Kontrak dalam kata mudah adalah persetujuan antara dua atau lebih pihak untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu sebagai balasan. Undang-undang kontrak di Malaysia berasaskan “common-law” dan dikawal oleh Akta Kontrak 1950 (Pindaaan 1974) bersama beberapa provisi dalam Akta Relief Spesifik 1950. Namun, prinsip-prinsip dalam “common law” masih terpakai di negara ini menerusi peruntukan dalam seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956. Ini kerana Akta Kontrak 1950 bukanlah suatu Akta yang lengkap dan menyeluruh bagi mengawal selia semua elemen-elemen dalam undang-undang kontrak. Oleh itu, rujukan pada “common-law” Inggeris adalah diperlukan. Jika terdapat percanggahan antara Akta Kontrak 1950 dengan “common law”, maka peruntukan pada Akta Kontrak akan mengatasi “common law” (Rujuk: Song Bok Yoong v Ho Kim Poui [1968] 1 MLJ 56.
Menurut Seksyen 2(b) Akta Kontrak, 1950 (Pindaaan 1974), “Sesuatu perjanjian yang dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah kontrak“. Oleh itu suatu kontrak akan wujud apabila kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan dan undang-undang mengiktiraf hak-hak dan tanggungjawab yang timbul daripada persetujuan tersebut. Mengikut undang-undang kontrak di Malaysia, elemen-elemen asas yang terdapat pada sesuatu kontrak itu adalah:
- Perjanjian (Agreement) – perlu ada tawaran (offer) dan penerimaan (acceptance of the offer)
- Niat (Intention to create legal relation).
- Balasan (Consideration).
- Kepastian
- Keupayaan
Elemen-elemen ini akan dikupas dengan lebih lanjut dalam artikel-artikel di masa akan datang insya-allah. Artikel ini hanyalah satu pengenalan kepada undang-undang kontrak di negara ini.
- Undang-Undang Kontrak Di Malaysia | Akta Kontrak 1950



A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
Kalau dua- dua setuju, itu namanya kontrak.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Wordless Wednesday : Kotarayaku
salam…blh x, terangkan kontrak biasiswa? contohnya situasi berikut…. si A bru shja tmat sekolah dan mndpat twaran bljar di ipta… kmudian dia dtwarkan pinjaman drpd ptptn,dan mmbuat pjnjian tsbt…setelah tamat pengajian…si A enggan membayar wang pinjaman tersebut dengan alasan kontrak tersebut tidak sah kerana perjanjian yang di buat itu sewaktu umur nya 17 tahun…dan kontrak tersebut di angap tidak sah…. adakah ia BOLEH BATAL?
Mengikut general rule, memang minor( bawah 18 tahun) tak boleh buat kontrak. Ini adalah utk menjaga interest minor tersebut. Namun, ada beberapa exceptions di mana minor boleh memasuki kontrak, contohnya kontrak berkaitan pekerjaan, scholarship, partnership dsbgnya.Kontrak PTPTN termasuk dalam exception tersebut.
Dah kata bro ni mmg study law kan!
bagus nih. leh belajar pasal undang-undang..
sayacomel recently posted..Comel Serius – Putih Harimau.