Samsung Galaxy s5

Undang-Undang Buruh | Upah Atau Gaji

71 Flares Twitter 2 Facebook 68 Google+ 1 Pin It Share 0 StumbleUpon 0 LinkedIn 0 71 Flares ×

Adalah menjadi suatu lumrah hidup manusia bahawa kita bekerja untuk mencari rezeki. Rezeki yang diperolehi biasanya dalam bentuk makanan, barangan atau dalam zaman ini lebih berbentuk wang atau upah (gaji). Seperti yang diterangkan, Akta yang mengawalselia faedah-faedah pekerja adalah Akta Pekerjaan 1955. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat Ordinan yang hampir serupa dan peruntukan-peruntukan berkaitan upah ada dinyatakan dalam perundangan-perundangan ini.

Akta-Pekerjaan-1955

Akta Pekerjaan 1955 mahupun Ordinan Buruh yang lain tidak mengariskan soal UPAH MINIMA. Namun, ia mengandungi peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan dengan upah yang boleh membantu pekerja dari dieksploitasi oleh majikan. Antara peruntukan-peruntukan tersebut termasuklah soal tempoh upah, masa pembayaran upah, pendahuluan upah, keutamaan upah, potongan terhadap upah dan cara pembayaran upah. Rujuk Bahagian III, IV, V dan VI pada Akta Pekerjaan 1955.

Maksud Upah Di Bawah Akta Pekerjaan 1955:

Seksyen 2 (Tafsiran):

“upah” ertinya upah pokok dan semua pembayaran lain dengan wang tunai kepada seorang pekerja bagi kerja yang dibuat mengikut kontrak perkhidmatannya tetapi tidak termasuk –

(a) nilai mana-mana mana-mana tempat tinggal atau bekalan apa-apa makanan, minyak, lampu atau air atau rawatan perubatan atau mana-mana kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan;

(b)   apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan sendiri kepada mana-mana kumpulan wang pencen, kumpulan wang simpanan pekerja, skim pemberhentian kerja, mengurangkan pekerja, penamatan, rentikan sementara atau skim persaraan, skim jimat-cermat atau mana-mana kumpulan wang lain atau skim yang ditubuhkan untuk faedah dan kebajikan pekerja.

(c)    apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;

(d)  apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan-perbelanjaan khas yang diperlukan olehnya kerana jenis perkerjaannya;

(e)  apa-apa ganjaran yang kena dibayar atas pemberhentiaan atau persaraan; atau

(f) apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian dari apa-apa bonus tahunan.

Tempoh Dan Masa Pembayaran Upah

Seksyen 18 Akta Pekerjaan mewajibkan majikan agar membayar upah pekerja sekurang-kurangnya sekali bagi setiap satu bulan. Majikan boleh membayar lebih kerap namun tidak boleh kurang dari apa yang telah ditetapkan. Tempoh itu tidak semestinya mengikut bulan kalendar. Majikan boleh membayar bagi tempoh kerja 15hb hingga 14hb bulan seterusnya sebagai contoh atau bagi tempoh kerja 10hb hingga 9hb bulan seterusnya.

Namun, setelah tempoh dan masa pembayaran itu telah ditetapkan, majikan HENDAKLAH membayar upah TIDAK LEWAT dari 7 hari selepas tempoh itu berakhir [Seksyen 19 Akta Pekerjaan 1955] kecuali jika majikan dapat memuaskan hati Ketua Pengarah (Jabatan Tenaga Kerja) yang pembayaran itu tidak dapat dibuat atas sebab-sebab yang munasabah.

Menurut Seksyen 25 (1) pula, bayaran gaji hendaklah dibuat dalam NILAI YANG SAH. Ini bermakna di Malaysia, upah hendaklah di bayar dalam RINGGIT MALAYSIA. Ia juga hendaklah dibayar dalam bentuk TUNAI, namun Seksyen 25A pula membenarkan upah dibayar dalam bentuk cek atau ke dalam akaun bank pekerja, tertakluk kepada kebenaran pekerja. Pekerja boleh menarik balik persetujuan ini dengan member notis 4 minggu dengan ALASAN YANG MUNASABAH.

Pendahuluan Upah

Terdapat majikan-majikan terutamanya yang pekerja mereka berpendapatan amat rendah seperti di tapak-tapak binaan memberikan wang pendahuluan bagi pekerja mereka. Walaupun ini dibenarkan oleh Akta, namun  Seksyen 22 Akta Pekerjaan 1955 ada menyatakan bahawa majikan TIDAK BOLEH dalam mana-mana satu bulan memberi pendahuluan pada pekerja MELEBIHI JUMLAH UPAH yang diperolehi oleh pekerja itu pada bulan sebelumnya kecuali:

a)    bagi membolehkannya membeli, membina atau membaiki sebuah rumah;

b)    bagi membolehkannya membeli tanah;

c)    bagi membolehkannya membeli ayam itik;

d) bagi membolehkannya membeli sebuah motokar, motorsikal atau basikal;

da) bagi membolehkannya membeli syer perniagaan majikan itu yang ditawarkan untuk jualan oleh majikan itu;

e)    bagi mana-mana tujuan lain:

(Rujuk Seksyen 22 (e) (i), (ii) dan (iii) – yang mana permohonan dibuat dan kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah telah diperolehi.

Keutamaan Upah

Setiap majikan mesti membayar upah pada pekerjanya apabila kerja tersebut telah selesai (Rujuk Seksyen 15 (1) Akta Pekerjaan 1955). Kegagalan berbuat demikian adalah satu perlanggaran pada terma kontrak. Mengikut Seksyen 31 pula, jika harta majikan atau orang yang bertanggungjawab membayar upah pekerja dijual dengan perintah mahkamah atau wang mereka dibekukan, pihak mahkamah akan memastikan mana-mana wang yang perlu dibayar kepada pekerja empat bulan upah dibayar lebih dahulu sebelum bayaran kepada mana-mana pemiutang bercagar dibuat.

Akta-Pekerjaan-1955-b

Potongan Terhadap Upah

Potongan terhadap upah TIDAK  BOLEH DI BUAT SESUKA HATI MAJIKAN dan perlu mengikuti peruntukan Akta Pekerjaan 1955. Menurut Seksyen 24 Akta Pekerjaan 1955, majikan dibenarkan membuat potongan terhadap upah dalam keadaan-keadaan yang berikut:

a)   Potongan-potongan hingga setakat apa-apa bayaran lebih yang dibuat atas kesilapan majikan dalam masa tiga bulan sebelum itu; [Contoh: A menerima gaji sebanyak RM 1,300 atas kesilapan majikannya dari bulan Januari hingga Mei 2011. Gaji A sebenarnya hanyalah RM 1,100 sahaja. Pada bulan Jun, majikan A tersedar akan kesilapan mereka itu lalu ingin membuat potongan kepada gaji A. Berdasarkan peruntukan pada Seksyen 24, majikan A hanya boleh memotong sehingga 3 bulan ke belakang sahaja iaitu Mac, April dan Mei sahaja. Potongan bagi kesilapan bulan Januari dan Februari adalah tidak dibenarkan dan salah di sisi undang-undang.

b)  Potongan-potongan bagi indemniti yang perlu dibayar oleh pekerja kepada majikan di bawah seksyen 13 (1); [indemniti yang perlu dibayar kepada majikan jika pekerja menamatkan kontrak perkhidmatan di bawah Seksyen 13 (1) Akta Pekerjaan 1955]

c)  Potongan-potongan bagi mendapatkan balik pendahuluan upah yang dibuat di bawah Seksyen 22 dengan tiada faedah yang dikenakan; dan

d) Potongan yang dibenarkan oleh undang-undang bertulis yang lain. [Contohnya: Caruman KWSP, PERKESO dan LHDN]

Di bawah Seksyen 24 (3) pula, majikan boleh membuat potongan upah bagi hal-hal di bawah tertakluk kepada PERMINTAAN BERTULIS dari pekerja:

a)      potongan-potongan berkenaan bayaran kepada sesuatu kesatuan sekerja berdaftar atau koperasi dan persatuan pinjaman untuk apa-apa yuran, ansuran dan faedah atau lain-lain hutang;

b)    potongan-potongan berkenaan dengan apa-apa bayaran bagi apa-apa syer perniagaan majikan yang ditawarkan pada pekerja.

Seterusnya Seksyen 24 (4) Akta Pekerjaan 1955 pula mengariskan potongan-potongan yang tidak boleh dibuat kecuali atas permintaan bertulis pekerja bersama kebenaran bertulis Ketua Pengarah iaitu:

a)   potongan-potongan untuk pembayaran skim pencen, dana simpanan, skim kebajikan pekerja, skim insurans dan lain-lain bayaran faedah pekerja;

b)     potongan-potongan untuk pembayaran semula pendahuluan upah yang dibuat kepada pekerja di bawah Seksyen 22 dimana faedah dikenakan;

c)      potongan-potongan berkenaan dengan pembayaran kepada pihak ketiga bagi pihak pekerja; [Contohnya: bayaran balik pinjaman bank atau bayaran kepada Tabung Haji dan ASB].

d)     potongan-potongan berkenaan bayaran bagi pembelian apa-apa barang perniagaan majikan;

e)     potongan-potongan berkenaan bayaran bagi sewa tempat tinggal dan kos perkhidmatan, makanan dan minuman yang disediakan oleh majikan kepada pekerja di atas permintaan pekerja atau di bawah terma perkhidmatan. [Ketua Pengarah perlu berpuas hati bahawa ianya adalah bagi faedah pekerja].

Seksyen 24 (6) Akta Pekerjaan 1955 – membenarkan majikan membuat potongan terhadap bayaran bagi bahan makanan, bekalan atau barangan lain yag dibeli secara kredit oleh pekerja dari Pertubuhan Koperasi Berdaftar atas permintaan bertulis pekerja dan persetujuan Pengurus Kedai Koperasi.

Seksyen 24 (7) Akta Pekerjaan 1955 – Ketua Pengarah boleh membenarkan mana-mana potongan lain yang dirasakan perlu.

Seksyen 24 (8) dan (9) Akta Pekerjaan 1955 pula menyatakan jumlah besar kesemua potongan TIDAK BOLEH MELEBIHI 50% upah pekerja sebulan (tertakluk pada proviso pada seksyen ini).

Lain-Lain Peruntukan Berkaitan Dengan Upah Dalam Akta Pekerjaan 1955

Seksyen 28 mengariskan beberapa perkara mengenai CARA PEMBAYARAN UPAH. Antaranya, majikan TIDAK DIBENARKAN membayar gaji pekerjanya di kedai minuman keras, tempat hiburan atau stor jualan runcit dan sebagainya.

Di bawah peruntukan pada Seksyen 26 pula, majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat kepada pekerjanya berhubung cara perbelanjaan terhadap upah yang dibayar. Terpulang kepada pekerja bagaimana hendak membelanjakan wang upah yag diterima olehnya.

Seksyen 29 membenarkan majikan membekalkan pekerja-pekerja nya dengan makanan, rumah, minyak, letrik, air dan perkidmatan perubatan atau mana-mana kemudahan yang diluluskan sebagai tambahan kepada upah

Akta Pekerjaan 1955 memastikan kebajikan pekerja-pekerja terjaga dengan sebaiknya. Oleh kerana upah merupakan satu perkara yang amat PENTING kepada pekerja, maka Bahagian III, IV, V dan VI pada Akta Pekerjaan 1955 telah digubal dan mengariskan secara terperinci bagi melindungi pekerja-pekerja. Namun, harus saya ingatkan kembali, sebarang ketidakpuashati atau lapuran mengenai perlanggaran statut ini perlu dilakukan pada saluran yang betul. Saya nasihatkan pekerja-pekerja mendapatkan nasihat pegawai-pegawai di Jabatan Tenaga Kerja jika terdapat sebarang kemusykilan atau keraguan pada tindak taduk majikan anda.

SENARAI PENUH ARTIKEL UNDANG-UNDANG BURUH >>KLIK DI SINI<<

- Undang-Undang Buruh | Upah Atau Gaji

About the author: I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

Thesis Theme for WordPress

Comments on this entry are closed.

  • saya bekerja di salah sebuah syarikat swasta..saya ingin bertanya tentang bonus tahunan,adakah bonus tahunan termaktub dalam mana2 akta ataupun ianya bergantung kepada sesebuah organisasi syarikat?

  • Saya pekerja sebuah bank yang berpersatuan. Gaji saye dipotong kerana cuti sakit yg berlebihan. Tarikh gaji kami adalah 25hb setiap bulan. Namun bulan ini gaji saya tidak dibayar atas alasan potongan gaji masih sedang dikira kerana saya masih berterusan mengambil cuti sakit. Gaji saya hanye akan dibayar pada 30hb. Bolehkan ini terjadi. Salam. Terima kasih

  • saya ingin bertanya, sekiranya cuti tahunan sudah habis maka pihak majikan berhak untuk membuat pemotongan gaji terhadap pekerja tetapi bagaimanakah pemotongan gaji itu di buat. Contohnya pekerja telah mengambil cuti dari bln 6 – 8 sebanyak 9 hari sedangkan cuti tahunan telah habis, majikan pula tidak membuat pemotongan secara bulanan tetapi membuat pemotongan sekaligus 9 hari itu dalam 1 bln gaji. adakah betul cara majikan tersebut??

  • saya bekerja selama 20 hari dan ditolak 2 hari sebagai cuti rehat yang kesemuanya adalah 22 hari..saya menerima gaji secara tunai sebanyak Rm240..timbul keraguan jadi saya membuat jangkaan gaji sehari sebanyak RM16 untuk 8 jam waktu bekerja setelah dinyatakan bahaw saya hanya bekerja untuk 15 hari sahaja..RM240 bahagi 15 hari sama dengan RM16,setelah itu di dalam punch card dinyatakan saya bekerja selama 2o hari jadi jangkaan saya yang seterusnya adalh sebanyak RM15 sehari,tetapi saya menerima lagi lebihan gaji sebanyak RM60 yang menjadikannya RM300 gaji saya selama 20 hari,RM300 bahagi 20 hari sama dengan RM15 sehari…pada hari pertama bekerja dan hari seterusnya saya telah bertanya berapa gaji saya untuk sehari tetapi tidak mendapat jawapan sehinggalh hari terakhir bekerja dan menerima gaji sebanyak rm240,keadaan menjadi heboh namun pertanyaan saya tidak terjawab juga…kemudian saya menerima lebihan gaji sebanyak rm60 setelah perkara itu saya komplen…saya juga ada meminta nombor hp bos tetapi orang yang mengambil saya bekerja itu tidak melayan,saya juga turut meminta slip gaji juga tidak dilayan dan dikatakan saya hanya bekerja sebagai separuh masa sahaja tidak memerlukan slip gaji..semasa penyerahan gaji sya diberi secara tunai iaitu rm240 pada hari pertama,hari berikutnya diserahkan rm60 mencukupkn sebanyak rm60…orang tengah itu tadi menyatakan bahawa saya menuduh nya menipu wang gaji sya..padahal saya hanya mahu bertanya kenapa gaji sya rm240 sahaja sedangkn saya bekerja selama 20 hari dan dia juga tidak mengendahkan pertanyaan saya mengenai berapa gaji sya sehari dan dia menyataka kn lagi saya memandai membuat hitungan gaji sendiri,sya kata hanya jangkaan kerana saya tidak tahu gaji sebenar saya berapa..hari cuti rehat tidak dikira begitu juga cuti umum bekerja tidak mendapat gaji tambahan,dia mahu saya jelaskn sendiri kepada bos besar dan di nyatakan saya telah mem,alukan dirinya dihadapan bos..sedang cara dia memberi gaji saya sudah salah…ditempat kemasukan staff dan dihadapan kaunter perkhidmatan pelangggan dan saya tertanya kenapa setelah berlaku komplen dia mahu menyerahkan rm60 itu knapa tidak menyerahkannya bersama dengan jumlah gaji yang pertama tadi sebanyak rm240..=Rm300…//////??????

    • Saya rasa mungkin baik anda berjumpa dengan kaunselor JTK untuk berbincang lanjut. Anda perlu juga perlu pastikan apakah tindakan atau tuntutan jika ada yg anda mahu ambil. Adakah kontrak kerja bertulis? Apakah perjanjian yg dimasuki sebelum mula kerja, bila anda mula kerja dll.

      Terima kasih.