Car Repossessor | Lesen Merampas Kereta?

Sepanjang pengalaman saya, saya tidak pernah ditahan oleh mana-mana car repossessor ditengah jalan. Namun saya pernah dengar dari kawan-kawan yang pernah kena dan pernah lihat sendiri kejadian sebegitu. Pernah juga seorang car repossessor datang berjumpa saya dengan body yang tegap dan tatu di badan meminta kunci untuk ambil alih kereta dari saya 😉 Wah! macam kaki pukul Ah Long pun ada. Cuma, setakat yang saya alami tiada kejadian buruk yang berlaku mahupun kereta saya ditarik oleh bank. Of course sekali sekala kita terlewat bayar dan bank pula semakin hari semakin cepat bertindak, maka bila ada mana-mana car repossessor datang berjumpa anda, janganlah cuak OK.

Selesaikan dengan baik dan jangan ada kejadian tak diingini berlaku pula.

Car Repossessor

Kebanyakkan bank ada masukkan dalam perjanjian jual beli kereta anda yang mereka berhak menarik kereta anda jika ada “default payment“. Ada satu dua bank pula tidak masukkan klausa ini dan memerlukan mereka mendapatkan perintah mahkamah bagi menarik kereta anda. Bank-bank selalunya melantik agensi tertentu bagi mengambil kembali kereta (Repossession) anda untuk di lelong jika anda tidak mampu membayar bayaran tertunggak.

Dalam banyak kes, car repossessor yang dilantik agak baik, namun terdapat juga yang agak ganas,  manakala pemilik kereta pula adakala bersifat terlalu emosi sehingga mengakibatkan pergaduhan dan kekecohan.

Mengimbas kembali 15 tahun yang lalu, ketika saya memiliki kereta saya pertama, tidak banyak car repossessor ini. Bank biasanya akan assign satu car repossessor dengan beberapa kereta. Memandangkan pendapatan mereka tidak tergugat, car repossessor ini boleh diajak berunding dan di bayar upah mereka dan mereka akan memberi masa untuk kita mencari wang bagi membayar tunggakan kereta.

Aktiviti ini diketahui oleh bank dan bank membuat perubahan dengan melantik ramai car repossessor dan masing-masing boleh mengejar mana-mana kereta.

Akibatnya satu persaingan hebat terjadi dan car repossessor tidak akan melepaskan anda sehingga anda pergi ke bank untuk menyelesaikan tunggakan. Ini kerana mereka ada target yang perlu dicapai atau khidmat mereka akan tidak diperlukan lagi. Jika mereka sudah capai target dan bersedia melepaskan anda, bayaran di minta adalah amat tinggi dan anda mengambil resiko akan ditahan oleh car repossessor yang lain selagi tunggakan kereta belum di bayar.

Kereta Di Tahan Bank

Kebanyakkan pemilik kereta adalah tidak suka jika kereta mereka ditahan oleh bank. Terdapat banyak kejadian yang mana barangan (parts) pada kereta mereka hilang semasa dalam jagaan pihak bank dan mereka tiada remedi bagi keadaan sebegini. Apa yang boleh dibuat ialah membuat lapuran polis dan mendapatkan pampasan insuran jika ada.

Pindaan Pada Akta Sewa Beli 1967

Kejadian-kejadian yang tak dingini (Baca SINI, SINI dan SINI misalnya) telah memaksa kerajaan meminda Akta Sewa Beli 1967  (Hire Purchase Act 1967) dan mewajibkan car repossessor untuk mendapatkan lesen sebelum boleh melaksanakan tugas mereka. Mereka juga perlu mematuhi peruntukan-peruntukan pada Akta dan tidak boleh merampas kereta sesuka hati mereka. Baru-baru ini 85 orang car repossessor telah memiliki lesen ini:

KUCHING: A total of 85 individuals, including a woman, have gotten their vehicle repossessing licence from Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry. The licence is valid for one year and is renewable. Deputy Minister Datuk Rohani Karim said licences were issued to them based on police recommendations.  She said anybody could apply for the licence, but not all could get it.

She said all applications had to be vetted by the police first to screen out applicants with criminal records, and to ensure that no gangsters were involved. Rohani, who is Batang Lupar MP, said there were 35 more new applications from Sarawak still undergoing police vetting. The requirement for licence to repossess vehicles came about following the amendment of the Hire Purchase Act 1967, which came into effect on June 1. Now, only individuals who have valid licences can repossess cars.

Sumber: The Star Online

Perhatikan juga peruntukan-peruntukan dalam pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang perlu anda ambil nota, terutama apabila berhadapan dengan situasi kereta anda ditarik oleh mereka nanti:

Even then, th`ey cannot simply go to a house or stop someone at a traffic light junction to repossess someone’s vehicle,” said Rohani at a press conference during the ministry’s Hari Raya gathering here yesterday. “They must give two weeks’ notice prior to the actual repossession of a car.” At the same time, Rohani advised vehicle owners to ask for the licence or contact the ministry’s hotline to double-check the status of the person claiming to be a repossessor.

She said under the amended Act, any individual who repossessed a car must show his or her repossessing license. Also under the amended Act, not even a licensed individual can repossess a vehicle, the installments of which had been two-third or three-quarter paid, without a court order. A licensed re-possessor, who failed to comply with the procedures, is liable to be fined RM25,000 or jailed up to three years for the first offence.  The second or subsequent offence carries a fine of RM50,000 or five years’ jail.

Sumber: The Star Online

Rasanya yang TERPENTING DI ATAS dan buat ramai yang sedikit lega adalah bahagian notis dua minggu dan keperluan perintah mahkamah bagi kereta yang telah di bayar ansurannya lebih dari 2/3 dari jumlah ansuran yang perlu dijelaskan. Agak adil pada pemilik kereta tetapi akan memeningkan pihak bank, terutama dalam bab NOTIS.

Kena check balik pada Akta ini nanti akan soalan: Bagaimanakan sesuatu notis itu dikira sebagai telah diserahkan? Adakah cukup dengan hanya menghantar notis ke alamat yang dinyatakkan dalam dokumen perjanjian sewa beli? Atau bagaimana?

Car Repossessor | Lesen Merampas Kereta?

15 Comments

  1. gitu plak… dah mcm alalala long.. dahsyat…

    tapi nak ingatkan juger pd semua agar berhati2
    bila membeli keta atas nama ketiga atau sambung bayar
    sbb hati baik nak tolong kawan. last2 mkn diri..

    1. Bagi kawe kalu beli sambung bayar dgn proper agreement no problem ehhh.. Cuma kalu jual sambung bayar la masaalahnya. Sbb kalau buyer tak bayar bank blacklist kita… aduhhhh…

  2. kalau yang minta baik2 ok la, ini ada yang sampai nak mencederakan orang lain.. memang bahaya la..tak tahu pula nama orang yang ambil kereta itu car repossessor.. haha

  3. housemate sy kereta dia kena angkat masa kitorg tgh cuti sem..jiran2 nampak ada org india datang utk amik kereta tu, jd diorg tak berani lah nak masuk cmpur..bila cek2 semula, rupa2nya kereta tu tak dibayar..ada fraud yg berlaku di pihak pemilik sebelum tu..huhu..sadis jgklah rasanya 😀

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons