah Bagi Kerja Pada Hari Rehat

13 Comments

  1. Rohana Ahamad says:

    saya rasa sudah tiba masa nya kerajaan menyemak semula kiraan overtime pada hari rehat(ahad) mereka yang bertugas tunggu atas panggilan tetapi tinggal di tempat kerja 24 jam,kiraan ot tidak memuaskan.berbanding bekerja lebih masa pada hari biasa.hari biasa kiraan ot 1.5.tetapi hari rehat di bayar 2.0 pada kadar lebih dari 8 jam.iaitu jika bekerja 10 jam pada hari rehat hanya beza kiraan 2 jam sahaja di kira 2.0.

  2. ali says:

    sedikit pertanyaan..sekiranya seorang pekerja yang bergaji bulanan sebanyak 900,dan OT keseluruhannya untuk bulan itu 50 jam berapa jumlah yg perlu dibayar..apakah cara pengiraannya..

  3. Zie says:

    Saya ada sedikit pertanyaan…….bagaimana kiraan gaji bagi pekerja asing yang bekerja pada hari ahad? Gaji beliau adalah gaji hari……..RM24 sehari…….berapakah gaji yang perlu dibayar jika (1) dia bekerja 8 jam (8 pagi hingga 5 petang) pada hari ahad? (2) dia cuma bekerja separuh hari (8 pagi hingga 12 tengahari) pada hari ahad? adakah kerja separuh hari pada hari ahad perlu dikira double? Tolong bantu saya…..

    1. Kadar bayaran OT bagi pekerja asing adalah sama dengan pekerja tempatan juga. Kadar bayaran OT pada hari biasa, ahad dan Public Holiday adalah berbeza-beza. Untuk jawapan no (1) pekerja tersebut layak menerima i. sekiranya ia bergaji hari maka bayaran nya adalah RM24X2, tetapi sekiranya dibayar gaji bulanan bayaran nya adalah RM24 pada hari tersebut. Jawapan untuk no (2) Sekiranya beliau bergaji hari maka dia layak menerima RM24 tetapi sekiranya beliau menerima gaji bulanan bayaran OT pada hari tersebuat adalah RM24/2.

  4. kjunkz says:

    Saya dibayar gaji bulanan, ..gaji bulanan bahagikn kpd 26 hari at 30 hari utk dapatkn gaji 1 hari saya,

    1. Bagi semua formula OT adalah mengambilkira 26 hari, ini berbeza sekiranya nak buat penggiraan potongan gaji atas pelbagai sebab ie cuti tanpa gaji, ponteng etc adalah mengikut kelander bulan semasa….
      HR Network Malaysia Blogspot recently posted..CUTI CUTI CUTI…

  5. Mus says:

    saya dah jadi kebiasaan convert ot kepada cuti
    Mus recently posted..Hutan Lipur Kawang Bangkit Suasana Rimba Di Pinggir Kota

  6. akubiomed says:

    Macam majikan mengenakan syarat hanya mengambil kira kerja lebih masa selepas 1 jam waktu bekerja tamat alasan mustahil pekerja bekerja tanpa henti.

    Adakah cara ini betul mengikut peruntukkan undang-undang Buruh?
    akubiomed recently posted..Sambutan Earth Hour 2012 apa yang AkuBiomed bakal lakukan?

    1. Akta Kerja menyatakan, nko orang mesti rehat sekurang-sekurangnya 30 minit bagi setiap 5 jam. contoh tamat waktu rehat nko orang adalah 2.00pm, 2pm hingga 7pm = 5 jam, jadi 7pm nko orang kena ambil rehat selama 30 minit dan boleh sambung kerja balik.
      HR Network Malaysia Blogspot recently posted..CUTI CUTI CUTI…

  7. tehr says:

    Kerja macam aku ni memang tak boleh nak harap upah lebih masa macam ni
    Tak pernah
    tehr recently posted..Misai Kucing

  8. nurmisnan says:

    Adusss… fenin nak wat kira2.. jem kepala otak.. har3
    nurmisnan recently posted..5 entry terbaik Denaihati dalam senarai google search Malaysia

    1. Penulis blog in tak masukkan lagi ORP, sekiranya dia terangkan pasal ORP mesti bertambah fening lah nko..
      HR Network Malaysia Blogspot recently posted..CUTI CUTI CUTI…