Wajibkah Majikan Memberi Kenaikkan Gaji Kepada Pekerja?

2 votes

gaji

Soalan sebegini dan apa-apa yang berkaitan dengan gaji dan faedah pekerja banyak di ajukan oleh pembaca blog ini kepada saya. Ramai yang juga ingin tahu apakah peruntukan undang-undang yang berkaitan dalam soal gaji dan apakah Akta atau statut yang terpakai. Hari ini saya akan cuba menjawabnya sebaik yang saya mampu. Diharap anda semua akan dapat memahami penerangan yang saya akan berikan.

Kontrak Pekerjaan

Sebagaimana yang sering saya cuba terangkan kepada anda semua, perhubungan pekerja dan majikan adalah di kawal oleh kontrak yang dimasuki oleh mereka, samada bertulis atau lisan dan samada tersirat atau tersurat. Kontrak yang dimasuki adalah mengikat dan apa-apa yang dipersetujui dalam kontrak perlu dipatuhi atau mana-mana pihak dianggap telah membuat perlanggaran pada kontrak yang telah mereka masuki.

Undang-Undang Dan Kontrak

Walaupun wujudnya satu kontrak yang mengikat, majikan tidak boleh membuat terma-terma kontrak sesuka hati dan menindas pekerja, terutama pekerja yang dilindungi oleh Akta (Harap rujuk artikel lalu bagi memahami hal ini). Sesuatu kontrak juga adalah TIDAK SAH jika ia bertentangan dengan mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada. Misalnya, satu kontrak untuk mencuri adalah tidak sah kerana ia menyalahi Kanun Jenayah.

Kontrak Dan Akta Pekerjaan

Bagi melindungi pekerja-pekerja terutamanya diperingkat bawahan dari ditindas, maka peruntukan atau undang-undang berkaitan pekerjaan/buruh telah digubal dan dikuatkuasakan. Antara yang telah berkuatkuasa termasuk Akta Pekerjaan Dan Akta Hubungan Perindustrian. Oleh itu, sesuatu kontrak juga tidak boleh melanggar peruntukkan akta-akta ini. Akan tetapi, harus diingat sekali lagi bahawa Akta-Akta ini cuma menetap syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi oleh majikan. Hak majikan dalam mentadbir, mengurus dan mengawal selia operasi syarikat tetap dihormati. Syarat yang terlalu ketat dan keras hanya akan membebankan majikan dan akibatnya ramai peniaga akan menghadapi kesulitan. Jika iklim untuk perniagaan kurang baik, maka lebih kurang peniaga, lebih kurang pendapatan kerajaan dan juga lebih ramai rakyat yang akan menggangur.

Peruntukan Berkaitan Gaji

Akta-akta yang berkaitan dengan pekerjaan di Malaysia adalah senyap dalam soal gaji. Yang ada hanyalah Arahan Gaji Minima yang cuma akan berkuatkuasa pada bulan Januari 2013. Oleh itu, selain dari soal gaji minima, penetapan gaji adalah mengikut budi bicara majikan dan KONTRAK PEKERJAAN yang dimasuki.

Kecuali dinyatakan dengan secara SPESIFIK dalam kontrak yang sebaliknya, maka majikan punyai budi bicara dalam menentukan gaji pekerja. Ini termasuklah tidak menaikkan gaji pekerja bertahun-tahun lamanya atau tidak menaikan gaji selepas disahkan dalam jawatan.

Kesimpulan

Nasihat saya dalam soal gaji ini, para pekerja yang inginkan gaji yang lebih lumayan hendaklah ‘strive’ untuk memperbaiki diri dan meningkat ‘value’ atau nilai anda di mata majikan. Ini termasuklah menambah ilmu dalam hal-hal yang penting seperti IT, undang-undang, pentadbiran dan kewangan. Selain dari itu menunjukkan disiplin yang tinggi dan kualiti kerja yang amat baik. Saya percaya nescaya majikan akan rasa berat hendak lepaskan anda dan sanggup membayar lebih bagi memastikan anda kekal dalam organisasinya, kecuali dia ada hadapi masaalah kewangan, yang mana dalam keadaan itu anda harus bersiap sedia untuk berpindah ke majikan yang lain.

Saya harap artikel ini dapat menjawab kemusykilan pembaca semua dan jika ada kelapangan saya akan lihat pula masaalah-masaalah lain yang diajukan di blog ini. Terima kasih.

Wajibkah Majikan Memberi Kenaikkan Gaji Kepada Pekerja?

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N cha February 7, 2015
    • Avatar for Ismail N Ismail N February 9, 2015
  2. Avatar for Ismail N zila October 24, 2014
    • Avatar for Ismail N Ismail N October 24, 2014
  3. Avatar for Ismail N lala October 5, 2013
    • Avatar for Ismail N Ismail N October 8, 2013
  4. Avatar for Ismail N belly May 4, 2013
  5. Avatar for Ismail N Sue lyza April 12, 2013
  6. Avatar for Ismail N salbiah March 25, 2013
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain March 26, 2013
  7. Avatar for Ismail N adi March 5, 2013
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain March 10, 2013
  8. Avatar for Ismail N Angle December 6, 2012
  9. Avatar for Ismail N Norihan Binti Mohamed Yunus December 2, 2012
  10. Avatar for Ismail N Aiza November 28, 2012
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain November 28, 2012
  11. Avatar for Ismail N azmi November 18, 2012
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain November 18, 2012
  12. Avatar for Ismail N Jen 3 November 9, 2012
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain November 10, 2012
  13. Avatar for Ismail N akubiomed November 9, 2012
  14. Avatar for Ismail N anif November 9, 2012
    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain November 10, 2012