DLSL Tergendala Sebentar

Lebih dua minggu sudah berlalu semenjak kami menjawab soalan berkenaan Human Resources/Industrial Relations (HR/IR) daripada para pembaca. Kami bukan hilang pergi ‘vacay‘ atau mandi-manda di musim cuti sekolah, tetapi kami terikat dengan urusan harian dan kerja sehingga tiada masa untuk membuka emel DLSL selama beberapa minggu. Maklumlah, November adalah bulan performance appraisal, bulan mengejar target yang belum dicapai, bulan peperiksaan anak-anak dan lain-lain lagi. Akibatnya, beberapa hari lepas, laman DLSL digantung selama beberapa hari dek kami tak sedar fee domain telah tertunggak. Admin benar-benar terkejut apabila tidak dapat mengakses DLSL! Hihihi, oleh itu, DLSL tergendala sebentar…

Soalan Pembaca

Sememangnya kami merasa besar hati kerana pembaca menjadikan DLSL sumber maklumat mereka apabila menghadapi masalah di tempat kerja. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang kami nyatakan sebelum ini, selain soalan di petak komen, ramai juga pembaca yang menghantar soalan melalui emel.

Terus terang, kami tidak mampu menjawab kesemua soalan dengan segera. Terutama soalan-soalan berat yang memerlukan kajian lanjut. Soalan emel lagi laa…..sori, mungkin cuma dapat jawab 1 antara 10. Seringkali kami cuma dapat menjawab soalan-soalan pembaca seminggu atau dua minggu sekali sahaja. Oleh itu, diharap janganlah mem-spam kami bertubi-tubi dengan komen ‘sila jawab dengan segera’ dan komen-komen yang sewaktu dengannya apabila kami gagal menjawab serta-merta.

Menyedari hakikat kekangan masa dan kelemahan diri, maka pada tahun ini, kami telah mengambil keputusan untuk menutup beberapa buah blog memandangkan kami tidak mampu untuk mengemaskini blog-blog tersebut. DLSL pun jarang kami ‘update‘. Tetapi oleh kerana DLSL kekadang menjadi rujukan para pekerja, maka kami teruskan ia sebagai suatu sumbangan kecil kami untuk masyarakat.

DLSL Bukan MOHR mahupun JTK

Ada pembaca yang ingat kami boleh bertindak atas laporan mereka. Sebenarnya, kami bukan wakil pihak MOHR (Kementerian Sumber Manusia) mahupun JTK (Jabatan Tenaga Kerja). Selain itu, kami juga bukan pegawai kerajaan, bukan bos-bos dan tidak menerima sebarang upah untuk menulis artikel-artikel HR/IR dan menjawab soalan-soalan pembaca. Kami hanyalah pekerja biasa – kuli2 sahaja bah….

Sungguhpun kami bekerja di Sabah dan merujuk kepada Sabah Labour Ordinance, namun kebanyakan soalan adalah daripada pembaca di Semenanjung Malaysia yang merujuk kepada Akta Kerja 1955. Itu merupakan salah satu cabaran kami, selain kekangan masa dan faktor kos menanggung DLSL. Walau bagaimanapun, DLSL mampu bertahan selama hampir 10 tahun kerana adanya bantuan daripada makcik Google melalui iklan-iklan adsense yang anda lihat di sini dan sponsored posts. Tanpa bantuan Google, mungkin sudah lama DLSL karam.

Terima Kasih Semua

Oleh itu, terima kasih diucapkan kepada para pembaca dan pelawat yang sudi mampir di blog kami yang tidak seberapa ini. Tanpa klik dan ziarah anda, makcik Google pun tak dapat tolong DLSL. Terima kasih juga kepada rakan-rakan bloggers yang menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada kami untuk terus menulis. Maaf kerana kami jarang dapat buat blog-walking.

Kami berdoa semoga sedikit-sebanyak blog ini dapat membantu anda dan memberi maklumat bermanfaat kepada anda.

Terima kasih dan semoga anda semua sentiasa bahagia, sihat dan dimurahkan rezeki.

Amiin…..

2 thoughts on “DLSL Tergendala Sebentar

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.