Dulu Lain Logo
Java Chip Frappuccino Tumpah! Java Chip Frappuccino Tumpah!
Haiyaa….totally my fault! Java Chip Frappuccino anak tumpah, padahal masih ada separuh lagi. Nasib baik lapik kerusi empuk di Starbucks kalis air. Saya rasa... Java Chip Frappuccino Tumpah!

Haiyaa….totally my fault! Java Chip Frappuccino anak tumpah, padahal masih ada separuh lagi. Nasib baik lapik kerusi empuk di Starbucks kalis air. Saya rasa sangat bersalah dan malu. Walaupun Java Chip wangi menyelerakan, tetapi malang tidak berbau. Nasib baik waktu tu hanya ada seorang pelanggan lain di tingkat atas.

Kemudian saya turun ke bawah untuk meminta kain lembap untuk bersihkan kerusi. Takut nanti kesan tu tak hilang.

Tetapi, sebaik saya beritahu barista Starbucks, dia dengan segera naik ke atas dengan membawa kain lap. Selepas dia bersihkan kerusi dan meja, dia turun semula ke tingkat bawah untuk mengambil mop. Berkali-kali saya minta maaf sebab telah menyusahkannya tetapi dia dengan senyuman manis menjawab, “Tidak apa, miss,” sambil mengelap meja dan lantai.

Gambar di bawah ini diambil selepas barista sudah lap kerusi dan meja. Waktu mula-mula tumpah saya panik. Tak terfikir untuk ambil gambar kejadian. 😅

Sambil mengemop. dia bertanya, “Apa minuman tadi?”

Tanpa berfikir panjang, saya menjawab, “Java Chip.” Ingatkan mungkin dia perlukan info itu untuk buat ‘incident report‘. Rupa-rupanya dia hendak gantikan minuman yang tumpah tadi – FOC.

Kejadian yang tidak dijangka dan mengharukan

Walaupun saya menolak berkali-kali, tetapi dia ambil juga reusable tumbler anak dan terus turun ke bawah untuk menyediakan Java Chip  Frappuccino yang baru.

Starbucks barista tolong ganti minuman yang tumpah

Kata anak saya, “Probably because she’s familiar with you.”

Hahaha….of course! Makcik ni asyik beli secawan tapi duduk berjam-jam.

Itulah contoh Starbucks hospitality yang saya sebut dalam artikel lepas.

By the way, Spicy Tuna Asam Laksa Macaroni is delicious! Rasa pedas dan asam laksanya sesuai dgn citarasa saya.

Starbucks Spicy Tuna Asam Laksa Makaroni

Spicy Tuna Asam Laksa Macaroni dan Mac & Cheese

Menurut anak saya (yang riang gembira sebab dapat Java Chip baru), Salted Egg Smoked Chicken Macaroni lebih sedap daripada Mac & Cheese. Mungin sebab salted egg dulu saya request tambah cheese. Dia memang peminat keju no.1 dalam keluarga.

Demikianlah pengalaman yang mungkin tidak akan saya lupakan. Sehari selepas Ketua Menteri Sabah mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah. Mudah-mudahan rakyat Sabah tidak akan mensia-siakan peluang untuk memilih pemimpin yang dipercayai boleh menjaga kebajikan rakyat dan negeri Sabah.

Terima kasih diucapkan kepada barista Starbucks yang sentiasa memberi layanan mesra biarpun mereka terpaksa bekerja di masa kebanyakan orang sedang bercuti menyambut Aidil Adha. Itulah contoh profesionalisme.

 

Zurainny Ismail

Previously a legal practitioner and corporate affairs manager, she now consults companies on industrial relations and HR matters. Focusing on industrial harmony, she loves exchanging ideas and thoughts with others on many subjects.

  • mrhanafi

    August 2, 2020 #1 Author

    layanan di staff di Starbuck tidak pernah mengecewakan..

    membaca cerita ini menimbulkan rasa saspen juga ada

    Reply

    • Zurainny Ismail

      August 3, 2020 #2 Author

      Waa…sampai saspen ya Mr Hanafi….hihihi. Salam Aidil Adha.

      Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.