Entri ini adalah bagi menjawab bagi pertanyaan pembaca-pembaca blog bagi topik di atas yang telah dikemukakan kepada saya menerusi entri yang lepas. Sila rujuk entri berkaitan Akta Pekerjaan DI SINI. Saya rasa lebih sesuai saya membuat satu entri khas bagi topik ini kerana ada beberapa perkara perlu difahami dan jawapan pendek di kotak komen boleh mengelirukan anda semua.
Untuk memahami cara pengiraan kadar bagi kerja lebih masa, adalah perlu kita mengenalpasti beberapa perkara terlebih dahulu. Pertamanya: Apakah itu kerja lebih masa atau dalam bahasa Inggerisnya “over-time work”?
Kerja lebih masa adalah kerja yang dilakukan selepas tamat masa kerja biasa tetapi tidak termasuk kerja-kerja yang dilakukan pada masa hari cuti dan cuti umum. (work done in excess of the “normal hours of work”, However it does not include work done on Rest Days and Public Holidays) – M.N D’Cruz – A Handbook On Malaysian Labour Laws.
Jadi sebelum kita mengira kadar kerja lebih masa, kita perlu tahu dahulu, apakah masa kerja yang biasa (Normal Hours Of Work). Mana-mana kerja yang dibuat selepas tamatnya masa kerja yang biasa ini adalah dikira sebagai kerja lebih masa atau over-time (OT).
Masa Kerja Yang Biasa (Normal Hours Of Work)
Seksyen yang berkaitan dengan topik ini adalah 60A (1). Menurut seksyen ini perkerja tidak boleh:-
- berkerja selama 5 jam berterusan tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit
- bekerja lebih dari 8 jam sehari
- berkerja melebihi 10 jam sehari termasuk rehat (spread over period of 10 hours)
- berkerja melebihi 48 jam dalam seminggu
Soalan:
Bagaimana jika majikan hanya memberikan rehat selama 15 minit sahaja?
Menurut proviso pada seksyen ini, rehat yang diberikan kurang dari 30 minit tidak dianggap sebagai rehat sebagaimana ynag dinyatakan dalam seksyen 60A(1)(a). Oleh itu, dianggap sebagai kesalahan kerana tidak mematuhi peruntukan yang mewajibkan pekerja tidak boleh berkerja selama 5 jam berterusan tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.
Bagaimana jika pekerja bekerja mengikut shift dan perlukan perhatian berterusan selama 8 jam?
Majikan dibenarkan menyuruh pekerja membuat kerja berterusan selama 8 jam tanpa mengikuti seksyen 60A(1)(a) dalam situasi begini tetapi dengan syarat dalam tempoh 8 jam itu, pekerja mempunyai masa untuk makan dan rehat selama 40 minit dalam agreggat (rehat sekejap-sekejap selama 40 minit secara keseluruhannya).
Bagaimana jika pekerja bekerja tidak sampai 8 jam sehari? 7 jam misalnya?
Majikan boleh meminta pekerja selama sehingga 9 jam pada satu hari dalam seminggu.
Setelah kita memahami masa kerja yang biasa, maka apa-apa kerja yang diminta oleh majikan kita selepas masa kerja biasa itu adalah dikira sebagai kerja lebih masa atau over-time (OT) dan perlu di bayar mengikut kadar yang berbeza. Namun, syarat ini cuma terpakai jika kita:-
- ada terma dalam kontrak yang menyatakan sedemikian; atau jika tidak ada,
- tergolong dalam golongan orang yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan 1955. (Rujuk DI SINI).
Kadar Gaji Setiap Jam (Hourly Rate Of Pay)
Bagi pengiraan kerja lebih masa, kita perlu tahu terlebih dahulu kadar gaji setiap jam (Hourly Rate Of Pay). Ini kerana OT kita di bayar pada jam-jam yang kita buat selepas tamat masa kerja biasa. Lihat ilustrasi di bawah ini:
A masuk kerja pada pukul 8 pagi dan tamat kerja pada pukul 5 petang. A diberi rehat selama sejam antara pukul 12 tengahari hingga 1 petang. Tempoh masa kerja A (tolak masa rehat) adalah 8 jam. Jika A diminta untuk menyiapkan kerja sehingga pukul 7 malam, maka 2 jam yang digunakan itu perlu dibayar mengikut kadar kerja lebih masa (OT rate).
Seksyen 60I (1) (b) – maksud kadar gaji sejam (Hourly Rate of Pay): Kadar gaji sehari dibahagikan dengan berapa jam masa biasa bekerja.
Kadar Gaji Sehari (Ordinary Rate Of Pay)
Untuk kadar gaji sehari (ORP), seksyen yang berkaitan adalah Seksyen 60 I (1) (a) dan 60 I (1B), (1C):
Untuk mereka yang menerima gaji hari (daily-rated employees):
Kiraan perlu dibuat kepada gaji yang diterima oleh mereka dalam tempoh gaji sebelumnya (wage period), i.e samada secara bulanan atau mingguan dsb. Ia juga tidak termasuk bagi insentif yang diterima bagi kerja lebih masa atau kerja diwaktu cuti atau cuti umum.
Jumlah gaji ini kemudianya dibahagikan pula dengan jumlah sebenar hari mereka bekerja pada tempoh gaji tersebut.
Note: Confusing?
Berdasarkan kiraan di atas, anda boleh katakan kiraan diatas akan membawa kembali ke kadar gaji harian pekerja semua bukan? Jadi, buat kita perlu buat kiraan?
Betul juga, tetapi anda harus ingat, mereka yang bergaji hari, setiap jam mereka berkerja akan dikira. Bagaimana jika mereka berkerja setengah hari sahaja selama beberapa hari. Adakah kiraan anda menjadi berbeza?
Masa Untuk Buat Kiraan:
Sekarang anda sudah ada formula bagi mengira ORP dan Hourly Rate Of Pay. Oleh itu, anda sudah boleh mengira kadar OT bagi pekerja-pekerja anda. Ambil perhatian bahawa bagi tujuan pengiraan OT dan mana-mana kiraan di bawah Bahagian X dan XI pada Akta Pekerjaan, maksud gaji adalah seperti yang didefinasikan di bawah Seksyen 2 Akta ini:
Maksud Gaji Di Bawah Akta Pekerjaan 1955:
Gaji pokok dan lain-lain pembayaran tunai kepada pekerja bagi kerja-kerja yang dilakukan mengikut kontrak pekerjaannya (kerja yang tidak berkaitan dengan kontrak kerja tidak termasuk dalam definasi gaji. Rujuk: Lee Fatt Seng v Harper Gilfillan Sdn Bhd [1988] 1 CLJ 270; [1988] 1 CLJ (Rep) 156 Wan Hamzah SCJ) tetapi tidak termasuk:-
- nilai pada mana-mana faedah seperti perumahan, makanan, minyak, eletrik, air, perubatan dsb.
- mana-mana sumbangan yang dibayar oleh majikan untuk kebajikan pekerja seperti tabung pencen, simpanan pekerja, skim persaraan dll.
- elaun perjalanan dan nilai konsesi perjalanan
- pembayaran kepada pekerja bagi perbelanjaan khas seperti entertainment allowances dsb.
- gratuiti atau bayaran bagi penamatan perkidmatan atau pencen.
- bayaran bonus tahunan atau mana-mana bahagian pada bonus tahunan.
Kiraan Kerja Lebih Masa (Rate Of Payment For Overtime Work
| Pekerja | OT Pada Hari Biasa | OT Pada Hari Rehat/Cuti | OT Pada Cuti Umum |
| Gaji Bulanan | 1½ x HRP (Kadar Gaji Sejam Yang Biasa) | Jika OT selama 4 jam atau kurang:½ hari gaji pada ORP (Gaji Biasa Sehari)Jika melebihi 4 jam:
1 hari gaji pada ORP
Melebihi 8 jam: 2x HRP |
8 Jam atau Kurang:2x Gaji pada ORPMelebihi 8 jam:
3x ORP |
| Gaji Harian | 1½ x HRP | 4 jam atau kurang:1 hari gaji pada ORPMelebihi 4 jam:
2x Gaji pada ORP
Melebihi 8 jam: Tidak kurang dari 2x HRP |
8 jam atau kurang:2x gaji pada ORPMelebihi 8 jam:
3x HRP |
| Gaji Mengikut Kadaran / Piece Rate | 1½ Gaji pada ORP | 2x kadar gaji kadaran (ordinary rate per piece) | 8 jam atau kurang:2x kadar gaji kadaran (ordinary rate per piece)Melebihi 8 jam:
3x kadar gaji kadaran (ordinary rate per piece)
|
| Anggapan: Masa kerja sehari = 8 jam | |||
Harap anda semua boleh faham dengan jadual di atas. Maaf saya tidak sentuh mengenai pekerja pada piece rate kerana ia kurang dipakai dan jika ditulis akan menjadikan entri ini lebih panjang.
Jika ada kemusyikalan, sila kemukan soalan dan saya cuba jawab mana-mana yang saya mampu. Terima kasih kerana bertandang ke blog dulu lain sekarang lain.
Note: Akta yang ada adalah dalam Bahasa Inggeris. Sebarang kesilapan dalam terjemahan ke BM harap dimaafkan.
- Undang-Undang Buruh | Masa Kerja Dan Kerja Lebih Masa








A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
saya mau tanya ,
mcmana jika untuk orang yang beependapatan lebih dari 2000 , tetapi majikan tidak mahu mengira jam kerja lebih masa dari normal 8 jam ??
Perjanjian seblom nih mereka tidak membayar jam kerja lebih masa tapi akan mengantikan nya sebagai cuti setelah jam terkumpul cukup 8 jam .
Perjanjian baru untuk contract baru , mereka tidak akan membayar dan tiada apa2 dapat digantikan dengan jam lebih masa itu .
apakah majikan mempunyai kebenaran untuk berbuat begini , dan adakah ini salah dari segi undang2 buruh ?
sekian terima kasih … harap dapat membantu
saya bekerja dari jam 7.00 pagi hingga jam 3.00 ptang.waktu rehat 11.00pg hingga 11.45 pg.seminggu kerja 7 hari..
over time pada hari ahad dikira 1.0.
adakah overtime pada hari ahad saya sepatutnya 2.0 jika saya OT 8 jam?
Adakah waktu perjalanan balik dari out station selepas tamat waktu kerja boleh dikira kerja lebih masa dimana saya akan terus ke pejabat untuk punch card & memulangkan kereta syarikat.
saya baru bekerja d sebuah syarikat mulai 1hb April 2013, tetapi apabila saya terima payslip saya bgi bulan Aprilm saya dapati gaji saya kurang dn apabila ditanya kepada pihak payroll, mereka mengatakan kiraan gaji bermula 26hb March sehingga 25 April, ini bermakna saya tidak dpt gaji penuh bgi bulan April, soalan saya adakah ini praktis yg wajib d patuhi? dulu saya pernah di audit oleh pihak JTK dan mereka mengatakan gaji perlu dikira dari 1 hingga 30hb utk blan tersebut, cuma allowance / ot saja di benarkan utk cuttoff period. perlu khidmat nasihat.