Samsung Galaxy s5

Undang-Undang Buruh | Kontrak Pekerjaan

9 Flares Twitter 2 Facebook 6 Google+ 1 Pin It Share 0 StumbleUpon 0 LinkedIn 0 9 Flares ×

Harus diingat bahawa undang-undang buruh/undang-undang pekerjaan digubal bagi tujuan kebajikan pekerja. Maka dengan itu ia hanya terpakai buat pekerja. Mereka yang berkerja sendiri dan mana-mana individu-individu yang bukan pekerja tidak dilindungi di bawah undang-undang ini. Mereka yang diketegorikan sebagai PEKERJA diambil berkerja dibawah KONTRAK PEKERJAAN atau juga dikenali sebagai CONTRACT OF SERVICE.  Adakalanya amat sukar untuk membezakan samada individu-individu itu adalah pekerja di bawah contract of service atau hanya melakukan tugasan spesifik dibawah CONTRACT FOR SERVICE.

Undang-Undang-Buruh Di Malaysia

Sekiranya sebuah syarikat “outsource” sebuah syarikat lain untuk menjalankan tugas membersih misalnya, adalah mudah bagi kita mengatakan syarikat yang diupah itu adalah kontraktor yang diupah dibawah Contract For Sevice (Kontrak UNTUK perkhidmatan) bagi khidmat yang dilakukan itu. Namun, jika syarikat anda mengupah seorang individu (seorang makcik misalnya) untuk membersihkan pejabat anda dengan niat tidak menjadikan dia pekerja di syarikat anda, maka perbezaan ini amat sukar dilihat oleh orang-orang luar yang pasti memikirkan makcik tersebut adalah pekerja di syarikat anda. Lebih-lebih lagi jika beliau diambil agak lama dan secara berterusan.

Mereka yang diupah secara Contract For Service adalah KONTRAKTOR yang menjalankan tugas bagi tugas spesifik dan dibayar bayaran bagi tugasan itu sahaja. Kontraktor adalah satu jenis perniagaan. Kontraktor tak bermakna ianya sebuah syarikat atau firma sahaja. Individu yang boleh menjadi kontraktor jika dia memilih untuk berkerja sendiri (self-employed) dan menerima tugasan spesifik di bawah Contract For Service.

Individu sebegini TIDAK MENERIMA sebarang faedah yang diperuntukan di bawah Undang-Undang Buruh atau Akta Pekerjaan kecuali pada pada Bahagian VII Akta Pekerjaan 1955 yang berkaitan dengan tanggungan principal dan kontraktor untuk upah.

Bagaimankah untuk membezakan satu Contract of Service dengan Contract For Service?

Dalam menentukan status pekerja, mahkamah biasanya akan melihat beberapa faktor dan meletakkan beberapa ujian. Dalam kes Hoh Kian Ngan v Mahkamah Perusahaan Malayisa & Anor [1996] 3 AMR 3693; [1996] 4 CLJ 687, Mahkamah Persekutuan menyatakan:

In all cases where it becomes necessary to determine whether a contract is one of service of for services, the degree of control which an employer exercises over a claimant is an important factor, although it may not be the sole criterion. The terms of the contract between the parties must, therefore, first be ascertained. Where this is in writing, the task is to interpret its terms in order to determine the nature of the latter’s duties and functions. Where it is not then its terms must be established and construed. But in the vast majority of cases, there are facts which go to the nature, degree and extent of control. These include, but are not confined to, the conduct of the parties’ at all relevant times. Their determination is a question of fact. When all the features of the engagement have been identified, it becomes necessary to determine whether the contract falls into one category or the other, that is to say, whether it is a contract of service or a contract for services”.

Dalam kata lain persoalan ini adalah persoalan yang agak subjektif dan mahkamah akan melihat fakta-fakta yang berada dihadapan mahkamah sebelum membuat keputusan samada sesuatu kontrak itu adalah contract of service atau contract for services.  Antara soalan-soalan yang biasanya dikaji oleh mahkamah termasuklah:

  • Samada majikan punyai kawalan (control) terhadap bila, bagaimana dan siapa yang menjalankan kerja? Lebih besar kawalan, maka lebih kebarangkalian yang mereka diupah dibawah contract of service.
  • Samada majikan menyediakan peralatan, bahan mentah dan kelengkapan secukupnya bagi kerja-kerja itu dijalankan? Biasanya (tidak semestinya) kontraktor akan menyediakan sendiri barang-barang dan kelengkapan.
  • Bagaimana upah dibayar? Adakah secara tetap dan banyak kali atau selepas tamatnya kerja? Adakah pihak-pihak yang menjalankan kerja perlu menghantar inbois bagi kerja-kerja yang dijalankan? Penghantaran inbois boleh menjadi bukti bahawa tugasan itu satu contract for service.
  • Adakah caruman-caruman wajib statut dibuat seperti kepada KWSP? Harus diingat yang hanya pekerja-pekerja sahaja dan bukan kontraktor yang wajib dicarum.
  • Adakah terdapatnya kontrak bertulis? Jika ada, apakah yang terma-terma yang dinyatakan? Terma-terma dalam kontrak biasanya dapat menjelaskan dengan lebih terang status mereka.
  • Adakah mereka yang melakukan tugasan wajib mengikuti aturan syarikat yang mengupah mereka? Pekerja biasanya wajib mengikuti aturan syarikat seperti memakai uniform dan waktu bekerja, manakala kontraktor tidak.

Semua ujian-ujian walaubagimanapun tidak “conclusive” dan perlu dilihat secara keseluruhannya. Namun ia dapat membantu mahkamah dalam membuat penilaian dan menentukan status individu-individu terbabit.

Rujukan:

  1. Akta Pekerjaan 1955
  2. Q&A on Labour Laws In MalaysiaLatiff Sher Mohamed
  3. Malaysia Industrial Relations And Employment Law (4th Edition)Maimunah Aminuddin

SENARAI PENUH ARTIKEL UNDANG-UNDANG BURUH >>KLIK DI SINI<<

- Undang-Undang Buruh | Kontrak Pekerjaan

About the author: I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

Thesis Theme for WordPress

Comments on this entry are closed.

  • Soalan saya: 1:adakah notis letak jawatan melalui sms sah dan dilindungi oleh akta buruh?
    2:saya telah diberi cuti sakit(tumit pecah+pembedahan) selama sebulan oleh hospital kerajaan.majikan hanya membayar 3 hari gaji.apakah nasihat tuan?terima kasih