Undang-Undang Jenayah Di Malaysia

Undang-Undang Jenayah

Takrifan

Anda mungkin fikir yang anda tahu apa itu jenayah? – bunuh, rogol, mencuri dan sebagainya. Namun terdapat banyak tingkah laku atau perbuatan lain yang juga boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah- daripada merompak, memandu dengan laju sehingga ke pencemaran alam sekitar. Mengambil kira semua tingkah laku ini, adakah boleh untuk kita memberikan takrifan khusus bagi jenayah?

Undang Undang Jenayah 540x292 Undang Undang Jenayah Di Malaysia

Gambar kredit kepada gotaxelrodcharleston.com

Adalah suatu yang amat sukar untuk mentakrifkan sesuatu undang-undang yang khusus seperti undang-undang jenayah. Kebanyakkan buku-buku undang-undang akan terus ke bahagian undang-undang itu sendiri tanpa memberi sebarang takrifan khas dengan andaian orang ramai akan faham maksud perkataan itu sendiri.

Akan tetapi maksud umum bagi perkataan jenayah contohnya, adalah agak berbeza dan sempit dari maknanya mengikut undang-undang. Contohnya: Maksud umum bagi kesalahan jenayah rogol adalah perlakuan seks secara paksa terhadap pasangan perogol itu. Akan  tetapi dari sudut undang-undang adakalanya perlakuan seks secara consensus (rela) akan ditakrifkan sebagai rogol apabila salah seorang pelakunya adalah kanak-kanak di bawah umur.

Selain dari itu perubahan atau pindaan pada undang-undang juga turut mengubah keadaan semulajadi yang mana sesuatu perbuatan itu yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai bukan jenayah bertukar menjadi jenayah dan begitu juga sebaliknya. Di UK misalnya, homoseks adalah merupakan suatu kesalahan jenayah sehingga 27hb Julai 1967 apabila pindaan pada Sexual Offences Act 1967 membenarkan perbuatan sedemikian.

Takrifan Rasmi Jenayah Undang-Undang (R.White dan F.Haines, Crime and Criminology -2nd edn., Oxford:  OUP, 2000), 4 -5:

Jenayah adalah sesuatu yang kerajaan kenalpasti sebagai jenayah iaitu apabila ia ditulis dalam undang-undang jenayah dan pelaku akan menghadapi hukuman spesifik

Ciri-Ciri Jenayah

Peru diingatkan terlebih dahulu bahawa sesuatu perbuatan itu menjadi kesalahan jenayah melalui keputusan kehakiman dan badan perundangan. Namun terdapat ciri-ciri yang biasanya dikaitkan dengan perbuatan jenayah itu yang mana perbuatan itu bukan hanya menggangu hak persendirian tetapi lebih daripada itu dan mempunyai kesan bahaya yang khusus terhadap masyarakat/AWAM.  Selain dari itu, kesalahan MORAL turut dititikberatkan dan boleh jatuh sebagai kesalahan jenayah juga.

Kesalahan Awam

Jenayah adalah jenayah kerana ia tediri daripada perbuatan salah secara terus dan darjah ancaman yang serius terhadap keselamatan ataupun kesejahteraan masyarakat. Berbahaya sekali membiarkan perbuatan jenayah itu diperbetulkan hanya dengan memberikan pampas an kepada pihak yang tercedera – Sir Carleton Allen

Antara perkara yang disentuh jenayah adalah suatu perbuatan SALAH SECARA TERUS dan mengancam keselamatan dan KESEJAHTERAAN MASYARAKAT. Adalah merbahaya untuk membetulkan perbuatan jenayah dengan HANYA MEMBERIKAN PAMPASAN KEPADA PIHAK YANG TERCEDERA.

Hakiki jenayah awam boleh dibuktikan melalui perbandingan antara tuntutan sivil dan jenayah. Dalam suatu tuntutan sivil – kontrak misalnya. Terdapat pemecahan kontrak yang mana satu pihak menuntut gantirugi akibat pemecahan kontrak dari satu pihak lagi. Ia diselesaikan dengan HANYA MEMBERIKAN PAMPASAN KEPADA PIHAK YANG TERCEDERA.  Namun dalamsuatu kes jenayah, adakah perbuatan rogol misalnya boleh diselesaikan dengan hanya memberikan pampas an kepada si mangsa dan perlaku jenayah kemudiannya di bebaskan?

Kesalahan Moral

Terdapat debat mengenai hal ini terutamanya di UK samada beberapa perbuatan tidak bermoral patut di klasifikasikan sebagai jenayah. Di Malaysia, terdapat beberapa peruntukan undang-undang jenayah yang membabitkan soal moral seperti seks luar tabii dan homoseksual.  Kewajaran perbuatan tidak bermoral diletakkan di bawah ketegori jenayah ada dinyatakan oleh Lord Devlin yang menyatakan bahawa moral awam merupakan BAHAGIAN YANG AMAT PENTING bagi ikatan yang memelihara perhubungan masyarakat dan masyarakat tersebut mungkin menggunakan jenayah sebagai perlindung.

Kesimpulannya bebeza dengan pertelingkahan sivil yang hanya melibatkan individu tertentu, kes-kes jenayah adalah melibatkan kepentingan awam dan pampas an bukanlah penyelesaian bagi sesuatu kesalahan jenayah. Klasifikasi jenayah mungkin bertindihan dengan moral, namun bagi tujuan undang-undang kita cuma mendefinasikan sesuatu perbuatan itu sebagai jenayah apabila ia telah di masukkan di dalam sesuatu peruntukan undang-undang/statut.

Rujukan:

  • R.White dan F.Haines, Crime and Criminology -2nd edn., Oxford:  OUP, 2000);
  • Williams, 8 CLP (126 – 127);
  • Jonathan Herring – Criminal Law, Text Cases And Materials (2nd)
  • Smith & Hogan – Undang-Undang Jenayah, Prinsip Umum.

Undang-Undang Jenayah Di Malaysia

 Undang Undang Jenayah Di Malaysia

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Undang Undang Jenayah Di Malaysia

Latest posts by Ismail N (see all)

Comments on this entry are closed.

This Blog is hosted at:

Powered by:

Get your SEO Responsive Skins here: