Undang-Undang Kelirupaan Di Malaysia

Undang-undang Harta Intelek (Intellectual Property Rights) adalah undang-undang yang melindungi hasil kreativiti manusia. Hasil kreativiti manusia ini merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Mereka yang berhak terhadap hasil-hasil atau harta intelektual ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk ciptaan mereka itu.

Harta Intelek 540x385 Undang Undang Kelirupaan Di Malaysia

Gambar kredit kepada tia.asn.au

Undang-undang Harta Intelek

Terdapat pelbagai akta di Malaysia yang memberi perlindungan kepada harta intelektual. Rujukan juga dibuat pada common-law bagi undang-undang hakcipta intelektual ini. Perlindungan adalah berbeza-beza dan tempoh perlindungan juga tidak sama. Anda boleh juga merujuk pada website Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Intellectual Property Corporation of Malaysia) mengenai hal ini. Namun untuk topik hari ini, kita akan memperkatakan tentang Undang-Undang Kelirupaan Di Malaysia (Passing Off Law in Malaysia).

Undang-Undang Kelirupaan

Dalam undang-undang harta intelek, undang-undang kelirupaan ini adalah satu topik yang kurang popular.  Biasanya bila membicarakan soal undang-undang yang melindungi harta intelek (Intellectual Property Rights), kita sering terbayang akan undang-undang hakcipta (copyright), tanda dagangan (trademark) dan paten. Akan tetapi, terdapat beberapa lagi undang-undang ada bagi melindungi harta intelektual seperti undang-undang kelirupaan (KELIRU + RUPA).

UNDANG-UNDANG KELIRUPAAN atau dalam bahasa Inggerisnya Passing Off adalah satu perlindungan dari undang-undang common-law TORT yang terpakai di negara ini. Ia  berasal dari “tort of deceit” atau undang-undang tort yang menyekat sebarang aktiviti penipuan atau “misrepresentation” .

Oleh kerana , undang-undang kelirupaan adalah perlindungan harta intelekdari segi aktiviti penipuan, maka ia kerap digunakan dalam kes-kes yang berkaitan logo dan rupa sesuatu produk. Oleh itu adakalanya tuntutan di bawah Undang-Undang Kelirupaan ini boleh bertindihan dengan tanda dagangan (trademark). Namun harus diingat bahawa Undang-Undang Kelirupaan dalam erti kata sebenar TIDAK MELINDUNG tanda dagangan itu seperti Trademark Law. Ia hanya melindungi pengguna dari tertipu dan membeli barang yang di sangkakan barang yang lain.

Dalam kes utama undang-undang kelirupaan: Erven Warnink B.V. v. J. Townend & Sons (Hull) Ltd., [1979] AC 731, [1980] R.P.C. 31 atau dikenali sebagai the Advocaat case: Erven Warnink adalah pengeluar utama arak Belanda yand diperbuat dari kuning telur ayam, spirit beraroma, gula dan brandy. Arak ini dijual dengan nama Advocaat. Tidak lama kemudian Townend mengeluarkan arak yang hampir sama dengan menggunakan telur dan wine Cyprus, lalu menjualnya dengan nama “Keeling’s Old English Advocaat“.

Mahkamah memutuskan wujudnya kelirupaan atau passing off yang mana defendan meniru produk plantiff dan menjualnya dengan label yang hampir sama.

Elemen-elemen yang perlu di penuhi dalam kes-kes undang-undang kelirupaan (Passing Off) adalah:-

  1. Wujudnya nama baik (goodwill) pada produk tersebut.
  2. Terdapat “misrepresentation”  atau salah maklumat secara sengaja atau tak sengaja.
  3. Terdapat kerugian di pihak plantiff akibat salah maklumat itu.

Seperti yang saya katakan di atas, ramai yang cuma tahu mengenai undang-undang copyright, trademark dan sebagainya. Oleh itu, mereka mangambil jalan agar tidak di saman di bawah undang-undang tersebut dengan tidak menggunakan logo atau tanda dagangan asal pengeluar. Namun, ia tidak menghalang mereka dari cuba memikat pengguna dengan menggunakan logo, resepi atau tanda yang hampir serupa. Lihat contoh di bawah:

kelirupaan 540x405 Undang Undang Kelirupaan Di Malaysia

Gambar kredit kepada alex.woodruff.de

Mungkin pengeluar tidak akan kisah atau sedar akan kewujudannya di pasaran. Namun, bagi pengguna yang telah tertipu (kerana tidak check dengan betul), rasa nak menyumpah aje pada pengeluar yang menipu itu. icon biggrin Undang Undang Kelirupaan Di Malaysia  Banyak pengeluar yang menggunakan teknik sebegini mungkin juga sedar akan kewujudan undang-undang kelirupaan (Passing Off), namun mereka juga sedar (menerusi peguam mereka), tindakan di bawah undang-undang ini pun bukanlah sesuatu yang mudah di capai sebagaimana yang di lihat dalam kes : McDonald v McCurry.

- Undang-Undang Kelirupaan Di Malaysia

 Undang Undang Kelirupaan Di Malaysia

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Undang Undang Kelirupaan Di Malaysia

Latest posts by Ismail N (see all)

3 thoughts on “Undang-Undang Kelirupaan Di Malaysia

  1. Undang undang yang perlu diketatkan bagi melindungi nama baik produk dari dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawap

  2. Memang keliru melihat 2 produk ini tidak tahu mana satu yang asli dan mana satu yang tiruan.

Comments are closed.