Saya rasa ramai yang pastinya sudah kenal dengan Mohammad Najeeb A. Kashgari, 23 atau lebih popular dengan nama Hamza Kashgari. Minggu lalu, Polis Malaysia (PDRM) telah menahan Hamza atas permintaan negara Arab Saudi kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Perbuatan itu dikatakan diperbuat di laman web sosial, Twitter dan menimbulkan kemarahan rakyat Arab Saudi. Hamza Kashgari yang merupakan kolumnis di sebuah akhbar di Saudi ditahan polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang setelah melarikan diri dari negara itu. Penahanan ini menimbulkan sedikit kontraversi, bukan kerana soal samada beliau menghina atau tidak Islam. Akan tetapi, tindakan PDRM menahan dan cuba menghantar pulang Hamza itu dikhuatiri tidak mengikut undang-undang yang sedia ada, selain dari hukuman yang bakal dihadapi Hamza dikatakan bertentangan dengan prinsip Hak Asasi Manusia.
Beberapa pihak termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Amensty International menasihatkan kerajaan Malaysia agar berhati-hati dan membuat kajian menyeluruh sebelum tindakan deportasi dibuat. Untuk rekod, negara Malaysia tidak mempunyai sebarang perjanjian extradisi dengan kerajaan Arab Saudi dan atas sebab itu tidak terikat untuk menghantar Hamza pulang. Malah, jika ada pun, ia juga perlu mematuhi peruntukan yang terkandung dalam Extradition Act 1992 dan Hamza Kashgari berhak untuk memohon kepada mahkamah agar extradisi tidak diberikan atas sebab-sebab tertentu.
Seperti yang dinyatakan di atas, Malaysia tiada hubungan extradisi dengan Arab Saudi dan oleh itu seharusnya penangkapan Hamza perlu berlunaskan undang-undang Malaysia iaitu dia telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia dan dihadapkan ke mahkamah Malaysia. Lapuran portal online menunjukkan bahawa satu permohanan habeas corpus telah dibuat bagi pihak Hamza dan Mahkamah Tinggi dikatakan telah mengelurkan satu arahan penahanan sementara deportasi Hamza sehingga permohanan habeas corpus telah selesai di dengar. Namun, Menteri Dalam Negeri enggan mengesahkan lapuran itu.
Dalam pada itu, negara Arab Saudi dikatakan ingin mendakwa Hamza atas tuduhan murtad dan boleh dihukum mati atas kesalahan itu.
- Wajarkah Hamza Kashgari Di Hantar Pulang?


Hmmm.. Negara lain punya masalah jadi isu pula di sini..
Dari segi perundangan Saya memang tak tahu apakah hak mereka yang melarikan diri ni..
anif recently posted..Sakit Adalah Sesuatu Yang Tidak Dijangka
Complicated juga mengenai undang-undang tapi malangnya beliau telah dihantar pulang. Mungkin kerajaan perlu berhati-hati dimasa akan datang kerana banyak mata sejak akhir-akhir menegur tindak tanduk kerajaan,
akubiomed recently posted..Update ringkas: Baby Aslah masuk hospital
key word: berhati-hati…
Aku rasa tidak perlulah sampai dihantar pulang.. Rasulullah SAW
mengajar kita supaya menegur dgn teguran yang boleh membawa
kpd keinsafan dan kebaikan.. Kalau dibawa pulang sekalipun kemudian
dia dihukum mati pula, berbaloikah tindakan itu? itu menunjukkan
ISLAM tidak adil dan zalim. Daripada indah menjadi buruk pula..
Banyak lg cara kita boleh beri hukuman pada manusia begini termasuklah kepada mereka yang telah murtad..
nurmisnan recently posted..Omar Al Mukhtar
Thank u atas pandangan tu. Mmg kawe rasa umat Islam harus cuba promote Islam dgn cara yg lembut dan tonjolkan sifat2 indah dalam Islam. Kawe rasa time Rasullullah pon strategi dipelbagaikan mengikut kesesuaian masa dan ketika. That’s why Islam senang diterima di masa itu.
=)
keyword ialah “bil hikmah”
hafizmd recently posted..Top Malaysian Blogger yang ingin aku jadikan BFF
hantar ajelah.. dah dia bikin berpuluh2 malah berjuta rakyat Arab Saudi atau lebih tepat lagi orang Islam disana terhina, dihina dan apa yg mustahak telah menghina Nabi SAW.
disamping itu juga ulama2 muktabar dari Arab Saudi telah memutuskan untung nasib si Hamza..
sekarang ini ada dua isu yg maza dapat kesan, 1) pasal agama, 2) perundangan 3) desakan…
mencari keredhaan Tuhan itu lebih aula, tentu ada hikmah dlm hal ini, dan menjadi pengajaran kepada semua orang…
psst: kalau di Thailand ada org menghina rajanya, tentu sahaja kena hukuman berat, inikan pula Rasulullah SAW.. tak ke rasa sedih?
Oleh kerana atas permintaan penjaga Dua kota suci Islam bersama para alim ulama mereka, kita sebagai negara mengaku Islam haruslah melakukan sesuatu yg patut itu.
Lagi pun kalau tak serahkan Hamza, selain menghina agama sendiri, menunjukan betapa baculnya negara dan umat Islam di Malaysia sbb tunduk dgn desakan org yg itew… pada hal tuntutan ulama, rakyat dan kerajaan Arab Saudi itu berasas dan berpaksikan agama Islam anutan dan agama rasmi negara ini!
Kalau kita tunduk hanya berdasarkan undang2 semata2.. ini bermakna kita memperbesarkan undang2 ciptaan manusia daripada undang2 ciptaan Tuhan! opps.. lupa, kekadang terfikir gak, apa nak heran, ada org kita juga menolak hukum hudud dan lebih percaya kepada hukum buatan tangan manusia.. hehehe
kalau kita tunduk, lepas ini manusia2 seperti Salman Rusdi penulis Quranic: Setanic Verses boleh berlindung di negara Malaysia selain negara2 Eropah sana.. apa mcm?!
Namun yg paling penting ialah kalau tak memakbulkan permintaan Arab Saudi, takut tahun depan kuota haji ditarik balik … kesian maza dan emak tak dapat naik haji ramai2 tak macam tahun ini.. .huhuhu
hahaha.. maza sekadar lantun-lantun yg tak faedah jerk
maza recently posted..Meraikan Cinta
Thanks Maza. Tak lantun-lantun ehh.. banyak rasional dlm pandangan tu. Cuma since kita hidup di bumi Allah ni berkongsi dan bermasy dgn kaum dan agama lain, maybe kita fikirkan juga soal-soal lain dan pandangan org lain jugak.
Give and take.. tak syok gaduh2 ehhh..
Err… buat pertama kalinya kita setuju dengan bang Maza,
laa.. kak tie baru pertama kali setuju! aderkkk..
ni kena buat parti KITA ni.. hahahha
maza recently posted..Kembali berkursus
Negara2 Arab mmg cukup tegas dalam hal2 akidah. Mungkin jugak sudah byk kali rundingan malah sesi nasihat diberi kepada Hamza namun mungkin tak makan saman. Akhirnya, kata putus oleh para ulama dan jugak atas dasar menyelamatkan kesatuan ummah…hukuman mati mmg ada wajarnye.
Moga, apa jua tindakan yg diambil tak menjejaskan hubungan baik Malaysia dan Arab Saudi.
hafizmd recently posted..Top Malaysian Blogger yang ingin aku jadikan BFF
masalah jugak ye bila negara2 Islam tak de extradisi ni ek.. mungkin jugak kita kena buat undang2 yg hampir sama dgn arab saudi bila bab2 hina nabi ni..
harap2 hal ni dapat diselesaikan dgn sebaiknya.. dan moga jadi mengajaran spya tiada lagi yg menghina junjungan kita
fiezaradzi recently posted..Top Malaysian Blogger Yang Ingin Saya Jadikan BFF
memang patut dibawa pulang.. itu undang2 negara lain bagi warganegara arab..
zool recently posted..Dapat Notis Pemotongan Bekalan Elektrik
setel negara sendiri sudah la..
titan recently posted..Komisen ke 89 dari TNX
dari segi undanga undang beliau boleh terlepas kerana malaysia perjanjian extradisi akan tetapi dari segi islam beliau telah melakukan kesalahan berat
Juan recently posted..Silent Hill 2006 Movie
wt semak kt malaysia je,…cukup2lah warga depa ni wt serabut….dtg nk jd master chef…kimia jg pehh….huhu