Google AdSense

Google AdSense

Waktu-Waktu Kerja (Hours Of Work)

waktu kerja

Gambar kredit kepada architectureforbreakfast.com

Di bawah Seksyen 60 (A) (9) Akta Kerja 1955, “waktu-waktu kerja” (Hours Of Work) di definasikan sebagai:

jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan ia tidak bebas untuk menggunakan masanya dan pergerakkannya sendiri

the time during which an employee is at the disposal of the employer and is not free to dispose of his own time and movements

Ini bermakna pada waktu-waktu kerja, pekerja adalah di bawah kawalan majikan dan tidak boleh berbuat sesuka hati atau tiada di tempat kerja tanpa kebenaran majikan dan ini termasuklah tidak boleh lewat atau pulang awal dari kerja :wink:

Bilakah Waktu-Waktu Kerja Ini?

Waktu-waktu kerja ini adalah mengikut waktu yang ditetapkan oleh majikan. Jika majikan mahukan pejabat beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, maka waktu-waktu kerja bagi pekerja adalah dari pukul 9 pagi hinggalah ke pukul 5 petang.

Adakah Had Atau Syarat-Syarat Bagi Waktu Kerja Mengikut Undang-Undang Buruh?

Dalam artikel yang lepas, ada dinyatakan yang di bawah Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, pekerja TIDAK BOLEH DIARAHKAN bekerja:-

  1. Lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang daripada 30 minit.
  2. Lebih dari 8 jam sehari
  3. Lebih tempoh masa (in spread-over period) 10 jam sehari.
  4. Lebih 48 jam seminggu

Itu adalah PRINSIP AMnya! Tetapi bagaimana jika:-

(A) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Selama 8 Jam Berturut-Turut TANPA rehat yang tidak kurang daripada 30 minit?

Prinsip amnya adalah TIDAK BOLEH! Akan tetapi jika pekerja itu:-

  1. terlibat dalam kerja yang mesti dijalankan berterusan; dan
  2. memerlukan perhatiannya secara terus menerus;

maka, ia dibenarkan oleh Akta DENGAN SYARAT pekerja mempunyai tempoh masa tidak kurang dari 45 minit dalam aggregat untuk makan.

Contoh:

Abu bekerja di pusat rawatan air milik DLSL Sdn Bhd sebagai operator mesin. Kerjanya memerlukan dia bekerja secara beterusan dengan memberikan perhatian secara terus menerus bagi memastikan air yang disalurkan kepada orang awam nanti tidak tercemar atau tidak memenuhi piawaian.

Dia bekerja dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Untuk mamastikan kerjanya tidak terganggu dia berhenti makan sedikit-sedikit selama 7 minit setiap jam. Jumlah masa makannya adalah 7 minit x 8 = 56 minit.

Dalaam keadaan seperti di atas, ia adalah DIBENARKAN. [Seksyen 60 (A) (1) (iii) Akta Kerja 1955].

(B) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi 8 Jam Sehari?

Sekali lagi prinsip am mengatakan tidak boleh. AKAN TETAPI, pekerja boleh diarahkan bekerja melebihi “waktu-waktu kerjanya” atau melebihi 8 jam jika perlu DENGAN SYARAT pekerja di bayar pada kadar satu setengah kali ganda kadar upahnya mengikut jam.

Namun, pekerja adalah TIDAK BOLEH diarahkan bekerja melebihi 12 jam sehari kecuali dalam situasi-situasi yang dibenarkan di bawah Seksyen 60 (A) (2) (a) – Rujuk juga Seksyen 60 (A) (7) Akta Kerja 1955.

Situasi-situasi yang dibolehkan pekerja bekerja melebihi 12 jam sehari:-

  • kemalangan, sebenar atau diancam, dalam atau berkaitan dengan tempat kerjanya;
  • kerja, perlaksanaannya adalah perlu kepada kehidupan masyarakat;
  • kerja yang perlu bagi pertahanan atau keselamatan Malaysia;
  • kerja segera yang harus dilakukan ke atas jentera atau loji;
  • suatu gangguan kerja yang tidak mungkin dapat ditelah; atau
  • kerja yang harus dilakukan oleh pekerja-pekerja dalam mana-mana kegiatan perusahaan yang perlu kepada ekonomi Malaysia atau mana-mana perkhidmatan perlu sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967

(C) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi Tempoh Masa (Spread Over Period) 10 Jam Sehari

Maksud ‘spread over period‘ akan diterangkan dengan lanjut dalam artikel yang akan datang. Untuk soalan di atas, keadaanya adalah sama dengan (B) iaitu prinsip am adalah tidak boleh, namun jika di minta juga, maka pekerja perlu di bayar pada kadar satu setengah kali ganda kadar upahnya mengikut jam.

Di bawah Seksyen 60 (A) (3) (b), kiraan kerja lebih masa bagi ‘spread over period‘ adalah selepas tamatnya tempoh masa kerja mengikut ‘spread over period‘ itu.

(D) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi 48 Jam Seminggu

Pertama sekali, perlu di beri perhatian yang dalam artikel ini saya menggunakan perkataan “melebihi waktu-waktu kerja” atau melebihi 8 jam bila menyentuh soal kerja lebih masa (OT).

Ini kerana waktu-waktu kerja mungkin ada yang LEBIH dan ada yang KURANG dari 8 jam sehari. Jika waktu-waktu kerja ini di lampaui, maka bayaran upah hendaklah pada kadar yang ditetapkan untuk kerja lebih masa dan bukan pada kadar normal lagi.

Di bawah Seksyen 60 A (1) (iii) Akta Kerja 1955, majikan dan pekerja menerusi persetujuan/kontrak kerja boleh memilih agar pekerja berkerja lebih 8 jam sehari tetapi tidak melebihi 9 jam BAGI satu atau lebih hari dalam seminggu.

Lihat Jadual di bawah:

WAKTU-WAKTU-KERJA

Majikan boleh meminta pekerja berkerja lebih dari 48 jam seminggu dengan syarat apabila waktu-waktu kerja dilangkaui, maka bayaran pada kadar kerja lebih masa mesti diberikan.

- Waktu-Waktu Kerja (Hours Of Work)

47 Comments

  1. Robin says:

    Dalam situasi A & B jumlah masa kerja adalah 48 jam,benarkah dalam situasi B pekerja telah pun mempunya OT 2 jam?

  2. Fazila says:

    As salam..
    jika waktu bekerja Isnin hingga Jumaat (5 jam sehari – 7.30 hingga 12.30)
    kalau buat ot pengiraannya macamana

  3. Mohd.Ikhwan bin Ismail says:

    apa itu labour 8?adakah menjadi satu kesalahan sekiranya pengawal keselamatan di arahkan bekerja terus-menerus 24jam setiap hujung minggu sahaja waktu pertukaran syif,dan adakah menjadi satu kesalahan pula anggota cuma di benarkan membuat tuntutan kerja lebih masa cuma 3 jam untuk hari sabtu dan 3 jam untuk hari ahad?contohnya waktu kerja anggota tebabit pada minggu ini dari jam 1900-0700 dan minggu depan bermula jam 0700-1900,jadi saya menetap kan setiap hari ahad hari pertukaran syif,dengan ini anggota yang bertugas pada syif malam minggu(sabtu) di wajibkan kerja terus sehingga ke petang hujung hari ahad / minggu. mohon kerjasama tuan/puan memberi jawapan dan nasihat pada saya tentang perkara ini

  4. suden says:

    Salam..
    Sy ingin bertanya pd tuan adakah mereka yg bergaji lbh
    Rm2000 tidak dilindungi akta dan masa bekerja lbh 52 jam seminggu tanpa byrn tambahan dibolehkan?

  5. Rahmah binti Kamaruddin says:

    Waktu bekerja saya dr pukul 9.00am-6.00pm Isnin-Jumaat.(waktu makan 1 jam) Hari Sabtu 9.00am-1.00pm. Adakah saya berhak mendapat kerja lebih masa (ot)? Terima kasih

  6. azizah says:

    jika staf yang bekerja syif 7 jam siang dan 10 jam malam – waktu bekerja biasanya pergi berkursus selama 5 hari – Isnin-jumaat: 8.00-5.00 ptg adakah staf tersebut layak mendapat hari rehat mingguan nya Sabtu dan Ahad? Adakah staf tersebut hanya layak HR mingguannya sebanyak 2 hari setelah melakukan tugasan 8-5.00 ptg selama 1 bulan?

  7. Juliana binti Abu Bakar says:

    Encik, jika kami kakitangan pejabat diarahkan bekerja jam 8.30pagi hingga 6ptg. Tetapi pekerja biasanya menggunakan lebih daripada 8.5 jam sehari. Bolehkan majikan mengarahkan kami untuk bekerja pada hari sabtu (8.30-1.00)? Bantu saya selesaikan masalah ini.

  8. sabri says:

    saya bekerja hari sabtu setengah hari…. dari 8.30- 1 ptg… jk sy ambil cuti pada hari tersebut adakah dikira 1 hari @ setengah hari…. kerana majikan saya potong 1 hari bekerja…

    1. 1 hari… 8.30 – 1 ptg adalah normal working hour anda pada hari tersebut.

  9. Jeniffer says:

    waktu bekerja 830am-530pm, tetapi saya disuruh bekerja selagi majikan saya masih berada di ofis.. selalu dibagi balik dalam pukul 7pm-8pm.. Sabtu dan Ahad cuti, tetapi bila disuruh datang pada hari Sabtu, cuma dibayar gaji hari biasa..tolong nasihat…

    1. Jika gaji anda kurang dari RM 2,000, maka peruntukkan Akta Kerja 1955 perlu dipatuhi oleh majikan anda. Pekerja tidak boleh diarahkan berkerja lebih 8 jam sehari kecuali dlm hal2 tertentu dan hendaklah dibayar upah tambahan berdasarkan pada kadar yg ditetapkan.

  10. YG BERTANYA says:

    kami bekerja 52 jam dlm 1 minggu..so apa yg harus kami lakukan..1 hari off day,ahad msuk kerja jam 9am-4pm,hari-hari biasa msuk kerja jam 9am-6pm..selepas 6pm bru dikira ot….

  11. ebon says:

    jikalau bekerja syif kurang drp 48 jam seminggu atau kurang 192 jam sebulan, ada masalah ka dengan undang2?

  12. mohd fardius says:

    Shift keja isnin selasa rabu khamis Jumaat Sabtu
    Pagi 7am-3.10pm 7am-3.10pm 7am-3.10pm 7am-3.10pm 7am-1pm 7am-3.10pm
    Petang 3pm-11.10pm 3pm-11.10pm 3pm-11.10pm 3pm-11.10pm 2.30pm-12.10am 3pm-11.10pm
    malam 11pm-7.10am 11pm-7.10am 11pm-7.10am 11pm-7.10am 11pm-7.10am 11pm-7.10am
    Pagi = 8jam 10minit x 5hari + 6 jam =46jam 50minit
    Petang = 8jam 10minit x 5hari + 9jam 40minit =49jam 40minit
    Malam = 8jam 10minit x 5hari =40 jam 50minit
    48 jam x 3minggu=144jam
    46jam 50minit + 49jam 40minit +40jam 50minit =145jam 20minit
    Nie jadual kerja kami…blh ka klu mcm nie??
    mohd fardius recently posted..Commentluv Enabled Blogs Increase Online Presence

    1. Ya, boleh. Cuma yg shift petang tu perlu di beri OT 1 jam 40 minit kerana melebihi 48 jam kerja.

  13. mohd fardius says:

    sy nk tnya klu org yg bekerja 3 shift mmg waktu kerjanya sama atau x? klu minggu hari shift pagi dan petang seminggu 48jam dan kalau keja malam pon mesti 48jam juga ka??tolong terangkan jap tuan..
    mohd fardius recently posted..Commentluv Enabled Blogs Increase Online Presence

    1. Soal roster dan masa kerja adalah ditentukan oleh majikan. Undang-undang tidak mengawal semua perkara dan menidakkan hak majikan dalam menjalankan perniagaan secara optimum yg boleh. Yg penting majikan perlu mematuhi syarat2 minima yg ditetapkan oleh undang-undang iaitu seperti yg dinyatakan pada Seksyen 60(A) (1). Rujuk artikel di atas. Rujuk juga jadual di atas (situasi A dan B).

      Terima kasih.

  14. noraza says:

    dalam masa bekerja saya telah pergi untuk membuat pregnancy check up,selepas punch kad pkul 8.30 pg dalm keluar semula pada pukul 9.20.selesai check up pukul hampir pukul 11.00 pg dokter telah memberikn time slip kepada saya,setelah kembali time slip saya tidak diterima oleh majikan.majikan juga mengatakan hr tidak terima time slip saya di waktu bekerja, saya sangat tertekan dengan keadaan saya yang berbadan dua,sebelum ini dia juga tidak berpuas hati dengan mc yang doter berikan kepda saya.

    1. Memang sesetengah HR a bit fussy sikit. Harap bersabar dan anggap dugaan bekerja. Jika mereka potong gaji anda, ingatkan mereka hak anda terhadap cuti sakit dsb. Terima kasih.