Kar1sma | Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah pun memperuntukan sebanyak  RM 1.4 billion bagi program ini bagi membantu kumpulan sasar keluar dari kemelut kesusahan hidup.  Di bawah Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia  atau Kar1sma, pelbagai perkhidmatan seperti bantuan kewangan bulanan, pusat jagaan harian, program ziarah dan bantu, insentif OKU produktif, latihan kepada ibu tunggal, pemeriksaan kesihatan dan mamogram serta pusat aktiviti kanak-kanak ditawarkan kepada kumpulan sasaran ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kementeriannya akan memberi bantuan secara berterusan untuk memastikan kumpulan sasaran tersebut keluar daripada kemelut kesusahan.

Antara yang amat beruntung di bawah program Kar1sma ini adalah golongan warga emas. Daripada kira-kira 500,000 penerima bantuan yang disasarkan, warga emas menerima peruntukan terbesar iaitu RM455 juta (lebih 30% dari peruntukkan yang telah disediakan) diikuti orang kurang upaya (RM332 juta), program-program kemasyarakatan komuniti (RM303 juta), kanak-kanak (RM290 juta) dan balu polis dan tentera (RM4.1 juta). Jumlah ini diharap mencukupi bagi membantu kumpulan-kumpulan ini.

Menurut Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kementeriannya memandang berat soal pengagihan bantuan sara hidup secara tepat kepada semua kumpulan sasaran. ”Mereka yang memerlukan akan diberi bantuan sara hidup antara RM100 hingga RM450 setiap bulan, jumlah ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Kar1sma yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Pengagihan bantuan yang tepat waktunya kepada semua kumpulan sasar turut menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang baru Hadzir Md. Zain,” tambah beliau lagi. Sumber: Utusan

- Kar1sma | Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia

About the author: I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

Comments on this entry are closed.