Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Wajibkah Majikan Memberi Kenaikkan Gaji Kepada Pekerja?

by Ismail N   ·  11 years ago  
thumbnail

gaji

Soalan sebegini dan apa-apa yang berkaitan dengan gaji dan faedah pekerja banyak di ajukan oleh pembaca blog ini kepada saya. Ramai yang juga ingin tahu apakah peruntukan undang-undang yang berkaitan dalam soal gaji dan apakah Akta atau statut yang terpakai. Hari ini saya akan cuba menjawabnya sebaik yang saya mampu. Diharap anda semua akan dapat memahami penerangan yang saya akan berikan.

Kontrak Pekerjaan

Sebagaimana yang sering saya cuba terangkan kepada anda semua, perhubungan pekerja dan majikan adalah di kawal oleh kontrak yang dimasuki oleh mereka, samada bertulis atau lisan dan samada tersirat atau tersurat. Kontrak yang dimasuki adalah mengikat dan apa-apa yang dipersetujui dalam kontrak perlu dipatuhi atau mana-mana pihak dianggap telah membuat perlanggaran pada kontrak yang telah mereka masuki.

Undang-Undang Dan Kontrak

Walaupun wujudnya satu kontrak yang mengikat, majikan tidak boleh membuat terma-terma kontrak sesuka hati dan menindas pekerja, terutama pekerja yang dilindungi oleh Akta (Harap rujuk artikel lalu bagi memahami hal ini). Sesuatu kontrak juga adalah TIDAK SAH jika ia bertentangan dengan mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada. Misalnya, satu kontrak untuk mencuri adalah tidak sah kerana ia menyalahi Kanun Jenayah.

Kontrak Dan Akta Pekerjaan

Bagi melindungi pekerja-pekerja terutamanya diperingkat bawahan dari ditindas, maka peruntukan atau undang-undang berkaitan pekerjaan/buruh telah digubal dan dikuatkuasakan. Antara yang telah berkuatkuasa termasuk Akta Pekerjaan Dan Akta Hubungan Perindustrian. Oleh itu, sesuatu kontrak juga tidak boleh melanggar peruntukkan akta-akta ini. Akan tetapi, harus diingat sekali lagi bahawa Akta-Akta ini cuma menetap syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi oleh majikan. Hak majikan dalam mentadbir, mengurus dan mengawal selia operasi syarikat tetap dihormati. Syarat yang terlalu ketat dan keras hanya akan membebankan majikan dan akibatnya ramai peniaga akan menghadapi kesulitan. Jika iklim untuk perniagaan kurang baik, maka lebih kurang peniaga, lebih kurang pendapatan kerajaan dan juga lebih ramai rakyat yang akan menggangur.

Peruntukan Berkaitan Gaji

Akta-akta yang berkaitan dengan pekerjaan di Malaysia adalah senyap dalam soal gaji. Yang ada hanyalah Arahan Gaji Minima yang cuma akan berkuatkuasa pada bulan Januari 2013. Oleh itu, selain dari soal gaji minima, penetapan gaji adalah mengikut budi bicara majikan dan KONTRAK PEKERJAAN yang dimasuki.

Kecuali dinyatakan dengan secara SPESIFIK dalam kontrak yang sebaliknya, maka majikan punyai budi bicara dalam menentukan gaji pekerja. Ini termasuklah tidak menaikkan gaji pekerja bertahun-tahun lamanya atau tidak menaikan gaji selepas disahkan dalam jawatan.

Kesimpulan

Nasihat saya dalam soal gaji ini, para pekerja yang inginkan gaji yang lebih lumayan hendaklah ‘strive’ untuk memperbaiki diri dan meningkat ‘value’ atau nilai anda di mata majikan. Ini termasuklah menambah ilmu dalam hal-hal yang penting seperti IT, undang-undang, pentadbiran dan kewangan. Selain dari itu menunjukkan disiplin yang tinggi dan kualiti kerja yang amat baik. Saya percaya nescaya majikan akan rasa berat hendak lepaskan anda dan sanggup membayar lebih bagi memastikan anda kekal dalam organisasinya, kecuali dia ada hadapi masaalah kewangan, yang mana dalam keadaan itu anda harus bersiap sedia untuk berpindah ke majikan yang lain.

Saya harap artikel ini dapat menjawab kemusykilan pembaca semua dan jika ada kelapangan saya akan lihat pula masaalah-masaalah lain yang diajukan di blog ini. Terima kasih.

Wajibkah Majikan Memberi Kenaikkan Gaji Kepada Pekerja?

24 Comments

  1. cha

    Salam kpd Admin
    Saya ingin bertanya kpd tuan,Wajarkah pihak majikan memotong gaji pokok seorg pekerja andai di dapati lewat hadir berkerja 3kali dalam sebulan
    Adakah ianya dibolehkan di dalam akta buruh 1957
    Memandang belum Majikan msh blum bersedia menyediakan elaun khas mengenai kedatangan.
    Pada pihak manakah kami perlu merujuk mengenai perkara ini.
    Kerna pelbagai usaha utk mendesak majikan msh buntu

    1. Ya boleh dalam dua bentuk iaitu:-
      1. Sebagai denda selepas proses disiplin dan siasatan di buat. Serta mengikut syarat2 tertentu.
      2. Majikan membayar ikut jumlah sebenar pekerja berkerja. Misalnya, dalam seminggu masa kerja pekerja ialah 48 jam tetapi mengikut catatan majikan, pekerja cuma kerja selama 47 jam. Oleh itu, majikan perlu bayar nilai 47 jam sahaja.

  2. zila

    Salam nak tanya…

    saya nak berhenti dan dinyatakan gaji saya akan dibayar cek pada hujung bulan instead of direct ke bank account saya. boleh ker majikan buat macam nie

    1. W’salam..

      Jika gaji anda lebih 2k, maka anda perlu rujuk kontrak kerja anda.

      Jika 2k ke bawah, maka peruntukkan Akta Kerja 1955 terpakai buat anda. Di bawah akta kerja, gaji hendaklah dibayar dalam bentuk TUNAI, namun Seksyen 25A pula membenarkan upah dibayar dalam bentuk cek atau ke dalam akaun bank pekerja, tertakluk kepada KEBENARAN pekerja.

  3. lala

    minima gaji pada 2013 ialah rm900 tapi gaji saya hanya rm750 ,cuti plak 2hari sebulan(tolak gaji) cuti umum kerja dan tiada bonus .so patut ke saya buat aduan ??

    1. soal patut atau tidak adalah perkara subjektif dan anda lebih sesuai utk menjawabnya. Membuat aduan bukanlah 100% jalan penyelesaian kerana ia akan mengakibatkan hubungan yg kurang baik dengan majikan. Dalam banyak hal saya suka nasihatkan pekerja bertanyakan majikan dahulu akan sebab2 layanan yang diberikan. Hanya bila rundingan dan tolerensi tidak dapat dilakukan lagi, maka aduan atau tindakan selanjutnya dibuat.

      Cuma dalam kes anda, anda ada sebab untuk membuat aduan pada JTK. patut atau tidak, terpulang kepada anda.

  4. belly

    Saya baru bekerj dengan syarikat ini dalam tempoh 5 bulan. Saya telah bekerja lebih masa pada bulan 2 tetapi sehingga kini , bayaran untuk kerja lebih masa itu tidak dibayar oleh pihak majikan. Saya dan rakan telah berulang kali bertanya pada bahagian HR tetapi sehingga kini tiada respond dari mereka samada memberitahu secara lisan atau bertulis atau bayaran dibuat pada payslip. Apaah yang perlu kami lakukan untuk mendapat kan hak kami sebagai pekerja?

  5. Sue lyza

    Saya sudah bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan selama 4 tahun dan saya hanya kelulusan diploma. Untuk gaji bagi tahun pertama dan kedua saya mendapat RM1500 dan termasuk RM200 untuk elaun bulanan bagi setiap bulan. Tahun ketiga pula saya dinaikkan gaji sebanyak RM100 dan elaun tetap memandangkan surat perjanjian termaktub dengan syarat sebegitu.

    Yang menjadikan saya tidak puas hati adalah dengan pengalaman saya bekerja di syarikat tersebut dan menguruskan urusan kerja yang terlalu padat, saya dipadang sepi. Bukankah pengalaman bekerja lebih di ambil kira dari kelulusan seseorang sekarang? Sijil ke diploma ke atau ijazah kini seakan tiada beza melainkan pengalaman bekerja seseorang itu.

    1) Syarikat saya ingin mengambil pekerja baru lepasan ijazah dengan gaji bulanan RM2500. Sedangkan saya pada masa itu lepasan diploma hanya diberikan gaji permulaan sebanyak RM1500. Pekerja baru tersebut adalah pekerja partime di syarikat saya, dan selama dia bekerja di syarikat ini saya jugalah yang selalu menyudahkan segala kerja yang dia lakukan. Kekadang, saya terpaksa melakukan dan edit semula kerja yang dia lakukan dari awal. Seakan-akan dia dapat gaji free! Kira segala kerja dia, saya yang uruskan.

    2) Mungkinkah ia ada sangkut paut dengan isu bangsa? Saya agak terkilan juga bila kawan-kawan mengatakan bahawa saya telah dibuli oleh syarikat saya memandangkan hanya saya sahaja yang berbangsa Melayu di situ.

    Segala kerja diletakkan atas bahu saya dan adakah berbaloi jika saya masih bersabar disini? Saya ingin memberi notis sebulan tetapi memandangkan sekarang susah ingin mencari pekerjaan dan ingin mengutarakan kepada pihak syarikat saya begitu serba-salah kerana masih sayangkan kerja ini tetapi agak berasa jauh hati ingin berada di sini memikirkan masalah ini. Apa perlu saya lakukan? Adakah perlu untuk saya berbincang dan merayu untuk kenaikan gaji berbaloi dengan kerja dan pengalaman saya bekerja di syarikat itu atau berhenti kerja terus?

    Sekian, terima kasih.

  6. salbiah

    saya berkerja disebuah syarikat swasta.majikan saya tidak memberikan borang EA kepada saya dan masih tidak memberikan kepada saya walaupun saya telah memohon untuk mendapatkan barang EA bg tujuan simpanan.persoalan saya, adakah saya tidak berhak mendapatkan borang EA jika saya tidak dikenakan cukai pendapatan atas alasan gaji tahunan yang kecil. apa kah yang perlu saya lakukan jika majikan saya masih tidak mahu memberikan borang EA walaupun berkali-kali saya meminta dan majikan saya bertanyakan alasan mengapa saya perlukan borang EA. adakah alasan untuk simpanan dah rujukan adalah tidak berasas dan borang EA hanya utk tujuan permohonan pinjaman semata-mata? sekian. terima kasih.

    1. Jika pendapatan tidak dikenakan cukai, maka borang EA tidak dikeluarkan oleh LHDN. Namun, anda boleh rujuk kepada mereka utk memastikan tafsiran cukai anda telah di submit.
      Mereka yg tiada borang EA biasanya menggunakan resit caruman EPF bagi tujuan permohonan pinjaman.

  7. adi

    Salam. Saya ingin bertanya kepada admin. Saya telah bertugas di satu company di selayang selama setahun lebih sebagai pembantu halal. Saya telah dihantar menjalani latihan selama semiggu di Halal Development Center. Masalahnya sekarang, majikan telah mengikat kontrak dengan saya selama 2 tahun dan bayaran yg perlu dibayar untuk menebus kontrak ini ialah 4k..adakah ikatan yg dibuat ini sah?kerana saya difahamkan peruntukan dari HRDF yg digunakan untuk menghantar saya ke latihan itu. Bukan dari majikan. Terima kasih.

    1. Saya rasa bayaran itu bukanlah untuk menebus kontrak sebaliknya notis bagi berhenti kerja. Namun, untuk memberi komen yang lebih lanjut, rujukan pada kontrak anda perlu dibuat. Tanpanya, amat sukar saya komen apa-apa. Harap maaf.

  8. Angle

    basic sy hanya RM650.KALAU TAHUN 2013 BULAN SATU GAJI MASIMUM IALAH RM900 KLAU MAJIKAN SY TIDAH LANCAR KAN
    HENDAK BUAT MCMANA

  9. Norihan Binti Mohamed Yunus

    Sebagai pekerja disektor swasta,saya memang tidak berpuas hati bekerja disyarikat TDK Lambda yang telah tertubuh selama 22tahun diKuantan Pahang.Saya yang telah berkhidmat selama 22tahun masih bergaji ditahap bawah dari rm3k,sedangkan jawatan yang disandang bukan dikalangan pekerja operator,kenaikan gaji dan bonus tahunan yang terlalu sedikit walaupun syarikat menjana keuntungan berlipatganda,penghargaan yang diberi oleh syarikat apabila mendapat sasaran adalah makan percuma dikantin syarikat dengan kadar bayaran satu(1) kepala rm5,tiada pernah memberi incentive kepada pekerja dalam bentuk wang apabila menjana keuntungan yang tinngi.
    Kami sedang berusaha untuk membela nasib kami dengan menubuhkan kesatuan sekerja wilayah timur yang sekarang mendapat tentangan hebat dari pihak majikan,kes kami akan diperdebatkan dimakamah tinggi untuk menentukan nasib kami.

  10. Aiza

    Saya telah ditemuduga oleh 2 orang bagi pihak syarikat saya bekerja sekarang. Dalam sesi temuduga itu, panel interview telah berjanji akan menaikkan gaji saya sebanyak RM1000 selepas pengesahan jawatan. sehinggalah saya disahkan jawatan dari December 2011, pihak majikan buat2 lupa akan janji mrk dan memberi alasan yg ini tidak ada tertulis dalam mana2 surat. Jadi salah seorang dari panel interview itu telah menulis email kepada pihak pengurusan mengatakan yang memang mrk telah berjanji utk memberi kenaikan gaji sebanyak RM1000 bila saya telah disahkan dlm jawatan dan telah mengisi semua dokumen yang pihak majikan hendaki dan pihak pengurusan pun telah menandatangani setuju untuk membayar tunggakan gaji tersebut. sehinggalah ke hari ini, November 2012, pihak pengurusan saya masih lagi berdolak dalik untuk tidak mahu membayar tunggakan tersebut. beberapa email telah saya hantar sebagai peringatan dan inginkan status pembayaran ini tetapi mrk memberi bermacam2 alasan dan sengaja melambat2kan pembayaran kepada saya. Jadi, oleh kerana bosan dengan sikap majikan yang tidak bertanggungjwp saya telah menghantar notis berhenti kerja (2 bulan) pada 31 Oct, 2012 tetapi majikan melepaskan saya pada 6 Oct, 2012. bila saya bertanya tentang tunggakan gaji yang mrk kena bayar pada saya pihak majikan memberitahu yang saya tidak layak untuk mendapatkan bayaran tersebut kerana saya berhenti kerja. saya minta jasa baik tuan untuk membantu masalah saya ini. selain itu, pihak majikan juga telah memotong cuti tahunan saya sewaktu saya didalam tempoh percubaan kerana mengambil cuti sakit dengan alasan saya tidak boleh ambil cuti sakit pada waktu itu. terlalu banyak saya terpaksa makan hati dengan penindasan yang mrk lakukan kepada saya juga termasuk seluruh kakitangan yang bekerja disana. penjelasan tuan dlm perkara ini amat sy hargai.

    1. Apa yang hadapi sekarang ialah ialah pertikaian dari segi kontrak. Persoalan ialah samada janji pegawai menemuduga anda itu mengikat syarikat atau tidak. Agak complicated dan banyak perkara yang perlu dilihat. Jika ada kontrak bertulis dan anda telah menandatangani selepas temuduga itu, maka ia boleh beri kelebihan kepada majikan anda.
      Dahulu saya ada hadapi hal yg sama dan dijanjikan kenaikan gaji semasa temuduga, cuma saya tekankan perkara ini dinyatakan dalam kontrak atau saya tidak akan menyertai sykt itu. Saya tak pasti anda dalam situasi yg sama.
      Lain-lain hal berkaitan gaji dan cuti boleh dirujuk kepada JTK untuk bantuan. Jika majikan berkeras dalam semua hal opsyen y tinggal ialah mendapatkan khidmat guaman. Terima kasih.

  11. azmi

    as-salam, seorang kakitangan yang ditukarkan ke anak syarikat lain di atas keperluan dan bukannya disebabkan oleh masalah disiplin mendapati elaun tetap yang diterima selama bertugas didalam anak syarikat yang terdahulu telah dipotong sepertimana yang terkandung di dalam “transfer letter”. adakah ianya boleh diklasifikasikan sebagai “constructive dismissal” ?

    1. Mungkin. Ada elemen CD di situ. Anda wajar menulis kepada management dan minta penjelasan mengenai tindakan mereka itu.

  12. Jen 3

    Salam,
    Saya ingin bertanya jika terdapat apa2 usaha atau pembelaan yang boleh dibuat sekiranya pada 3 tahun lepas, sy telah ditawarkan gaji basic dan kontrak selama 3 tahun oleh syarikat tempat saya bekerja sekarang. Pada masa tersebut, terdapat separuh dari kawan2 sy mendapat tawaran gaji basic yang sama dengan saya tetapi tempoh kontrak selama setahun, manakala saya dan beberapa kawan yang lain mendapat kontrak yg sama. Setelah setahun, kawan2 sy telah tamat kontrak dan apabila ditawarkan pembaharuan kontrak,mereka telah diberikan kenaikan gaji. Manakala sy dan kawan2 yg senasib tidak mendapat apa2 kenaikan sehinggalah kami tamat kontrak 3 tahun pada bulan ini. Kami telah memohon utk adjustment kenaikan 3tahun gaji tetapi tidak dilayan oleh majikan, dan menurut mereka ianya merupakan polisi, iaitu hanya setahun kenaikan bagi mana2 tempoh kontrak yg diberi. Ini adalah tidak adil kerana selepas kemasukan kami, tidak terdapat lagi junior2 yg ditawarkan 3 tahun kontrak. Junior yg masuk lewat setahun dari kami telah diberi 1 tahun kontrak dan kini mereka telah menikmati dua kali kenaikan. Gaji kami sekarang sama dengan junior yang baru setahun berkhidmat. Seolah2 pengalaman 3 tahun kami itu tidak bernilai apa2 kepada majikan. Kami berasa tertindas dan tidak puas hati dengan cara majikan menangani gaji kami. Adakah terdapat apa2 akta yang boleh membela nasib saya dan kawan2 saya dalam kes begini? Maaf kerana sy kurang memahami bahasa2 undang2 dan terpaksa bertanya kepada tuan. Harap tuan dapat membimbing kami dalam membela nasib kami.
    Sekian, terima kasih.

    1. Saya mohon maaf kerana tidak mampu membantu anda semua dalam hal ini. Sebagaimana yg ditulis dalam artikel di atas, kuasa menaikkan gaji adalah BUDI BICARA majikan.

  13. Bergantung kepada terma-terma tawaran kerja yang diberikan oleh majikan ketika menghantara tawaran kerja.

  14. Meningkatkan kemahiran & “value” adalah satu pelaburan 🙂

    1. ditto. Pekerja yg mempunyai pelbagai kemahiran mempunyai nilai yg tinggi akan di sayangi majikan. 😀

Comments are closed.