Berkebun – Cabaran Dalam Kesabaran

berkebun

Berkebun ni memang banyak cabarannya.  Bukan setakat masa, tenaga, keringat, wang ringgit dan komitmen diperlukan – tahap kesabaran juga mestilah tinggi.  Budak-budak sini cakap – kesabaran ‘Tahap Gaban’.  Mana tidaknya, sudah penat-penat kita sediakan tanah, pokok belum pun tinggi mana, ada makhluk lain pula memandai-mandai ‘tolong’ cantas – macam rakan blogger kita, Joyce.

Kalau anak sendiri yang cantas, takpe la jugak.

Selain itu, lalat buah pun tak kurang nakal, seperti yang dihadapi oleh rakan yang seorang lagi ni, Shafirul Suffian.  Itu baru cerita tentang pokok cili…

Cabaran Dalam Berkebun

Saya memang tabik spring kat para pekebun kita.  Walau duduk di apartment ja atau tanah cuma sekangkang kera, mereka tetap bersemangat waja untuk berbakti kepada tanah.  Dan saya tumpang gembira dan turut merasa teruja apabila melihat hasil-hasil tanaman mereka.

Jadi, bayangkanlah betapa gembiranya saya apabila melihat pokok mangga belakang rumah berbuah!

Mula ditanam pada 10 Januari 2008, semasa cuti awal Muharram. Isteri saya yang beli di nursery dekat ofis. Menurut pekerja nurseri tu, pokok akan mula berbuah dalam 3 tahun. Tetapi, selepas 5 tahun satu biji buah pun tak muncul, walhal pokok bukan main tinggi dan besar.

Berbagai usaha telah dilakukan, antaranya:

  • bubuh baja buah,
  • bubuh baja pokok mangga,
  • siram dengan air beras,
  • bawa bergaduh (tips dari orang tua2),
  • ugut nak tebang dan cantas batang-batang (tips dari tukang potong rumput dan dia siap tolong cantas lagi

Namun tetap tak berbuah juga. 🙁

So, kami pun give up. Anggap ja pokok tu pokok jantan dan mungkin memang takdir pokok mangga kami ni hanya untuk jadi tempat berteduh dan memberi oksigen kepada kawasan persekitaran.

Hasil Berkebun

Tup-tup dua bulan lepas, ia mula berbunga. Entah apa angin, entah bila bunga keluar, kami pun tak perasan. Lepas tu buah mula nampak, tapi banyak yang gugur.

Sekarang kami menunggu beberapa biji buah mangga masak.

Alhamdulillah…Insyallah....

pokok mangga belakang rumah

buah mangga

Pada masa yang sama, pokok durian mertua saya pun turut mula berbuah. Kes durian ni lagilah parah sebab pokok tu ditanam semasa isteri saya baru mengandung anak sulung kami – kira-kira 16 tahun yang lalu.

Harapan Atuk Nenek, dapatlah anak cucu picnic bawah pokok dan menjamu durian dalam masa 5 tahun – sebab itulah jaminan tukang jual anak pokok durian tu.

pokok durian

Selepas 10 tahun menunggu, bunga pun tak nampak. Semua proses yang dilalui oleh pokok mangga kami lebih dulu dilalui oleh pokok durian. Kami pun sebulat suara declare durian tu jantan (tapi dalam hati masih mengharap). Tiada sesiapa yang sampai hati nak tebang pokok tu sebab ia tak mengganggu sesiapa pun – malah ia menyejukkan persekitaran dan telah menjadi part of the landscape.

Ibu mertua saya tetap setia membaja pokok, terus mengharap, dan pada awal Mac lepas, tanpa disedari sesiapa, muncul pula buah-buah ni:

biji-buah-durian

durian kecik

Ia menjadi teka-teki di kalangan ahli keluarga dan pada minggu lepas, keluar pula bunga ni:

Bunga Buah Durian ku

Insyallah, penantian akan berakhir dengan lazat…! 😀

P/S : Adakah ia suatu kebetulan – ataupun kesan dari cuaca panas yang melanda negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini sebagaimana cetusan bunga-bunga sakura di sekitar Putrajaya dan pokok-pokok bunga lain di negeri-negeri lain?

Allahu Alam.

Berkebun – Cabaran Dalam Kesabaran

10 Comments

  1. alhamdulillah…ade jugak hasilnya tu…cuma cam biasa, sabar kuncinya…

    kalau x abis, mohon hantar buah2 ke kuantan… 🙂

  2. wahh.saya memang minat berkebun.tapi tanam tak ada. besar betul halaman rumah abang ye. pokok mangga tu boleh tanam 2,3 lagi. selamat berkebun!

  3. hasil berkebun ambil masa… bahkan kadang2 kita sudah tiada barulah hasil itu ada.. atuk nenek kita yang tanam.. kita yang dapat hasil itu…

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons