Cara Untuk Mendapatkan Bayaran Balik Apabila Grab Tersilap Caj

Sejak Uber sudah tiada, jarang sekali ada promo Grab, caj pun nampaknya lebih mahal sikit. Baru-baru ini, Grab telah menawarkan promosi rebat RM8 x 2 kepada pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kad kredit. Kod promo SHOPRAYA. Trip pertama saya bernilai RM7, so tak perlu bayar apa-apa. Tetapi trip kedua bernilai RM11, so sepatutnya hanya perlu bayar RM3, kan? 3 hari kemudian, transaksi bernilai RM11 kepada Grab timbul pada penyata transaksi kad kredit tersebut. Apabila saya rujuk emel, ternyata ada resit pembayaran bernilai RM11. Persoalannya, bagaimana cara untuk mendapatkan bayaran balik apabila Grab tersilap caj?

Memanglah RM11 tu bukanlah besar, dan kalau dikira saya sudah pun untung RM7 untuk trip pertama. Tapi manalah tau ada masalah dengan sistem Grab yang tidak disedari oleh pihak pengurusan. Sebelum ia berlaku kepada orang lain, saya rasa perlu untuk cuba membawa perkara itu ke pengetahuan pihak Grab.



Langkah Pertama

Saya buka apps Grab, cuba cari customer service untuk chat atau emel. Tapi yang ada cuma panggilan telefon. Maka saya pun terus dail. Malangnya, cuma dapat rakaman suara (bahasa Indonesia?) yang menyatakan bahawa semua talian sedang sibuk. Oleh kerana saya malas untuk menunggu di talian, maka saya cuba langkah kedua.

Langkah Kedua

Saya pergi ke FB page Grab Malaysia lalu meninggalkan pesanan. Dalam tempoh 4 minit sahaja, jawapan diterima.  Berikut adalah komunikasi di antara saya dengan wakil Grab.

Communication with Grab representative

 

Segalanya selesai dalam tempoh tak sampai 15 minit. Dapatlah untung RM2. 😀 Pujian saya berikan kepada wakil Grab, Hairie yang sangat cekap menyelesaikan isu tersebut.

Langkah Ketiga

Jika anda tiada akaun FB atau lebih suka dihubungi melalui email, anda boleh mengisi borang di laman web Grab Malaysia.

Grab Form for enquiry

Mudah bukan? Cuma yang saya kurang suka tentang ini adalah kena bagi maklumat tambahan seperti 4-digit terakhir kad kredit dan memuatnaik gambar. Leceh laa….

Demikian beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mendapatkan semula gantirugi, mengikut keselesaan masing-masing. Kalau murah hati, boleh let go saja lebihan caj tersebut. 😀

Semoga berjaya.

8 Comments

  1. Kalau jenis yang tak cek tranksaksi kad kredit, mesti tak perasan pun duit dah kena potong lebih. Huhu..Good reminder pada diri sendiri untuk ambil tahu amaun duit yang di kenakan. Takde lah kes burn macam tu je.

  2. tak pernah lagi naik grab, tapi thanks share pengalaman nak dptkan bayaran balik , kot kot ada pengguna lain yg pernah mengalami masalah sebegini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons